Friday, January 16, 2009

CATATAN KEDUAKU SETELAH AKU GENAP 36 TAHUN

Terima kasih kepada yang telah mengucapkan Selamat Hari Lahir buat MM semalam. Sekarang ni jam dah pun pukul 4 pagi. Sebenarnya baru bangun tidur. Malam tadi ingat nak stay tapi pukul 10.00 malam dah mengantuk, lepas je anak-anak dah mengosok gigi dan ke bilik masing-masing, MM pun apa lagi zzzzz sampai pukul 3.34 baru terjaga.

MS sangka blogspot MM ni bakal bersawang jadi artifak he he he. Oh tidak, kalau ada masa memang MM akan jenguk dan baca komen-komen kengkawan. Tujuan blog ini diwujudkan tidak akan sama dengan maksud mengapa "rumah kedua" itu diwujudkan.

Ok la... anak-anak pun kejap lagi nak bangun untuk bersiap ke sekolah, MM kena menyiapkan sarapan. Ingat hari ni nak masak seawal pagi macam KN. Nak masak apa ya? Selalunya kalau setakat sarapan, anak-anak suka makan sandwich atau pun mee hoon sup, tak pun speghetti. Ingat hari ni nak masak nasi pagi-pagi buta.

Semalam dah dapat contact Leha dan beliau berjanji nak tuliskan resepi Mee Rebusnya yang paling ngetop. Leha ni kawan satu office, biras kepada Endang (classmate MM). Harap-harap Leha dapat la on line esok ni. Lama dah tak jumpa Leha, entah apa cita la sekarang.

Eh KN... KN dengar MM dah makin gemuk? Dengar dari mana tu? He he he... nampaknya spy KN macam tak menjalankan tugas dengan baik la... siapalah agaknya orang tu? Ke dia tersilap orang. Tak pasti la pulak MM ni sebab penimbang kat rumah ni yang MM dapat percuma dari pasaraya terkemuka tu macam dah tak berfungsi je. Nanti la MM cuba satu baju kebaya zaman anak dara dulu, kalau tak longgar bila pakai baju tu maksudnya dah ok la tu tapi kalau makin tak muat...gemuk la tu, kalau terlalu longgar... makin cekeding la dan kena minum weight gain lagi. He he he. Itu je alat penimbang MM... senang kan? Kebaya tu sebenarnya banyak menyimpan kenangan manis zaman anak dara, tu yang simpan je sampai sekarang, berguna gak utk jadi "alat penimbang" pulak. :D

Ok la... MM pun nak turun ke dapur.. jumpa lagi. Bye semua.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.