Thursday, January 15, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Assalamualaikum..

Dah lama MM tak updatekan blog ni... MM terlalu sibuk dengan urusan seharian

Hari ini 15hb Januari 2009 bermakna telah pun genap 36 tahun MM diwujudkan oleh-Nya di muka bumi ini. Ramai wanita takut pada usia yang semakin meningkat? Oh tidak bagi MM, usia hanyalah angka. Semakin berusia bermakna semakin banyak la pengalaman yang telah kita lalui dan semakin berusia juga bermakna anak-anak kita semakin membesar.

Takut menjadi tua? Mengapa di antara sebab-sebabnya. Adakah kerana takut kecantikan semakin pudar? He he he. Kecantikan dalaman itu lebih utama. Pernahkah anda menemui seorang wanita yang pada anggapan anda tidaklah secantik mana tetapi diminati oleh ramai orang. Orang mudah berasa gembira mendekatinya. Itu lah yang dinamakan aura. Mungkin kerana orang itu ada amalan-amalan sehariannya seperti rajin mengambil wudhu, rajin solat atau pun mengamalkan doa-doa tertentu.

Orang kata warna pakaian pun memainkan peranan menaikkan aura seseorang. Mungkin memang ada betulnya pendapat pakar motivasi tersohor itu sebabnya MM ni ada juga warna-warna yang tak bersesuaian dengan kulit MM di antaranya warna biru muda. Bila pakai tu terasa muka jadi hodoh. He he he. Dah la hodoh lepas tu terasa tak ada mood je sepanjang memakainya tu.

Untuk hari jadi pada tahun ini MM tidak mengharapkan hadiah dari sesiapa sebaliknya MM nak menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. MM rasa kita memang perlu memberi hadiah untuk diri sendiri. Dalam setahun kita kumpul la duit sebulan sekurang-kurangnya RM10 khas untuk beli hadiah diri sendiri. Ya la....kalau zaman-zaman MM bekerja full time dulu, we all siap buat kutipan bulan-bulan untuk membeli hadiah hari jadi office mate. Apa salahnya bila office mate tinggal la 3 (he he he...officemateku hanya la si kecil yang 3 orang tu) ni..MM pun membuat perkara yang sama. Barulah hidup bertambah ceria.

Bagaimanapun MM bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dalam usia 36 tahun Allah temukan kembali rakan-rakan seusia yang boleh MM kongsikan rasa. "Rasa" menjadi tua/warga emas... kalau tidak, nak kongsi dengan siapa lagi kalau bukan dengan teman-teman seusia ni. Tumpang seronok  bila dengar cerita kawan-kawan yang dah berjaya.  Alhamdulillah.

 
SEMOGA ANDA SEMUA BERGEMBIRA DENGAN ANGKA 36 INI. SELAMAT MAJU JAYA

2 comments:

  1. Tahniah.Selamat menyambut Ulangtahun ke 36.Alhamdulillah dah 36 pun ko skrg.Insyallah september 14 nanti aku lak.Semoga ko panjang umur dan dimudahkan mendapat rezeki.klu kita jumpa nanti aku bg ko hadiah.Dah lama x jumpa ko ni.mcm mana agaknya rupa ko skrg. gemuk ke?kurus ke?.Dengarnya dah gemuk sikit betul ke?

    Lagi 4 tahun 40 la kita kan?

    Seelok2nya masa cengini kita dah mula muhasabahkan diri.Check balik perangai kita dan tingkah laku kita yang kita sendiri tidak suka.

    Aku teringat pesanan seorang ustaz.beliau kata, kalau umur kita dah capai 40 tp kita x ubah perangai kita sampai bebila pun kita x akan berubah.

    eiee...seremnya aku.

    Ya Allah jauhkan lah aku dari fitnah dunia dan fitnah akhirat.Amin.

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun yg ke 36...semoga berbahagia & bertambahla rezki hendaknya

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...