Thursday, March 5, 2009

CERITA 10 TAHUN DAHULU

Bersyukur MM kepada Illahi kerana diberi ruang untuk MM menjerumuskan diri di dalam bisnes ON LINE ini. Apa yang lebih membuat MM bersyukur sangat-sangat ialah Allah telah melembutkan hati hubby MM untuk memberikan keizinan bergiat di dalam bisnes enjoy ini. Mungkin juga beliau tidak sampai hati melihat MM ni selalu bosan ditinggal outstation tanpa berbuat sesuatu yang boleh membuat MM gembira.

Jika kita berbuat sesuatu tanpa keredhaan suami pun tak akan membawa keberkatan pula nanti. Jadi untuk mendapat keizinan itu kita kena la buktikan kepadanya bahawa apa yang kita buat ini sememangnya tidak sia-sia.

Sebelum MM mendapat title "MEM BESAR", kerjaya MM menuntut MM untuk bertemu dengan ramai orang dari pelbagai rupa, bangsa dan agama. Kadangkala di pejabat kadangkala di booth-booth. Pendek kata selepas berhenti kerja tu mengambil masa yang agak lama untuk adjust perasaan. Perasaan boring dan macam-macam lagi yang bersarang di dalam kepala. Mujur ada Ain yang ketika itu masih kecil dan perlukan belaian, pendek kata Ain dibesarkan dengan penuh belaian dan kasih sayang. Sempat juga belajar menjahit dengan membawa Ain bersama. Mungkin sebab tu juga la Ain lebih lasak dari adik-adiknya yang 2 orang itu.

MLM? Ketika itu ada juga kawan-kawan yang mencadangkan bisnes-bisnes MLM.. siap datang rumah lagi bawa macam-macam katalog, tetapi bahana tak berminat (memang tiada minat langsung ketika itu, rasa keyakinan itu tak ada, terfikir di dalam kepala..

"Eh ada kawan lagi ke aku ni yang bersedia nak jadi downline aku" getus MM di dalam hati.
"nanti nak pergi meeting lagi... mesti hubby tak izinkan..."
"Kalau nak jual produk ni... produk kecantikan... ala muka aku ni bukannya lawa sangat"

Begitulah syaitan-syaitan yang membisik-bisik untuk melemahkan semangat nak berniaga MLM tu (ketika itu la).

Tetapi itu cerita 10 tahun dulu....


10 TAHUN KEMUDIAN...... Jeng Jeng Jeng....

Pada suatu hari, di sebuah bandaraya... tinggallah seorang wanita (S) bersama 3 orang anak kecilnya. Suatu pagi yang indah, tiba-tiba wanita itu menerima email dari seorang rakannya yang sudah dikenalinya sejak zaman anak dara lagi N (kira teman "sepernguratan" la ni). Teman kepada wanita itu telah memberikan alamat blognya...


Dengan muka tak malu, wanita (S) itu bertanya...

"Eh... ko dah buat blog? Kena bayar ke tak tu?" tanya wanita (S) itu kebodoh-bodohan di dalam emailnya. Buta IT si S ni...

"Free je lah" Jawab teman sepernguratan wanita itu yang sudah canggih dengan bisnes kontraktornya walaupun dah jadi ibu kepada 7 orang anak (bakal 8 tak lama lagi). Maka dengan sepantas kilat wanita itu pun segeralah membuat blog....selama ini nak buat blog macam was-was... terfikir kena bayar la... itu dan ini.

Maka, kerana dah buat blog wanita itu pun mencari...

"Eh baik aku buat bisnes...dari berblog tapi tak dapat satu sen pun"

Maka begitulah cerita wanita itu dan itu lah permulaan bagaimana wanita itu enjoy dengan kehidupan sehariannya yang bergelar "MEM BESAR".... TAMAT...

Soalannya : MENGAPA WANITA ITU MEMILIH BISNES BIO-ASLI???

Perniagaan ini telah lama dipraktikkan diseluruh dunia, PENDAPATAN 5 ANGKA ADALAH PERKARA BIASA BAGI MEREKA YANG MENCEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN MAIL ORDER .Kami sekarang ingin berkongsi pengalaman dan kejayaan kami bersama anda, sekarang tibalah waktunya untuk anda pula menikmati apa yang telah kami nikmati selama ini. Program ini kami perkenalkan untuk memberi perangsang dan pendapatan tambahan kepada anda

Anda akan diberikan laman web percuma milik anda selama-lamanya tanpa memerlukan anda membuat bayaran hosting. Laman web anda diletakkan di server kami, lebih laju berbanding di hosting free. Laman web ini akan memberikan anda wang tanpa anda sedari.edarkan laman web anda pada rakan-rakan ..

Program ini tidak seperti system MLM biasa kerana anda akan dapat ahli yang sangat ramai bukan berpuluh tapi beratus tanpa anda berjumpa seorangpun-secara IT.

Idea kami memperkenalkan sistem ini kepada anda adalah datangnya daripada pembacaan dan idea yang di cetuskan oleh Robert Kiyosaki “Jika Anda Mahu Sesuatu, Anda Berilah Sesuatu”. Dengan gabungan konsep IT dan Multilevel Marketing + Pos Delivery menyebabkan program ini sungguh hebat dan mendapat sambutan hangat dan telah berkembang dengan pantas sekali
Jika anda meneliti beberapa buku yang ditulis oleh penulis terkenal, “Jalan untuk menjadi KAYA terbentang luas untuk mereka yang Bijak Menggunakan Akal dan Merebut Peluang”. Kini peluang telah datang kepada anda, terpulang kepada anda untuk merebut peluang ini atau tidak. Adakah anda takut rugi hanya dengan yuran pendaftaran PERCUMA ? Fikirkanlah keuntungan yang akan anda dapat nanti.

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...