Saturday, November 14, 2009

Jangan duduk atas bantal nanti terkena bisul

" Nak oiiiiii.... jgn duduk atas bantal... nanti terkena bisul!!!!!!!!!"

Benarkah statement ini?? Mitos sungguh! OK... izinkan Makcik Mirror (MM) menyiarkan artikel yg MM baca dari satu blog.. terima kasih kpd Cik Puan Doktor yg menulis tu.. harapan MM dapatlah membantu menyelesaikan masalah seorang wanita yg baru je seminggu berkahwin tapi alamak.. kesian... terkena bisul la pulak... ni aku dah tolong carikan ko artikel ni wey!!! Baca tau! Jgn tulis komen pulak kat sini.. nanti heboh satu Malaya ~ org cantik2 mcm kau tapi terkena bisul.. HAHAHAHAHA....

Simptom-simptom

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Dalam masa 24 jam, ketulan merah ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu.

Punca-Punca

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus. Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.


Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun lemah/tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi.

Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

Kenapa bisa timbul bisul di daerah kewanitaan ini? Abses merupakan bentuk reaksi tubuh terhadap infeksi bakteri. Bisul yang timbul di daerah ******* bisa disebabkan kerana higiene / kebersihan daerah intim yang kurang atau boleh juga timbul karena pengaruh hormon. Bisul yang timbul karena pengaruh hormon biasanya muncul secara periodik. Hal ini disebabkan karena ketika menjelang haid hormon progesteron dalam tubuh kita meningkat jumlahnya, hal ini menyebabkan bakteria lebih mudah tumbuh. Jadi ketika menstruasi kita harus lebih berhati-hati dalam menjaga kebersihan daerah kewanitaan dan jangan sampai ianya lembab. Caranya ialah dengan memakai celana yang longgar atau mengenakan *rok. Juga memilih celana dalam dengan bahan yang menyerap peluh.

*rok? - sila rujuk kamus

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan

anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:

* Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan

* Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas

* Bisul yang kerap timbul

* Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda

* Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.


Rawatan

Pesakit dinasihatkan tidak memicit bisul kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.

Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan.


Pencegahan

* Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.

· Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.

* Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, banyakkan memakan makanan yang membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan serta makanan yang mengandungi vitamin C. Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.


Tip Penjagaan Sendiri

* Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.

* Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.

* Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan. Memicit bisul mengakibatkan kuman pergi jauh ke dalam badan. kemungkinan bisul terjadi ditempat yang lain kerana aliran darah yang dikotori kuman tersebut.

* Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.


Rawatan Alternatif

* Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.


Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica. Ubat homeopati Silicea 30c atay Bryonia 200c amat mustajab bagi merawat dan mencegahnya bisul atau abcess.


* Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.


Rawatan Hidroterapi

1. Kompres panas selama 30 menit, 2 kali sehari hingga abses atau pun bisul telah matang. Lihat prosedur pada demah panas.

2. Jika abses dan bisul berada pada atau sekitar dubur dan kelengkang, rendam duduk selama 30 minit, 2 kali sehari. Lihat prosedurnya pada bahagian merendam badan.


Perubatan dengan Tanaman Ubat

1. Hancurkan 2 lembar daun selom, kemudian tempelkan pada bisul atau abses.
2. Hancurkan 3 lembar daun dan 2 bunga matahari, kemudian tempelkan pada bisul.
3. 5 lembar daun dan 2 bunga raya, Hiris hingga menjadi bagian kecil. Lekatkan langsung pada abses atau bisul.
4. Ambil getah nangka lalu campurkan dengan sedikit cuka, hangatkan campuran tersebut dan gunakan untuk mengkompres panas. Gunakan lembaran kecil potongan kain kasa sebagai kompres selama 20 minit.
5. Caranya tumbuk arang hingga halus, kemudian campur dengan sedikit air kemudian bungkus dengan kain bersih, lekatkan pada bisul.

Penawar Bisul

Dalam mengubati penyakit ini, ara tanah (Ephorbia Hirta), bawang putih (Allium Satium), keledek (Ipomoea Batatas) dan sidaguri digunakan. Ramuan tersebut hendaklah dilumat-lumatkan terlebih dahulu dan kemudian dicampur dengan kuning telur. Cara merawatnya adalah dengan menyapu keliling bisul tersebut. Elakkan daripada menyapu kebahagian mata bisul tersebut.

1.Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.

2.Tumbuk bawang putih hingga hancur. Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang. Ambillah 1 siung bawang putih lalu pecahkan (jangan diiris menggunakan pisau), kemudian oleskan pada bagian munculnya bisul. Rasanya memang perih namun obat ini manjur untuk menghilangkan bisul atau bintitan.

3.Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

4.Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

5.Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

6.Tampalkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul.

7.Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.

8.Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk.

9.Jika bisul diperingkat serius tampalkan bunga rumput (terdapat di kedaikedai India atau India-Muslim).

10.Daun ati-ati dilumatkan terlebih dahulu sebelum ditampal di sekeliling tempat yang ditumbuhi bisul. daun tersebut kemudian dibalut dengan kain dan dibiarkan sehingga kering dan mengeras. Langkah tersebut diulang sehingga bisul masak dan pecah sendiri. Selain mengurangkan sakit akibat denyutan, daun lumat yang ditampal membantu memecahkan bisul dengan sendiri apabila ia sudah kering dan keras

11.telan 1 biji buah kadak hacing (warna kuning) yg biasanya tumbuh diladang getah, akan sembuh selamanya.

12.Ambil kepala ikan keli, kemudian bakar hingga hangus dan tumbuk hingga hancur, campurkan dgn air pinang atau minyak kelapa (minyak benar) lalu dilumurkan kebahagian kepala bisul yg sakit itu.