"Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam"
Suatu hari, ketika berjalan mundar mandir di shopping complex, Lisa (bukan nama sebenar... ) telah ditegur oleh seseorang.
"Macam pernah kujumpa..." bisik Lisa di dalam hati.
"Ya... kita pernah jumpa sebab awak kenal dengan Pak Shah kan?" kata wanita itu, yang dipanggil Puan R (bukan nama sebenar).
Setelah berborak sekian panjang, barulah Lisa teringat, perempuan di hadapannya ini ialah kawan kepada Pak Shah (bukan nama sebenar), seorang lelaki tua tempat Lisa pernah berurusan. Entah macam mana... tetiba Puan R menceritakan sesuatu yang Lisa nak percaya pun susah...Tergelak besar Lisa mendengarnya.
Menurut Puan R, Pak Shah, duda yang berumur 20 tahun lebih tua dari Lisa itu pernah cuba untuk "mengguna-gunakan" Lisa dengan minyak dagu... dan sihir melalui makanan.
Ha???!!! Really??!!! Lisa melopong kaget mendengar cerita wanita itu. Rasa kelakar pun ada. Masalahnya ialah.... jika betul Pak Shah pernah menghantarkan hantu minyak dagu kepadanya, tak ada pulak timbul perasaan apa-apa di hati Lisa pada lelaki tua kerepot itu, jangankan kata nak lari bungkus kain baju... teringat-ingatkan orang tua tu pun tak ada.. soalan saya sekarang ialah......... tunggu sebentar.... scroll down...
SOALAN MISS MIRROR : SIAPAKAH "LISA" DI DALAM CERITA DI ATAS?
Ok yg bawah ni semua ayat copy paste..
p/s *Ramai yg masuk ke dlm blog ini mencari penawar ilmu pengasih. Tak usah risau, dari yg saya baca, ilmu pengasih ini ada tempoh kuasanya. 1 tahun atau kurang. Selalunya ilmu yang menggunakan iblis dan syaitan tidak tahan lama dan hilang kuasanya. Selepas itu seseorang yang terkena akan mula sedar dari mimpi atau lamunan. Tiba-tiba timbul perasaan benci yang amat sangat pada orang yang mencalitnya.
Bagaimanapun... penawarnya boleh rujuk pada Ustaz - sila klik sini.
Ok yg bawah ni semua ayat copy paste..
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengatakan bahawa: (credit kepada blog Captain).
Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam. Di dalam hadith riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah pernah bersabda:
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ان الرقي والتمائم والتولة شرك
(رواه أبو داود وأحمد)
Maksudnya: “Dari Ibn Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.”
Dan yang dibenarkan pulak dalam Islam ialah sebagaimana sabda Baginda Rasulullah SAW:
عَنْ عَوْفِ ابْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ قَالَ كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ فَقَالَ اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ
Ertinya : Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie, beliau berkata: “Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan jampi-mentera, lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w: Wahai Rasulullah, Apakah pendapat tuan di dalam masalah ini?" Maka Baginda s.a.w pun bersabda: Perlihatkan kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak mengandungi syirik, maka tidaklah mengapa.” Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) & Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ).
Mengenai ayat yang diambil dari Al-Qur'an boleh saja diamalkan sebagai jampi, sebagai zikir dan sebagai do'a. Dengan syarat kita mengambilnya dari kitab-kitab do'a, zikir dan perubatan yang muktabar. ia juga mesti makthur (diterima dari Nabi saw) atau disahkan oleh ulamak yang ditheqahi, seperti Imam Nawawi (Al Azkar), Ibn Taymiyah (Kalim Tayyib), Prof TM Hasbi As Siddiqiey, Pedoman Zikir dan Do'a., Risalah Al Makthurat susunan Imam Almursyid Hasan Albanna dan banyak lagi.
Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah SWT atau untuk memperbaiki diri, meningkatkan penampilan diri, menjaga tutur kata dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Itu memang dibenarkan kerana ia adalah usaha atas jati diri untuk menaikkan prestasi diri sehingga dikasihi.
Ayat-ayat pengasih dari surah Al-Quran yang boleh diamalkan.
1. Surah Yusof ayat 4. “(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
2. Surah Al-Hujurat ayat 13. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
3. Surah Ali Imran ayat 14.“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
4. Surah Ali Imran ayat 31.“Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Bagaimanapun... penawarnya boleh rujuk pada Ustaz - sila klik sini.
Semoga "Pak Shah" berbuat solat taubat hendaknya jika apa yg disampaikan oleh Puan R adalah benar... saya bersedia memaafkan Pak Shah dan mendoakan beliau tika ini sudah bertemu jodohnya.
Minyak dagu? Hari ini MM ingin kongsikan satu artikel yg MM copy paste dari blog CaptaPin (t.kasih kepada beliau atas izin) tentang kejahilan dari kebanyakan masyarakat melayu tentang penggunaan unsur-unsur khurafat untuk menarik hati si insan yang dipujanya.
Kebanyakan mereka yang jahil tentang Islam memperolehi MINYAK PENGASIH dari bomoh-bomoh yang membuat dalam bentuk seperti tangkal, azimat, cincin atau minyak di mana selalunya mengamal ajaran yang bertentangan dan menyeleweng dari Islam. Mereka mendapatkan ilmu pengasih bertujuan untuk mengenakan wanita atau lelaki supaya wanita atau lelaki itu akan sentiasa mengingati si pencalit kadang-kadang ada wanita atau lelaki yang terkena ilmu pengasih sanggup mengikut lelaki atau wanita yang mencalit mereka ini ke mana sahaja sampai lupa akan ibubapanya, isteri dan keluarganya mahupun kerjayanya.
Ada yang menggunakan ilmu pengasih supaya urusan dan hajatnya tercapai tanpa bersusah payah. Ada juga menggunakan supaya bos di tempat kerja menyukainya dan senang naik pangkat nanti. Dan bermacam alasan lagi tujuan penggunaan ilmu pengasih.
Yang selalu digunakan adalah dalam bentuk minyak supaya senang dicalit pada seseorang yang disukai. Minyak pengasih yang diambil dari Bomoh Siam adalah minyak dagu. Dari Tok Batin Orang Asli adalah minyak kayu cenuai. Bomoh Melayu minyak senyoyong. Dari seberang Indonesia jugak boleh mendapatkan dari Tok Kiyai iaitu minyak guna-guna.
Selalunya ilmu pengasih ini ada tempoh kuasanya. 1 tahun atau kurang. Mesti dicalit selalu supaya kekal “power”nya. Selalunya ilmu yang menggunakan iblis dan syaitan tidak tahan lama dan hilang kuasanya. Selepas itu seseorang yang terkena akan mula sedar dari mimpi atau lamunan. Tiba-tiba timbul perasaan benci yang amat sangat pada orang yang mencalitnya.
Ada yang menggunakan ilmu pengasih supaya urusan dan hajatnya tercapai tanpa bersusah payah. Ada juga menggunakan supaya bos di tempat kerja menyukainya dan senang naik pangkat nanti. Dan bermacam alasan lagi tujuan penggunaan ilmu pengasih.
Yang selalu digunakan adalah dalam bentuk minyak supaya senang dicalit pada seseorang yang disukai. Minyak pengasih yang diambil dari Bomoh Siam adalah minyak dagu. Dari Tok Batin Orang Asli adalah minyak kayu cenuai. Bomoh Melayu minyak senyoyong. Dari seberang Indonesia jugak boleh mendapatkan dari Tok Kiyai iaitu minyak guna-guna.
Selalunya ilmu pengasih ini ada tempoh kuasanya. 1 tahun atau kurang. Mesti dicalit selalu supaya kekal “power”nya. Selalunya ilmu yang menggunakan iblis dan syaitan tidak tahan lama dan hilang kuasanya. Selepas itu seseorang yang terkena akan mula sedar dari mimpi atau lamunan. Tiba-tiba timbul perasaan benci yang amat sangat pada orang yang mencalitnya.
Nauzubillah.. moga kita semua terhindar dari perbuatan syirik dan terkena sihir.., amin
ReplyDeletememang menakutkan minyak pengasih ni..
ReplyDelete@ardini & norliza ~ thanks for visit my site... sama-sama la kita semua berdoa..klu terkena pun ada penawarnya, Allah lebih berkuasa dr yg lain2.
ReplyDeleteYa Allah! Jauhkanlah kita sumer nie dari menda2 syirik nie...nauzbillah.
ReplyDeleteBetul tu Nurul.. jgn la kita tergolong di antaranya. Jika ada yg pernah terjebak cepat2lah bertaubat nasuha. Mintalah pertolongan Allah dgn jalan sabar.
ReplyDelete