Tuesday, December 21, 2010

Kenapa Blog Tidak Famous Macam Hanis Zalikha @ Cik Epal?

Tadi si 2day blogger membuat segmen ini - Kenapa blog tidak famous macam blog Hanis Zalikha @ Cik Epal?

So.... ini hujah-hujah saya ya (ececeh...... dah rasa macam perbahasan plak ya.... berhujah-hujah... lama dah tak naik pentas).

Saya rasa maybe :

1) Template blog mempengaruhi, font juga mempengaruhi..... lihatlah template blog Hanis Zalikha dan Cik Epal tu... sedang-sedang, font pula tak terlalu kecik dan tak terlalu besar (sesuai untuk semua peringkat umur). Background juga polos.... tak berwarna-warni...dan tak penuh dengan widget2 yang tak perlu. Loading blog juga cepat.

2) Blog mereka tiada lagu... Dalam entry yang lepas I kata tak kisah bila blog ada lagu.... tapi sejak I terkejut hampir nak pengsan di keheningan malam sebab terbuka sebuah blog yang berlagu dengan muzik yang memeranjatkan (dan ketika tu IRP sedang solat di sebelah I).... sejak tu I terus boikot blog berlagu.... lol

3) Maybe blog anda kurang mesra pelanggan, tak menjawab komen even sekali..... ayat terlalu skema, jika dilihat pada blog Hanis Zalikha dan Cik Epal ni.... mereka merendah diri.... cakap pun lembut ala-ala wanita melayu terakhir je .... kat bawah ni I quote sikit apa yang Hanis Zalikha tulis :

"Dulu punyalah bingit kalau anak tak masuk dapur. Lemme tell you why.. Sebab Mama tengok ramai je kawan dia yang tak reti masak langsung, zero skill dan semua perempuan macam tuh Allah jodohkan dengan lelaki pandai masak. Maka dia dah tak ambil pusing kalau anak dia pun tak pandai masak sebab opposite attracts, syok dapat menantu lelaki pandai masak. Kah kah kah!" kan bila kita baca... seolah-olah macam kita cakap face to face dengan dia je kan?


tengok la cara Cik Epal menulis komen.... ringkas tapi comel dan penuh kesopanan..

4) Tiada tulisan rempit di blog mereka (tulisan pendek2 sms tu lahhh)... so, ini mempengaruhi carian di google tau Dik.... lagi satu, tulisan rempit ni kalau pembacanya macam Miss Mirror yang bukan kelahiran milinium ni..... boleh pening baca. Kalau dah tak faham, kekadang I tekan je butang x dan cari blog lain untuk dibaca.

5) Gambar-gambar yang diupload biar terang dan jelas.... kalau avatar pun macam muka orang tak mandi.... ha... macam mana nak popular? Ibaratnya seorang secretary yang dianggap sebagai imej sesebuah syarikat.... kalau kemas dan cun secretary tu... maka cunlah syarikat tu... begitu juga dengan avatar. Kena pilih gambar yang ceria2... barulah orang tau blog tu milik gadis ceria dan rajin mandi.

6) Selain dari tu... I rasa sebab ramai sangat orang bagi backlink kat mereka berdua... tu yang blog mereka makin hari makin popular.... semakin ramai orang memperkatakan mereka, semakin besar backlink.....(sekarang ni pun kita sedang bagi backlink percuma buat mereka dengan adanya segmen ini). Uoll kalau nak popular.... suruh la blogger-blogger lain ngumpat uoll... macam kisah Cinta Syhhh Uncle Seekers tu.....hahahaha..

7) Tip-tip ~ mereka tak kedekut ilmu untuk berkongsi tip....

8) Tidak menjadikan blog medan pelepas kemarahan ~ I pun tak terkecuali, lagi-lagi kalau dah takde sapa untuk kita luahkan... tapi Cik Epal pernah menulis begini...

"Menulis la dari hati bukan dengan perasaan" lebih kurang mcm tu la ayatnya... sorry la Cik Epal kalau tersilap...puas I google ayat tu tadi kat blog Cik Epal tapi tak jumpa2.

9) URL Blog mereka~ mudah untuk ditaip, senang diingat dan digoogle.... C.I.K E.P.A.L (7 huruf je).... I.N.I B.E.L.O.G S.A.Y.A ...mudah untuk diingat bukan? S.A.M - P.U.A.N S.Y.U.R.G.A atau kengkadang M.I.S.S M.I.R.R.O.R .... memang payah sikit tapi dah terbuat...nak buat macam mana kan....kalau nak tukar leceh plak sebab nanti my follower tak dapat nak kesan blog I ni pulak.

Ok la...itu je buat masa ni... rasa macam nak berceloteh panjang-panjang tapi masa tak mengizinkan.

13 comments:

  1. thanks for the tips MM..

    banyak yang i kena upgrade,

    but then, blog i takde la lagu..

    i hate it, bising kan!

    ReplyDelete
  2. Ms. Bubbles ~ hahaha.. I sekadar ingin memeriahkan discussions tersebut. Lama dah tak berbahas you! But I like your blog apa..selalu I singgah. :D

    ReplyDelete
  3. tulisan mat rempit ke??haha....komen yang bagus....jemput2 la datang bace entry kite lak k?? :D

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana sudi jpin berbincangan ini.Saya sgt tertarik bila awk kata " I rasa sebab ramai sangat orang bagi backlink kat mereka berdua... tu yang blog mereka makin hari makin popular"..betul tu..bila dah ramai yg bercakap pasal blog mereka.lagilah bertambah trafik mereka=)

    ReplyDelete
  5. Ekkem ~ anak I pun suka type tulisan rempit ni..apa nak buat..dah itu zmn mereka.

    Faisal ~ terima kasih juga buat awak kerana buat segmen perbincangan ni. Byk lg sebenarnya yg boleh kita buat kajian di masa2 akan dtg supaya aktiviti berblog lebih terisi dgn sesuatu yg lebih menceriakan & berfaedah.

    ReplyDelete
  6. Tetapi MM,
    Blog yang ada lagu pun boleh popular.
    Contohnya

    Blog Ireine Nadia Marcello
    http://irinenadia.blogspot.com/
    Pengikutnya dekat 10 ribu

    Aku pulak kdg2 suka blog ada lagu, kadang2 tak suka.

    ReplyDelete
  7. MS ~ ooo itu artis ya? no wonder la ramai peminat.

    ReplyDelete
  8. Alamak! Cik Epal terbaca la pulak! Hehehe... ;D (sib baik kita crita yg baik2 je kan).

    ReplyDelete
  9. nasib baik la benda baik kan? kalau tak, tak pasal pasal. kena sergah kat blog cik epal pulak. muehehe

    ReplyDelete
  10. Yup Cik Epal..klu saya menulis ttg keburukan..mmg patut pun kena sergah. :) tapi sib baik la tidak... dan commenter2 di entry kali ni semuanya menulis dgn berbudi berbahasa pulak... agaknya mereka mmg dah menjangka Cik Epal akan muncul kot ;) hahahha (I gurau je).

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.