Friday, December 3, 2010

Melawan Kebencian...

Manusia sememangnya tidak dapat lari dari kesedihan dalam perjalanan hidupnya.... Bohonglah kalau hidup perfect je.... happy je sepanjang hayat.... bayi pun dilahirkan ke dunia ...terus menangis... sedih la tu agaknya... I pun masa first time keluar melihat dunia puluhan tahun yang lampau pun I nangis tau! Sedihhh.......dah elok2 duduk kat perut mak I sedap2 tak payah mandi... keluar-keluar terpaksa berlampin bagai... mestilah nangis kan... lol...

Kalau sedih sangat kan... apa kata type je kat google tu perkataan "S.E.D.I.H"... pendek kata.. dah alang-alang selalu mengadap komputer tu.... suruh je komputer menangani masalah sedih kita... tau la nanti dia memberikan cadangan-cadangan yang bernas (but make sure... dari sumber yang boleh dipercayai dan tidak menyalahi agama ya).


click to enlarge...

Ha tengok paparan di atas tu... kan keluar pelbagai perkara tentang sedih.... Tip sedih, Kata Mutiara Sedih... dan macam-macam lagi... Maksudnya bukan anda sorang yang bersedih kat dunia ni...

Sebenarnya kan... selagi kita tak buat kesalahan dengan orang... kita masih layak untuk bergembira. Membuat kesalahan dengan orang keadaannya lebih membebankan berbanding jika orang berbuat salah dengan kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak diberi keajaiban oleh Allah SWT untuk mengetahui tempoh jangkahayat kita sebagaimana Lilypie ni mampu mengira jangkamasa perhubungan/perkahwinan kita... andai kita ada keajaiban itu... I rasa kita pun tak akan sibuk-sibuk memikirkan lagi hal-hal yang remeh temeh dalam hidup kita sebab asik memikirkan tarikh ajal yang kian hari kian mendekat... tapi...

... sebagai seorang Muslim, adalah lebih baik kalau kita selalu berfikir.. bahawa ajal maut itu akan datang bila-bila masa saja dari sekarang... Bukan saja ajal kita.. malah ajal orang yang menjadi lawan (punca sedih kita itu). Anggap je macam tu.. mudah-mudahan hati kita berlembut hati untuk memaafkan kesalahannya (walau sebesar gunung berapi) seterusnya secara tak langsung hati kita pun tak sedih lagi.

Bukan ke orang tua selalu bercakap....

"Ooo patutlah dia buat perangai.. rupa2nya... dia ingin "meninggalkan kasih" Ayat ini macam dah sinonim tiap kali berlakunya kematian.... So, kalau rasa terbuku di hati tak puas hati dengan tingkah laku seseorang... anggap je la orang tu dah buang tebiat... Pasti anda akan insaf seketika...

Nak lawan kebencian di hati sebenarnya terlalu banyak.. bergantung pada apa yang anda bencikan... Kalau benci dengan sahabat yang telah melukan hati kita... cuba kenang semula kebaikannya kepada kita selama ini. Pasti ada kan... tak kan terus zero langsung?

p/s : entry ini ditulis atas permintaan..

4 comments:

  1. betul2
    jangan simpan kebencian kan
    selalu kebencian nih berpunca daripada dendam
    jadi elak kan berdendam atau menyimpan dendam

    P/S : Uncle Seekers Disaman. Good Job!

    P/S : Contest Cerpen Sesedap Rasa

    ReplyDelete
  2. tapi...klu time marah tu kan...telupa lah nak maafkan org tuh....heheh....take tyme la...=)

    ReplyDelete
  3. HANS - tapi kita ni hanya manusia biasa...mmg tak lari dr semua tu...

    NURHIDAYAH - memang pun.. ianya tak semudah diungkap.. mmg ambik masa sikit utk memaafkan.

    ReplyDelete
  4. bukan mudah kan.. :D Tp tula, kadang2 kebncian ni makan diri. haiz. payah2.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...