Saturday, February 27, 2010

MENANGANI PENGANGGURAN


Betul ke sekarang ni susah untuk mendapatkan pekerjaan? Orang "tanam anggur" berleluasa? Ya ker? Tapi kalau last year..kwn2 I kt FB selalu buat announcement mencari pekerja baru... pelbagai jawatan ditawarkan... tp this year mcm dah takde pulak.. maksudnya mcm dh kurang.

Apakah alasan2 mereka yg masih sukar mendapatkan pekerjaan ni? Mari kita tinjau..... eh silap.. mari kita TERJAH!

1. KURANG PELUANG KERJA

Ya ke? Dah rujuk iklan kt paper? mendaftar di Pejabat Buruh atau agent
pencari pekerjaan? Buat announcement kt blog? Kat FB? katakan ..

"aku tengah nak cari kerja"

2. TERLALU MEMILIH

Ada yg tak setuju kalau I ckp mcm ni.. mereka kata mereka bukan memilih... ada juga pemegang degree, tak kisah pun nak apply jawatan kerani tapi bakal majikan menolak dgn alasan mereka over qualified. Ya ke you??.. ke you terkurang hensem utk jawatan tu kot? hehehe... you berangan nk jadi pramugara dlm masa sama ketinggian kurang dr 5 kaki camne nak dapat? cuba apply bidang kerja yg bersesuaian dgn fizikal.

3. DAH REZEKI

Ada org interview2 terus dpt kerja.... entah minyak apa tah disapu ? gurau je... syiriklah.
Ada org turun bangunan naik bangunan, turun lif naik lif tapi jawapan mendukacitakan... jawapan standard:

"Kami akan hubungi awak nanti".

dlm hati ..

"kesian.. sebenarnya awak tak dpt pun pekerjaan ni"

4. TERSALAH MEMILIH KOS

Yg ni sebenarnya kena fikirkan sebelum isi borang masa nak masuk IPTA/IPTS dulu... Sebelum isi borang tu buat kaji selidik dulu bidang apa yg paling byk atau senang mendapat permintaan di pasaran. Kalau dah tau kos yg bakal diambil tu tak relevan dgn tuntutan masa kini, jgn la berumah di tepi pantai.

Jika seseorang pelajar itu tahu bahawa kos yg mereka ambil akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan, anda perlu mencari skill2 tambahan spt kemahiran computer, atau bidang2 lain spt kemahiran berinteraksi, belajar lebih byk bahasa dan sebagainya. Ini akan membantu anda di masa depan. Sekurang-kurangnya jika anda gagal untuk menjadi Pengurus anda boleh beralih menjadi tourist guide atau jika anda gagal jawatan sbg Pegawai Pemasaran anda boleh membuka bisnes sendiri menjual computer, jual handphone, jual karpet dsbnya. Kalau dah takde kerja sgt... bisnes je ON LINE jual minyak mcm Makcik Mirror ni..

(Wah! senangnya Makcik Mirror cakap!!!)

sebenarnya bukan menghairankan graduan2 beralih bidang kona 360 darjah dr kos yg diambil semasa menuntut di IPTA/IPTS.. byk contoh2 tokoh2 terkenal tanahair yg tak dpt dituliskan di sini...( takut la nk tulis nama individu sejak zmn saman-menyaman ni)..mereka telah berjaya membuktikan kejayaan. Pendek kata, jika dah tak minat... nak tunggu apa lagi, kena do something utk keluar dr kemelut kebosanan kos yg telah tersalah pilih itu... tp kena bulatkan tekad.

5. KELEMAHAN BERBAHASA INGGERIS.

I rasa itu bukan alasan terbaik untuk anda berasa kurang yakin utk memohon pekerjaan. Mulakan langkah dr sekarang dgn menghadiri kursus2 berkaitan. Secara on line pun byk...kerja keras sikit untuk mengatasi masalah anda tersebut. Luaskan persahabatan anda ke serata dunia...

6. KURANG KEYAKINAN

Mengapa mesti kurang yakin.. anda kena yakin dgn setiap soalan yg dikemukakan oleh penemuduga. Hadir dgn pakaian yg kemas dan berkarisma.
Jgn memakai warna yg terang dan menyakitkan mata. Untuk permulaan, sbg org yg tiada pengalaman, jgn la pula anda nak demand gaji yg terlampau tinggi. Senang cerita.. "CERMIN2KAN LA DIRI". Mirror, mirror on de wall...

P/S : I pun tanam anggur... but I love my job! I likeee...

Friday, February 26, 2010

RESEPI NUGGET HOMEMADE

Next week I nk cuba resepi ni.... Nugget. Mesti IRP akan kata bininya dah terkurang kerja... ada yg dah ready made, pi buat manual nugget plak... eh tp kn.. org kata resepi bawah ni SEDAPPPPPP SGT!!

* 400g isi ayam
* 4 sudu besar mayonis
* 1 sudu kecil serbuk lada sulah
* 1/2 sudu kecil garam
* 100g breadcrumbs
* 2 sudu besar tepung gandum
* sedikit tepung- utk salut kat luar nugget


Cara-cara

1. Masukkan isi ayam ke dalam pengisar. Kisar sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kalau rasa kering boleh tambah mayonis.
2. Buat bentuk bulat, golek-golek dalam tepung. kemudian celup dalam telur dan salut dengan breadcrumb.Kemudian goreng dengan minyak penuh.


PRITZEL

Dough

4 teaspoons active dry yeast
1 tablespoon white sugar
1 1/4 cups water (110 degrees F/45 degrees C)
4 cups all-purpose flour
1/2 cup white sugar
1 1/2 teaspoons salt
1 tablespoon vegetable oil

Baking soda Bath – mix these together
1/2 cup baking soda

4 cups hot water
Topping Adhesive
1 eggwhite + 1 tablespoon of water

Cinnamon Sugar topping – mix all of these together. Squeeze big chuck of butter and mix well with all other ingredients. Final product will be coarse crumb with some peanut-sized bits.

½ cup of finely chopped walnuts (or other nuts of your choice)
½ cup of all purposed flour
½ cup of sugar
4 table spoon of cold butter – cut into small cubes
1 table spoon of cinnamon
A pinch of salt
Preheat the oven to 425-450 F.



KOPI GOBRES DAN GEBENG DRUWO


Membaca entry teman-teman blogger tentang kepulangan ke kg selepas ketiadaan bonda tercinta mengingatkan aku pd kata-kata seorang temanku lewat telefon seminggu yg lalu...

Ketika si R kehilangan bonda tersayang.... sedihnya bukan kepalang.... namun kata R... dia masih mempunyai pilihan... selepas itu kasihnya akan ditumpahkan kepada bonda suami (bonda mertua da...) setulus hati bagi melupakan tragedi sedih sebuah kehilangan. Pulang beraya di kg mertua sedikit sebanyak mengubat kerinduannya pada bonda tercinta yg telah pergi.

Namun... setelah bonda mertua yg dikasihi jua menyusul mengadap Illahi beberapa tahun selepas itu, ayah mertua memang dah lama tak ada dah... segalanya telah mengubah seluruh hidupnya..... hidup bagai tiada maknanya lagi... semuanya bagaikan kaku.... terasa diri telah benar2 tua... yatim piatu...

Hari raya bagai tiada erti buatnya..... tak tahu nak pulang ke mana... ada juga sekali-sekala pulang ke rumah pusaka.... tetapi kesedihan semakin menerjah-nerjah di lubuk hati... terbayang akan saat manisnya dulu tika R pulang ke kg mertua..... pulang bersambut... ibu mertua yg telah tua itu menunggu di muka pintu... waima malam sudah semakin merangkak ke pagi..

Kalau nak dikirakan...menurut R... hubungannya dgn ibu mertua sebelum itu bukanlah terlalu rapat atau dlm erti lain....tidak la seakrab hubungan Makcik Mirror dgn my MIL... ekekeke...

"eh... aku rapat apa dgn mertua aku.!!... semua cerita tentang ex-bopren aku pun Mak mertua aku tau... dr A sampai Z...hehehe...korang boleh ke buat mcm aku ni? tak boleh kan?"

tu la uniknya ibu mertua aku ni... tak mau tulis pjg2 ttg MY MIL ... beliau ada URL blog aku ni...

"Hai Mak!!!" hehehe...

Lalu... berbalik pd cerita si R tadi.... pesanan R kepadaku....

KASIHILAH ORANG TUA KITA SELAGI MEREKA MASIH ADA.... DAN PULANGLAH...

R bukannya tak boleh balik ke rumah sedara-mara time raya...tapi rumah sedara-mara dgn rumah bonda (even bonda mertua) tentu la berbeza..... tahap keselesaan tu tentu berbeza... so, mau tak mau... jadi la R wanita kota jati.... menyambut raya pun di kota metropolitan. Agaknya suatu masa nanti pun kita akan mengalami apa yg R alami ni....

SO... pulanglah selagi rumah pusaka itu masih ada "PENGHUNI BERHARGA"... jika sudah berganti milik... kau tidak akan menemui lg sebuah kemanisan yg selama ini kau alami...

Sudah pasti tiada lg senyuman manis yg ketawa riang menyambutmu datang....
dan menyediakan air kopi gobres..... biskut gebeng druwo...

atau...

melambai sayu kepulangan semulamu ke kota... dgn dibekalkan ubi kayu.... pisang dan segala mcm2 sayuran.....

ko pasti tak akan temuinya lagi....

Thursday, February 25, 2010

KARISMA - ADAKAH SEMULAJADI ATAU BOLEH DICIPTA?

10.09 am ~~~masih rasa mcm nk zzzzzzzzzzzzZZ.........
tapi sehari tidak berblog, bagai ada yg terkurang...lagi pun.... dah janji dgn Pakcik Nuffnang nak update blog hari2. Arini dah BERJAYA memujuk si Shashal ke sekolah, semalam selepas I puji dia dah rajin bangun tu, dah ponteng sekolah 1 hari plak.... mungkin sbb dia ngantuk sgt... mlm asik nk tgk siaran 613..


Sekadar gmbr hiasan - tiada kena mengena dgn topik



Eh uoll....... BENARKAH???.... apakah benar pendapat ini??




"Cuba kau tengok si BEDAH BINTI JOTOS (nama rekaan semata) tu.... orgnya... org kg je... TAPI... wajahnya ada TOKOH"




Maksud beliau di atas ialah.... org tu cuma kerja kg je, tinggal kat kg...tak berpelajaran tinggi...tp wajahnya ada KARISMA... Apakah benar? Ya.. apakah benar sebenarnya KARISMA itu penghasilan usaha atau pembawakan sejak lahir?




"Cuba kau tengok lagi.. si NATASYA FARIEYANA ELIZ (bukan nama sebenar...sekadar nak bagi contoh org kelahiran moden nama kan pjg2).... kerja pegawai tinggi, lulusan tinggi.....tp KETOKOHAN tu tak terserlah, muka malap..."



Ooo iyer ke???????? tang mana yg tak nampak KETOKOHAN tu?. OO payah jugak mulanya nak menilai KETOKOHAN ke tidak ni....



Tapi kan.... I pernah terperasan.... ada sorang Pakcik ni la.... dia dah tua tau... tp bila kita tengok muka dia  mcm ada SESUATU pd dirinya.... bila dia berada di dlm sekelompok manusia..dia mcm LAIN dr yg lain..... ibarat spt mutiara di celahan pasir2..... mcm bulan dipagar bintang....mcm terserlah la aura dia tu... ha gitu!. Haa!! Mcm tu kot maksud si TEMAN I td...



SO... sebenarnya apa TOPIK I kali ni?? Lain yg nak disampaikan lain pulak I cerita...sebenarnya tu la persoalannya .... ADAKAH KETOKOHAN ITU BOLEH DICIPTA??


JAWAPANNYA KALAU I YG JAWAB.... "YES" kot..(ada perkataan "KOT" itu maksudnya 50=50 sbb...




1) teringat sorang kakak ni....dia ni guru....yg I heran tu...kalau kat rumah dia tak pakai spek..lenses apa semua mmg tak pakai pun, atau erti kata lain dia memang tak rabun pun... tp bila nak pi mengajar, yg ku herannya, mesti dicangkuknya spek yg tebal bingkai mcm Cikgu Bedah tu... I tanya ngan dia.. kenapa Kak?.


"Biar anak murid akak takut..Sam"


"Lorrrr........... gitu pulak"  mcm tu sekali,  tapi memang betul,  Kakak ni nampak lebih berKARISMA dgn SPEKnya tu.  Sebelumnya, mukanya yg cute tu menjadikan dia nampak manja je dan sapa yg tengok pun tak takut,  tu yg dia kena berbuat sesuatu dan nampaknya usahanya telah pun berjaya. Syabas  Cikgu!.




2) Pembawakan sejak lahir?.  Oh! Itu peranan seorang ibu. I percaya keadaan semasa mengandungkan itu memainkan peranan, mungkin sikap ibunya ketika mengandung itu sentiasa menjaga ibadahnya, mengaji surah2 tertentu.. so keluar la seorang anak yg wajahnya ceria, berseri2, berketrampilan, berAURA dan berkempimpinan.




3) Mungkin org tu rajin SOLAT MALAM kot....sbb tu la nampak la wajahnya berKETOKOHAN.... org pandang pun mcm TAKUTTTT je....mcm Cikgu I yg I segani tu....segan beb....segan betul dulu kalau terjumpa beliau kt mana2 lepas tu kita ni dah la adakalanya tu berpakaian tersangatlah "sopannya" (masa tu la)..... heeeeee sgt la malunya... tp beliau ni COOL je... tak marah2 pun...just senyum

"Hai SAM**** .... Awak nk beli apa?".... lemah kepala lutut..org nak lari makin ditegurnya pulak tu...hahaha.. 




4) Keturunan ~ mungkin jugak baka... baka dr jenis muka berKETOKOHAN... nenek moyangnya mmg jenis berkarisma, keturunan pahlawan, gagah perkasa, badan mantep, tegep... haha..




So...bg adik2 yg nak cari kerja tu, khasnya bidang pekerjaan yg memerlukan anda menjadi seorang leader, hasilkan dan persiapkanlah diri berwajah KETOKOHAN... ciptakan ketokohan itu bg menyangkal pendapat bahawa keTOKOHAN adalah pembawakan sejak lahir... ia juga sebenarnya boleh dicipta selain dgn bykkan bersolat, berdoa, juga melalui pemakanan, dgn makanan yg cukup zat... badan mantep... terserlah la karisma tu.. kan?.




p/s: sebenarnya I bukanlah org yg layak utk menulis topik ini..sekadar sedikit kupasan utk diperdebatkan.




















Wednesday, February 24, 2010

KURUNG NAN BIRU...

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...LALALALA...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Adakah aku yang tergopoh-gapah???
atau aku belajar dari kesilapan semalam???

ya.. benar...
kita kena belajar dari kesilapan..
kesilapan di syawal yg lepas
di mana baju raya kami tak siap....

KESIANNNNNN...

so!!!!

Jom... MM nk gi beli baju raya ni..
warna kaler BIRU ..BLUE BLACK!!
org kata MM tak sesuai dgn kaler mcm font ni??

tp...MM tak peduli..
MM STILLL nk cuba baju kaler ni..
mcm uniform masa zmn keja2 dulu...
asalkan kaler tak mcm kaler
uniform sekolah dah ler...

owh!!! ada pix baru....SORRY..sekadar gmbr hiasan..
tiada kena mengena dgn cerita di atas..
ni bukan kelas MM pun..
tp kelas kengkawan
saja tolong simpankan...
ramai kwn2 dlm gmbr tu..baik2 belaka mereka semua ini...





JANGAN LA KAU SEKSA DIRIKU LAGI......

Jgn la seksa diri I lagi...

I tak sanggup menanggungnya...

oh TIDAK!!!

tapi siapa yg bersalah? I? atau You?
You tidak pernah memaksa I pun..

Ya...You memang tak pernah memaksa I..

You tak bersalah...

?
>
?
>




you tak pernah paksa I pi skodeng BLOG YOU!
dan nampak KACANG TUMBUK tu...

tengok la apa I dah beli ni...

ni je yg ada kt kedai runcit tu mlm td...

agaknya sebab tu kot IRP cuma belikan yg ni...

I pasti IRP bukan spesis Pak Pandir....OH NO!! He is so genius!!! (hah... puji la sikit... sapa lg nk puji suami kan....klu bukan bininya) my hubby dh cukup phm
my favourite....tp mengenang kacang tumbuk tu tak terjual &
tak mahu wifenya kempunan....

belikan je le bendalah atas tu....
herm.....MAKAN JELAH!!! Ngap!!!

Nyum nyum nyum......

OH SEDAP JUGAK...


Tuesday, February 23, 2010

DOSA KEPADA ORANG TUA

"Allah nak turunkan rezeki kepada kita,(rezeki tu tidak sampai dan ditarik balik) kerana rupa2nya kita ada dosa dengan Ibu Bapa kita"... marilah muhasabah diri....minta la ampun selagi kita masih diberikan peluang berbuat demikian....



gmbr si Tenggang menjadi batu

Balasan yang dijanjikan oleh Allah terhadap anak yang derhaka :

  • § Menanggung kesusahan hidup di dunia yang berpanjangan
  • § Tidak mendapat rahmat Allah
  • § Terputus rezeki daripada Allah
  • § Akan mendapat azab daripada Allah di akhirat kelak


Cara mentaati ibu bapa :
  • § Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka
  • § Menghormati mereka setiap masa
  • § Menjaga mereka dengan baik semasa mereka tua
  • § Bersopan dan berlemah lembut apabila berbicara dan berhadapan dengan mereka


Perlakuan yang dikatogerikan menderhaka kepada ibu bapa

  • § Melawan percakapan ibu bapa
  • § Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
  • § Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka
  • § Menghina dan memandang rendah ibu bapa yang miskin


·




Monday, February 22, 2010

KEREPEK DAN MEREPEK...

MM tgh goreng kerepek keladi ni...

sementara itu.... di balkoni.. my IRP busy melayan jiran kami... Mr. S... ngeteh2...
rasanya Mr. S pun tak mkn la bendalah kerepek keladi ni...
tak payah hidang la kot??
klu tak biasa makan karang terkejut pulak dgn
kerepek keladi serawak yg sedikit menggatalkan tekak ni...

sementara tu MM ingat nk kutip semula senarai nama kwn2 dlm dairy...

ya.... DAIRY2 kat bawah ni la...

dairy2 usangku yg kuceritakan dulu....



tinggal 3 ni je yg dpt dijumpai...

sapa yg MM nk jejak di FB hari ni ya??
ada byk senarai ni... bestnyaaa!!
suprise betul la dpt jumpa balik gang lama ni..

betul2 berguna dairy lamaku ini...
tak sia2 aku menyimpannya...
kalau MS nk jejak anak muridnya yg dia mengajar kt SMP tu...
senarainya pun ada pada MM.... setakat sorang 2 yg MM kenal tu
ada la MM TERtidak sengaja menulis kat dairy...
ya la dulu2... kami pernah rombongan gi Pangkor bersama2..

Eh... oh ya... alamak!
kakak angkat aku pun ada???
bestnya....









SURATAN ATAU KEBETULAN - PART 11


Suratan atau kebetulan? Di dlm entry terdahulu.. Makcik Mirror ada bg tip2 utk anak menjadi bijak kan? Mungkin si Comei dgn si Balamos je yg berpeluang membacanya sbb they all 2 ni la followerku yg setia ketika itu. Nanti la aku bg korang hadiah ya Mei & Balamos... hehe.. Balamos pun dah lama x muncul... busy.... org dah kaya katakan....bkb38. So..bg follower2 baru MM ulang tayang cerita ni sbb memasing pun ada ank kecik kan.... ank "besar" yg dah berjanggut tu pun klu kita nk applykan benda ni pun boleh je.... sertakan sekali doa utk para suami ayat 165 Surah Al-Baqarah tu.

Salah 1 caranya dlm tip tu... bila anak kita nak tido.... dlm keadaan sedar tak sedar...tido2 ayam tu... bisikkan pd dia kata2 positif... Sebenarnya... MM ni punya la lama tak applykn benda tu pd Shashal... sbb busy la katakan..isteri mithali... kejap basuh pinggan, kejap basuh baju, pastu jemur... tu yg x sempat nk buat benda2 tu.:P

So.... mlm td.... sbb MM dah insomnia sgt... tgk kt tenet pun cam xde org... MM pun pegi pd si bujangku itu yg tgh tido2 ayam sambil menyusu... menyusu lg anak aku ni.. aku peduli apa, dpd dia tak nak hisap susu kan ke susah, kurang kalsium.. Lepas bacakan doa tido...MM pun ckp pelan2 kt dia....

"Shashal budak baik.... Shashal anak yg soleh....rajin sekolah... esok Shashal pakai uniform sekolah... bla bla bla..."...

Maka pagi ini... Ya Allah bersyukurnya MM.... bila selama ni dia liat nk pegi sekolah... dia bangun terus mandi.... pastu yg membanggakkannya..... kalau selama ni dia yg berdegil tak nk pakai uniform, hari2 pakai jeans gi sekolah... tetiba pagi ni dia sendiri yg request utk pakai uniformnya yg dah lama tersadai tu.... SOOOOOOOO MIRACLE!!! Alhamdulilah... doakan le Shashal berkekalan mcm tu ya Puan2.... kalau tak MM pening tau...

Ok... MM nk ulang semula sebab2 berkesannya tip "membisik2 kata2 positif" ketika anak tido2 ayam ni.. sebabnya.. ketika dlm sedar tak sedar otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah. Kuasa luar biasa dlm diri kita tersembunyi di dlm otak kanan.

Secara logiknya pula... doa seorang ibu itu sgt la mujarab. Bapa nak buat pun boleh... tepuk2 la sikit masa dia blur2 tu....Buat la seikhlas hati.... jgn buat ketika kita tgh hot.

Lagi 1... ada la dgr doktor tu cakap... IQ anak dipengaruhi oleh IQ ibu..... Alamak!!! Ini yg I seram ni!!!!

Apa kaitan gmbr di atas.... itu hasil tani kami belakang rumah. Keladi. Jemput makan!

Sunday, February 21, 2010

PORTAL UNTUK GANG BAS SEKOLAH

PERHATIANN!!!!!!!!!!!!!!!

Bagi yg tak suka FB.... anda masih ada alternative lain untuk menjejakki rakan2 x-SMKSM anda iaitu :

sign in di http://smksrimedan.ning.com

Aku rasa untuk batch kita... aku sesorangggg je kt situ.... kesiannnn aku.
Ckp sesoranggg je.....
ada sorang budak senior tu pun sesorangggg je...
dia pun tgh nk jejak kwn dia....
sapa dia tu ya?
Aku pun dah lupa...



puas aku berkerut dahi mengingati semula...

adakah aku Melayu Mudah lupa?



NAK APPOINTMENT KE?

Membincangkan adat-adat berjiran di blog MS teringat pula jiran-jiranku...Dalam Islam, jiran kita ialah 40 buah rumah ke kanan, 40 buah rumah ke kiri, 40 buah rumah ke depan dan 40 buah rumah ke belakang.


CNY ~ dah mcm raya dah ni... Mcm ni la kalau CNY kat rumah aku.. jiran tetangga menghantar pelbagai makanan dan begitu la pula bila raya, kami pula membalasnya..
pendek kata kalau CNY mmg kena standby tupperware kosong... hias cantik2 kt meja.
ni pun blom sempat nk deco2 lg..
jiran tetanggaku waktu ini ada yg masih bercuti, ada yg riuh rendah menerima kunjungan tetamu dan sedara-mara...
mmg menjelouskan ako!!! Hehehe.. sbb mcm riuh2 gitu! Happening!! Best je dgr pinggan-mangkuk berlaga dr. ruang dapurku yg hanya dipisahkan oleh pagar besi tempawan.
teringat kalau kita raya2 tu... family dtg pastu gi marhaban... BEST!

Bertunggu-tangga rumah org rasanya tak pernah pula berlaku di taman kami ni sbb masing2 sibuk, walaupun majoriti adalah MEM besar mcm aku.



Bagi anda yg berkongsi tembok/pagar... MM rasa better kalau uoll nak buat kerja cat-mengecat tu bincang le baik2... tanya la...

"you nak kaler apa? you nak join tak, I nak cat tembok ni... you nak share ke? You izin tak kalau I cat tembok I ni.. takut I cat2... termeleleh plak kt tembok you"

haaa mcm tu la...

Ada tak yg kerja meminjam? Bwng2 ke? Cili ke? Sudip ke? Kuali ke? Ha tu.. kena la jujur... pulangkan le kalau dah namanya meminjam.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana MM dikurniakan jiran-jiran yg waras dan siuman, membantu tika memerlukan..... kdg tu MM tak perasan anak MM balik dr sekolah sbb busy kt belakang rumah.. pun diorg susah payah tolong... kdg tu I terlupa tutup gate...diorg pun tekan bell.

Dulu kat rumah lama, MM belajar menjahit baju, mengait dgn Makcik Nala tapi MM pegi dgn appointment la, kalau MM balik kg Makcik Nala siramkan pokok & begitulah sebaliknya.

Sebut psl appointment ni kalau Mat Saleh selalunya kalau ada tetamu nk dtg mesti dgn appointment... kita tak payah mcm tu pun takpe.. tp kena la phm konsep BERTAMU tu. Tp klu dah appointment, jgn le mungkir pulak.

Ada baiknya dtg dgn appointment sbb nk menyenangkan tuan rumah supaya get ready.... bukan ready masak...tp mana la tau kalau dia nk gi mana2 ke... tak le kita mengganggu. Tapi klu dtg rumah sedara mara, MM main redah je...klu berappointment2 ni... kalau si MS tu mesti dia kelam kabut memasak mcm nk buat kenduri! Sekawah dia masak utk kami! Sedapnya mee tomyam yg K.Ida masak tu... mertua aku ckp sedapnyaaa!!!

Org kata "TETAMU DATANG MEMBAWA REZEKI, MENGHALAU PENYAKIT" - so, bergumbiralah anda dgn kedatangan tetamu :D... asal bukan Mr. Ratatouville yg jadi tetamu dah le....

Saturday, February 20, 2010

GIGI BIRU.....HEEEE.....

Gigi biru?? ke kuning?? ke putih melepak? Bubuh arang la...

ah...... MM bukan nk cerita pasal gigi pun. Ain je yg memandai2 mengalih bahasa bendalah BLUETOOTH tu jd gigi biru.

Ya tuan2... setelah MM fed up dgn USB cable, MM kini beralih pd bluetooth.... ada 2 jenis yg terjual kt kedai tu tadi, penjual tu tanya... utk Window Vista ke Window xp? Pastu dia pilihkan ler mana yg sesuai..... harganya sebelum ditawar2.... RM39.00 pastu sbb kt kedai sebelumnya tu jual RM35... MM pun mintak kurang le.... dah le USB cableku yg baru beli kehilangan resit nk claim.. takkan la kerja asik membuang2 duit lg.

Sampai rumah.... aku dgn tak sabar2nya terus memasang GIGI BIRU tersebut.... tak susah pun tuan2..... (ni pd yg tak tahu le aku nk cerita ni).... caranya...

1) connect le Gigi biru tu td pd computer mcm biasa....
2) so PC anda akan memberi signal new hardware dah terpasang...
3) click le kt situ pastu..
4) clik RECEIVED FILE.... pastu dia tulis waiting for bla2.....
5) ambik hphone anda.... pegi pd gmbr yg kita nk SENT tu...
6) click SENT
7) pilih VIA BLUETOOTH
8) akan keluar le nama bluetooth tu di paparan Hphone anda...klik lg...
9) dah siap... YEY!!!

Entah le... apa jadi tah dgn gmbr2 yg MM snap siang td... mcm hilang je dr galery HPku... sebagai percubaan pertama bluetoothku ini.... MM sent gmbr apa yg ada je...gmbr atas tu je la yg tinggal... gmbr ni sebenarnya untuk kegunaan si Ain... dia yg snap... entah utk apa...MM pun tak bertanya... tgh berangan nk jd juara badminton kot?

BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU....

sakit hati dgn apa yg berlaku kpd USB cableku..... baik aku tenangkan hati dengan menghayati kerinduanku pada Kota Mekah....


Gambar ikhsan dr seorang teman lama yg baru balik dr umrah baru2 ini...

Heran tau MM..... agaknya betul la kalau org kata.... bila kita mengingati seseorang, org itu tak semena2 mengingati diri kita. Gelombang2 akan menyampaikan kpd org yg kita ingati itu...

Semalam..... sebab dah tercerita pasal dairy lama kat entry tu, so, MM ptg tu bukak le dairy 89 & baca helaian demi helaian....tetiba plinggg.... muncul nama Minah ni & MM teringat le dia, keletahnya, lemah lembutnya masa di sekolah....setiap langkahnya yg gemalai tu mcm terbayang2 kat ruang mata.. tak berapa minit lepas tu ditakdirkan MM buka FB... dia yg dah lama ghaib dr FB tak semena2 tag MM gmbr ni... serta-merta MM terpikir...

"eh panjang umur dia!!" SO!

Conclusionnya.... kalau anda rindukan sesorang... anda ingat le dlm hati bersungguh2... InsyaAllah dia juga akan mengingati anda.....Hehehe... boleh gunapakai ke tip ni? Suratan atau kebetulan..... tp terlalu byk kebetulan yg telah berlaku sebelum ini... agaknya mmg betul kot?

MM tgh ingat kat COMEI ni ... adakah Comei yg berada di rumah pun tgh ingat aku??? Kwang kwang kwang....

p/s : Aku jua sgt rindukan kota suci itu.... semoga lambaian Kaabah memanggilku ke sana...

APA SEBENARNYA????

"The computer cannot detect the scanner or camera...."

alamak!! sabau je ler Makcik Mirror..... baru beberapa minggu lepas MM puji lebih2 my USB Cable ni... dr mlm td sampai la pagi ni ianya merajuk tak habis2.......... sah! dah rosak la tu gamaknya?? ................. Waaaaaaaaaaaaa!!! Sedihnya aku!!!!!!!!!!!!

Adakah MM perlu :

1) beli lain
2) minta ganti baru kt kedai yg jual tu.... resit pun entah kt mana.
3) pakai blue tooth je - nk kena beli & pasang...
4) laptopku yg sakit & kena hantar gi jumpa Dr.
5) ianya merajuk sejak semalam aku buat "dairy" fesyen lama yg x bergambar tu... tau pulak dia merajuk ya!
6) aku perlu berehat dr berblog mcm si AMSUDA.
7) hanya menciplak gmbr dr Pakcik Google...
8) mengguna semula cam corderku yg dah bersawang tu..entah2 dia pun sama merajuk!

ENTAHLAH.........................................

mywish list..... klu ada sapa2 nk bg "present"....... :D hahahaha....

1) belikan le mesin jahit industri mcm si ANIS punya tu............. aku nk kembali ke hobi lamaku.............. mesin jahitku tu dah dipatahkan oleh si Shashal.

2) handphone yg canggih, tahan lasak pastu mampu menghasilkan gmbr2 yg menjadikan wajahku muda 10 tahun.


Plingggg!!!! Tetiba ia muncul kat depan mata........ alangkah bestnya!!!!! IRP.... ooooo IRP... hari ni you tak menjengah2 blog isteri u ni ke Darling? Sila baca ya SAYANGGGGGG!!!!.... Intan payung!!!!!

Thursday, February 18, 2010

DAIRY FESYEN LAMA


siram sayur je belum...

merayau ke blog teman2 sudah.... makan sudah...... bergayut kt tepon dgn si Leha sudah.... tepon adikku si P sudah...... sediakan anak2 makan sudah.......nak cuba contact si MS tp tepon rumahnya nginggggg pun sudah..... reply comment "die hard fan" SMKSM kt ** sudah.... si A (tuan moderator yg aku lantik tu x muncul mlm ni ....jd aku bermaharajalela la kt situ, menggila kuasa... hehe).... ramai pulak peminat2 kt situ.... t.kasih le sapa yg join group tu.. hingga setakat ni dah mencecah 60 org....

semuanya SUDAH! tp update blog je belum..... hari ni I ingat nk tulis dairy la kt sini.... dairy fesyen lama.... klu dairy fesyen baru lain.... kreteria dairy fesyen baru ialah :

1) bergambar....
2) boleh dibaca oleh semua org
3) segan sikit nk meluah secara jujur apa yg terpendam...... maklum... semua org bleh baca..
4) terpaksa sensor sikit bubuh star2 (**) mcm ni utk nama2 org..... takut kena saman.

OK.. bayangkan kalau MM tulis dairy kat sini sebijik mcm dairy yg pernah MM simpan zmn monyet2 dulu..... agaknya mcm ni kot...

6.30 pagi - pagi ni selepas selesai melaksanakan kewajipan... aku pun mengONkn PC burukku... lalu mengendap di FB.... nmpknya semua teman2 di FB tak on line, dasyat tul la diorg ni, bangun lambat ke apa diorg ni??? ishh.... malas tul la diorg ni.... ada ke bangun lambat...mentang2 la cuti CNY....hahaha... tetiba pintu bilik terkuak... alamak! napa la anak2 aku dah terbangun pepagi buta... aku baru nk berFB.. ah tak jadi la mcm ni.. baik aku buat sarapan.... apa aku nk masak ya? Masak telur dah la.

9.00 pagi - aku menyidai kain yg aku basuh mlm tadi... sambil tu ank aku ... aku suruh mereka makan... seronoknya kalau hari2 diorg cuti... dpt aku bermanja2 dgn mereka...alamak!! prangg!! Ya Allah Ain dh pecahkan botol kicap dan sos kt peti ais.... TENSEN!!! kempunan aku nk masak daging masak kicap hari ni.

10.00 pagi - aku cek lg PC... jeling2 kt bloglist sapa yg dah update blog...pegi blog kengkawan.. pastu bebel sikit2 kt blog MS... pastu aku gi blog Comei...mcm blom sampai opis je makcik ni... aku pun pegi la mandikan si Shashal... Pastu masak daging yg aku dah cairkan pg2 buta tadi.... plus masak buncis.... arini masak 2 jenis je.

12.00 pagi - tengok si Comei mcm ada je ... aku pun kacau dia sampai la aku lapar... aku pun lunch... sedapnya aku masak hari ni... aku ciplak resepi MAMA MIRAKI...tp tak bubuh kicap pun... sebab kicap kesayangan dah dipecahkn dgn si Ain td. Tp sedap tau... anak2 pun suka... cik abe pun suka... aku bubuh sos tiram yg belum sempat dipecahkan oleh Ain sbb sos tu aku terlupa nk letak peti ais... rupa2nya ada hikmah....klu tak tentu sama2 arwah senasib dgn kicap dn sos cili and kicap sotong dlm peti ais tu.

1.00 t.hari - aku memotong rambut Ain.... nasib baik lembut pulak hatinya dgn cadanganku utk memotong pendek rambutnya tu. Tak sia2 aku berdoa... rimas aku tengok rambutnya yg pjg tu...Cantik gak aku potong....mcm kt kedai... takde sapa puji.. aku je masuk bakul.


Aduhhh penatnya ya menulis dairy..... mcm ni dulu aku bleh tulis dairy berhari2.... heran aku. Oh tobat.. sib baik aku takde dairy lagi.

Ini je la dairy FESYEN LAMA yg mampu aku hasilkan..... penat aku menaip... babai...menyesal ke baca? Sorry.... :D

Wednesday, February 17, 2010

ALAHAI ANAK OMAK...

Penatnyaaa.... belum siap punggah barang naik atas lg ni..
pastu nak memasak...
pastu tadi dah membasuh kain baju
selepas balik dr bercuti

MM penat apa ya?
penat berjalan...

cantik tak tudung MM beli kt "Kashmirku" ni?

Tudung Arianiku yg lip lap dah dikebas dgn si Qistina...
dia suka pulak dgn tudung tu.. selesa agaknya..
dia dah request pasni suruh Mama belikan tudung Ariani byk2 utk dia...
Qistina tak nak tudung recycle dr Mama ~ katanya... :(
"Mama.. Qistina nk tudung sendiri.. Mama ni suka kasi Qistina tudung yg Mama dah tak nak pakai je.. belikan la yg baru" katanya mencebik! -- HAHAHAHA...
Qistina tak mau yg bercorak2... Nak yg plain je..

Alahai Nakkk... apa nak buat
high taste plak anak dara aku ni..
Si baik si Ain pulak jenis tak kisah... asalkan tudung 4 segi dia suka je..
tadi MM dah pesan pd IRP..
kalau free bwk le Qistina ke Butik Ariani tu..
belikan le tudung berbatu sworzki tu dlm 3 helai pun cukup le..
pastu Mama boleh le tumpang pakai...
hehehe..

Mama pun pakai tudung murah je ni...
tak pe la mengalah...



berhenti kejap tadi beli kuih kt Parit Raja...
background belakang tu org tgh membeli kuih muih sebelum meneruskan destinasi.

Tuesday, February 16, 2010

SEMALAM DI MELAKA....

Ada yg bertanya semalam jem tak kat Melaka... emm... jalan tak ler jem tapi..

kat Medan Ikan Bakar Umbai memang jem...

tengok... jln lengang je kan? cantik mesjid tu...


kt JJ ~ memang sesak sebenarnya.. dlm gmbr ni tak berapa
menzahirkan kesesakkan yg sebenar...



MM ke Melaka bersama My SIL (Mama Wa kpd si Shashal) sekeluarga dan ditemani
my MIL...






Monday, February 15, 2010

Restoran Seafood - Umbai Melaka

Hari ni  ada orang belanja makan seafood di Umbai..



Acha!!!! Ckp kt Mama... mekasih belanja kami tadi....

ckp kt Mama... lain kali belanja la lagi ;) huhu..




comel tak saya???


udang masam manis..


of coz ler kena ada sambal kicap dia ni... and nasi lemak yg lain dr yg
lain ni...



sotong bakar...


and lain2 menu sup and ketam.. tak sempat snap tadi.. busy.. busy makan..

semuanya boleh anda nikmati di UMBAI, Melaka...
p/s Thanks Zura sbb belanja kami tadi...






























Sunday, February 14, 2010

MERAYAU KE KAMPUNG2 ORANG...

Ptg2 xde apa nk buat... Irp mengajak kami merayau ke kg2 org... bukan KG "KASHMIRKU" tp kg lain... mmg ini yg aku tunggu2... aku rindu utk merasai udara kg yg nyaman.. rumah2 papan yg indah.... org2 tua sibuk di laman.. anak2 dara sunti menaiki motorsikal.. si teruna mengusik di tepi jalan.. ibu-ibu memotong pelepah pisang... memang nostalgik...



rumah sapa la ni? aku pun tak tau.. hehe..



baik-baik... ada U.F.O terjun ni...

zasst!!!

hehe... tangki air da...
babai... bersambung nk maghrib!





Saturday, February 13, 2010

AKTIVITI DI RUMAH MY MIL


suatu pagi yg indah.....




kacang panjang yg dah siap dipotong2..
bwng2 digoreng dulu....belacan pun digoreng dulu...


tauhu & tempe siap digoreng & dipotong nipis..

goreng tak perlu terlalu garing..bubuh kunyit ketika menggoreng


lada kering digoreng sampai hampir hangus..tp jgn la sampai ireng...


sebelum dimasukkan kacang sangan... blend dulu cili kering goreng td plus gula plus air asam jawa..guna air yg telah dimasak... gula mmg
kena bubuh BANYAKKKKKKKK sgt... resepi ini tak sesuai utk pengidap diabetes..
1/2 kg gula diperlukan utk bg resepi ni umph... pastu
tambah la bwg2 yg telah digoreng, cekur tak payah goreng..
baru bubuh kacang tanah yg telah disanggan spt di bawah...


t.kasih kepada ibu mertuaku kerana memahami hobi menantunya ni.... sambil memasak, sambil tu MM mengacau dgn membuat kerja2 shooting ni...
sedap tau "pecel" yg kami masak ni..
tak sabar nk lunch together-gather ni...




my MIL dah hidang pun pd MM depan PC ni... yummy!!!







Friday, February 12, 2010

PICNIC....

takde ke org nk bwk aku gi picnic kt Hawai cuti CNY ni??????

klu bukan Hawai pun.....

PD ke?

Desaru ke?

Mersing ke?

Minyak Beku ke?

Pantai Punggur ke?

Parit kecik depan rumah mak aku ke?

atau...

Air Terjun Maokil ke ?
Eh bestnya... aku crita dgn org kewujudan air terjun kt "KASHMIR" tu ada yg tak percaya....
itu la uniknya perkampunganku....

tapi takpe.... pagi ni pun aku dah picnic dah.... picnic dgn roti canai bawah pokok dgn ditemani hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa....

Bila terkenang masa lalu
rasa terharu..

Music Please!!!!



Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan


DATO' SHAKE...

Thursday, February 11, 2010

GADUH....

OOOO cari gaduh ya????

:(
:(
:(

:(
:(
:(


Waaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

sob
sob
sob

*
*



Wow! sedapnya.....

GADO-GADO rupanya!!!!!!!!!!!
pandai tak masak?



sedapnya....


Puas sudah Makcik Mirror cari resepi "pecal" a.k.a janganan or gado2 yg MM dpt dr sorang x-officemate tp mukasurat ghaib.... tu la misteriusnya buku resepi MM ni.. sapa la yg koyakkan page yg sgt berharga tu?

Sib baik resepi di bawah dpt membantu... bhn2 mcm bwg2 and cekur tu diorg kata klu nk sedap goreng dulu baru tumbuk pastu masuk kuali lg utk tumis..itu je yg MM ingat pesanan officemateku itu. Itu pun dia belajar dr maid indonnya. Memang sedap maid tu masak.

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)

Pucuk ubi, tauge, dicelur lembut, tos... pucuk ubi tu perah le airnya mcm biasa lepas rebus tu..
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Sengkuang, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
telur - rebus belah 2
keropok2 digoreng

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangkai cili kering, potong2 celur, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah disangai hingga ranggup, buang kulit dan kisar separuh halus. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, bubuh garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam pinggan besar, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera.

Wednesday, February 10, 2010

SEBUAH PERJALANAN KEHIDUPAN...

KN ooo KN!!! Pagi tadi aku dah buat cream puff.
sbb nk buat cream puff punya pasal...
SO!
aku meronda ke TESCO...cari brg2 keperluan.... sbb ko kata kt
sana ada benda2 yg aku nak tu..




tp singgah jap tgk org ni jual bangku...




RM2.40.. perisa mangga..


ni ler destinasi sebenarnya....
dpt la 1 piping bag dan nozle star dgn harga RM5 lebih.



sbgmana yg telah aku nyatakn dlm komen sebelum ini... aku berazam utk tak shopping hingga bulan depan... SO!
hari ni aku mmg tak shopping... aku cuma beli brg dapur je...
tak sama kan? beli brg dapur dgn shopping? hehehe...
sila rujuk kamus WANITA ya puan2...

pix atas tu Shashal yg snap... apa2 je la asal dia bahagia...
aku ingin melihat anak2ku selalu tersenyum...
selagi Mama ada di dunia...
akan kukorbankan apa saja...
lalala... mcm pernah dgr je lirik lagu ni
kat blog SUEsa kot?
Sebenarnya sejak semalam... hatiku tersentuh sejak terbaca kisah seorang teman blogger yg kehilangan anaknya... membaca entrymu dr mula hingga akhir.. membuat aku insaf dan menangis...kau mmg wanita yg tabah dan terpilih.

... hati MM tersentuh krn aku jua adalah seorang ibu....
maaf andai coretan ini membuat dirimu terkenang semula memori itu...
tiada maksud di hati... sekadar utk membuat aku insafi..
di luar sana ramai lagi manusia diuji...
sdg aku yg hanya "dicuit" dgn ujian2 kecil
adakala melatah..
semoga semua ini mendewasakan aku..



Tuesday, February 9, 2010

JOM LAYAN KEBUANG TEBIATAN AKU....

Kalau hubby Comei boleh kata pd COMEI... "Ayang buat apa tu Yang, mcm tu pun nak ambik gmbr".. lebih kurang mcm tu kot ayat dia.... sekarang giliran anda pula untuk berkata pada Makcik Mirror (MM)...

"Makcik Mirror buat apa tu Makcik... mcm tu pun nak ambik gmbr.."




nasi tomato yg ku masak smlm...


lama betul aku tak masak ayam masak merah ni...
rasa mcm ada yg tak kena je masakan aku smlm...mcm ada yg terkurang...
(ini la blogger yg paling jujur berkata2....sila sediakan anugerah kejujuran ya Puan2...)
TAPI.... diorg mkn bertambah2.... sedap la kot agknya..




minggu punjung-memunjung sudah tiba...
jiran2 aku dah mula hantar punjungannya sempena CNY... blom pikir lg nk balas dgn apa... nanti klu aku balas mesti diorg akan ckp....

"ini CNY... u tak payah balas maa... Patut I yg bagi pd u..."
oo itu mcm ka Auntie.... habis tu klu raya pun I bg pd u... u balas balik.... kasi lg mcm2....
Apa2 pun THANK YOU2...
begitulah kisah perjiranan aku ni....
apa2 pun aku gembira menjadi jiran mereka... dan mereka pun gembira ada jiran mcm aku yg tak kacau mereka...
hahahaha.... puji diri sendiri...



birthday present utk Shashal & Qistina .... kiranya ni terlewat membeli.