Rakan-Rakan Seperjuangan

Tuesday, February 15, 2011

RESEPI MACAROONS

Tetiba macaroon menjadi glamer sejak akhir-akhir ni. Baiklah, sebelum kita dikatakan tertinggal keretapi, hari ini I sertakan resepi macaroon untuk follower2 tersayang... Jika ingin mencubanya, sila buat adunan untuk separuh dari resepi di bawah ya sebab resepi ini agak remeh sedikit (spt kita buat sponge cake)... kalau tak biasa, tak menjadi.


gambar2 semua dari Uncle G..


Awas 18 sx ( Coklat Intimate untuk kebahagiaan rumahtanga anda) - klik banner untuk membuat belian..


RESEPI MACAROON VERSI MISS MIRROR

Bahan-bahan

4 biji telur putih
350 gram gula kastor
150 gram serbuk almond
parutan kulit lemon dari 2 bijik lemon

Cara
1) pukul telur hingga ianya berbuih menggunakan mixer.
2) Masukkan gula dan teruskan memukul adunan hingga ianya agak mengeras sedikit
3) Masukkan serbuk almond dan parutan lemon tadi dan gaul rata (ketika ini saya hanya guna senduk dan kaup balikkan hingga sebati)
4) Perlahan-lahan sendukkan/paipkan adunan ke atas kertas minyak yg telah dilukis dgn gambar bulatan (saya tak lukis pun) yang telah ditabur tepung jagung - make sure jarakkan di antara satu sama lain kerana ianya akan mengembang
5) Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit atau hingga ianya masak.

NOTA : Saya guna suhu 110 darjah - 20 minit... alhamdulillah tak pecah2. Tidak meletakkan parutan lemon, tidak membubuh tepung jagung pada kertas minyak. Tanggalkan dari kertas minyak apabila telah agak sejuk. Menanggalkannya tidak la sesusah yg dibayang.. no worries. Yg penting KERTAS MINYAK ya.. bukan kertas lain2. Tunggu hingga SEJUK. Insyaallah.. ia tak mengecewakan.

Inti dia.. sesuka ati la nk bubuh apa pun... ikut citarasa anda. Nuttela pun ok.

Nota :




  • Biarkan permukaan macaroons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 1/2 jam sebelum dibakar. Untuk dapatkan macaroon yang berkaki (berskirt) adunan yg telah dipaipkan perlu diperap selama 4 jam sebelum dibakar.

  • SELAMAT MECUBA DAN BERBISNES!!!! ;D!






    24 comments:

    1. nk cube tp cam x berani aje..
      haha

      ReplyDelete
    2. Hana - part paling kritikal, time memukul telur putih tu... klu tak tepu tak menjadi.

      ReplyDelete
    3. tak pernah makan lagi yang ni.. sedap ke kak ?

      ReplyDelete
    4. Freaky - eh mestilah sedap..glamer lagi!

      ReplyDelete
    5. macaroons a.k.a mengkarung... hahaha... tersangat2 la manisnye, so klu puan2 nak buat tu kurang2kan gula yer.. heheh. Mummy kureng suka...

      ReplyDelete
    6. em kenapa bile bakar die pecah2 ek...boleh tolong tak?

      ReplyDelete
    7. Aduh Dik... ya ke? Memang leceh membuatnya... wallahualam la tu..(mudah2an ada la chef2 yg sudi singgah dan menjawabnya).. bagaimana pun pastikan tip di bwh perlu diikuti ketika membuat maringue tersebut :

      * Pastikan di dalam mangkuk yang bakal kita letakkan putih telur, tiada air/bendasing. Kena kering betul. Semasa mengasingkan telur, pastikan kuning telur langsung tidak bercampur dalam putih telur.

      *Juga pastikan tidak menggunakan telur yang lama & pecah kuning telurnya.

      ReplyDelete
    8. boleh letak pewarna lepas siap adunan kan?

      ReplyDelete
    9. SY DA TRY
      jadi lah setelah berkali kali
      tp bentuk dye buruk sgt
      mcmana nk jadikan betul bulat erk
      then berapa lama macaroons ny leh tahan klo simpan :)
      thanks
      kalo boleh email sy erk
      sy nk try buat utk doorgift wed sy t
      ny emailsy dska_032@yahoo.com

      ReplyDelete
    10. Sorry.. tak perasan plak awak punya komen ni Nur aishah.

      Nak jadikan bentuk bulat? Perlu lakarkan dulu kertas minyak tu dgn duit 20 sen, then kita pipekan (pilih nozzle yg bersesuaian).

      Tahan berapa lama? Itu saya kurang pasti.. tp lebih kurang biskut jugak la. Cuma sebaiknya bubuh la dlm tupperware kedap udara.

      ReplyDelete
    11. terima kasih untuk resepi ini ;)

      ReplyDelete
    12. serbuk badam tu boleh diganti dengan apa ye? saya alergi badam :(

      ReplyDelete
    13. Airayaya - U can use pistachio flour..(berdasar apa yg saya terbaca).

      ReplyDelete
    14. kak nak tanya ..saya dh buat tp x menjadi.
      1. die x naik cantik pun. jadi leper2 je. kenapa ye?
      2. susah sgt nak remove dari kertas minyak.melekat abes. mcm mana?

      ReplyDelete
    15. saya pun dah buat .. jadi sama mcm hidayah.. leper2 n susah nk remove dr kertas minyak- x guna tepung jagung

      ReplyDelete
    16. Sorry guys.. late reply. Actually ni entry lama.. so saya jarang check.

      Tentang soalan tu.. kalau leper2 maybe terkurang kering (tak perap) sebelum dibakar. Cuba letak bwh kipas angin.

      ReplyDelete
    17. kak, mcm mne nk ltak filling die tu ? kite kne msk selapis by selapis ke ape ?x paham la bab yg tu .. hee ~~

      ReplyDelete
    18. Lili - kalau akak, akak bubuh kendian.. bila macaroon tu semua dah masak dan tanggalkan dr kertas, baru bubuh filling dan cantumkan.

      ReplyDelete
    19. Kak leh x kongsi filling untk macaroon ni..cth la kalo sy gne ganache whipping cream tu yg jnis UHT tu kew?pastu sblm gune filling tu kte kna ltk dl freezer dulu kn spye ganache tu bleh set kn tp kalo kte dh ltak filling di macaron n letak di suhu bilik ia tak cair ke??

      Kalo leh email kt norizzati_ismail@yahoo.com

      ReplyDelete
      Replies
      1. Zatie - Kak Mirror guna filling nuttella yg ready made tu je Dik sbb anak2 Kak Mirror suka yg mcm tu... tak pernah ada pengalaman guna ganache utk filling macaroon ni.

        Delete

    Terima kasih atas segala komen yg ditinggalkan... Puan Mirror akan membalas kunjungan anda bila berkelapangan.