Saturday, April 30, 2011

Baju Raya 2011 - pilihan survey

Puasa pun belum lagi, asyik sibuk dengan baju raya Miss Mirror ni.... Ni semua gara-gara dah terbeli 4 meter kain ela minggu lepas.

Jika last year, jubah kaftan menjadi pilihan para penggemar fesyen, untuk tahun ni bagaimana pula agaknya?. Mari kita dengar apa kata survey..

Rata-rata ibu-ibu anggun dan awek2 jelita itu masih setia dengan baju kurung.. ada beberapa jenis baju kurung yang mereka cadangkan iaitu di antaranya :


Baju Kurung Riau...
(terima kasih kepada yang mencadangkan ini)

So, di sini I lukiskan... cantik tak?


beza antara baju riau dan baju kurung Pahang
hanyalah pada pesak.. sila lihat perbezaannya..

gambar atas
baju kurung Pahang

baju cekak musang - ni fesyen baju raya I pada tahun
1998....kain kekotak
ala pelikat Bang Nuar Zain.



I rasa, kelainan berfesyen pada tahun ini lebih ditumpukan pada tudung....banyak tudung2 menarik di pasaran sekarang yang dapat merubah penampilan. Baju tak cantik pun penampilan masih terserlah jika tudung yang dipakai "kena" pada wajah.

Anda mungkin juga meminati :  FESYEN RAYA 2012 


Waffle Coklat

Bahan-bahan
•1/2 cwn serbuk koko
•62g mentega
•3/4 cwn gula pasir

•2 biji telur
•2 st Esen Vanilla
•1 cwn Tepung + 1/2 sudu teh soda bikarbonat + 1/2 st garam
•1/2 cwn Susu Segar + 1 1/2 st cuka
•baking powder - sikit je.

Cara-cara
1.Gaulkan koko, majerin & gula sehingga rata.
2.Masukkan telur sebiji2 sambil di pukul rata. Campurkan esen vanilla.
3.Masukkan tepung & susu berselang-seli.
4.Bakar lah dlm acuan waffle di mana ia perlu dipanaskan dahulu sebelum dituang bancuhan tepung di atasnya... jgn lupa lengser dgn butter/minyak terlebih dahulu
5.Hidangkan dgn inti kegemaran anda - contoh : chocholate butter, maple syrup dsbnya ikut kesukaan anda.

(Resepi ini telah dipublishkan di KelabMemBesar)

Mencari Hadiah Hari Guru Di Jusco Tebrau

Sebelum I bertambah jelous melihat keromantikan Prince William terhadap Kate (entry sebelum ini), biarlah I buat entry baru je... dengan tajuk "Mencari Hadiah Hari Guru"..:D







Malam tadi gi Jusco cari present Teacher's Day untuk
3 orang anak I...

(Hari Guru tinggal beberapa hari saja lagi ya Puan2)

Ok ini di antaranya yg mereka beli, I biarkan mereka
memilih sendiri sbb idea I semua tak diterima.. so sad.. :'(

.... ha yg ni I pilih.... untuk seorang tutor yg telah banyak berjasa...
(harap dia tak masuk blog I ni... kalau tak, tak suprise la kan..)


Ok, apa lagi yg uoll boleh pilih untuk guru anak2 uoll nanti?
Ni I tolong surveykan di Jusco Tebrau...

>
>
>


kotak-kotak hadiah ni cantik...

RM39.90 - sgt cute.

Betul ke kalau bagi orang-orang Cina, satu kepantangan
kalau kita menghadiahkan jam? --> melambangkan kematian.
(teringat pesanan my chinese fren).

Takpe... uoll boleh belikan jam ini untuk Cikgu Bedah atau Cikgu Ramasamy pula.


kad-kad ucapan untuk guru


p/s : Saya sangat teruja bila dapat menjejak semula guru-guru semasa saya darjah satu baru-baru ini. Rasa seperti kembali kanak-kanak... thanks FB mempertemukan saya dengan Cikgu Nora Salleh, guru B.Inggeris saya yg telah banyak berjasa.

Friday, April 29, 2011

Prince William's Wedding (Perkahwinan Putera William)

Prince William's Wedding


Congratulations to Prince William and Princess Kate..


beautiful...


handsome..


Wishing them a lifetime of happiness...

Thursday, April 28, 2011

Entry Sebelum Memasak...




Hasil menyoping bahan2 kuih di Giant arini. Apa dalam tu? Acuan karipap, pewarna2, plastik pembungkus aiskrim Malaysia (susah nak jumpa, tu yg beli), tupperware dan lain2 lagi...

Giantt......Sampai ati you tak jual nozzle yang I impikan....hanya dapat 2 ketul nozzle plastik...




ok... ni I surveykan harga untuk uoll... (dari RM1.99 - RM3.99) - botol-botol sos untuk aktiviti mengedot apam dot ataupun menjala roti...

Giant macam tau2 je, skrg tengah trend orang cari benda ni... berlambak2 dia jual dalam sangkar besi tu, berset2...

p/s : tengah fikir... nak buat karipap ke atau buat cupcake ?
tapi perut macam sedang memikirkan resepi2 nasi goreng yang kengkawan bagi...
sedap2 idea uoll... ada yang bubuh nenas, bubuh rempah bariyani,
rempah kari, mayonese... mana satu I nak pilih pun tak tau la...???



Kau Memang Tak Glamer.... tapi....

Tetiba je pagi ni I kembali membongkar periuk-periuk murah yang dah lama tersadai dalam kabinet. Haha.... Puncanya sebab I nampak diorang masak (kat blog and youtube), menggoreng ayam pun guna periuk ni. Lalu I pun terfikir sesuatu

"Tak kan mereka takde kuali kot? "--->( hehe sorry, entah apa la yg ada dlm fikiran I ni kan... tak kan la you all takde kuali, bohong la kan..)

"Tentu ada kelebihannya? " ---> terus berfikir lagi...

I tau, banyak kelebihannya... selain lebih ringan dan mudah diselenggara, kecembungan periuk membolehkan kita menggoreng dengan jumlah yang banyak.

Tidak la nak kata yang I nak say good bye pada "periuk canggih" (jenama dirahsiakan) yang sedia ada, "mereka" itu sangat berjasa. Kecantikan "mereka" juga membuat masakanku yang biasa2 menjadi lebih sedap di mata suami dan anak-anak. Hehe... Tapi tu biarlah pakai time I tak busy je la kan... sekarang ni busy (busy apa pun tak tau la tu!)... biar la pakai periuk yang tak berapa glamer ni, senang nak campak-campak dalam sinki.

Untuk adik-adik yang tak tau, ni Miss Mirror beli murah je tau! Dulu2 la... RM13 dapat berset2. Selain untuk masak lauk pauk, boleh juga untuk buat acuan kek.. berbaloi kan?

p/s : Yang buruk jangan terus dibuang ya puan-puan...



Wednesday, April 27, 2011

Anggap je la kau seperti Cinderella....

Luahan dari seorang wanita di sebuah wall FB membuat I tertarik untuk menyelami perasaannya dan akhirnya I meminta izin beliau untuk C&P di sini - thanks ;) :

"Bagaimana lagi kelembutan dan tolak ansur harus kita berikan kalau pasangan kita senantiasa menimbulkan keretakan di hati, dan macam mana harus diberi penghormatan sedangkan dia tak tahu langsung mahu menghormati perasaan kita, harus bagaimana lagi kesetiaan kita buktikan kalau dia sendiri selalu curang, dan bagaimana lagi kesabaran andai dia tak pernah menjadi pembimbing...malah jahil,...bagaimana mampu tersenyum kalau tiada yang mengembirakan" - Puan X (bukan nama sebenar).

Dapat diselami kesedihan yang tak tertanggung oleh Puan X. Simpati dari saya. :'(

Kebetulan pula, minggu lepas di talian, teman I, Puan Abby (bukan nama sebenar) mengadu permasalahan yang hampir sama :

"Sejak aku kawin, aku dah tak mampu untuk tersenyum lagi, celik-celik mata je... aku bersedih hati, aku rasa satu penyesalan yang amat kerana mengkahwini dia, seorang lelaki ego, mata keranjang dan selalu membuat aku berendam air mata. Kalaulah punat masa dapat aku putar MM, aku ingin kembali menjadi remaja semula dan melalui detik-detik indah yg pernah kita lalui. Aku tidak lagi temui ketenangan itu sekarang walau hidup bersalutkan kemewahan, semakin lama perkahwinan, aku rasa kami semakin jauh". I susun semula ayat untuk memudahkan anda memahami jalan cerita.

"Abby.." Jawabku memotong cerita...

"Tahu tak kau, aku ada seorang ibu angkat yang mana di zaman mudanya melalui kacau bilau rumahtangga seperti kau, bersuamikan suami yang panas baran, kedekut... tapi dia sabar melaluinya... dan akhirnya di hujung usia emasnya.. hidupnya sangat bahagia.. dia dipertemukan oleh-Nya dengan suami baru setelah dia menjadi balu. Orangnya sangat penyayang, memenuhi kreteria2 yang selama ini dia impikan Moralnya di sini, sesuatu yg pedih itu pasti Allah janjikan sebuah kebahagiaan di kemudian hari. Kau anggap je la diri kau seperti Cinderarella ,yang bermula dengan kesedihan, dan last2 berakhir dengan kegembiraan. Tunggu dan lihat je...;)"




"Hahahahaha" - Abby ketawa, menghentikan esak tangisnya. I tahu, Abby akan berasa lucu dengan cerita mengarutku itu (walaupun mengarut tetapi sebuah kisah benar), tapi I dah takde idea lain bagaimana untuk memujuk wanita yang sering bergundah gulana ini.

"Cinderella tu just perumpamaan je, maksud aku, mana la tau.. one day Allah ingin kurniakan kau anak-anak yang soleh dan berjaya, maka dugaan berat ini yang terpaksa kau tanggung sekarang"



Oleh kerana bidang daya pujuk I memang lomah sikit, justeru I harap buat Abby, Puan X dan wanita-wanita di luar sana yang senasib dengan mereka, baca je la artikel ini : Derita Yang Mengundang Bahagia.. insyaallah, ada sesuatu yang bermanfaat boleh anda pelajari. Selamat Membaca.

p/s : Walaupun aku suruh kau bayangkan diri kau jadi Cinderlla, jangan plak kau tunggu buah labu kau kat dapur tu jadi kereta kuda plaks... ;P






Update 2022.   Alang2 nak update gambar pokok labu ai kat Aussie ni utk memyesuaikan dgn cerita Cinderella... ai nak update juga kisah Puan X ni..  now dah bahagia bersuami baru.   Alhamdulillah.  Mana ada blog yg macam ni kat donia kan.. siap tulis ending cerita.   Kah kah kah.   Special to my followers supaya dijadikan tauladan mahu pun sempadan.







Tuesday, April 26, 2011

Tertinggal keretapi...


"Birthday nanti, kalau uoll nak hadiahkan KOI, hadiahkan la pengukus ni.. ATER takyah budget besar-besar sangat, sebab rasa-rasanya tak la mahal kot pengukus buluh ni, walaupun murah tapi diorang kata berbaloi, sebab air tak menitik pada adunan (takyah susah2 selimutkan penutup pengukus dengan kain kapan lagi untuk dapatkan kuih yang cantik dan tak berjerawat. Malah, aroma kuih kita pun akan jadi lebih sedap dan tradisional, tapi mana nak dapat agaknya?"



KOI?? ATER? Tu ler, dah lama I nak tanyakan diorang, apa yang diorg selalu rajin na tulis KOI, ATER kat blog tuuuu.... shortform utk apa?? Jadi... sebelum I makin musykil dan salah sangka, makanya tadi I buat muka seposen tanya je kat adik2 blogger tu... Mekasih ya adik-adik, baru akak tau... ooo KOI tu bermaksud SAYA (loghat Pahang), ATER bermakna JADI (loghat Perak).... oicccc.....
oiccc.... seronoknya ada tenet... tanya apa je pun terus dapat jawapan..


p/s : Lama dah KOI duduk kat Pahang dulu2... napa la KOI tak pernah dengar plak loghat2 tu semua.... ke kalau nak pronounce bunyi dia lain? ATER pasni jangan musykil2 lagi ya.








Resepi Kek Badam

Ada 3 bungkus serbuk badam (80gram) kat peti ais.. ingat nak buat macaroon, last2 tak jadi sebab teringin plak nak mendeco-deco cake.. maka, dapatlah sebijik kek badam ni untuk dihias..



Gunakan apa saja yang ada dalam drawer dapur anda... asalkan tak menyusahkan orang...


.

.
.

.





haha... entah bunga apa yg I buat pun tak tau la...
masih failed dalam meratakan topping..
amatur la katakan..





Wanna give it a whirl? ;)
Don't worry... nanti I sharekan resepinya..




Resepi Kek Badam (Resepi 1) - dapat dari My Recipe
tapi malas nak mintak2 izin dr yg empunya.. you all google la sendiri kat my recipe tu.. hehe.. merajuk la tu.. ok ok.. ni I bagi satu lagi resepi yang belum I cuba... tapi sebab resepi ni dah ada dlm blog I yg satu lagi, so tinggal I copy pastekan je untuk anda semua di sini, takyah google2 lagi..

Nampak macam sedap...(sebab telur kena tepuk jadi maringue semua.. selalunya kek akan jadi lebih gebu dan bersponge bila ada maringue).


Kek Badam Serbuk - Resepi II

250 gram serbuk almond
250 gram mentega
250 gram gula
6 biji telur (asingkan putih dan kuning)
150 gram tepung (tak pasti la tepung apa, sebab dia tak cakap pun...tepung naik sendiri la kot.... try and error please)
1 sudu besar gula aising - untuk tabur atas cake (jika tak nak buat topping buttercream)

Cara

1) Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk.
2) Masukkan telur kuning satu persatu ke dalamnya. Pukul lagi.
3) Di dalam mangkuk berasingan - pukulkan putih telur hingga ringgan dan halus.
4) Masukkan telur putih tersebut ke dalam adunan mentega dan gula tadi.
5) Masukkan tepung (yg telah dicampur dengan badam) dan kacau semua bahan dengan senduk kayu.
6) Bila dah sebati kesemuanya, boleh la dimasukkan ke dalam acuan yg telah dilengser dengan mentega.
7) Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
180 C - 40 minit.

Monday, April 25, 2011

Ketayap Bercorak

Menonton si Lady Diana bersama IRP sambil menikmati ketayap bercorak yang I janji nak buat dari semalam....

Tidak la secantik yang kengkawan buat... tapi boleh la kan... first time bermain dengan kaler-kaler ni semua.. lagi pun seram la sensorang mlm2 kat dapur tu .. langsung tak bleh nak fokus dgn apa yg dibuat.

Memang seram you! Terbayang Kak Limah balik rumah....Tadi time ambik daun pandan belakang rumah, minta si Shashal temankan walaupun baru pukul 9.00 mlm. Sib baik ada si bujang kecik tu. Hehe..

Kepada yang belum tahu bagaimana ianya dicorakkan, inilah "pembantu2" di dalam kerja-kerja di atas... Botol sos/kicap itu berfungsi sebagai piping bag... Paipkan (picitkan) adunan pertama yg telah diwarnakan dengan warna pilihan (I pilih warna hijau) ke atas kuali dan corakkan membulat atau ikut suka ati anda sebagaimana anda membuat roti jala... (oh ya.. kalau nak guna acuan roti jala yg biasa tu pun boleh).... then tunggu kejap hingga ia separuh masak... tambahkan pula adunan lain yang telah diwarnakan (I pilih warna kuning telur) biar tuang hingga memenuhi permukaan kuali tersebut.. goyangkan kuali hingga adunan merata.


Kepada anda yang suka bermain dengan warna makanan, boleh la buat corak-corak seperti ini.... unik kan bila kuih ketayap anda bercorak-corak cantik seperti ini? Bunyi spt I sedang bergurau.. tetapi saya berkata dengan serious ni... kalau berani cubalah.

Anda juga boleh membuat corak-corak dam (bagi anda yg dah biasa buat roti jala corak kekotak tu, tentu dapat menghasilkan corak ketayap yang sangat cantik)... dan juga corak pua kumbu. Yang penting, anda beli je botol-botol kicap spt yg I cadangkan di atas dan isikan saja dengan adunan pelbagai warna.

Terimalah pendapat saya ni... anda pasti akan menghasilkan ketayap yang lain dari yang lain. Nanti dah siap tunjuk kat I tau!

***Resepi takyah tulis la kan.. semua pun dah pandai.

Sunday, April 24, 2011

Merapu Di Hari Minggu

I ingat nak sharekan satu resepi yang ada hubungkait dengan "browning" sebagaimana entry ini... tapi ghaib plak resepi tu. Sebab belum minta izin dari tuan punya resepi kot ;D.

Maka dengan itu, hari ini I nak merapu sajalah ya.... (macam tak biasa merapu plak kan).





Seperiuk besar bariyani yang I masak semalam ~ ada orang rasa kecewa dengan "periuk murah" macam ni sebab nipis dan bila masak nasi, nasi cepat hangus.. Actually kan...adik-adik cumil semua...lain kali kalau u masak (especially masak bariani ke... nasi jagung ke) jika sering menghadapi masalah "kehangusan"... apa kata, alas la periuk tersebut dengan kuali leper atau penutup periuk yang agak tebal...
InsyaAllah... nasi tak cepat hangus. Tapi hati-hati la ya...jangan plak berlaku sesuatu yang melecurkan... nanti Cik Abang u salahkan I plak bila tangan terlecur dan tak comey...

Oleh kerana nasi bariyani tersebut dah pun habis semalam jugak... maka, lunch kami hari ni ialah....




 
Cali Mifen.... Cali Mifen is Mee Curry right? Haha.. lama betul tak cakap mandarin..... Semua dah ke laut.. penat je belajar...

Keranamu ketayap... I beli benda-benda ni semua tau! Konon berangan nak buat ketayap bercorak.. padahal buat ketayap ijau pun belum tentu lepas... esok baru nak buat la ni..

Tiada lagi koleksi-koleksi tudung yang diupload oleh Makcik Mirror.... bermakna I telah berjaya menyahkan jauh-jauh hobby gila tudung sebagaimana yang pernah I azamkan sebelum ni.. Yeyyy!!!!! Tapi kan... semalam tengok Azizah Ariffin kat MHI pakai tudung ekin warna biru tu nampak sweet, macam nak terbeli plak.. Hehe....

Eh Azizah.... you ni makin "dewasa" makin sweet la I tengok... Apakah rahsianya?
Selalu orang mengendap blog I ni cari rahsia kecantikan Rozita Che Wan. Nanti I nak mengendap blog orang  cari rahsia kecantikan Azizah Ariffin plak la.... ok... see you....

Friday, April 22, 2011

RESEPI KEK MARBLE BERKAYA

Sesiapa yang malas nak guna oven, boleh la mencuba resepi yang I nak share ni. (Terutamanya buat kakakku pemilik periuk pengukus yang canggih tu - Kak! Cuba tau resepi ni... sedap! ).

Sebelum pegi kepada resepi, nak cerita sikit pasal oven. I guna oven biasa je yang dapur gas punya tu (bawah oven atas ada stove) dan pastinya tak bleh nak adjust api atas and bawah secara bergilir. Maksudnya kalau nak guna kena guna serentak api atas dan bawah.

Kalau kek2 yang jenis tak berlequid (pesal aku rasa macam aku salah spelling je ni?) macam kek epal, kek carrot benda ni bukan bermasalah sangat, sekejap je pun dah masak. Tapi kalau kena dengan kek yang degil lagi lembab conditionnya... contohnya kek coklat memang selalu problem. Then I tertarik dengan tip yang kengkawan bagi untuk mengatasi perkara ini. So, takyah pening2 nak beli oven baru pasni semata-mata ingin mengikut kehendak resepi sangat. Mari kita derhaka !!!! (derhaka resepi je.. jgn derhaka orang tua plak).

1) Tutup rak atas menggunakan dulang jika hanya ingin menggunakan api bawah dan begitulah sebaliknya.... wah! good idea dan I sedang meng"imagine"kan sesuatu tentangnya.

2) Jika kek susah sangat nak masak walau dah berjam-jam membakar dirinya di situ, tutupkan loyang menggunakan aluminium foil.


Apa-apapun... pandai-pandailah menjiwai oven anda sendiri. Pendek kata, kalau acuan yang digunakan cukup besar (mengikut yang disaran resepi)... insyaAllah cepat ler masaknya tu walau apa pun bentuk fizikal oven anda.

p/s : I bukannya pakar, tapi suka buat kecoh je... mana la tau kan, ada yang memerlukan tip-tip ni semua.

Ini aktiviti semalam :



Resepi Kek Marble Berkaya Miss Mirror

3/4 dari sebuku mentega (250 gram)
2 cawan tepung gandum - suka ati la nak ayak ke tak nak..
1 cwn gula kastor
1 cwn susu pekat manis
5 biji telur
1 st esen vanilla
1 tin jem seri kaya (saiz kecil)
1 st ovelette
4 - 5 jenis warna kesukaan... I guna warna hijau, kuning telur, merah, coklat dan oren

Lengserkan acuan menggunakan mentega, masukkan ke dalam periuk pengukus.

1)Pukul gula + mentega hingga kembang, masukkan telur, susu pekat, ovelette, esen vanilla... pukul lagi.
2) Masukkan jem kaya dan diikuti tepung.. kaup balikkan guna senduk kayu/plastik..... jika ada yang berketul-ketul... teruskan kacau hingga hilang segala yg berketul2 itu supaya nampak smooth...bahagikan adunan kpd 4 hingga 5 bahagian.
3) Buat satu lapisan nipis (jgn tebal sangat nanti lambat nak masak) menggunakan adunan tadi (jgn habiskan kesemuanya) ke dalam acuan loyang yg telah dimasukkan ke dalam pengukus dengan memasukkan sekelompok-sekelompok warna (untuk semua warna), pastu marblekan... tutup pengukus... biar selama lebih kurang 10 minit (atau sekira-kira masak).
4)Bila lapisan pertama dah masak... ulang lagi perkara yg sama menggunakan baki adunan dengan memarblekan ianya hingga masak sehingga la selesai semua adunan.
5) Pastu bila dah siap semua... kukus lagi selama lebih kurang 1/2 jam atau lebih... (try test guna garfu).

NOTA : Sedap dimakan ketika panas dan habiskan juga ketika masih panas.. Jangan masukkan peti ais, nanti jadi kecut ;)

Thursday, April 21, 2011

Jom antar baju raya!!!

Uoll dah buat baju raya? Aritu masa I gi alter 5 helai baju kat butik tu kan... Mak Nyah tu tak nak ambik lagi dah... dia kata dah tak sempat nak jahit lagi sebab customer dah start antar baju raya... mak aiiiii semangat betul la uoll ni. I blom beli apa-apa kain pun....

Antara baju2 yang I baru ambik dari butik semalam. Yang hitam tu jubah yang Datin Z hadiahkan itu ari, alhamdulillah.. dah muat dah baju tu kat badan I akhirnya... nanti senang2 I peragakan ya Datin.

Sib baik la masih ada butik yang sanggup tolong I alter baju-baju ni semua ---> walau tak menepati kehendak, dah janji kata bubuh padding pun dia tak bubuh. Disuruh pasang butang mengerlip, dipasangnya butang malap... hmmm.... sabar je la..... dia terlupa agaknya yang dia tengah deal dengan seorang wanita yang cerewet particular bab-bab ni. :P

2 helai baju kebaya kemetot (spt gambar di atas) yang dah tak bleh nak ditolong lagi.. Moral of the story... lain kali kalau nak beli baju, biar yang betul2 menepati citarasa... kalau main alter-alter ni... kadang tailor pun malas nak buat.

I pun satu.... dah tau tak suka pakai baju kebaya kontot yang I beli tu buat apa la kan?






susah-susah I pakai je kain samping mcm ni...
hehe... ok ke?


Masih ada alternatif lain sebenarnya, baju kebaya kontot tersebut boleh dilabuhkan menjadi sehelai gaun ala barbie doll spt gambar di atas... Anggun kan?


MOTIF ENTRY INI : Sekadar ingin beralih seketika dari isu masak-masak..

Apakah itu BROWNING?

Setelah I belek-belek gambar "BROWNING" yang diupload oleh Azurin ni (Thanks Azurin yang cantik manis), dapat I simpulkan di sini ianya adalah sejenis caramel (sila rujuk ingredient yang tertulis di atas botol, tertulis perkataan KERAMEL).


                   


Puas tanya Pakcik Google tadi "apakah itu browning?", tapi Pakcik Google tak tau nak jawab... ada ke ditunjukkannya gambar pistol-pistol, senapang-senapang... orang nak memasak la Pakcik.. bukan nak gi menembak. lol....

Takpe.. takpe, pasni pakcik boleh pinjam gambar ni kalau ada yang bertanya ya. Inilah yang dinamakan browning.

Substitute kepadanya I rasa ialah, kita kena buat keramel macam kita buat gula hangus biasa tu kot (ada perkataan "kot" di sini bermaksud ianya masih dalam proses penelitian dan kajian I ye! Jgn percaya 100%).

Ya la.. terpaksa cari penggantinya sebab menurut khabarnya benda ni cuma banyak terjual di Sarawak je.. kat Semenanjung ni susah nak jumpa. Kalau ada bagitau I ya.

So now, ada 2 cara untuk buat keramel iaitu, cara kering dan cara basah :

CARA KERING: Gula pasir ditaburkan merata di atas kuali atau periuk (sebaiknya non stick pan), serata mungkin jangan sampai bergumpal. Nyalakan api, panaskan gula dengan api kecil (simmer) tak perlu dikacau. Bila sebahagian gula mula mencair goyang-goyangkan periuk untuk meratakan gula yang belum mencair dan terus panaskan ianya hingga gula cair keseluruhannya. Besarkan api sikit, kacau dengan senduk kayu hingga warnanya sekata, pastu matikan api.

CARA BASAH: Panaskan gula pasir plus sedikit air dlm periuk (kira2 175gram gula plus 50ml air). dengan api kecil tanpa dikacau, hanya sesekali digoyang-goyangkan untuk meratakan gula yang belum mencair, tambah jus limau nipis sedikit sahaja (kira2 1/3 st , fungsinya mencegah dari menjadi beku, boleh juga diganti cuka sebanyak 2 titik), panaskan sampai gula larut keseluruhannya lalu besarkan api sehingga mendapat warna yg diinginkan lantas segera matikan api.

p/s : Mungkin jugak ianya menggunakan gula perang.



Wednesday, April 20, 2011

Saya Bukan Bomoh


makan petang yg heavy - ayam panggang
rosemary & kuih cara..



"Bolehkan ajar saya macam mana menggunakan ilmu pengasih atau penunduk?" - Mr. A***

Ilmu penunduk??????!!!!!! Siapakah gerangan yang bertanya?. Maaf saya bukan bomoh. :D

p/s : Saya tak boleh berlama-lama di hadapan skrin komputer sekarang ni... komputer pun dah bosan tengok muka saya agaknya.... sebab tu la bila pandang skrin je kepala berdenyut-denyut, so terpaksa pegi sekarang. Thanks kepada yg sudi singgah. Hanya akan membalas kunjungan bila kepala dah stabil nanti (insyaAllah).

Tuesday, April 19, 2011

Memory Daun Pisang...



Minum petang kami hari ini ialah Cendol Nagasari dan Macaroon daun pisang (sila jangan buat penderhakaan resepi spt ini puan-puan kerana macaroon sukar untuk ditanggalkan berbanding mengunakan kertas minyak - sib baik la ada si gadis kecil yang rajin nak tolong Mamanya petang ni. Mesti ada udang di balik butter la tu...



....................................................................

Oo patutlah....rupa-rupanya nak request Mamanya buatkan Cendol Nagasari.. dah ada macaroon, kuih puteri ayu malam tadi pun tak abis... last2 cendol pun dia nak... layankan je la kan... selera bebudak...... dan mamanya jadi tersangat penat... sebab tu tak sempat membalas kunjungan lagi mahupun blogwalking. Moga difahami.


Resepi Cendol Nagasari..
(Thanks kepada pemberi resepi).

1 paket cendol (basuh dan toskan)
4 sudu makan tepung hoon kwee
2 cawan tepung jagung
1 st garam
3 biji kelapa (19 cawan santan)
5 helai daun pandan
2 cawan gula
daun pisang yg telah dilayur (agak banyak jugak diperlukan)

CARA

1) Masukkan kesemua bahan-bahan dlm satu bekas (kecuali cendol). Kacau rata...
2) Bila dah sebati, tapiskan kesemua bahan ke dalam periuk... didihkan hingga bunyi blubpp!!
3) Bila adunan dah pekat masukkan cendol tadi dan masak hingga rata.
4) Matikan api dan angkat. Ambil sudu dan masukkan dlm daun pisang mcm kita buat lepat.
5) Masuk peti ais. Bila dah sejuk baru makan.

SELAMAT MENCUBA!












RESEPI KUIH PENERAM

Resepi Kuih Peneram 





500gm Gula Merah
300gm Gula Pasir
1kg Tepung Beras cap gajah
2helai Daun Pandan
Minyak masak untuk menggoreng






(Jgn lupa undi MISS MIRROR utk kategori di atas  undian bermula 23 Apr -13 May 2012...tq)


Cara-cara

1. Masak air(Paras air sama banyak dengan gula),gula merah,gula putih dan daun pandan hingga mendidih dan pekat sedikit.

2. tuangkan air gula yang mendidih tadi ke dalam mangkuk yang berisi tepung beras.tuang sedikit demi sedikit sambil dikacau-kacau. (Tuang ketika air masih panas supaya tepung beras tadi masak).

3.Gaul sebati dan peram selama 1 hari.Dlm tempoh 4ke5 jam adunan akan mengeras sedikit tambahkan 1/2@1 cawan air gula yang panas, kemudian uli sehingga lembut.

4.Panaskan minyak di dalam kuali, dengan api perlahan,sementara itu,Ambil adunan sebesar guli di leperkan,buatkan lubang ditengah gunakan lidi atau chopstik. goreng hingga kuih tadi timbul dan bewarna kecoklatan. (goreng hingga siap)

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba. Kredit kepada KN atas resepi ini.


Resepi ini telah dipublishkan di Kelab MEM Besar dan dikongsikan semula di sini khas untuk anda yang bertanya.

Monday, April 18, 2011

Kekecohan Blogspot Yang HARUS anda tangani & Inilah cara menanganinya sebelum blogspot anda terkubur

En Matsomherbs buat kecoh lagi... so I pun tolong kecoh-kecohkan kepada anda pula. Mana la tau kan masin plak mulutnya tu, melopong plak kalau blog kita hilang tak semena-mena. Kalau nak tau apa yg dikecohkan.. sila la klik nama beliau di atas. Macam biasa, I malas nak ulang tayang cerita.

Sebagai solution, I berikan cara-cara untuk anda "menyediakan payung sebelum hujan".

CARA-CARA MENUKAR EMAIL ADDRESS PADA AKAUN BLOGSPOT DARI YAHOOMAIL KEPADA GMAIL

Mula-mula sekali mestilah kena sign up satu email address dengan google dulu.
Bila dah selesai semua... pegi pada BLOG ANDA

Mula-mula : Sign in macam biasa.
Kedua : Klik SETTING
Ketiga : Klik PERMISSION
Keempat : ADD AUTHOR
Maka anda taip la alamat "akaun email google anda yang baru" anda create tadi ---> dlm kotak INVITE tu.

Itu saja.. pastu pegi balik pada email anda... ACCEPT INVITATION.

Jika tak faham boleh bertanya. Saya akan free sebelum maghrib saja. Malam ni sibuk nak membaking lagi.. Wah! Konon!

Kenapa Macaroon Pecah?

Hari ni buat macaroon lagi.. di bawah ini I jawab segala pertanyaan teman2 yg bertanya tempohari.. ( Soalan : mengapa macaroon pecah?) :


Suhu 110 darjah..... dlm lebih kurang 20 - 30 minit.. sentiasa rajin cek. Kepanasan oven yg melampau tu yg kadangkala membuat macaroon anda pecah-pecah.

Tanggalkan dari kertas minyak hanya setelah ia sejuk...
InsyaAllah jadi.
Selamat mencuba.

p/s : Shashal panggil kuih ni "kangaroo".

Sunday, April 17, 2011

Entry larut malam......zzzzz.....


persediaan untuk buat ais krim goreng..


Untuk silent reader yang bertanya tentang harga pengukus..

(Lokasi : The Store BP siang tadi)







Oh apa yg I dah upload?? Entah.....Sah mata bagai digam-gam... gambar tidak dapat diterjemahkan lagi... terjemahkan la sendiri... lol....penat ni baru sampai dari BP....see you tommorrow!

Saturday, April 16, 2011

Resepi Gado-gado atas permintaan

I sebenarnya pun confuse antara gado-gado dan pecel yang I pernah buat sebelum ini -- untuk resepi pecel sila KLIK SINI.


Walaupun seiras tetapi cara membuatnya tetap berbeza, mari layan gambar2 yg I kongsikan ini. Thanks kepada ibumertuaku dan bibik atas segala kerjasama semasa sessi "shooting2" ini berjalan. ------ Wah shooting konon!




tempe digoreng dan dipotong jejari


tauhu digoreng lembab dan dipotong kiub


sayur-sayuran dicelur

Kacang tanah digoreng dalam minyak penuh



Bahan-bahan yang perlu digoreng ialah cili merah, cili padi sedikit, bawang putih, bawang merah, cekur (dlm 5 ketul). Blend kesemuanya bersama kacang tanah, gula merah, gula pasir, belacan, garam dan perasa. Curahkan sedikit air asam jawa ke dalam blender. Oleh kerana aktiviti menumis tidak berlaku untuk resepi ini, sila pastikan bancuhan air asam jawa menggunakan air yg telah dimasak.


p/s : Kalau pecel guna cili kering.




setelah sayur2an dicelur..

setelah dicurahkan kuah ke atasnya...

Jemput makan!!!


MOTIF ENTRY INI : Ada sorang anak dara tu nak kawin dengan lelaki jawa, inbox I bertanyakan resepi-resepi jawa yang popular... Weyy kau!!! Orang jawa sekarang suka makan cheese tau! Silap haribulan gado-gado pun mereka tak reti nak makan. Baik you belajar buat muffin mozarella - sedap! Nanti esok lusa I share. (itu pun kalau dapat kelulusan dari yg empunya resepi).