Friday, May 25, 2012

Hati pernah tak tenang kerana "BENDA" itu..

 Alamak!.   Dah ilang la plak inai mekah yg selama ni terperosok dlm laci.  Tadi janji nak blonde'kan rambut secara berjemaah dgn sorang member I tu.. sebab uban dah mula munculkan diri sehelai dua di rambutnya yg cantik berombak, gilaan jejaka Malaya suatu ketika dahulu, kini hanya tontonan   ekslusif untuk seorang lelaki bernama suami... mestilah ingin mempersembahkan yg terbaik utk insan yg dicinta... tak kan ingin dilihat spt "Nenek Kebayan" sedang mencari kayu api pula.



Bukan mengkolotkan diri tak mahu mengguna dye yg sedia ada di pasaran.  Walau bercop halal tapi pernah sekali ku ajukan persoalan ini ke Pejabat Agama di daerahku ini suatu ketika dulu.. sebab tetiba muncul rasa tak sedap di hati ini, padahal waktu itu bukan la pertama kali aku memBLONDEkan rambutku yg legam itu (kali pertama melakukannya ketika zmn dara... yg ibarat mencoteng arang ke muka sendiri, sbb ramai yg marah dan melatah dgn tindakanku itu... bagus la tu, trima kasih la sbb sayang ngan aku).


Tapi entah kenapa ketika melakukannya kali kedua dgn niat utk cantik di hadapan suami.. dlm ati ni  rasa mcm ada yg tak kena, walhal dah takde orang marah pun.... (lagipun dah bersuami dan bertudung, takde la yg nampak).  Cuma di hati ini rasa tak tenang... solat2 pun tapi hati tak tenang, lalu ku terfikir, adakah ada kaitan dgn rambutku yg perasan konon jadi Minah Saleh itu?.  Tet tet tet..... ku mendail... lalu dijawab oleh seorang Ustazah di situ.. lembut suaranya menusuk kalbu.

"Puan.  Bahan yg diguna tu memang HALAL sbb tu ada cop halal.. tapi yg menjadi persoalannya di sini ialah, adakah bahan itu meresap di rambut atau ia hanya meliputi rambut yg menjadi akibat terhalangnya air dari meresap ketika mandi hadas besar".

Oleh kerana dialog ini sudah terlalu lama, aku tak berapa ingat sgt apa yg dinasihat oleh Ustazah itu dan  bagaimana akhirnya aku tanpa ragu2 mengerat sebahagian rambut yg telah blonde itu dgn harapan, aku akan kembali tenang selepas itu. Habis rambutku yg blonde plus rebonding menjadi  tokal takil aku kerjakan di depan cermin... tapi takpe.. janji aku tak dihantui rasa bersalah lagi.

Bertahun berlalu peristiwa itu,  tetiba terbaca jeritan di wall seorang sepupu di FB berkaitan benda yg sama hasil copy paste statement seorang Ustaz popular di kaca TV (tak ingat la ustaz mana, nanti I skodeng balik FB sepupu I tu). Yg I ingat, Ustaz tu pesan.. sapa2 yg ada/sdg blonde'kan rambut guna dye2 yg hok pelik2 ni.. dinasihatkan botakkan rambut. Dlm hati aku berkata.. lega aku dah pun melakukannya...

Suka ati la korang nak ikut ke tak pesanan hok ustazah/ustaz2 ni semua, aku pun tak suka busy body, aku cuma bercerita je ni bersempena jumaat yg mulia...TAPI KALAU ANDA DAH JUMPA SALON2 RAMBUT ATAU DYE2  YANG DAPAT MENGESAHKAN KEHALALAN PRODUK MEREKA (Meresapkan air) JANGAN LUPA BAGITAU KAMI NI!  NAK GI TERJAH especially kat area JB ni....Apa2 pun.. untuk renungan bersama ini I tuliskan kreteria2 yg dibenarkan dan tidak dibenarkan..


Orang-orang tua dan KERTU macam kita TAK DIBENARKAN mewarnakan rambut menggunakan WARNA HITAM. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Qufahah yang beruban rambutnya “Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam” (HR Muslim).   Wah! Bagus la tu... I lagi suka warna blonde..tgh mencari la ni...

Sementara bagi ORANG-ORANG MUDA remaja pula, contohnya ADIK-ADIK CUMIL yg masih gebu2 tetapi dah keluar uban ....adalah dibenarkan.  Dalam masalah ini al-Zuhri berkata “Kami mewarnakan rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah telah berkedut dan gigi telah goyang,kami tinggalkan warna hitam” (Fathul Bari).  

**Tapi kalau umur dah dekat 40an... tapi muka maintain cun ala 20-an... jgn la plak perasan diri masih muda kan?.  Betul tak Ustazah?.  Jika silap tlg betulkan...

Bahan untuk pewarna rambut yg dibenarkan pula ialah  pokok inai dan katam...(HR Tirmizi & Ashabussunan). Katam ialah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan.

10 comments:

  1. thank u MM..betullah tu bahan buat dye tu halal, tapi still tak leh meresapkan air..
    pernah jugaaa suatu ketika dahuluu begitu...huahuahua

    ReplyDelete
  2. seumur hidup rasanya penah dye sekali je zaman kat u dlu. berinai dh byk kali tp long time ago lah. heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo selalu gak pakai inai?. I pernah cuba guna inai dulu2.. tp tak berapa menjadik la hasil dia.

      Delete
  3. Waduhhhhh sejak mak "berhijrah" dalam 8 bulan ini dah lama tak jejakkan kaki ke salon.. nnt nak cari jugak lah inai nak kasi tayang khas sama somi mak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak - Itu la faedahnya kita "berhijrah", boleh cost down kita punya "maintenance".. :D

      Delete
  4. Alaaa...kena terbang ke Yaman pulak cari pokok katam tuuuu..
    Akk x pernah kaler rambut dr muda sampai tua, muka mcm kita ni mana sesuai rambut blonde:-) lain la pan asia.
    Geli pula hati ni bila ustz kata gigi dah luruh, muka kedut seribu takyah nk kaler2. Cuma kt M'sia ni susah nk cari kdai gunting muslimah.....kena pi kursus gunting rambut la pulok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Kak Zana - dpd uban memutih di kepala, blonde adalah lebih baik..(disunatkan jika diniatkan utk tontontan suami).. tak de la nampak very old sgt kan..

      Delete
  5. i pakai inai kat jari pun dh rimas hehehehhe.. tapi tu lah yg halal tu bahan nye je.. tp bila pakai pewrna tu adakah dia coating rambut atau meresap dalam... tu yg was was tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan Eny..
      Kalau pengeluar dpt membuktikan (membuat demo) ianya meresapkan air.. kita tak ada masalah utk terus mengunakannya.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...