Tuesday, February 19, 2013

Cemburukan Ibu Mertuaku... (awas enty ini agak panjang)

Perghhh tajuk!.    Jangan buat spekulasi yg bukan2 ye....
Tajuk yg lebih tepat mungkin adalah...
"Cemburukan Emak dan Emak Mertua Aku"...

Apa sebenarnya yg dicemburukan sangat2 oleh Kak Mirrror  tu Dik Non?

Alkisah...puan2...  beliau2 ini...
semasa hayat suami mereka masih di dunia...
menurut mata kasarku lah.... mata kasar orang lain, tak tau la plak aku..
layanan mereka terhadap suami memang 5 star...


Ok2, aku nak detailkan cerita  pasal emak aku sendiri je la senang... kan Puan2?
kang kalau aku asyik sebut nama MIL aku je, orang ingat aku
wat entry bodek la pulak.. kih kih kih... (takde2... memain je, buruk sangka plak aku ngan korang.. tak baik kan?).  

Menurut pemerhatian aku..
Emak aku memang sgt taat pada arwah ayah aku..
Arwah ayah  bertahun2 terlantar... sakit..
memang emak yg jaga dgn penuh kesabaran..
setakat bangun pepagi.. mandikan suami
buat itu ini.. yg tak mampu aku sebutkan di sini..
dah jadi rutin hariannya sebelum arwah ayahku
pergi 10 tahun yg lalu...

Begitulah alkisahnya emak aku yg telah melunaskan
ketaatannya hingga saat2 hembusan nafas terakhir suami..
Moga syurga buatmu ibuku... aamiin..

Itulah yg kita kena fikir2kan sekarang ni puan2...
dptkah kita berbuat spt mereka?
Seram aku bila menyingkap kisah yg diceritakan oleh seseorang..
Si isteri  hari tu bergaduh2 dgn somi....  (somi salah beli barang dapur, biasa la laki aku pun kdg salah beli brg, aku suruh beli cili merah dibelinya cili padi).. ok2 lupakan kisah somi aku..
kembali ke kisah tadi...
so somi pun balik semula ke kedai sbb sedih sgt dimarahi isteri...
tetiba.............................................. innalillahiwainailaihirojiuun....... accident..
sedihnya aku mendengar kisah itu...



Ok itu je kisah yg aku nak ceritakan utk renungan diri sendiri...
sapa2 yg rajin, baca la kisah benar kat bawah ni...



TAMAT






Dipetik dari Buku Mastika, Januari 2011.

Kisah ini sekitar tahun 2010 di Marang, Terengganu.. kita ikuti bisikan hati seorang wanita yg bergelar balu..


"Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang.


Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik.

Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya.

Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu mela yani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah.

Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga.

Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja.

Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda.

Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar.

Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok.

Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap.

Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat.”

Lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terkhirnya.

Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai.

Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali iaitu panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.

Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri.

Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.



Sabda Rasulullah s.a.w, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.”

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati.

Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya. Semoga Allah memperkenankannya.Wallahu ‘alam.. :)"

8 comments:

  1. tersentuh sgt...kadang-kadang ada jgk perbuatan yg kita lakukan tu membuatkan hati suami tersentuh..sebab tu sebelum tidur seeloknya bermaafan..adda pun baru jer kawin belum lagi tahu sgt alam rumah tangga nih.

    ReplyDelete
  2. sedihnya....
    harap2 dpt jd yg terbaik untuk suami...
    ttiba rs sebak...huhuhu
    terima kasih ats igtn ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleea - sama2....
      Ya, moga kita semua jd yg terbaik..

      Delete
  3. kisah yg menyentuh hati betul. ada suamiyg baik, unurnya tak panjang pulak ye...
    syukur sam diberkati dengan mak dan mertuanyang baik, bukan benda yang senang tu sebenarnya...
    pada kehidupan seharian, banyak sangat masanya saya berdoa semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah untuk jadi ibu, anak, insan dan isteri yang baik...l realitinya payah, sebab banyak sangat cabaran yang harus ditempuhi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AISY - alhamdulillah Aisy... Allah wujudkan mereka semua tu pd saya supaya saya jadikan contoh.

      Delete
  4. Kak Mirror, sedih intan baca..smeoga kita semua menajdi isteri yang baik dan solehah..ameen

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...