Saturday, July 5, 2014

Arjuna Beta dan Perginya Seorang Biduan

Sesuatu yang harus kita semua cemburukan tentang dirinya ialah..
jenazahnya diimamkan anak sendiri..
perginya di bulan ramadhan..
anaknya seorang hafizul  Quran...
Punya koleksi anak2 yatim yg menjadi anak angkatya..
Subhanallah....  alfatihah buatmu Datuk Sharifah Aini..
Moga kau tenang di "sana"..
Mudah2an... aamiin...


Tidak lupa, utk keluarga Linda Rafar
atas kematian putera kesayangannya..
akibat kanser..
bersabarlah wahai Linda
Allah ingin menghadiahkanmu syurga..
Inshaallah..


Berat mata memandang..
berat lagi bahu yg memikul...
Sama2 kita doakan ketabahannya..


Teringat bait2 lirik lagu  Fyn Jamal...
yg difahamkan bahawa lagu ni berkaitan
dgn ibu yg sedang menjaga anak yg sakit?
Oh ya ke?.  I tod lagu mendodoikan anak..
that's why I tujukan utk Ain 
sbb ada antara ayat2nya mcm sesuai utk Ain
yg nun jauh dari pandangan mata Mama..


"ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda"


Suka Ain.. bila Mama tujukan lagu ni utk dia..
Tapi... bleh plak dia kata Mama bias... sbb hanya tuju utk dia..
bukan utk adik2 dia sekali..
Utk adik2 takyah ler sbb adik2 dah ada kat depan mata Mama 24 hours.. 

Ok la...kalau camtu, Mama kansel...  Mama tujukan utk auntie Linda Rafar je lagu ni..



ARJUNA BETA..


Tak kan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela






chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa




p/s :   Nanti bila kau buka mata... moga kau sudah berada di Syurga wahai anak si Linda...  aamiin.  T _ T


2 comments:

  1. Semoga Linda rafar tabah..dugaan buat diorg sekeluarga...Dan moga Sharifah aini ditempatkan di kalangan org2 beriman...slamat berpuasa mm..take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Linda... selamat berpuasa utk Linda juga.

      p/s : lupa pulak nak tulis kat entry - hari ni I dah kembali berpuasa... kekeke. (tak tulis kang next year lupa lg.. hehe).

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...