Thursday, January 8, 2009

KOLEKSI SI TERUNA KECILKU



Ha ha ha, Tok (Doyok) ko dah sampai sini.. sebenarnya tadi MM nak tulis sesuatu di bawah gambar ni tapi belum sempat save, connecting problem pulak. Tu yang cuma nampak imej je tu.

Oh ya, sebenarnya dah lama si teruna kecilku yang genap usianya 4 tahun pada Februari ini bertanyakan bilakah mamanya akan uploadkan gambar sebahagian dari koleksi keretanya. Tapi sejak sibuk dengan BLOGSTARZ ni, MM asyik terlupa. Sebagai memenuhi permintaannya MM uploadkan hari ini. Menjerit dia ketawa.

Kalau Tok kata, putera bongsu (bongsu ke? InsyaAllah..), itu seorang yang cermat..mungkin kot kalau nak dibanding dengan kakak-kakaknya yang lain sebab dia akan menjerit selagi toynya itu hilang tak dijumpai. Walaupun dah dibelikan yang baru. Pendek kata tidur pun dengan kereta.. he he he, orang selalu tidur dengan bear, dia tidur dengan kereta..kadang berbekas pipinya tidur berbantalkan kereta mainan.

Hari pertama MM menghantar kakaknya ke tadika, si bujang merengek tak mahu ikut, dia memang takut kalau sebut pasal sekolah-sekolah ni..sama la macam kakaknya yang baru nak mula sekolah ni..(dua tahun dia sekolah di rumah) baru ni la dia suka nak sekolah. Itu pun hari ni dia nangis sebab kena marah dengan cikgu..ha ha ha. Nakal sangat agaknya.

Sebut pasal si bujang yang enggan mengikut kami menghantar kakak ke tadika tadi, dia kata :

"Kita tak nak pegi sekolah kakak...kita nak pegi JUSCO"

"Ya la..kita nak pergi Just Sekolah (kan bunyi macam JUSCO lah..he he he)"

Sampai di tadika tu, dia dah cuak-cuak takut dia pulak yang kena sekolah kat situ. Entahlah..Mudah-mudahan bila usianya dah meningkat agar terbitlah keinginannya untuk bersekolah. Bagaimana anda. Sila kongsikan cerita anak anda menghadapi persekolahan di ruangan komen ini jika tiada keberatan. Jumpa lagi.. MM juga boleh ditemui di :
http://sam73.blogstarz.my/

1 comment:

  1. Banyaknye menan siap boleh koleksi.. untung ko dpt anak bujang yg cermat camni..sib baik laki klau pemp leh buat menantu :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.