Thursday, January 29, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Miss Mirror (MM) kembali. :)  Empat hari dah MM tak bersiaran. Sepanjang masa tu MM habiskan di rumah mertua, tak ke mana sangat pun.. paling jauh pun mengujungi Carrefour dan menghantar si kecilku ke salun rambut. Selalunya MM gunting je sendiri tapi memandangkan dah "terberjalan", MM pun terfikir untuk trim rambutnya yang semakin tebal tu biar nampak macho. Dalam jerit pekiknya tu akhirnya pakcik tukang gunting dapat jugak menyudahkan kerjanya dalam masa 1 jam. Kesian pun ada bila tengok muka pakcik yang penyabar dengan kerenah budak-budak macam anak MM tu.



Tak pulak MM terserempak dengan kengkawan masa kat kampung tu. Sedap pulak makan roti canai kat situ (tempat dirahsiakan sebab tiada pembayaran iklan dibuat he he he). Ada la satu tempat di pinggir bandar tu. Alamak terliur la pulak MM di malam-malam buta ni. Nasib siang tadi dah beli roti canai segera kt JJ. Ingat nak tampal dengan telur la esok pagi sebab anak daraku tak bersekolah untuk beberapa hari ni. MM memang suka kalau diorang cuti, banyak aktiviti boleh dilakukan bersama.



MM dah rindu untuk berchatting-chatting dengan kengkawan walau di mana jua berada tetapi sepanjang di kampung line internet menghadapi sedikit gangguan. So, MM just sent sms je la.


2 comments:

  1. rasa2nya sbb2 MM x jumpa kwn kat kg sbb dia org pun sebok holiday kot...mcm comei famili semua dtg KL & kita org cuti2 Malaysia...tapi comei x enjoy sgt sbb ank x berapa sihat sgt

    ReplyDelete
  2. Sbb2 lain mungkin fizikal dah berubah sampai x terperasan.

    Anak sakit? Mmg sedih..tp sabar je la kan.

    Wah bercuti2 Malaysia? Bestnya..ke mana tu Comei?

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.