Thursday, January 1, 2009

SEMALAMAN I TAK TIDUR

Nampaknya warga Kuala Lumpur bercuti hari ini, MM pada mulanya musykil mengapa teman-teman di KL sibuk nak bermain bowling. Dalam perkiraan MM, they all tu nak "mengular" ke agaknya. MM langsung tak teringat tentang sambutan tahun baru tu. Kesibukan mengejar satu "urusan penting" membuatkan MM terlupa segala hinggalah bila MM terdengar jerit pekik anak-anak jiran yang keseronokan sehingga pukul 2 pagi barulah MM tercari-cari kalendar. "Oh rupanya... patulah Comei tak on line semalam...agaknya dia dah mula cuti.. tak pun mungkin sambut birthday dengan hubby tercinta.... HAPPY BIRTHDAY TO YOU COMEI".

Pada hari minggu ni MM tak balik kampung sebab InsyaAllah kami ada sambutan Annual Dinner di perjiranan kami ni. Dah 2 tahun kami membuat acara yang gilang gemilang tu bagi mengeratkan hubungan pelbagai kaum, Melayu, Cina, India dan seorang mat saleh (mualaf) di tempat MM ni. Kalau tak kerana perjumpaan sebegitu, masing-masing memang payah nak bersua-muka kerana sibuk dengan tugasan masing-masing. Hidangan yang disediakan sudah pastinya yang digemari oleh semua kaum dan tidak ketinggalan Nasi Bariyani. MM rewang makan je sebab semua tu ditempah melalui katering. Karaoke? Ha ha ha.. tahun lepas memang ada tapi maaflah ya MM tak menyanyi pun. Alamat terbang la khemah kalau MM menyanyi sebab  dah tua-tua ni suara memang dah tak sedap langsung.

Ok la.. esok kita sambung cerita ya.. MM rasa lapar la pulak. Anak-anak baru balik dari rumah atok mereka. Ditinggalnya MM ni sorang-sorang 2 hari 1 malam. MM kena stay sebab nak tunggu cleaner tu cuci rumah. Sampai hati rupanya orang tu tak jadi datang. Sanggup MM stay sorang-sorang, you know, MM tak tidur sampai pagi sebab ketakutan (padahal ada Guard pun dan alarm memang sentiasa On). Lepas ni MM tak nak la stay sorang-sorang macam ni. This is the first and last. (InsyaAllah). Klu bukan kerana "hantu" pun tetapi pelbagai kemungkinan bisa terjadi sih. Ngeri gue..

Tetapi segala sesuatu pasti ada hikmahnya, dalam keseorangan dan kesunyian yang amat sangat tu, (KN pun macam tak on line je semalam), MM buatlah kerja-kerja menghubungi prospek yang MM dapat dari satu forum dan alhamdullilah dah dapat pun reply. Syukur alhamdullilah.


7 comments:

  1. terima kasih atas ucapan hari lahir tu....yea ha...dah bertambah 1thn lagi umur aku...
    x sambut pun birthday tu sbb 1 family jatuh sakit..skrg ni pun kita org masih batuk2 lagi..ujian dari Allah...

    ReplyDelete
  2. ko x leh tido sbb ingat hantu arbee ke???? hehehehe....

    ReplyDelete
  3. Smalam KN mmg x online,busy menyiapkan tempahan kuih peneram. skrg dah selesai, baru lah senang hati mengadap internet.

    ReplyDelete
  4. Salam Comei dan Kak N..

    Thanks atas kunjungan kalian.
    Comei... dah tengok beg LV aku kt blog ni... he he he.

    Hantu Arbee.. ya tak iya. Nasib malam tu aku lupa semua tu Mei, yg aku ingat cuma kalaulah tetiba org masuk rumah aku.

    Tu la KN ni.. duk jauh sgt dgn kawan dia ni. Wah dah seronok la tu dpt berniaga. Harap2 makin banyak la tempahan lepas ni.

    ReplyDelete
  5. selamat ulang tahun yang ke 36 sam. Semoga ceria selalu

    ReplyDelete
  6. sian ko mei...dahlah jatuh sakit pulak tu..happy belated b'day utk ko mei n OC.

    LV....aku pernah kirim kat kwn masa dia g China, ok gak quality dia..tp org jenis mcm aku n isteri aku kalau pakai LV ori pun org akan ckp pasar malam gak..

    Aphamdulilah penyakit aku dah berkurang skrg....setelah aku berjumpa dengan 5 org...dan sedikit amalan yg sahabat kita bg...TK...harap kemulian hatimu akan berpanjangan. Sempena tahun baru ni aku nak minta ampun pada ko OC,,sebenarnya aku panggil ko dulu katon, ada setengah org tau aku panggil ko katon, ko kan tergedik2 tu yg aku panggil ko katon, hehehehe20 tahun aku nak minta ampun kat ko tp terlupa, ko ampunkan aku ye OC

    Wasallam

    ReplyDelete
  7. Thanks Imza dan BB..

    Imza.. terror jugak ya ko menjejakki blog aku yang rahsia ni. Aku tau ko jumpa kat mana..Hepi birthdy to you too.

    BB - Alhamdulliah penyakit ko dah beransur pulih. Apa? Ko panggil aku katon? Sampai ati ko ni BB.. Katon apa tu ya? Doremon aku tak nak la... Shin Chan tak pe la.. cerdik apa.

    Ko beli LV dari China ya BB? Napa la tak ingat aku ngan Mei ni ha.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.