Tuesday, February 24, 2009

SISTEM BARTER



Hari ini pagi-pagi lagi, selepas selesai membalas email-email pertanyaan dari downline dan pelanggan, MM bergegas ke sebuah pasaraya terkemuka di JB ni. Tujuan MM ke sana ialah untuk membeli krim kecantikan yang dah habis dan beberapa item lain yang semuanya berkaitan dengan penampilan diri. Makin "berusia" ni maintenance memang makin tinggi. Nasib baik ada income sendiri. Kalau selalu asyik menyusahkan hubby je boleh botak pula kepala.

MM memang belum withdraw duit dari "dinding" lagi sebab ingatkan nak "cucuh" je kat supermaket tu nanti tetapi sampai sana semua "out of service". Fed-up sekejap tapi masih relex lagi sebab dalam purse masih ada saki-baki duit lagi cuma kalau nak shopping sakan tu tak berkecukupan sangat la sebab macam-macam yang MM nak beli ni. Tetapi entah macam mana, ketika MM pergi ke sebuah butik tu (Comei tau apa yang MM nak beli), kakak kat butik tu tanya :

"Pilih la yang cantik... biar suami tambah sayang" Pujuk kakak tu.

MM jawab...

"Kalau nak suami sayang... ada rahsianya kak" balasku sambil senyum ala2 kambing.

"Ha... apa dia??!!!!" Exited Kakak tu nak tau seolah-olah MM ni lubuk rahsia pula. Ha ha ha.

"Saya tak bawa la Kak yang utk isteri tu...tapi utk suami ada la saya bawa" Balasku.

MM memang ada bawa sedikit stok di dalam beg MM kalau ke mana-mana.

"Eh... Meh akak nak tengok". MM pun tunjukkan la minyak Power 31 tu.

"Akak baca dulu artikel ni". Segera MM tunjukkan artikel yang MS bagi Ahad lepas.

"Wow! Bestnya..." Kesukaan Kakak tu.

Akhirnya Kakak tu telah menjadi client baru MM untuk hari ini. Selamat la duit MM pada hari ini dengan hanya membuat "sistem barter". Wah! Lega MM... tak payah MM tergesa-gesa ke bank lain untuk withdraw duit.

Begitulah pengalaman MM hari ini yang bertajuk... SISTEM BARTER. Sistem barter adalah sejenis bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran (wang dan sebagainya), di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak.

Jika anda exited seperti kakak yang MM sebut tadi, silalah lungsuri :

http://bio-asli.com/?id=sam73

KEAHLIAN ADALAH PERCUMA.

1 comment:

  1. wah ko dah mcm zaman dulu2 pulak ye..x pe janji duit masuk...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.