Monday, March 9, 2009

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Miss Mirror (MM) telah selamat pulang ke syurga MM (rumahku syurgaku) petang tadi setelah beberapa hari berada di rumah bonda kami. Bonda pun sudah sihat seperti sedia kala.. alhamdullilah.

Hujan yang turun dengan lebatnya membuat kami menunda-nunda perjalanan yang sepatutnya kami bergerak dari rumah selepas lunch tapi akhirnya pukul 3 baru kami mengatur langkah, itu pun hujan masih turun renyai-renyai. Di dalam perjalanan ingatkan kami nak singgah membeli putu bambu yang menjadi kegemaran di Ayer Hitam tu tapi memandangkan hujan masih lagi tak berhenti, kempunan juga la MM nak makan. Sudahnya kami beli saja roti di Petronas.

Hari ini MM ingin bercerita tentang kisah bawang putih dan bawang merah. Ini bukan kisah si Rika Sumanto atau pun kisah kartun animasi si Erra Fazira dan Raja Azura tetapi kisah onion and garlic yang tidak dapat dipisahkan di dalam resepi masakan kita sebagai orang asia.

Ramai orang beranggapan kesemua masakan memerlukan kedua-dua bahan tersebut untuk menyedapkannya... tetapi ada rahsia-rahsia yang MM cungkil dari tukang masak-tukang masak hebat. Untuk info, MM tidak tergolong sebagai tukang masak hebat tetapi sebagai wanita yang "gedik" semasa remaja (sekarang tidak lagi... InsyaAllah), MM memang rajin bertanya dengan tukang masak-tukang masak tak kira la siapa pun orang itu.

Masih MM ingat semasa MM membujang trang tang tang, MM dan Kak Sheema (kakak EPF yang tinggal serumah, entah kat mana beliau sekarang?) kami makan di sebuah kedai Tom Yam... sementara kami makan tu kami sempat la minta tunjuk ajar dengan mamat kelantan tu untuk menunjuk ajar cara memasak Tom Yam dan Daging Masak Merah. Mamat tu tak kisah je memberi tunjuk ajar siap dengan demo sekali, walaupun sekarang ni kalau anda tanya balik memang MM lupa step- step yang diajarnya tu. Bukan setakat itu saja, dengan mamak nasi bariyani pun MM akan bertanya walaupun bukan dipraktikkan pun apa yang diajar tu. Kalau dikenang semula, memang malu sungguh MM, kenapa la jadi begitu peramah sangat hanya untuk mendapatkan resepi-resepi. Sudahnya resepi entah ke mana.. kalau ada pun memasak selalunya menggunakan resepi ibu mertua saja sebab nak mengikut selera suami sendiri.

Tapi yang MM ingat sampai sekarang ialah seperti yang MM telah sebutkan, bawang putih tidak perlu untuk memasak Tom Yam. Itu pun kadangkala bubuh juga sebab nak mengikut apa yang ditulis dalam tomyam paste tu. Terpulang la kepada kebijaksanaan anda. Untuk memasak sup ayam ringkas, bawang merah pula tidak diperlukan, anda hanya perlukan bawang putih bersama halia yang ditumbuk then campurkan sedikit stok ayam... hasilnya kerja anda bukan sahaja menjadi mudah, menjimatkan bawang merah dan yang pentingnya masakan anda memang lazat. Cubalah. Oh ya jgn lupa daun sup dan sedikit lada sulah dan pastinya sedikit garam. Peringatan : Ini hanya untuk resepi sup ringkas sahaja. Untuk resepi yang biasa orang tua suka makan tu kena la bubuh bawang merah banyak-banyak.

Siapa kata memasak mee kari sewajibnya menggunakan bawang putih. Cuba resepi peninggalan warisan nenek suami MM ni... bawang merah sahaja berserta udang kering sudah melazatkan mee kari anda tanpa sedikit pun halia. Jangan lupa sedikit kari, santan dan kerang rebus yang telah dibuang kulit. Hiasi dengan telur rebus. Sedikit hirisan fish cake, fish ball melazatkan resepi ini berserta tauge, hirisan lada dan bawang goreng, memang sudah cukup membuat anda terliur. Sudah sewajibnya garam dan perasa.

Untuk mee bandung - siapa kata memasak tanpa menggunakan sedikit bawang tidak dapat menyedapkan masakan anda? Di zaman kemerunduman ekonomi ni, apa kata menjimatkannya dengan mengurangkan penggunaan bawang. Eh harga bawang pun mahal apa?

Tanpa menggunakan apa-apa jenis bawang, anda masih dapat menyediakan mee bandung yang lazat iaitu anda blendkan udang kering. Tumis bersama sedikit serbuk lada, agak-agak lembut masukkan air, hirisan daging yang telah direbus dan biar didih sebelum memasukkan kacang tumbuk, santan dan akhir sekali pecahkan telur ke atasnya. Jangan lupa sedikit sos tomato. Garam sudah pasti berserta perasa. Memang lazat.

Untuk resepi kambing masak bariyani, bawang merah memang tidak diperlukan. Tumbuk saja lada hijau dan bawang putih, masukkan ke dalam daging yang telah dilumur bersama minyak sapi. Gaul sebati. Jerang atas api, letakkan rempah bariyani. Tutup tudung periuk dah biar didih. Ha kan senang. Anda tidak perlu menumis.

Ok anda boleh membuat penjimatan bawang-bawang bukan? Apa? Anda ada ladang bawang di belakang rumah anda? Anda memang sungguh bijak. Daun bawang memang menyelerakan untuk resepi daging masak lada hitam. MM akan kongsikan resepi daging black pepper di lain kali ya... resepi ini memang sesuai untuk cuaca hujan dan sedap dihidang ketika masih panas. Banyak lagi rahsia untuk anda cuba. SILA KLIK.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.