Saturday, June 5, 2010

ADAKAH KITA SEBENARNYA TELAH MENGAIBKAN MEREKA?


Salam.... apa khabar? Dah makan? I alhamdulilah... sedang makan mee hoon dari surau yg dibawa balik oleh Pak Imam tadi... Pak Imam? Pak Imam tu bapa mertua I la.....Hahaha.... macam mimpi je si aweks gedix ni akhirnya jadi menantu Pak Imam...... Allah jodohkan kita dengan sesorang itu pasti bersebab.

Di FB hari ini, rakanku sebagaimana rakan sebelum2nya dan sebelumnya..... membuat sharing tentang hukum tudung bonggol unta itu lagi...... ini adalah peringatan yang I rasa entah untuk ke berapa ratus kali sebenarnya di wall FBku tetapi........ tetapi I tertarik dengan cara persembahan artikel itu disampaikan... di mana wajah model/artis yang memakai tudung bonggol tersebut telah dihitamkan sepenuhnya..

Dari hari tu I macam terfikir untuk membuat teguran di atas kesilapan yg tidak disengajakan oleh individu2 yg menggunakan model/pengacara tersebut yg I rasa kalau I jadi beliau pun malu la pulak kan bila orang sebarkan muka I dengan artikel teguran seperti itu.

So, mari fikirkan perkara berikut :-

1) Sila rujuk ustaz2 bertauliah tentang penyebaran gambar2 yg mengaibkan orang lain. Apakah hukumnya...

2) Sila rujuk ustaz2 tentang apakah hukumnya jika kita sendiri telah tahu pemakaian orang tersebut mendedahkan sebahagian badannya, paha, atau sebagainya (maybe orang tu jahil).... tetapi kita sendiri bertindak menyebarkannya melalui blog? Niat asal supaya tidak ditiru orang lain... tetapi adakah kita juga dapat "saham" dari penyebaran pendedahan aurat mereka?

Maaf ya puan2... I sebenarnya sedang BERTANYA bukan sedang memperjelaskan HUKUM pada puan2.... sebab tu la I tulis di atas tu MARI FIKIRKAN PERKARA BERIKUT... so, jangan pulak ada yang kecik ati kalau mungkin ada yang pernah melakukannya, sebab I sendiri sedang mengkaji perkara ini...
Siapa yang sudi tampil untuk memperjelaskan perkara ini? Silakan... silakan..

Berbalik pada artikel2 yg tersebar pasal tudung tu......I juga sangat berbesar hati sekiranya ada pihak2 tertentu yang membuat teguran secara peribadi kepada artis2 tersebut (yg kepalanya ada unta tu... bayangkan macam mana unta boleh bertenggek atas kepala mereka ya?.. hahaha) kalau benar2 anda sayangkan mereka la... tak sayang takpe. Mungkin mereka pun tak tahu sebab tak ada orang bagitau... betul tak? Kita pulak yg asik sok sek sok sek pasal mereka... kesian mereka itu... entah bila la kita nak minta maaf pun tak tau la tu.



4 comments:

  1. mm, maksudnya membuat sanggul ke?

    ReplyDelete
  2. Lip ~ sila rujuk di http://aishahtur.blogspot.com/2010/04/bonggol-unta.html

    tapi I pun confius la Lip.. sbb tu la utk jln mudah.. I mmg pakai skaf/inner yg biasa2 je...takde la yg berbentuk benjolan...kena kaji lg benda ni di forum2 utk kepastian.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum miss mirror..

    Tudung sanggul??
    Ok miss apa yang saya dengari dan pelajari daripada ustaz saya, beliau menyatakan bahawa pemakaian tudung oleh seorang wanita adalah haram.Mengapa?

    Ini telah menunjukkan bahawa seseorang wanita itu telah menunjukkan aurat nya kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya

    Ehh dah pakai tudung pun tunjuk aurat??

    Janganlah anda memamakai tudung tu berbonggol-bonggol sebab anda bakal menunjukkan pada seseorang rambut anda itu panjang...

    wslm

    ReplyDelete
  4. thanks Ayie... mungkin jwpan dari Ustaz si Ayie boleh menyelesaikan kemusykilan Puan Lip tadi.. yg saya musykil bukan apa..cuma nak tahu tahap mana sanggul yg tidak dibolehkan tu? ada yg kata bila melebihi paras kepala..ada yg kata tak boleh bersanggul langsung...jadi untuk jalan mudah, saya mmg membiarkan tidak mengenakan apa2 sanggul tika memakai tudung.. ikat2 nipis mcm tu je la sekadar utk keselesaan.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.