Thursday, April 4, 2013

Kenangan Balik Kampung Rumah Bonda (cerita antu tau ni.... hehehe)

Sedap pulak kuah rojak petis makan dgn kiwi - adik ai bagi itu ari sempena ole2nya balik outstation dari Kedah.









Menyebut tentang adik ai, teringat pulak kenangan tido berlonggok ramai2 depan tv rumah emak 24hb yang lepas.   Ini cerita antu tau ni....   kuatkan semangat kalau nak baca sampai abis... kih kih kih...(cerita antu la sangat... ).    Motif entry :   sebab dah lama aku tak cerita pasal kg emak aku kan?.  

Gambar takde, sebab masa balik itu ari, kamera tertinggal dlm kereta IRP.


Malam semakin larut,   tapi kami  bertiga masih lagi bercerita tentang kisah toyol (entah apa punya topik da..  tapi dpd mengumpat org baik ngumpat toyol je kan).   Emak yg turut baring sebaris dgn kami hanya sekali sekala menyampuk.   Anak2 sedaraku yg seramai 5 org  tu  masih berjaga ... Maklum la dah sekian lama tak bersua,  berbual mcm tak ingat dunia...

Dalam sibuk bercerita, tetiba dikejutkan dgn satu bau yg menusuk2 hidung.... berdesir2 bau dia macam bangkai pun ada.    Masing2 terlopong kaget..

"Kau bau tak apa yg aku bau?".   Tanyaku..

"Ha'ah... bau apa ni?.   Jangan... jangan.".  Jawab adik aku dgn ayat tergantung. (mesti nak kaitkan dgn misteri nusantara  la tuh... makcik sorang ni).

"Kak R tengah menggoreng ikan masin la kot?".   Adik aku yg satu lagi berspekulasi.  Lega sikit mendengar jawapan itu.

Siri penyiasatan pun bermula....dgn  disuluhi oleh lampu corridor Rumah Kak R yg berbalam2, bulan mengambang penuh, unggas2 sayup kedengaran....kami bergegas ke rumahnya dan tanpa segan silu bertanya namun dinafikan oleh beliau sbb kami pun tak nampak sebarang unsur2 kuali sedang panas di dapurnya. (wah!.   Dasyat tak kita buat penyiasatan?.   Ala relax la.... sebenarnya datang pun motif utamanya bukan sebab nak menyiasat sgt pun... sebetulnya sebab aku dah lama tak singgah rumah abang aku tu).

Kami kembali pulang dgn seribu tanda tanya.     Namun mendapat jawapannya setelah mentari menyinari bumi..  lembaga tersebut tersangkut di tepi dapur (aku tak nampak pun, adik aku yg nampak).   Apakah itu?.  Jeng jeng jeng..

Jadi..... korang rasa, apakah yg berbau busuk tersebut?.

A -   Hantu Kak Limah
B  -  Kucing mati atas bumbung?
B -   Perompak yg belum mandi sedang mengendap
C -   Orang bela ayam.


Jawapannya.......



?

?


?


?



?

Jawapannya...
KULIT LEMBU yg diorang dapat masa rewang pengantin siang tu, blom sempat proses sbb dah malam kan -   rupa2nya menghasilkan bau yg "menggerunkan"....  hahahaha...

Tipah tertipu!!.





ini yg telah siap diproses menjadi keropok , nampak sedap la pulak kan...- credit kepada google


Moral of the story -----  tu la adik2 aku ni... byk sgt tengok cerita antu, semua benda nak dikaitkan dgn hantu..


Lain2 resepi berasaskan kulit lembu - boleh jenguk blog ini.







12 comments:

  1. hah? buat kopok? tak pernah jumpa la...kulit lembu yang belah luar sekali tu ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah makan pun...... nanti kita tanya Pak Google.

      Delete
  2. BOLEH MAKAN EIK..TAK PERNAH TAU PUN..

    ReplyDelete
  3. saya pernah tengok kerepok kulit lembu ni di kedai nasi padang, tapi tak penah try...
    ingatkan betul kisah hantu tadi,..hihi, yulah, imaginasi mempengaruhi kan?kalau betul, seram juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kedai nasi padang JB ni tak pernah lg jumpa..

      Haha... in shaa Allah takde hantu, sesaja buat entry gurauan utk adik2 ai tu.

      Delete
  4. As salam Sam,

    Hehehehe... kelakar lah pulak! Awat gantung kulit lembu kat tepi dapur? Simpan dlm freeze lah lain kali...kan dah bermisteri nusantara! :p ;))

    Tak pernah tahu kulit lembu buat kepok! Mcm sedap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Marya...

      *Besar sgt.... tak muat peti ais. :D
      *Mcm sedap kan..

      Delete
  5. wakakakakakaka...lawakkkk..ingtkan antu betoi dah tadi..

    ReplyDelete
  6. hai miss mirror..betul2 la tipah tertipu saya. suspen sgt entry ni.hehe.keropok tu nmpk sgt ranggup..x pernah mkn..mcm sedap la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... sorry la Win.

      Ya la, nampak sedap... jom kita cari!!.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.