Friday, June 21, 2013

Isteri yang suspen di pagi Jumaat ~ Terima kasih AISY NASIHA

"Sam!!.   Tengok apa ni??".     Suara IRP memecah kesunyian pagi Jumaat di porche untuk bersiap2 ke mesjid.    Terkejut bininya yg sedang busy dan segera mendapatkan apa yg ada di tangannya.

I belek satu2..... eh!.    bertulisan cina, ada stokin ada keychain..... dlm fikiran I... "ni mesti Uncle sebelah baru balik dari China".

Bagai dapat meneka kesuspenan dalam benak hati isterinya, IRP segera bersuara...

"You punya poslajulah!".   Sambil ketawa panjang.

Ya Allah pakcik ni, dia bukak poslaju aku!.   Getusku dalam hati... tapi tak jadi marah sebab dah biasa mengalami situasi itu.    Tak kisah pun....   tiada rahsia antara kita.  (Tapi kalau dia punya I memang tak bukak ye, mana boleh beb!.  Hal keja kan...).

Segera I teringat satu nama -   Aisy Nasiha, blogger tegar yang baru pulang dari Korea.  Ni mesti hadiah dari beliau.   Ya Allah terharu ahkak Aisy.    Banyaknya!!.   Buat susah2 je.... :D.    Tahniah untuk diri sendiri sebab menang GA (tak dpt gi Korea, dpt ole2 dari Korea mmg rasa sgt happy) dan didoakan moga makin melimpah ruah rezeki you.    Aamiin.

AISY NASIHA ni I mula kenali di alam maya dari tahun lepas.  Nampak nama "AISY" tu rasa sedikit terkejut mulanya sebab iras2 nama anak sedara kami, Rohadatul Aisy.

Ok kita cuci2 mata apa yg telah I menangi..



Loikeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.............  :)
Keychain, Ballpen, stokin dan satu lagi tu apa kita panggil?.  Bunting?.
Stokin memang sgt berguna di rumah ni.  Tq ye.





I dah gantung  dah "bunting" tu kat dinding bersama "kawan2nya" yang lain... lawa kan?.

Eh nak cerita satu kisah "seram"... pagi tu masa bebudak nak  gi sekolah, dlm kesamaran pagi tak membuka lampu hall,  kami terdengar satu bunyi benda yg agak kuat... segera la Qistina dan Shashal memanggil ayahnya.   Ya la mana la tau ada perompak nak mengopak rumah ke.... ataupun ada penculik nak menculik bininya ni ke?.  Kekeke... perasan!

Bila ayah diorang turun... menjengah2 la kami 4 beranak mcm pencuri.....dlm remang2 pagi, kami terlihat  tersadai satu "lembaga coklat" di atas lantai.  Apakah dia?.   Jeng jeng jeng..

Frame kayu yg tengah2  tu la yg jatuh!.   Wat suspen kami je tau!.   Sejak peristiwa itu, kami dah tak terkejut lagi kalau terdengar bunyi benda jatuh.

*takserampunkisahnikan......



Pen dan keychain simpan di situ supaya tak hilang..


Bersyukur Ahkak di pagi Jumaat ni dapat rezeki.... tq tq tq.

11 comments:

  1. wah syoknyerr..dapat poslaju brg2 korea..

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya punya teman-teman maya yang memeriahkan dunia yg indah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..rezeki kak mirror...heheh..cantik hadiahnya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Intan, mmg cantik hadiah ni sebagaimana pengirimnya.

      Delete
    2. Cantiklah sangat pengirimnya...hahhaa...

      Delete
  4. wah cantiknyer hadiah dr korea...tahniah

    salam kenal dr mama mia .. :D

    ReplyDelete
  5. Siap buat entry lagi..wah..lawa tu gantung lukisan tu.. Mmg bijakla sam ni, barang lain semua dari korea, yg lukisan ni dari China, my niece yang belikan, dia bg banyak so i sharing some of it, including you...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.