Monday, August 19, 2013

Konon2 ini "Guest Book" versi baru...

Assalamualaikum and haii..


Ada pun motif gambar-gambar ini diuploadkan adalah untuk membuktikan yg aku dah pun beraya ke rumah2 diorang ni  pada Sabtu lepas (abih diorang tak sediakan guest book, aku kena la buat entry sendiri sbg kenangan).   Ceh... mcm la rumah aku ada "guest book".   Handbag guest pun tak beli taun ni (eh apa kaitannya ni?).




Dah nak abis pantang si Puan Mar ni, baru aku berpeluang menjenguk anak barunya (anak sedara aku).


Ololo........... cumil!






Usai menjamah cengkodoq ikan bilis yg marvelous di rumah Pn Mar dan memeluk cium anak sedara aku yg seramai 4 org tu, kami menyambung perjalanan menuju ke rumah abang aku, Ustaz Baharuddin kat Rengit pulak.  

*T.kasih atas cengkodoq... itu mmg makanan favourite kitorang mengatasi yg lain2.


Sampai di Rengit, rupa2nya.... tuan rumah takde,  tgh keluar "dating" laki bini gi jemputan.   Nasib baik la si Cumil, cucunda beliau  ni ada kat rumah bersama bonda dan ayahanda tercintanya.    Sapa lagi anak sedara aku la... si Nuruladiah dan sominya, Pak Engku.


Langkah kanan punya pasal, kami lunch pulak kat rumahnya.    T.kasih... ianya sgt lazat!.  Bertambah2 kami makan.



  



Eh macam si Apiz masa kecik pulak muka kau ni Cu... rambut je macam Ustazah S.A, kakak ai.   Ni yg ai sedih ni... takde pun sorang yg sudi mengcopy muka aii...




Subhanallah sedap!.   Pandai Nurul membeli kuih, rasa macam nak abiskan je, tapi takut abang Baha aku balik terkejut pengsan pulak kuih bangkit kegemarannya  dah tinggal balang.    

Kusangkalah bangkit cheese aku dah cukup sedap... rupa2nya ada orang lain yg buat laaaagi sedap!.    Sapa2 yg tak tau resepi, sila google balik dlm older post ye... memang berbaloi untuk dicuba.


Lepas balik rumah abang aku, kitorang gi open house pulak rumah kawan sekolah lama IRP, sempat la jumpa bini2 diorang yg hanya setahun sekali jumpa. 


Itu je la nak crita.............. 4 jam lg kalau tak busy nak bercerita lagi.    Kata nak jadi blogger tegar katakannn..




2 comments:

  1. Beraya sakan akak mirror kita nih. Kasut silver aritu ikut tak?

    Tiga tempat pergi tu hebat... Kami le tempat cendol je dah penat...haha.. Sb usung anak tido sorang satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut silver aritu dah hampir nak tertanggal dah Aisy labuci dia sbb puas ikut kami beraya ke mana2. :D

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.