Friday, August 30, 2013

Tak Pakai Baju Raya

Assalamualaikum........... haii.... morning! 


Pagi ni mood anak2 ceria sebab sekolah diorang tgh buat perayaaan hari Kemerdekaan +  Sambutan Hari Raya.     Ada la ai bawakkan diorang kuih raya sikit, jajan sikit2 mana yg patut +  pinggan dan cawan polisterin.



Maaf IKLAN JAP!


Sebelum tu nak cerita dulu  pasal Dove (antara CPUV yg masih bertahan hingga kini), thanks Dove.   Kebetulan ai pun tgh tercari-cari syampoo rambut yg lebih bersesuaian dgn kulit kepala skrg ni.   Ingat nanti nak cuba pulak la Dove ni, mana tau rambutku akan lebih kemilau2 bak sutera... hehe.



Berbalik pada kisah sambutan raya diorang (Qistina  dan Shashal) kat sekolah, Qistina itu ari merungut ....



"Ma, Jumaat ni ada sambutan raya kat sekolah.... tapi...."  Dgn wajahnya yg tak berapa ceria, kasut belum terbukak, beg masih digalas, belum masuk rumah.



Hmmm.... tapi apa?.   Suspen je budak ni tau!.


"Tapi, pakai baju sekolah je..... kawan2 pun semua kecewa tak dpt nak tunjukkan baju raya diorang pada kengkawan".


Olololo.......... siann.


Inilah baju2 raya Qistina untuk tahun ni... 2 antaranya ditaja.  Thanks kpd penaja.. (sapa lagi Makciknya la)


Memang la kan, masa Mama sekolah dulu pun rasa exited giler bila sekali sekala diberi kelonggaran pakai baju biasa, terasa seisi sekolah bertukar rupa jadi jelita dan hensem2 belaka!.  Yg tak berapa nak hensem pun jadi hensem angkara baju Melayu mereka yg bling2.  Apatah lg Cikgu favoriteku yg dah sedia hensem tu...... bertambah2 hensem la dia dan makin ramailah Cikgu2 pompuan tergoda sampai berebut2 cinta adanya.  Tapi takpe la Nak.... mungkin Cikgu korang ada alasan tersendiri mengapa bebudak perlu berbaju sekolah semata.  Sekolah utk belajar - bukan utk bergaya ye.... ahaks!. 


*sekolah anak you all pulak cemana? 



4 comments:

  1. Eh...samalah...arini taska naim pun buat sambutan raya...budak kecik tu kemain seronok, ajak mama sekali beraya...pengalaman petama dia ni..

    budak besar lain pula seronoknya, dah tau tak seronok dan bosan...ada alasan masing2 untuk itu dan ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok la kanak2 kan Cikgu Aisy, sbb time la diorang berehat dari belajar. :)

      Delete
  2. sekolah arisa pun sama tak pakai baju raya... just bawak kuih raya je,tp sekolah petang ada pakai baju raya,yg sedihnya duit raya cikgu bagi pilih2...tak semua dapat..sedih plak dia ... adam plak sekolah tadika dia pakai baju raya exited terlebih plak dia sbb first time kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sara - Mungkin dia pilih anak2 org susah je kot utk dpt duit raya... :)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.