Thursday, August 15, 2013

Tutriol shawl bersilang Kak Mirror

Assalamualaikum and haiii....


Hari ni nak melunaskan janji2 manisku tempohari.....
Maka terimalah tutriol shawl bersilang untuk anda gayakan ke rumah2 terbuka nanti.   Jimat sikit pakai shawl ni sebab shawl murah pun boleh kelihatan mahal bila kita pandai menggayakannya.   Tapi yg pentingnya shawl kena pilih yg lebar ye  Dik Non... kalau cenonet mmg tak berapa nak menutup bila ikut ikatan cara ni, kang ai pulak yg dpt sahamnya... ai tak rela.. :'(

Lagi satu, pilihlah shawl jenis lembut utk mudah dibentuk..


Sepatutnya ai pakai inner hitam untuk membezakan antara shawl dan tudung bunga tu, tapi
sebab shooting2 ni kat rumah mentua ai dan inner pun byk yg  tertinggal kat JB,  so pakai je la apa yg ada dlm beg...  janji menutup aurat.


so, sila abaikan tudung bunga  (gambar atas) yg bukan jadi tajuk utama tutriol ini... sila fokus pada shawl sahaja


Mula2.... kalungkan shawl (yg kaler purple tu)  ke atas bahu anda ala2 Pak Herman Tino pakai kain pelekat..

Kalungkan dlm keadaan sebelah panjang, sebelah lagi pendek....

Jelingkan mata anda ke bahagian yg pendek tadi,  pastu naikkan ke atas kepala...

Buatkan macam makcik2 menyelempangkan batik atas kepala nak gi menoreh..  pastu pinkan atas kepala tu..

Jelingkan mata anda ke sebelah panjang pula dan buat benda yg sama...






pinkan juga atas kepala menggunakan pin2 tudung... jgn guna brooch, tak best... nt terbonjol2.








Nampak tak apa yg ai pegang tu?.   Lipatkan ke dalam dan kemas2kan dan tarik ke bahagian depan (ke dada) dan tarik ke bahu sebelah kanan..





Naikkan pula ke atas kepala dan pinkan kat situ...




Kemas2kan mana2 yg patut dikemaskan... dan SIAP!!!




Selamat mencuba.


p/s :   Eh banyaknya gambo sendiri diupload.... Hari Ini Dalam Sejarah... mesti ada yg muntah..... kesian.   :P

4 comments:

  1. Sam....tok pehe kawe, ikut step setengah jalan je.lepas tu blur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa iyer ke?. Takpe balik JB nt I shooting video pulak klu rajin.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.