Thursday, July 3, 2014

isteri kawan somi - kawan kita. Kawan kita - kawan somi

Bila seseorang itu berkahwin... bermakna isteri kawan suami automatik menjadi kawan kita.   Pening tak ayat aku ni?.   Jika kau genious pasti kau akan faham apa yg aku maksudkan.  Kalau kurang genious sila makan pistachio.  Keh3.



Sejak kahwin  17thn yg lampau... beratus2 isteri kawan IRP telah "mendaftar diri" menjadi sahabat aku secara automatik. Meski aku bukan jenis yg suka bertandang2 (mutakhir ini) dan selalunya hanya dpt ditemukan di majlis2 hari raya atau reunion.. tapi doaku tetap mengiringi mereka saban waktu.



*Korang pulak?.   Ce cerita... mesti ada yg dah jadi best fren pun kan.. malah kalau suami anda jenis ramai kawan.... bermakna kawan anda juga berlipat kali ganda jadi berpuluh2 ribu..  Wah!.  meriah dunia anda!.



Begitulah indahnya perkahwinan... mengembang luaskan lagi persahabatan dan hikmah di balik ramainya sahabat, mungkin one of them adalah insan yg dapat memberikan kita syafaat ketika di akhirat nanti..   Aamiin..



Tapi... syahdunya.... semalam di suatu pagi yg hening, one of them telah menjadi balu (bermakna kawan IRP telah meninggal dunia pagi semalam).  Terkejut aku mendengarnya.  Innalilahiwainnailaihirojiuun.   Ianya begitu memberi kesan dlm jiwa aku....  mana taknya, kami sama2 saling kunjung mengunjung masa kecik2nya si Ain.    Sama2 baru belajar hidup ketika itu di kota nan mencabar ini.. (cewah!).  Sama2 berkongsi cerita tentang brand diapers apa yg best, tentang kek apa yg nak dimasak, tentang sakitnya bersalin.  Alih2... tetiba dgr sebulan lalu, kesihatan sominya merosot dan semalam menghembuskan nafas terakhirnya.   


Betapa dunia ini terlalu singkat.    Betapa kita tak payah nak bersedu sedan merajuk dgn pasangan kita  puan2 kerana semua itu singkat.   Sama ada kita atau dia yg akan pergi dahulu.   Maka, insafilah......  jgn gaduh2 lagi tau dgn pasangan anda... senyum2 je selalu... mcm ni :)  (sambil buat mulut menyeringai).



p/s :   isteri kawan somi - kawan kita.   Kawan kita (yg lelaki ler) - kawan somi ~ bidalan baru.







14 comments:

  1. memula tgk post akak pening jgk baca tajuk..hahaha

    Alfatihah buat arwah fan takziah buat isteri dan kluarga arwah..

    ReplyDelete
  2. Innalillah wainna ilahi rojiun
    Akan tiba masanya, macamana rapat pun salah seorang akan pergi dulu.
    Tapi kak mid nak tambah sikit, isteri suami kawan kita, sedara suami pun sedara kita..apa-apa hal ttg sedara mara dia lelaki pompuan pun kita juga ke depan dulu..ha ha, dia folo belakang. Katanya, " Sama je..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa tu Kak Mid?. Ke depan ke belakang?. Bidalan baru?. Haha....

      Delete
  3. Takziah untuk kawan suami MM tu..
    alahai sedihnya bulan2 puasa ni...tapi semua tu pasti akan berlaku.. tunggu masanya sahaja...
    semoga isterinya tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  4. Kullunafsin zaa iqotulmaut. Sesungguhnya setiap yg hidup akan menemui mati. Begitulah kejadian yg telah Allah tetapkan. Moga yg pergi itu tenang di sana.

    ReplyDelete
  5. baca tajuk je dh fening...

    Takziah...mesti terkesan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. *hahaha..... memang nak suruh Hany pening.
      *Tq Hany.... ya, mmg terkesan sbb arwah baya2 my hubby..

      Delete
  6. Faham2, kiranya x perlulah makan kacang pistachio lagi, kang bertambah genius, ahakk..

    Betul juga ya, xmo gaduh2 lagi..

    Al fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah!. confirm... Umi memang genious!!!!.. Tak mo mkn pistachio lagi tau.... kekeke.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.