Friday, October 3, 2014

Bila Anak Dah Mula Meningkat Remaja

"Anak korang dah ada boyfriend?!!!".  Cehhhh.... soalan tak ngagak2.  Sesaja bikin havoc ptg2 Jumaat ni.   Tak jawab pun tak mengapa.  Sbb ini bukan tajuk utama.


Ada satu  "Makcik" ni...   bila aku tanyakan soalan ni pada dia (sesaja buat soalan cepumas... sbb aku tengok anaknya mcm feeling2 je kat FB....  haha).  Dia kata.... tak tau, sbb anak dia suka berahsia.  Anaknya pemalu, tak suka berterus terang.  Oh macam tu plak?.   Korang ada mcm tu tak?.


Aku pulak lebih suka kalau anak2  bersikap lebih telus dan open. Aku nak mereka  anggap aku ni sbg "kawan" yg boleh berkongsi cerita apa saja... tapi at the same time tetap la respek kita sbg ibu.  Kurang2 bila mereka dah jujur berterus terang dgn siapa mereka berkawan.. at least kita bleh bagi pendapat dan nasihat awal2. Tidak la nanti dah TERsuka dan jatuh cinta gila2... tetiba kita plak tak berkenan.. pastu anak2 yg merana kehilangan akibat tempoh percintaan yg sudah memakan masa.








Emmm...  terpikir jugak, kenapa agaknya anak2 rasa malu dan kurang berterus terang dgn parent?. Apakah didorong oleh perhubungan yg kurang rapat?.   Atau si parent terlalu garang?.   



Bagi yg takut anak2 kurang rapat, kena la mulai dari mereka kecik lagi, biasakan diri jadi pendengar setia permasalahan mereka sepulang dari sekolah... sbb bila mereka dah mula meningkat remaja baru masa tu nak rapat dan mengambil berat ttg mereka...masa tu dah terlambat, mereka dah mula busy dgn rakan sebaya pula.


*motif entry :   just my 2 cents.. entry ini atas request dan segala isi kandungan hanyalah pendapat peribadi.










8 comments:

  1. Jujur hubungan kakak dgn anak-anak terlalu akrab walaupun bila mereka buat silap tetaplah kakak marah. The gap between mother and daughters still there. Kami akrab sebab mungkin semua anak-anak kakak perempuan. Apa pun mereka akan kongsikan dgn kakak hatta perasaan mereka sekalipun - pada kakak lebih mudah jadi tak ada rahsia dia yg kita tak tahu walau rahsia kita mereka tak tahu hihi.... (ada ketikanya kita punya mereka tak boleh tahu - contoh duit bank mereka sejak mereka lahir hingga sekarang kakak simpankan mereka tak tahu ada berapa)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Kak Zakie.. "anak x bleh berahsia dgn ibu tp certain part ibu dibolehkan berahsia dgn mereka".. kekeke..

      Delete
  2. Assalamualaikum. Secara natural nya, mungkin jarak umur atau pangkat menyebabkan anak tak meluahkan perasaan pada ibu bapa. Ibu bapa juga begitu, tidak mudah kongsi perasaan dengan anak-anak kerana merasakan bahawa mereka itu anak-anak dan belum matang untuk berkongsi. Teringat suami Che Mid, bila anak tunjuk fesyen terbaru..dia akan cenderung untuk tidak bersetuju kerana tidak sesuai dengan citarasanya sebagai 'orang tua' he he..

    ReplyDelete
  3. samalh dgn k. zakie...
    ckp dgn sepupu, anak buah lelaki pun, malu2
    selamat hari raya adil adha MM

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.