Tuesday, November 18, 2014

6 sebab orang left group wassap

Sebagai orang tua (baru hari ni nak mengaku tua).. yg telah lama berkecimpung di dunia maya, ai rasa  dunia blogging ni ler yg paling kurang memberikan tekanan berbanding media sosial yg lain.

Join group wassap, kalau kita tersalah masuk group... nak cakap pun terkepit2.  Takde la org nak marah pun.. cuma sbg insan kamil, kita pasti ada perasaan malu, perasaan bersalah, takut mengganggu privacy org, takut ada yg muntah klu kita ckp teroverdos. Takut terwassap di larut mlm.. mengganggu org nk tido dan mcm2 lagi.



Tapi blog tidak begitu ye puan2.  Kau update la entry pkl 3,4 pagi pun..  tak de sapa akan marah atau rasa terganggu.

Hasil kajian ai dari gang wassap, berikut adalah topik2  yg menjadi punca seseorang itu left group :-

1). Membincangkan isu2 politik.
2). Mengumpat
3). Memfitnah
4). Membincangkan isu2 sensitif spt saiz badan, bertanya soalan2 berbentuk peribadi di khalayak. (Kotak pm kan ada Yang oii).
5). Mengadd masuk ahli baru yg mungkin tak disenangi.
6). Inferiority complex (rasa tak sekufu dgn ahli2 group yg lain).

Bagaimana pula dgn anda?.


* jika anda jenis friendly dan suka membebel panjang mcm ai... belog adalah pilihan terbaik

5 comments:

  1. betul2 setuju sangat.. kes paling dasyat saya pernha left terus satu group sebab admin tu beriya mengutuk orang lain, memang ayatnya melampau sangat... menyampah terus rasa pada masa tu

    ReplyDelete
  2. Saya left sbb grup tu dah mula ngepos gambar berwarna kuning dan biru. Bicara tentang keberkesanan produk harum malam. Baik left svlm en. Suami yg baca...kang apa pula dia fikir

    ReplyDelete
  3. jangan kan group whatsapp... group telegram ke saya tak suka join... ini sama macam semua orang bercakap dan takder sapa nak dengar... dah tu kalau kita reply sesuatu mende tu... by the time kita siap menaip... isu tu dah jauh sangat ke atas...

    ReplyDelete
  4. setuju, memasing baik ajekn.. tabik spring kt blogger2.tpi kita bca yg baik2 mka baiklhkn..
    fb pun mcm2 mnusia ada.. mnkutkn. kna friends dgn pra ilmuan.. yg mgrut kita delete jer. bkn apa tk sesuai dgn situasi..
    wasupp plk... adui boleh gduh.. yg group tu lgilh..

    ReplyDelete
  5. setuju!!!!! suka membebel tu yg n3 saya kdg2 tah apa2 heee heee

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.