Monday, November 27, 2017

Seekor Kucing Yang Sangat Berdisiplin

Happy birthday sayang...
Happy 1st birthday ...
Mama saaaaayang "anak mama"...



Lama mama tak menulis..
Kerana birthday Joco la Mama kembali blogging ni..

Ain beli Joco masa abah out station..
Atau erti kata lain.. beli tanpa mintak izin abah .. sbb awal2 abah dah pesan tak boleh bela kucing.. takut alahan atau masalah "berry" dsbnya.
Suspen tunggu abah balik.. takut kena marah.

DIPILIH BERDASARKAN PERSONALITI TUAN RUMAH

Masa nak pilih2 kucing tu..
Pihak agen tanya karakter ahli seisi rumah.
Sbb senang nanti nak sesuaikan personaliti kucing dgn tuannya.
Pastu dibagi masa 2 minggu..
Kalau tak sesuai boleh pulangkan.


Berbalik pada kisah abah dia..
Oh.. ok je.  Tak seburuk yg Ain bayangkan. Malah skg kalau seharian tak jumpa.. mintak wassapkan pix bagai..
Haha..
Byk la jajan joco dibelikannya mengalah belikan jajan bini..



Suka Joco ni..  sbb beliau ni seekor kucing yg berdisiplin.
Dah mcm bebudak pernah duduk asrama gayanya.  Dah pandai "toilet training".
Waktu pagi dia manja..
Dah mula tengahari sikit dia  buat muka serious dan
tak nak diganggu selepas itu.
Pegang pun tak mau.
Otherwise dia akan sembunyi bawah katil tak keluar2.   Dia tak suka bunyi bising.

Then kembali aktif di waktu malam.
Dah mid night baru dia sibuk ajak
main..
Dgn ai dia agak takut sikit sebenarnya.
Tak taulah kenapa..
Mmg dah ditrain begitu kot dgn tuan lama dia.. dgn ibu jgn derhaka. Haha..
So bab2 main2 ni.. selalu dgn budak bertiga tu lah.

Antara jajan2 yg kakak2 dia akan belikan kalau Joco behave


Tak suka aktiviti out door.
Pernah dibawa ke tasik..
Tapi balik tros terbelekik2 mcm nak muntah.

Makanan favourite dia  kangaroo.
Oh I mean..  snack dari kangaroo.
Kalau dibelikan yg lain.. agak terkulat2 nak
makan..


UNTUK MENGELAKKAN DICULIK

Paling berbaloinya..
Beliau ni dah dilengkapi dgn cip...
Kucing2 kat Aussie ni kalau nak bela memang kena register.
Itu penting untuk mengelakkan dari
penculikkan.  So.. kalau ada nampak kucing lari2 tepi jln... don't ever2 bawak balik..
Sebab cip tu akan bertindak menjadi
penuju arah di mana mereka berada.

Ok lah itu je nak crita... sbg entri pembuang sawang.







6 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.