Wednesday, November 11, 2026

9 random photos.

 Phone saya rosak.   Innalilahiwainnailyhirojiuun.  Moga Allah ganti dengan yang lebih baik.  Aamiin.  Mari kita buang je gambar-gambar tu dalam blog ni.  Marilah kita ceriakan saja diri di usia-usia yang semakin muda ini puan-puan.  Jangan biarkan hidup dikelilingi "ezaty".  Haha.   Memula saya ingat apa la bebudak Gen Z ni tulis izzaty, ezaty... rupa-rupanya anxiety.





Don't speak to the cow, speak to the butcher.


Thanks for this perfume and lipstick.   Beli kat airport zon bebas cukai.  Walau pun harga berbaloi tapi agak mencabar sikit la sebab terkejar-kejar masa kan.   Tersilap langkah bleh tertinggal flight.





Menghadiri wedding di Cheras.



Ole-ole dari Aceh.  Thank you pada yang memberi.


Perth -  kedai Makcik Turkey ni masih bertahan hingga kini.
Dulu bila ramadhan suka bagi extra roti arab tiap kali kami oder pizza di sini 
untuk berbuka.



My OZ bestie belanja makan di Water Town.
Banyak kedai dah tutup kat Water Town ni.
Dulu mall ni famous sebab menyediakan surau.  Sekarang
tak pasti plak ada lagi ke tak surau tu.  Macam tak nampak bayang plak.



Pasar ni, December dorang tutup sebab nak Christmas.



Dapat jugak merasa muruku.   



Dinner with kiddoz.    Kedai baru kat Adelaide Terrace.   
Kat area ni la terletaknya Malaysia Consulate, Indo Consulate semuanya tu.




Tuesday, November 3, 2026

Segalanya hanya pinjaman

Dear diari..

“Balik kampung ya”.  ujar ibu mentua di wassap.  Saya kata, baru sampai tak kan tetiba nak balik Mak 😅.  Hahaha.  Begitulah my MIL.  Dari mula saya sampai, esok dan esoknya lagi beliau asik text.  Tapi kita layankan je lah, one day kita pun akan menjadi tua juga.   Sikap kita hari ini akan menentukan siapa kita di hari esok.  Mungkin beliau dah rindu nak briskwalk dengan saya atau food hunting.

Kepulangan ke Perth kali ini disambut dengan berita yang agak mengejutkan apabila beberapa teman seperantau mengambil keputusan untuk pulang for good. Padahal masing-masing nampak dah kukuh dan stabil di sini. Moga semuanya berbahagia dan dipermudahkan urusan di negara masing-masing.




Walaupun ada sedikit rasa sedih, saya lebih suka melihatnya dari sudut hikmah. Mungkin inilah cara Allah memperluaskan lagi jaringan persahabatan saya, atau dalam bahasa mudahnya, cara Allah menjadikan saya mendonia!.  Mana tidaknya, di setiap negara dan ceruk dunia, sudah ada wakil-wakilnya. Yeszaa! 😁

Hakikatnya, manusia memang datang dan pergi dalam kehidupan kita. Ada yang Allah hadirkan bukan untuk selamanya, tetapi untuk mengisi suatu fasa tertentu dalam perjalanan hidup kita especially fasa sukar.

Teringat. Ketika anak-anak masih kecil, atau ketika anak wedding,  Allah hadirkan insan-insan ini sebagai asbab penguat semangat, penghibur hati dan teman untuk kita bertahan. Apabila fasa kita itu berlalu, mungkin tiba pula waktunya Allah mengambil mereka semula.

Lantas, saya teringat akan firman Allah yang bermaksud:

“Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5–6).

Barangkali antara bentuk kemudahan yang Allah sertakan bersama kesukaran itu ialah kehadiran insan-insan ini yang tepat pada waktunya.  Begitu juga binatang-binatang kesayangan yang telah diambil semula (mati).





Mereka mungkin tidak kekal dalam hidup kita, tetapi kebaikan dan kenangan yang ditinggalkan akan terus bersemadi menjadi ladang pahala buat mereka.  Aamiin.