Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts

Tuesday, April 21, 2026

Singgah makan di kedai artis. Kopihut.

Assalamualaikum w.b.t


Kadang-kadang kita pergi bukan sebab makanan semata, tapi sebab nak support usaha orang.   Bila dengar Kopihut ni milik artis mualaf, Adam Corrie,  terus usahakan untuk singgah. Tak plan pun nak makan berat sangat, tapi bila dah sampai tu, order jugalah sikit-sikit. Menu semua nampak menarik, konsep kopitiam moden dengan makanan Cina Muslim, jadi senang nak makan tanpa was-was.



Sebab datang sensorang, oder pun mana yang kita suka makan je lah.  RM7 kot seingatnya dessert sagu ni.  Ok la, sama harga dengan ABC kedai sinun tapi lebih mengenyangkan.  Hihi.





Tempat pun tenang, kemas.  Sesuai untuk me time. Masa datang ni ada pelbagai kaum yang singgah lunch.  Mungkin menikmati chinese menu yang lain.   Next time boleh cuba yang lain plak kot. InshaAllah.


p/s :   Just my personal opinion.


Friday, January 2, 2026

Ocean Thirteen Fish and Chip, Shah Alam

Assalamualaikum guyss..

Entri sulong 2026.   😁.   Sessi throwback dinner western foods di Shah Alam.   Ocean Thirteen.





Chef2 di balik pintu pun nampak professional. Saling tak tumpah macam di Aussie, hensem2 dan kemas sampai terlupa.. ni Fremantle ke Shah Alam.  Hehe.


Mungkin sebab dah termakan entree yang sedap sangat (gambar bawah).. sampai dah tak tertelan makan hoyimi.   Eh!.  Macaroni.   Baru terperasan Mr BBjr dari kecik sampai ke besar obses dengan “hoyimi”nya.  Kalau kuah dia ni lebihkan sikit dan panas berapi creamy2 tentu ai habis makan. (Marah tak Chef kalau dengar ai cakap macam ni?. 😂).  Ala selera orang kan berbeza-beza.  This is my personal opinion je. kay!.



Ini yang terpaling sedap.  Clam chowder.  Ai bagi 5 bintang!.



Sarsi float for me.


Hubby order Fish and Chips.  Ini la yang membawa beliau untuk makan kat sini (nampak kat sos med katanya). 




Ok la.  Bye.   Doakan moga 2026 ni ai jadi jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. 😁😁 Aamiin.   


Wednesday, December 24, 2025

Ramen Asli di Wagyuteh, Osaka

Assalamualaikum guysss!

Sebelum ke Japan, rajin juga buat research.  Ada la terbaca orang menulis, kalau ke Japan haruslah cari ramen sebab resepinya asli dan lebih sedap dari di Malaysia.   Wah!.  Terus teruja la hati untuk mencuba. Pastu..  di suatu senja ketika hujan lebat kami pegi ke satu restoran ni (tak boleh sebut nama, BUKAN RESTORAN dlm entri ini ya). Kami diminta tunggu kat luar dlm kesejukan.  Dah tulis nama pada buku yg disediakan.  Tak lama pastu.. ai tengok ramai orangg silih berganti masuk ke dalam tanpa halangan. Senja kian berlabuh.  Hantu mula membisik.  Keimanan pun tergugat. “Hantu Penat” pun muncul lagi.  Ai jengah ke dalam dengan muka menyinga (tipu).  

Adik yang menyambut kami dipintu luar tadi  terus bagi kami duduk gara-gara mukaku yang ayu dah bertukar jadi hulk hogan.  Ramen pun dihidang.  Entah kerana hati yang kesal kerana lambat atau resepinya yang sederhana yang membuat rasa ramen tu sederhana saja, rasa macam Pelancong Malaysia tadi tu over claim je.  Yih.  Atau pun mungkin ai dah terbiasa jumpa ramen serupa di Perth kot.


Tapi……


Hari berikutnya… kami dah jumpa RAMEN HEBAT.  Mungkin ini lah agaknya yang dimaksudkan oleh Pelancong Malaysia tersebut.    Masuk je ke dalam  disambut dengan “Assalamualaikum “.   Bayangkan muka Jepun tapi bagi salam.  Handsome kan?. 



Highly recommended!.   Ai bagi 9.5 out of 10.   


Yang hitam tu serunding daging. Garlic dan daun sup. Chef menjelaskannya dalam Bahasa Jepun, ai mengangguk-angguk konon-konon macam faham sangat.



Dalam ruangan ini heater kuat.  Di luar hujan lebat tapi badan tetap hangat. Tempat menggantung jaket disediakan.




Yang ni suami punya.  Sampai dah sejuk tunggu beliau cari cenderhati untuk si Ain yang tak ikut dalam trip ini.


My son and I oder yang ni.   Memang sedap giler!.  Waghyu ramen.   Cik Q oder chicken apa tah, malas nak ambik pot sebab ai terlalu khusuk menghabiskan yang ai oder tanpa menoleh kiri kanan.  Meja kami bukan mengadap tapi sebaris lurus (bar concept). Depan kami Chef2 sedang memasak.



Nampak ada tempat cas phone.   Kot kalau phone abis bateri di tengah2 bandar Osaka, talian hayat masih ada.  Cuma usb je la kena bwk, sebab tak disediakan.

Pulangnya dihantar lagi dengan “Assalamualaikum” oleh Chef Jepun tadi.  


Sekian.


p/s. :   Just my personal opinion.

Sunday, November 30, 2025

Brunch di Restoran Thai Terbaik Di Putrajaya.

Assalamualaikum guyss!

Restoran makanan Thai yang terbaik di Putrajaya jatuh kepada.    (Bunyi drum 🥁).

Dum dum dum!!.   Prangg!

Miss Mirror bagi lima bintang kepada.. Bangkok Pintho Cafe!!.  Di Menara PJH.   Ai boleh klasifikasikan ia sebagai Hidden gem in Putrajaya.    Pesal boleh tak perasan kewujudan permata yang bernilai ini guyss?. 





Tom yam dia memang iras2 di Bangkok, Thailand.  Kami ambik versi bersantan ni. 


Chicken chesew nut dia memang mantop!!.   Adik tu kata pilihan customer dan ai pun setuju.  Kerang rebus pun fresh.. cuma pencicah dia tu kalau ada yg versi kicap tentu lebih hebat lagi.  Jadi 6 stars plak nanti.  Habis plak bintang-bintang di langit jatuh ke bumi.



Laici ais bersoda je pun padahal., tapi sedap.  



Ha yang ni ai nak complaint sikit.  Tak kan la semua sempurna je kan.  Nampak tak real la plak kan?.  Texture dia ok, pulut pun lembut!.  Mangga pun tak benyek, mengkal, sedap!.  Tip top.   Tapi kuah santan ciput. 🥲. Ai suka kuah santan tu dibubuh asing pastu kita tuang manja2 macam tu.. ala-ala banjir.  Tapi mungkin selera orang berbeza2 kan.  This is my personal opinion je.

Alhamdulillah sampai rumah, badan ai sihat macam biasa, tak de la sakit2 badan atau kembung perut.   (Masya Allah tabarakallah). Itu tandanya pulut direndam sempurna.   






Jadi secara keseluruhan ai bagi restoran ini 5 bintang!.   Tempat solat pun disediakan.     Ada jual kek juga.


Lokasi :  Jalan Tun Razak, Presint 2


Tuesday, November 4, 2025

D’Manja Mira Simpang Renggam

Pagi tu ai sebenarnya plan nak bermalas-malasan saja di rumah MIL, tapi tetiba hubby call, my SIL ajak makan di Simpang Renggam. Teruslah bersiap dan my SIL ambik kami berdua (dengan MIL), bergerak ke sana satu kereta. Hubby pula ada tugasan, jadi dia pergi dengan staff menaiki kereta lain.   





My SIL.


Memang sedap-sedap menu yang terjual.  Bagi yang suka telur ikan mayong, memang ini lah port dia.


Terima kasih adik ipar, Dr. B, kerana membelanja kami makan. Moga dengan kemurahan hati ini, Allah memanggil B ke Baitullah menunaikan haji bersama suami tercinta. (Uolls aminkan tau!).  Aamiin.  Dan mendapat haji yang mabrur.

Ai selalu doakan semoga semua orang dapat menunaikan haji ketika badan masih sihat dan kuat, sebab perjalanan itu indah bila kita mampu menunaikannya dengan tenang.  Sekarang ni pula dah macam-macam peraturan dan syarat.  



Lokasi :

No 1, kampung Dato Ibrahim Majid, 82200 Simpang Renggam, Johor Darul Ta'zim.



Just my personal opinion.


Monday, November 3, 2025

Mencari kemeriahan yang hilang.

Ingatkan Batu Pahat dah merundum, jalan ke bandar pun banyak kedai makan yang dulu  bersinar di malam hari, sekarang dah lenggang. Tapi rupa-rupanya,  penduduk BP suka berkumpul kat Bus Stand Lama, Jalan Omar ni.  Meriah di malam hari dan hampir setiap gerai yang ada di situ dipenuhi orang.   Termasuklah lorong-lorong yang dilalui pun ramai orang berpusu-pusu.

Ai pun tak faham kenapa tempat nostalgic ini hampir ai terlupakan.  Padahal jika di siang hari ada gerai cendol dan rojak dan ia memang favourite penduduk tempatan.


Syukur alhamdulillah masih meriah lagi.   Dulu nun di sana tu la tempat menunggu bas kalau ke JB.    Sekarang dah jadi tempat menunggu makanan.


Asam pedas ayam dia memang padu.   Insha Allah next time boleh repeat, nak oder asam pedas ikan plak.




Paling ai suka sebab ada air jagung.  Selalu oder kat mana-mana jarang dijual. 

Ok dah cukup blom 1000 patah perkataan?.   Sorry lah Pak Google Ads… next time je lah ai buat entri berjela, pagi ni ai ada banyak urusan.  Thanks for your letter anyway.  Appreciate it so much.    

Sekadar sebuah pendapat peribadi dan ini adalah throwback post.   

Ngopi petang sambil melihat orang berkayak.

Assalamualaikum guys.

Mesti semua orang dah pernah ke sini, ai je yang tertinggal keretapi.   



Bila nampak pintu masuk ni terus teringat Fremantle. Cuma cuaca je panas. Mungkin tudung bawal yang ai beli on line tu fake kot.. sebab rasa kejung semacam. Rimas!. Kalau kat area situ ada salon, memang ai dah berkejaran terus ke sana potong rambut.



Cuma difahamkan ianya kawasan larangan memancing.  Wallahualam.



Di hujung sana ramai orang bermain kayak.


Pisang goreng dia sederhana rasa (di tekak ai lah) tapi kesukaan suami. Sebab dia memang suka yang benyek2 macam tu. Sambal pula power.


Hello!!.   Kenapa sedap sangat mee goreng yang you buat ni???.   (Walau pun agak pedas).    Boleh tak bagi resepi tu pada ai?.   🫢.  Tak logik la pulak kan.



Lokasi :   Pusat Rekreasi Air Putrajaya, Presint 13.


Just my personal opinion dan tidak mewakili tekak seantero dunia. 

Saturday, November 1, 2025

Q Bistro, Putrajaya.

Terpaksa ai kebumikan baju yang ai beli online aritu sebab tak mendapat kelulusan (suami).  Mungkin terkecik sangat. Haha.  Now tengah scroll cari baju lain  sebab beliau janji, kalau baju ai semuanya elok, baru la nak bawa ai ke mana pun ai nak pergi (berangan je ya, bukan betul pun lagi, tak payah la nangis mendengarnya).   

Contohnya tengah-tengah makan kat KL atau di Perth, tetiba tergerak hati nak stay kat chalet di Melaka atau tetiba terasa nak mandi manda kat PD atau teringin nak pegi rumah besan di London, Turki atau entah di mana…(tak tau lah sebab baru berangan, calon menantu pun blom ada lagi)…zassstttttt terus terbang!!.   Bangun-bangun dah sampai kat Madinah.

Ai senyum je  tak tahu mana satu yang lebih seronok, janji dia tu atau peluang nak shopping lagi. 😆



Muka tetiba ditampar oleh angin malam Putrajaya.  Oh baru tersedar jauh sangat berangan.   Kami menunggu lamb chop dan nasi lemak di Q Bistro.   Ingatkan tengah kat Dubai tadi.







Lamb chop dia sederhana rasa.   Tapi nasi lemak yang hubby pesan not bad.  Lupa plak nak snap. 



Just my personal opinion dan tidak mewakili tekak seantero dunia.

Wednesday, October 29, 2025

Senja-senja makan steamboat

Assalamualaikum guyssss…

Bersiaran dari bumi tercinta, Malaysia.    Singgah di Putrajaya.    Pappa Steamboat and Grill.   Walau pun kita ni Blogger JJCM sejak berabad lamanya tapi selalu ketandusan idea bila ditanya port makan area Selangor or Kay Ell.   Last2 kita cuba lah tempat ni pulak.






Pelbagai pilihan daging dan seafood juga ada.   Antaranya udang dan siput pahat.



Speghetti, nasi goreng dan makaroni dia sedap.



Untuk dimakan bersama steamboat, sebenarnya ada pilihan sup.  Untuk kuah tomyam ini kena extra caj RM8.  Dari segi rasa, kuah tomyamnya sederhana tapi cukup untuk bagi ai rasa segar bila diminum panas-panas. Tak berapa sihat ketika itu jadi bila dapat menghirup sesuatu yang panas alhamdulillah dapat melegakan.  



Orang lain mungkin akan masukkan telur puyuh mentah tu ke dalam kuah bersama kulit2nya, bagi OCD macam ai, biarlah ai bakar je kat tepi tu supaya kuman mati 😅.   Ok je.. elok je dia masak. 



This is my favourite area, iaitu meja dessert!  Kuih tart dia sedap. Begitu juga sago. Cukup sebagai penutup yang menyenangkan.


Sekian.

Just my personal opinion dan tidak mewakili tekak seantero dunia.