Thursday, August 13, 2026

Cerita tentang masa lalu...


Hidup ini tiada siaran ulangan, yang ada hanyalah kenangan.  Menoleh ke belakang boleh tapi jangan berlama-lama dan menangisi ujian  yang berlalu kerana boleh jadi dengan ujian dan penantian yang pernah kita tangisi itulah jalan yang Allah pilih untuk membawa kita kepada nikmat yang kita kecapi hari ini.

Pagi-pagi ni tetiba teringat zaman pandemic, dalam sedih ada juga bahagia ketika itu.  Hari Jumaat selalu dinanti-nantikan sebab ada aktiviti menghantar  si bujang solat.   Lepas solat kami akan reward diri sendiri dengan food hunting atau shopping.  (Paling menyesal sebab asik terbeli hand bag, masa pandemic banyak sale.  Mesin jahit pun dpt dibeli dgn hanya 15 AUD, skg mmg tak dpt lah).




Di sesetengah mesjid di Perth, solat Jumaat diadakan dalam dua sessi.   Jadi bila tertinggal sessi pertama, masih ada lagi "talian hayat".   Sessi pertama selalunya khutbah dalam Bahasa Inggeris, manakala sessi kedua pula menggunakan bahasa utama komuniti mesjid tersebut. Contohnya, jika mesjid itu didominasi komuniti Arab, khutbah sessi kedua akan disampaikan dalam bahasa Arab.  Tapi ada sebuah mesjid Turki (Sulayeman Mosque) membacanya berselang seli dengan terjemahan Bahasa Inggeris.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa disebut "Mesjid Turki', "Mesjid Bosnia" dsbnya.  Owhh.. sebab ia dibangunkan oleh orang-orang dari komuniti yg disebutkan.  Bagi orang-orang Indonesia juga, ada mesjid yang telah mereka bangunkan iaitu Mesjid Al Latief nun di Langford.   Cuma  belum pernah dengar lagi lah mereka menyebutnya sebagai Mesjid Indo.  Hihi.

Menariknya, khutbah2 Jumaat di sini pula biasanya disediakan oleh Pak Imam sendiri dan banyak berkisar tentang isu-isu semasa serta kehidupan seharian.   Bila dengar memang menusuk terus ke hati.





Laluan ke sebuah mesjid di Northbridge yang menjadi tumpuan pelancong kerana lokasinya yang paling dekat dengan bandar.

Gambar bawah pula sebuah mesjid lain yg masih dalam proses pengubahsuaian.





p/s   :   Setelah apa yang dilalui ini, senyum tangis berdua kita dahulukala,  Mama doakan moga anak Mama akan terus cemerlang di dunia dan akhirat, jadi anak yang soleh, berjodoh dengan wanita solehah yang caaaaantikk dan bijak!.   Aamiin Ya Robbal Alamin.


3 comments:

  1. Setuju sangat, everything happens for a reason. Rindu pula memori santai zaman pandemik kan? Bertuah betul dapat mesin jahit murah tu! Unik betul dual session solat Jumaat di Perth! Khutbah santai isu semasa memang menusuk hati. Masjid mana satu paling selesa dan mesra jemaah bagi sis kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SR - Setiap mesjid ada keistimewaannya masing2 tapi jika diminta utk memilih sy suka Masjid Ar Rukun sebab suasananya sgt familiar. Mungkin sbb ada komuniti Malaysia yg agak ramai, jadi rasa lebih mudah nak connect dan rasa ‘at home’. Bila di situ kita tak la rasa mcm “menumpang” sgt 😂😂.. especially klu time ada mkn2.

      Delete
  2. Pandemi kemarin tuh banyaaak hikmah nya. Sedihnya memang banyak teman dan keluarga saya meninggal, tp positif nya, saya langsung tersadar untuk mengubah pola hidup. Dari situ saya jadi rajin workout kak . Sampah skr . Kalau tak, mungkin tetap malas dan tak peduli jaga kesehatan.

    Indonesia pun beberapa tempat ibadah nya ada yg pakai dual language. Tp biasanya pakai bahasa daerah dan bahasa Indonesia 😄. Saya teringat teman saya yg kristen, pergi ke salah satu gereja di dekat kos dia. Tp dia lupa kalau itu gereja Batak. Jadi pas masuk ternyata khotbah nya pakai bahasa Batak 🤣🤣. Teman saya pula orang Jawa .

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.