Showing posts with label diary Aussie. Show all posts
Showing posts with label diary Aussie. Show all posts

Thursday, August 13, 2026

Cerita tentang masa lalu...


Hidup ini tiada siaran ulangan, yang ada hanyalah kenangan.  Menoleh ke belakang boleh tapi jangan berlama-lama dan menangisi ujian  yang berlalu kerana boleh jadi dengan ujian dan penantian yang pernah kita tangisi itulah jalan yang Allah pilih untuk membawa kita kepada nikmat yang kita kecapi hari ini.

Pagi-pagi ni tetiba teringat zaman pandemic, dalam sedih ada juga bahagia ketika itu.  Hari Jumaat selalu dinanti-nantikan sebab ada aktiviti menghantar  si bujang solat.   Lepas solat kami akan reward diri sendiri dengan food hunting atau shopping.  (Paling menyesal sebab asik terbeli hand bag, masa pandemic banyak sale.  Mesin jahit pun dpt dibeli dgn hanya 15 AUD, skg mmg tak dpt lah).




Di sesetengah mesjid di Perth, solat Jumaat diadakan dalam dua sessi.   Jadi bila tertinggal sessi pertama, masih ada lagi "talian hayat".   Sessi pertama selalunya khutbah dalam Bahasa Inggeris, manakala sessi kedua pula menggunakan bahasa utama komuniti mesjid tersebut. Contohnya, jika mesjid itu didominasi komuniti Arab, khutbah sessi kedua akan disampaikan dalam bahasa Arab.  Tapi ada sebuah mesjid Turki (Sulayeman Mosque) membacanya berselang seli dengan terjemahan Bahasa Inggeris.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa disebut "Mesjid Turki', "Mesjid Bosnia" dsbnya.  Owhh.. sebab ia dibangunkan oleh orang-orang dari komuniti yg disebutkan.  Bagi orang-orang Indonesia juga, ada mesjid yang telah mereka bangunkan iaitu Mesjid Al Latief nun di Langford.   Cuma  belum pernah dengar lagi lah mereka menyebutnya sebagai Mesjid Indo.  Hihi.

Menariknya, khutbah2 Jumaat di sini pula biasanya disediakan oleh Pak Imam sendiri dan banyak berkisar tentang isu-isu semasa serta kehidupan seharian.   Bila dengar memang menusuk terus ke hati.





Laluan ke sebuah mesjid di Northbridge yang menjadi tumpuan pelancong kerana lokasinya yang paling dekat dengan bandar.

Gambar bawah pula sebuah mesjid lain yg masih dalam proses pengubahsuaian.





p/s   :   Setelah apa yang dilalui ini, senyum tangis berdua kita dahulukala,  Mama doakan moga anak Mama akan terus cemerlang di dunia dan akhirat, jadi anak yang soleh, berjodoh dengan wanita solehah yang caaaaantikk dan bijak!.   Aamiin Ya Robbal Alamin.


Wednesday, August 5, 2026

Menua Bersama Jiran

Berbalik kepada kisah depression yang saya sebut semalam, itu semua past tense ya. 😂 Alhamdulillah, semuanya sudah lama berlalu. Saya sekadar throwback dan berkongsi sedikit pengalaman, mana tahu boleh memberi manfaat kepada mereka yang sedang melalui fasa yang sama.

Sebenarnya, selain menikmati keindahan alam, ngopi-ngopi bersama orang yang tepat juga mampu menjadi terapi yang menenangkan jiwa.

Itulah sebabnya kami selalu merindui jiran lama kami, seorang wanita British berusia emas yang sangat penyayang dan baik hati. Beliau selalu mengetuk pintu rumah, mengajak saya berbual, dan ada kalanya kami keluar menikmati secawan kopi di pusat beli-belah berdekatan.

Namun, Allah hanya meminjamkan kesempatan itu buat seketika. Beberapa tahun kemudian, keadaan demensianya semakin teruk sehingga anak-anaknya terpaksa membawanya berpindah jauh dari kawasan tempat kami tinggal. Sejak itu, kami terus terputus hubungan.

Walaupun yang tinggal hanyalah kenangan, segala nasihat, pengalaman dan ilmu yang pernah beliau kongsikan masih terpahat kemas di hati.

Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan jiran-jiran yang baik di sekeliling kami. Antaranya Madam Salvoz (bukan nama sebenar). Hujung minggu lalu, beliau menghantar mesej mengajak kami keluar ngopi-ngopi. Kebetulan saya sudah merancang untuk keluar bersama hubby dan anak-anak, jadi saya terus mengajaknya membawa sekali suaminya. Lagi meriah kalau dapat bersembang beramai-ramai.


 



Beliau bersetuju untuk jumpa saja di Canningvale Market.
Tapi sampai sana orang dah penuh pulak.  Kami makan dulu sebab makanan kat sini laris, lambat sikit memang kelaparan lah.  Madam Salvoz dan Mr P pulak tak sampai-sampai lagi.   Kami pun faham, masing2 dah berusia, mesti la banyak perkara nak dibuat sebelum keluar rumah.    

Dan seperti yang dijangka... memang betul. 😂😂😅 Habis sahaja kami makan, kebanyakan makanan di gerai pun  licin. Akhirnya, kami sepakat untuk sambung bersembang dan melepak di rumah mereka sahaja.




Kami memang rindu nak melepak kat rumah mereka ni, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.  Madam Salvoz ni pula tangannya memang ajaib, sekadar masak megi pun sedap giler.  



Turut dihidangkan kek lapis Indonesia dan halwa maskat. Satu set yang ada baklava itu pula kami belikan mereka masa kat pasar tadi.  Tersama pulak apa yg dibeli. 😅


p/s :  Bercampurlah dengan orang yang positif kerana emosi itu berjangkit. Individu toksik hanya menguras tenaga, emosi dan fokus anda.

Sunday, August 2, 2026

Healing-healing di Hillarys.

Assalamualaikum guys.  

Sebelum ronda-ronda Hillarys, pagi tu kami singgah sarapan dulu di Morley. Masa keluar dari kereta, anak3 kecoh sesama sendiri, seolah-olah ada kesalahan besar yang ingin disembunyikan dari kami.


“Abah.  Nanti lepas makan, kita singgah kedai spare part ye?. “.  Ujar Ain.

Rupa-rupanya masa mengisi minyak tadi, Mr BBjr lupa nak menutup ketat  fuel cap dan sekarang  ianya dah terbang entah ke mana. 

Mestilah ayah dia pelik kenapa tetiba nak ke kedai spare part  plak kan.  Tapi kadang-kadang, kalau dah buat silap, jangan terus bentangkan masalahnya. Bentangkan sekali jalan penyelesaiannya.  Jadi, kuranglah sikit peluang untuk kena bebel. 😂😂



Nasib baik jumpa kedai ni dekat Morley.  Dapatlah beli fuel cap 20 dollars seketul.


18 C.   Terasa terbang segala masalah duniawi menyedut udara segar tepian laut, melihat kapal-kapal berlabuh.




Walau pun tak banyak pilihan makanan macam di Fremantle, Hillary ni okay je untuk healing2.


Dalam tu banyak kedai-kedai baju dan barang2 antik. Tapi harga tentulah berganda mahal berbanding di tempat lain sebab kawasan pelancongan.  



Masa baru masuk tadi disambut mesra remaja belasan tahun dengan joran di tangan.  Happy semuanya baru balik memancing.  Ramah tamah pulak budak-budak kat Hillarys ni kita pun ikut seronok melihat keterujaan mereka melayan mesra Mr BBjr macam dah kenal lama.  



 

Setelah melihat bangunan ni, baru teringat, ini bukan pertama kali kami ke sini.  Masa budak2 ni kecik, kami pernah masuk atas tu tengok hidupan2 laut.  Patut la Ain kata dia pernah pegi dengan Mama, Mama plak ingat2 lupa. 🤦🏻‍♂️


nota :    Hari minggu je bandar ni hidup, jika hari-hari bekerja, ianya agak lenggang.   Pilihan di tangan anda, untuk pegi hari minggu atau week day.




Tuesday, February 17, 2026

Allah Sayang Terlebih-lebih

Assalamualaikum.

Lama tak blogging sebab kesihatan tak berapa ok kebelakangan ni. Pergi jumpa doktor, akhirnya didiagnose stress. Siap dapat bonus ulser dalam mulut. Baru tahu, rupanya itu pun boleh berpunca daripada stress.

Walaupun belum sembuh sepenuhnya, puas hati juga dapat jumpa doktor. Orangnya peramah, siap habis dileter “hamba Allah” yang memberi bebanan kerja itew.  Haha.
Saya bawa satu pasukan masuk ke bilik doktor.




Mungkin ini cara badan minta direhatkan, cara jiwa bagi hint supaya belajar menjaga diri, belajar untuk berkata “tidak”.

Sekarang masih “bersiaran dari planet lain” bersama anak-anak 🙂 jauh dari tanahair sendiri, dan kali ini bersedia untuk menyambut Ramadan di sini. Hidup tetap berjalan, cuma pace terpaksa diperlahankan sedikit.



Thanks Son masakkan utk Mama.  


Tenaga belum pulih sepenuhnya, mood pun masih naik turun. Jadi buat masa ni, fokus pada yang asas dahulu, berehat sepuasnya. 

nota penting :  Gangguan stress bukan sekadar emosi  ia juga melibatkan fizikal : kepala berdenyut teruk (bukan macam migraine biasa), badan kejap panas kejap sejuk, mata blur, letih, ulser mulut, semua itu berlaku bila badan penat + tekanan banyak.   

Rawatan : 

tidur cukup 2–3 malam berturut-turut
✔ kurangkan berfikir hal2 kerja sebelum tidur
✔ makan on time walaupun sikit
✔ buat perkara2 yang membuat hati bahagia


Moga Ramadan kali ini jadi ruang untuk sembuh, bukan saja badan, tapi juga jiwa. Doakan yang baik-baik untuk saya ya.  Thank you.

p/s. Doktor bagi ubat tido tapi bila tengok pada box dia ..
“Don’t take if your age is under 55”.  Umur saya ni blom bleh keluar EPF lagi.  Takut plak kita kang tetiba berpindah alam plak.



Thursday, August 28, 2025

Melawat Kawan Sakit

“I will never forget those who came with a lamp when I was in the dark!.”.   Maka sesibuk apa pun, kami usahakan untuk melawat beliau yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di telinga disebabkan ketumbuhan.  Sebelum tahu punca sebenar, simptom awal yang dialami adalah kerap pening kepala dan muntah-muntah setiap kali naik kereta.    



Perjalanan pagi dimulakan dengan pemandangan yang menarik, hamparan pelangi melintang di langit. Cuaca mendung begini mungkin bagi sesetengah orang menghadirkan rasa sayu, tapi bagi ai pula ia memberi ketenangan yang lain. Benar, mendung kadang membuat hati teringat pada arwah ibu… namun berada di overseas menjadikan rasa itu bertukar versi, bukan sedih yang menekan, tapi lebih kepada rindu yang mendamaikan.




Jadi, kepada yang suka bersayu pilu ketika mendung, usah la bermuram durja, kerana ia ada expired date dia, sampai waktu Allah akan tarik semua itu jika Dia berkehendak. 


Sebelum ke rumahnya kami breakfast di Canningvale Market.  Sekali jalan, belilah juga beberapa buah tangan untuk dibawa sebagai tanda ingatan.  Nasib baik Pakcik dari Cocos Island ni ada jual kuih muih antaranya karipap dan cream puff.





Sampai di rumahnya, disambut mesra oleh suaminya.  Agak terkejut sebenarnya. Ingatkan kawan ai masih lemah selepas operasi, rupanya siap masak-masak! Macam-macam hidangan tersedia, bakso panas, bakwan rangup, sampai pisang goreng pun ada.  Masya Allah! Sakit-sakit pun tetap bersemangat melayan tetamu.

Semoga beliau diberikan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa dalam lindungan Allah.  Aamiin.


Monday, August 12, 2024

Main Bowling Di Cannington

When in Rome, Do as the Romans Do”.   

Bukan kami sedang di Rome😁😁 tapi ini adalah bidalan (idiom).  Jika dalam Bahasa Malaysia selalunya orang akan menyebut “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak”. It refers to the importance of adapting yourself to the customs of the people who are in a certain place or situation and behave like they do.

Contohnya jika kita di Pusat Bowling tak kira di mana.  (Sambil nak habaq aktiviti kami semalam).   Walaupun kasut kita dari rumah dah cun, kita akan terpaksa tukar juga pada kasut bowling di pusat tersebut.    Agak-agak kenapa?.





Ya!.  Tepat sekali jawapan anda.    Ai bagi 100 markah.

Mengelakkan Kerosakan Lorong: 

Kasut bowling memiliki tapak yang licin dan rata bagi membantu mengelakkan kerosakan pada permukaan lorong bowling. Kasut biasa mungkin mempunyai tapak yang kasar atau kotor yang boleh mencalarkan atau meninggalkan kesan pada lorong.

Keselamatan 

Kasut bowling direka khas untuk memberikan cengkaman yang sesuai di lantai bowling. Tapak kasut yang licin di hadapan membantu dalam menggelongsor ketika membaling bola, sementara bahagian belakang kasut memberikan cengkaman untuk mengelakkan tergelincir.

Keselesaan dan Prestasi: 

Kasut bowling membantu pemain mendapatkan postur yang betul ketika membaling bola. Dengan kasut yang betul, pergerakan boleh menjadi lebih konsisten, yang boleh meningkatkan prestasi keseluruhan.

Jadi, kesimpulannya kenapa kita perlu pakai kasut bowling kerana penggunaan kasut bowling khas adalah penting untuk menjaga lorong, keselamatan, dan prestasi kita ketika bermain.



berlokasi di
Manning Rd &, Burton St, 
Cannington WA 6107



Balik rumah terus pengsan kepenatan sampai pagi akibat dah lama sangat tak praktis.  Last ke sini sebelum Ain kahwin kot.  Ni ai join pun sebab nak berbonding time dengan family je.  Bukan lah terror sangat pun. 😅😅.   Anak2 lebih power, alhamdulillah. 


Menu hari ini di Miss Mirror’s Kitchen.  Telur masin lupa nak snap.






Friday, August 9, 2024

Kat sini baru semangat nak masak speghetti

Sebelum nak review restoran Morocco yang kita pegi semalam,  kita upload dulu masakan sendiri.

Lepas maghrib baru sibuk kat dapur masak speghetti seafood bolognese mengenangkan tak de mood nak makan sayur betik muda yang hubby minta.  Ai rasa anak2 pun tak berapa pandai makan betik muda masak air tu walaupun mereka tak komen apa2. I know my children very well. Biar ayah mereka je habiskan sengsorang dan  kami makan speghetti ni je.   








Kalau kat Malaysia tak de geng nak makan speghetti-speghetti ni semua sebab semuanya geng “Warga Emas”. 😂😂  Jadi bila balik Aussie baru la semangat sikit nak masak, ramai yang akan meneman makan. 

Insha Allah, next time lah Mama masak speghetti olio ye, sebab  Mama lupa nak beli olive oil arini.



Thursday, August 1, 2024

Sarapan Berat Versi Timur Tengah

Assalamualaikum. 

Malam tadi hujan lebat, ralit melayan diri di bilik alih-alih hubby dan Mr Big Boss balik bawak biryani Somali dari Mesjid.  Ada Penceramah dari UK turun Aussie malam tadi.  Oo patut la ada makan-makan.   

Winter tahun ni tak berapa nak winter. Dunia dah nak kiamat kot agaknya.   Kekeke. Atau asbab lapisan ozon yang semakin menipis.  Wallahualam.  Cadang nak beli kasut UGG  terpaksa hold dulu sebab patern yang saya berkenan tu time sejuk beku baru selesa dipakai.  






Pagi ni panaskan semula biryani, buat sambal udang, roti nan (yg ni beli frozen je.. tak ingat plak brand apa, tapi bentuk pun mcm tak comey, malas lah nak review).   Kuah buat sendiri, ada chickpea dalam tin dan stok hot dog dlm fridge.



Versi Timur Tengah + Versi Melayu (sambal tumis udang), sesaja nak habiskan stok udang yg tinggal semangkuk dlm fridge.


Ok la.. itu je coretan pagi ni.  

Friday, July 26, 2024

Bersiaran dari Australia.

Assalamualaikum everyone!

Kembali bersiaran dari bumi Australia.  Penerbangan alhamdulillah berjalan lancar.  

Selepas landing, kami  bergegas menuju ke imigresen.  Oh sekarang dah ada mesin!.  Senang.  Tinggal letak je passpport, bukak spek.. sengih!.  Jawab segala soalan dalam mesin tu. Go!.  

Antara soalan yang ditanya ialah..

"Adakah anda ada demam atau batuk kering?". 

 Eh!.  Lawo juga rupa-rupanya muka ai dlm pic    (Jangan dibuang pula kertas 'selfie' kita tu sebab ia diperlukan lagi masa kat kastam nanti).





Kisah Wanita Berperangai Pelik.

Lepas ambik luggage, beratur agak panjang.   Depan ai ada sorang "Makcik" ni, gubra dia lain macam.  Tak pasti lah dari negara mana, (kalau ai tau pun ai tak akan tulis di sini, nanti macam racist pulak). Dah la line panjang, berhenti pulak depan kami ni, tak gerak2. Seolah2 mencari sesuatu dlm beg.    Lelaki tua kat belakang ai dah mula bising2 rasa nak marah kat "Makcik" tu.

Ai malas nak potong line, sebab kecurigaan menyelubungi diri.   Ai speku mesti dia nak suruh kami jalan depan dia pastu dia nak pretend yang kami ni satu group dengan dia kot agaknya.  Sunuzon kejap.  Kekeke.

Ternyata ramalanku benar belaka.. sampai turn dia, rupa-rupanya dia kena tahan.   Pastu tak tau la apa kisahnya selepas itu.  Biasa yang kena tahan ni bawak bahan2 mentah (daging dsbnya), barangan tenusu.   Lebih teruk lagi mungkin barang-barang terlarang yg lain seperti dadah dsbnya.  Nauzubillahiminzalik.

Jadi Puan2... moralnya di sini ialah... berhati-hatilah jika ada orang2 yg berperangai pelik di airport.     Trust your guts feeling!.   Kalau nak selamat, tak yah nak beramah mesra sangat masa di airport.    




Masak kari ikan dan ayam sambal je arini.   


Sekian.   

Thursday, April 4, 2024

Punjungan menu-menu Pakistan.

Assalamualaikim guyssss!

Begitu capek dan mengantuk sekali malam ini mungkin simptom-simptom lailatul qadar sedang melanda.  Ahaha...   Jika umurmu selama ini berlalu dengan sia-sia, kejarlah lailatul qadar.

Untuk menghilangkan ngantuk mari kita merapu dulu.  Moga kekal cerah mata ini.  Hari ni dapat punjungan iftar dari kawan Pakistan. Dah banyak kali juga beliau hantar macam-macam menu, baru hari ni dapat upload.




Semua yg dalam bungkusan tu punjungan dari beliau.  Kebetulan mood masak tengah ke laut arini, sekadar asam pedas ikan tenggiri dan sayur kangkung.   Semalam anak  sulong ai bermalam di rumah kami, so dah terlebih masak dan over makan, tu yg arini kena slow down.



Itulah yg dibungkus tadi.  Baked pasta yang lazat dan nasi yang fabulous. Sedap sangat tapi tak pasti nasi apa, macam bubur lambuk tapi dari segi tekstur bukan.   Selain itu, kari cair ala2 sup.



Nampaknya ai dah jadi pengumpul resepi kari sedunia sekarang ni.  Kali ni kari Pakistan yang juga lazat.  Kemarin misteri kari Indonesia telah berjaya dibongkar.   Thanks Blogger Fanny, kerna "spill the tea".    Appreciate it so much!.



Friday, March 29, 2024

Ingatkan 2, rupa-rupanya 3!

Assalamualaikum uollz!.

Haiiii ni bukan kisah Abang Jamil cerita P Ramlee ye, tapi kisah tong sampah ni ha. Majlis Perbandaran daerah ini (Perth) sedang beralih daripada sistem 2 tong (tong sampah tepi jalan) kepada 3 tong mulai awal 2024. Ini termasuk pelancaran tong sampah  FOGO.  Apa itu FOGO?. Food Organics Garden Organics (FOGO).





Tong FOGO Penutup Hijau Limau Kasturi 240L ini dikhaskan untuk makanan dan sisa organik seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan hiasan taman.    This bin will be collected weekly.

 






Lawo plak kaler plastik ni. Sumenya free dorang supply.



Kemarin tetiba dapat TONG KECIK HIJAU ni dan 1 roll plastik sampah kecik berwarna hijau.  Ajaib juga sebab beberapa hari sebelum tu, ai baru je plan nak beli tong sampah kecik utk kegunaan tepi sinki.   Rupa-rupanya Allah bagi free je melalui Majlis Perbandaran. Alhamdulillah... jimat 20 dollars.  Motif tong ini, supaya penduduk Perth membuang sisa2 (seperti tertulis pada penutup tong ini - sila rujuk gambar bawah), ikat dan buang ke dalam tong besar yang berwarna limau kasturi tadi.





Tong besar bertutup KUNING pula untuk mengkitar semula botol plastik, kertas, tin keluli dan kaca. Tong sampah ini akan dikutip setiap dua minggu.

Untuk tong bertutup MERAH ia adalah tong sampah am  bagi bahan-bahan buangan yang tidak boleh dikompos atau dikitar semula, seperti lampin dan beg plastik. Tong sampah ini juga akan dikutip setiap dua minggu.


Tuesday, October 24, 2023

Buah Loquat

Assalamualaikum uollz..

Ini cerita minggu lepas waktu singgah di sebuah mesjid di Langford.   Disajikan buah tempatan.  Tak biasa nampak buah ni.   MIL try, kata masam, ai pun sekadar snap je lah.  Takut plak nak makan masam-masam, terganggu nanti itinerary.   Hihi.

"Itu buat lengat la Bah.".   Kata Mr. Big Boss pada ayahnya.

Gelak kami bertiga sebab menyangka budak ni nak sebut 'langsat' tapi akibat dah lama sangat duduk obersea sampai langsat pun jadi lengat.

Rupa-rupanya tak lah lari jauh mana pun... tanya google, loquat nama dia.   Ok ler tu.. Good try.  Loquat.. Lengat.




Dalam bungkusan tu pula ialah songkok.. dijual untuk derma. 5 dollars seingatnya.



Nama lainnya ialah Japenese plum.

Loquats are native to south eastern China, but they are now grown in various countries with suitable climates.  We can find the trees in regions with a sub tropical or mild Mediterranean climate. Some of the countries where loquats are commonly grown include China, Japan, Brazil, India, and the United States (particularly in California and Florida).


Friday, October 20, 2023

Bila fly bersama Ibu Mentua

Alhamdulillah.. finally my MIL dapat juga travel.     Sebelum ni takut2 atas asbab kesihatan.    Seriau juga kami nak bawak kalau yg empunya diri pun takut.   Kali ni beliau sendiri yg berkeinginan untuk pegi.  Happy kemahen dapat jumpa cucu3 dan cucu menantu.



Kudoz to KLIA 1 staffs yang memberi layanan terbaik masa kami nak fly aritu.  Tak bleh explain cemana baiknya, nanti ada yg jelez.   Kekeke.   (Gurau je.   Sebenarnya cuma malas nak mengarang ayat je).    Apa2 pun segala proses yg dimudahkan tentulah atas pertolongan Allah semata.


Sekarang ni, topiknya ialah wheel chair.  Ia adalah prop utama untuk melancarkan keadaan jika anda ingin  membawa orang tua.  Harga?.   Ini lah problem ai ni bila tanya hubby bukan beliau nak bagi ilmu pun, makin dia buat2 gurauan.  Cemana isterinya ni nak jadi blogger hebat kalau info kurang jitu.  Hihi.  Tapi my MIL curi2 tengok kat resit cuma 30.   Tak pasti plak RM atau dollars.  Jika anda ada info, silalah berkongsi di ruangan komen untuk pengetahuan am kita bersama.



Excited seorang Atok.. first day sampai dah main masak2 untuk cucu.  Tanda tgh sihat & ceria.




So, selepas selesai proses pembayaran di kaunter khas, staff mereka berikan wheel chair tersebut.  Disebabkan kami nak makan dulu sebelum fly, kami tolak sendiri dulu kerusi roda MIL untuk ke restoran air port sebelum akhirnya seorang staff pula bertugas menolaknya hingga proses di imigresen selesai, termasuklah waktu menunggu gate dibuka pun beliau masih sedia menunggu.  Superb kan?.

Cuma dinasihatkan, kami kena keluar paling akhir waktu landing   Di muka pintu, telah sedia menunggu staff dari airport Perth pula dengan sebuah wheelchair.     Yang ni kami tolak sendiri.  Lagi pun dah lega.. sebab dah sampai ke destinasi.

Begitulah.   Jika anda ada pengalaman yg sama, silalah berkongsi di ruangan komen.

Update 22/11/23 - dah dpt jawapan ketika fly sekali lagi...😆😆  iaitu RM188.00 mcm tu la lebih kurang. 


Wednesday, October 11, 2023

Bila anda bersendirian tapi tak keseorangan

I love the concept of a personal “happy place” — somewhere we can escape the stress and constraints of everyday life and feel completely at ease. As for me, the features of a happy place is a place where people don't judge and gives us the greatest sense of comfort, relief, peace, and contentment. 




Kalau kat sini ni.. antara 'happy place' ai adalah Kings Park.   Apatah lagi bila kita acu je camera phone..  muka kita pun auto pelolez atas faktor pencahayaan dan bentuk muka bumi (tanahnya yg tinggi).   So... kita pun auto good mood bila jalan2 Kings Park walau sekadar menghirup secawan kopi (sbb makanan lain tidak dapat dipastikan halal di situ ye).   

 

sekadar gambar hiasan

Sebelum sampai Aussie, ai  dapat kad undangan kenduri rumah kawan.  Mengikut pengalaman2 yg lepas, asal balik dari kenduri rumah beliau ni balik terus insof (sebab selawat2 dan bacaan Quran yg dibaca tu memang meresap ke hati).. Tu yg ai teruja bila mendapat undangan dari Ustazah ini lagi.  Lantas ai pun bagitau ibu mentua, kalau nak join bawak lah jubah hitam sebagaimana syarat yg tertera dalam kad jemputan, tapi kalau tak de pun tak pe.. sesaja ingin menghormati majlis orang.



Ternyata ramalanku benar belaka.   Balik tu tros kami berdua insof.  (Berdua je.. sbb majlis ni untuk ladies je.  My hubby and kiddoz lepak kat rumah).  

So.. dgn ini kenduri kendara di Aussie juga dapat ai nobatkan sbg 'happy place' for me, selain Kings Park tadi tu.

So guys.. to make you happy, find one 'happy place' and go often.


P/S : A happy place is a place where you can be alone and not feel lonely.


Monday, May 23, 2022

Sedangkan pantai lagi kan berubah..

Assalamualaikum and morning!!!.

Dahulukala ai seram dengan rumah yang 'sungup' (sila rujuk kamus Jerman), apatah lagi bila pernah ada pengalaman ngeri tinggal di homestay sungup.   

Tapi pantai lagi kan berubah.. ini kan pula hati manusia.  Bertahun tinggal di negara orang di kelilingi hutan batu, keadaan ini menjadi 'rare' dan kita jadi teruja bila dapat singgah di restoran antik.   Lately ketaksuban ai ialah pada IGs yang menyajikan tuangan air kopi dari cerek hitam berjelaga hasil dapur arang.   Kadang sengaja ai repost untuk menjadikan ianya wishlist holiday supaya diaminkan oleh para solihin di luar sana walaupun sebenarnya tak tau pun entah di mana percutian yg menyajikan keunikan itu melainkan kita kena buat sendiri ketika camping.
 



BTW dpt singgah cafe ala2 Bali di pinggir Bandar Perth ni pun dah happy. It was so cosy, pegi pulak time hujan lebat berdua dgn Encik Suami, dihiasi remang2 cahaya, hidangan cappuccino dengan lakaran love yg unik, taburan coklat yg manis pahit.. jarang2 ditemui di cafe lain merupakan x-factor untuk kedai ini.





In my personal opinion, sesiapa yang masih ada rumah pusaka tinggalan nenek moyang yang berkonsepkan rumah lama, kekalkan la ianya begitu sebab ianya cantik di mata orang2 yang dah "antik" macam ai ni.  Hihi.


 

Tuesday, November 9, 2021

Soyok Lipat2 atau retractable awning

Owh I need retractable awning!!. Kalau lah ada orang boleh pasangkan.    Dah 2 minggu sebenarnya kami mandi dalam kesejukan.  Mujur la cuaca masih bipolar... bukan winter.    Itu pun tetap menggigil2 dan tiap kali keluar bilik air terasa bagai sebuah kejayaan besar!.

Apa kaitannya awning dengan mandi pulak?.   Adakah kami mandi di luar rumah macam orang zaman dahulukala?.    



Pasangan Peter and Jane yg setia mendoakan Mama..😆


Menarik juga jika ada bilik air tertutup di luar rumah dgn prasarana flora and fauna serta  shower tinggi2.   Tapi bukan begitu maksud ai tadi ye puan2.

Bilik air kami dlm rumah sebagaimana lazimnya,  cuma gas yang menjadi sumber utama untuk memfungsikan heater mandian letaknya di suatu sudut tidak berbumbung.   Dalam setahun sekali ribut akan melanda, indah sekali suasana bagai filem P.Ramlee.. lenanya tidur,  angin yg kuat memberi satu background yg memicu kelopak mata untuk terus dibuai mimpi indah dan bunyi bumbung yg seolah2 ada hujan batu umpama melodi2 yang menambah kenyamanan malam.

Tapi di balik semua itu... ada suiz2 yang menangis..  esoknya Innalillahiwainnailayhirojiuun...  Mati tidak lagi berfungsi.    Semua berakibat dari tempias2 hujan dan taufan.






Maka hari ni terpaksa la kami panggil kontraktor untuk membetulkan suiz... selalunya akan terbang 200 dollarsssss.. begitu lah yg berlaku saban tahun hingga Abg Jamil mam***!. ( Idiom baru dari Malaysia ye.. bukan sesaja tulis).


p/s.  :.   Cantik2 kan retractable awning kat pasaran skg ni.   Atau jika dimelayukan ialah...  Soyok lipat2.