Monday, August 12, 2024

Main Bowling Di Cannington

When in Rome, Do as the Romans Do”.   

Bukan kami sedang di Rome😁😁 tapi ini adalah bidalan (idiom).  Jika dalam Bahasa Malaysia selalunya orang akan menyebut “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak”. It refers to the importance of adapting yourself to the customs of the people who are in a certain place or situation and behave like they do.

Contohnya jika kita di Pusat Bowling tak kira di mana.  (Sambil nak habaq aktiviti kami semalam).   Walaupun kasut kita dari rumah dah cun, kita akan terpaksa tukar juga pada kasut bowling di pusat tersebut.    Agak-agak kenapa?.





Ya!.  Tepat sekali jawapan anda.    Ai bagi 100 markah.

Mengelakkan Kerosakan Lorong: 

Kasut bowling memiliki tapak yang licin dan rata bagi membantu mengelakkan kerosakan pada permukaan lorong bowling. Kasut biasa mungkin mempunyai tapak yang kasar atau kotor yang boleh mencalarkan atau meninggalkan kesan pada lorong.

Keselamatan 

Kasut bowling direka khas untuk memberikan cengkaman yang sesuai di lantai bowling. Tapak kasut yang licin di hadapan membantu dalam menggelongsor ketika membaling bola, sementara bahagian belakang kasut memberikan cengkaman untuk mengelakkan tergelincir.

Keselesaan dan Prestasi: 

Kasut bowling membantu pemain mendapatkan postur yang betul ketika membaling bola. Dengan kasut yang betul, pergerakan boleh menjadi lebih konsisten, yang boleh meningkatkan prestasi keseluruhan.

Jadi, kesimpulannya kenapa kita perlu pakai kasut bowling kerana penggunaan kasut bowling khas adalah penting untuk menjaga lorong, keselamatan, dan prestasi kita ketika bermain.



berlokasi di
Manning Rd &, Burton St, 
Cannington WA 6107



Balik rumah terus pengsan kepenatan sampai pagi akibat dah lama sangat tak praktis.  Last ke sini sebelum Ain kahwin kot.  Ni ai join pun sebab nak berbonding time dengan family je.  Bukan lah terror sangat pun. 😅😅.   Anak2 lebih power, alhamdulillah. 


Menu hari ini di Miss Mirror’s Kitchen.  Telur masin lupa nak snap.






8 comments:

  1. alahai lama dah tgal skill membaling bowling nii

    ReplyDelete
  2. kalu Ana baling mesti masuk longkang hehehe

    ReplyDelete
  3. lama dah tak main benda alah ni. takde geng.. geng semua busy bebenor

    ReplyDelete
  4. Seronok main bowling.. Walau pun tak reti main, tapi sekali main.. Rase nak main lagi

    ReplyDelete
  5. Next week 23hb SA bertanding bowling...perlawanan persahabatan dengan PETRA Putrajaya...SA memang suka bowling...

    ReplyDelete
  6. Saya jadi suka bowling sejak dating dengan suami dulu. Dia sering ajak main bowling 😄. Tak lah jago, tapi suka saja kalo bisa menjatuhkan semua pin. Cuma sampai skr, saya tak bisa pose wajib pemain bowling pro itu 🤣. Suami dan sepupunya yg bisa. Dulu pernah di ajak main bowling di Bulgaria. Ada teman papa mertua, orang Indonesia dah 80 THN, tp msh sehat dan main bowling nya PRO 🤣😅. Kami berdua habis dikalahkan. Tak sangka betul 😅😄

    ReplyDelete
  7. Mana gambar masa membaling yg ada skill hebat tu hahaha.. main bowling dgn family mmg yg terbaik utk spend masa bersama .. Lebih byk ketawa dari pin yg terjatuh hihiu

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.