Showing posts with label TIP. Show all posts
Showing posts with label TIP. Show all posts

Saturday, September 14, 2024

7 Tip Melintasi Tempat Penuh Kenangan Pahit: Kunci Ketahanan Diri

Ada tak orang yang trauma sampai tak boleh pegi ke sesuatu tempat?.   Mungkin tempat tu ada momok nostalgia pahit yang buat mereka trigger.

Jika anda terpaksa melintasi tempat yang menyimpan kenangan pahit, berikut beberapa cara untuk menghadapi situasi tersebut:





Persediaan Mental

Sebelum pergi ke tempat itu, ambil masa untuk menenangkan diri dan menguatkan fikiran. Sedar bahawa kenangan tersebut adalah sebahagian daripada masa lalu, bukan masa kini. Anda kini lebih kuat dan lebih bijak. Masya Allah.

Latihan Nafas. 

Amalkan pernafasan dalam ketika mendekati tempat tersebut. Fokus pada setiap hembusan nafas boleh membantu anda kekal tenang dan mengelakkan emosi negatif daripada menguasai.  Atau sebagai muslim cuba istigfar… “Astagfirllah”.

Reframe Pemikiran

Ubah perspektif tentang tempat tersebut. Lihat tempat itu bukan sekadar simbol kesakitan, tetapi sebagai lokasi yang telah menyumbang kepada pertumbuhan peribadi anda. Ia mungkin mengingatkan anda tentang kepahitan atau kekecewaan, tetapi juga kebijaksanaan yang diperoleh selepasnya.   Ingatlah setiap kesabaran wujudnya pahala.  Bayangkan kasih sayang Allah di dalamnya, insha Allah hati anda akan tenang.


Berikan Maksud Baharu

Cuba cipta memori baru di tempat itu. Pergi bersama seseorang yang anda sayangi atau lakukan aktiviti yang menggembirakan di sana. Ini dapat membantu mengubah hubungan emosi anda dengan tempat tersebut. 

Hadkan Masa di Tempat Itu

Jika kenangan terlalu kuat dan anda memang tak mampu untuk menghadapinya, hadkan masa yang dihabiskan di tempat itu. Anda tidak perlu memaksa diri untuk berada lebih lama daripada yang diperlukan. 

Fokus pada Kekuatan Diri

Ingatkan diri tentang kekuatan yang anda ada untuk mengatasi kesakitan. Tempat itu mungkin mengingatkan anda tentang masa lalu, tetapi hakikatnya anda mampu melintasinya sekarang adalah bukti ketahanan diri anda.   Anda juga ada hak untuk berdoa.  Anggap saja setiap kali anda melintasi tempat itu, itulah peluang doa anda bakal terkabul.  Jadikan ia satu law of attraction.

Berbincang dengan Orang yang Dipercayai

Jika perlu, kongsi perasaan anda dengan seseorang yang anda percayai. Mendapat sokongan boleh membantu melegakan emosi dan memberi perspektif yang lebih positif. 

Situasi ini mungkin mencabar, tetapi dengan kesedaran dan pengendalian yang baik, anda boleh melaluinya dengan lebih tenang dan kuat.

Wednesday, December 27, 2023

Cara Membersihkan Beg Tangan Yang Berkulat

Tiada tambahan beg tangan untuk boxing day tahun ini.   Tahniah Sam!!.   Sebaliknya ai menggilap beg yang sedia ada.   Antaranya beg tangan hadiah dari encik suami yang tetiba berkulat.  Bertahun-tahun juga disimpan sebab nak guna dah tak comey, nak let go hubby tak bagi.   Ya la... bukan senang untuk ke London lagi.   Kalau gi Londang boleh lah. 😁😁  Itu je lah kenangan yang ada untuk isteri tercinta.  Wekk!.

Tetiba muncul bendalah ni dalam bilik.  Glitz leather conditioner.  Tak ingat plak bila belinya.  Hubby kata.. untuk polish beg2 kulit.






Ternyata agak berhasil.  Tak lah kulat tu hilang terus tapi dah terlindung.  



Handbag ai ni jenis kulit kaca iaitu fizikal dia jenis memancar-mancar.


Antara cara lain untuk membersihkan kulat pada beg tangan ialah dgn mengunakan campuran cuka dan air dalam nisbah 1:1. Gosokkan larutan ini pada kawasan yang terkena kulat, lalu biarkan kering di udara. Pastikan untuk membersihkannya dengan menyeluruh dan jangan lupa untuk mengeringkan beg tangan sepenuhnya setelah membersihkannya.

Anyway, disebabkan ai sendiri belum pernah mencuba kaedah ini, pastikan untuk menguji pembersih pada bahagian yang tidak terlihat terlebih dahulu untuk memastikan  tidak ada reaksi negatif pada beg tangan tersebut yang mengakibatkan kerugian dan penyesalan.


Saturday, October 15, 2022

Bayang dan redah!

"What you can visualize in your mind, you can hold in your hands.  Buy a bigger purse, visualize swimming in a pool of cash."

Patut la mak nenek zaman dulu marah kita makan pakai pinggan cenonet, dimintanya kita makan pakai pinggan besar2.  Nak visualised kayangan rupa2nya.  Kekeke.. kidding.   Ai tak tahu apa alasan mereka  tapi dari sudut hospitality  pinggan besar akan menyerlahkan lagi menu.  Tapi tak salah pun pakai pinggan kecik, jimat air nak basuh.   

Ada 1 restoran yg sedap meletop kat Perth ni, pinggan dia alahaiiii keciknyaa.. mcm side plate je tapi kami tetap juga menyinggah sebab masakannya sedap.

Ok.. Itu jika hal duniawi,  ai tertarik pula dengan cara kawan ai sorang tu.... setiap kali pegi shopping complex  dan2  pejam mata membayang (visualise)  'shopping di Syurga' (tapi Syurga itu tak terbayang nikmatnya ya..  jauh panggang dari api nak dibanding dengan bumi yang penuh pancaroba ini).

Tapi intinya di sini ialah.. "Create a vision of who you want to be, and then live that picture as if it were already true.".


kat mesjid ada org jual peder sebijik ni 2 ke 3 dollars.. beratur  org beli.   Uollz bleh la try jual kat Msia.    Inti sekadar cheese je and buh garam sikit.  


In my personal opinion, kaedah pembayangan mampu mengarahkan minda kita untuk hanya fokus pada perkara yang paling penting untuk mencapai tujuan kita.   Jadi tak sempat nak kona2.   Pahit maung pun diredah je.. telan je... (kalau ada ujian dan dugaan pun makin bersyukur sebab faham itu tanda penghapusan dosa) as long tercapai matlamat yg diidam... iaitu mendapat redho-Nya.


Sunday, January 26, 2020

Tabung Bawang

Assalamualaikum uollz...

Lama tak update.. takut nanti orang ingat ai terbakar di hutan Aussie plak kalau menyepi sgt kan.  😅😅... so, kita try update hari ni ye.

Dah tua2 ni konsep berfikir memang kena ubah.  Ha itu lah dia topik kita hari ni.   Menilai sesuatu sebagai "HADIAH"... Tak kira pahit atau pun manis.

Misal kata...  tetiba jadi omongan orang. Wahhh!.  Apa lagi, segeralah reward diri sendiri... kunjungi kedai2 kesukaan.. buy something for yourself sebab tak semua orang boleh senang2 dapat PAHALA PERCUMA hasil dari bawangan org.  Pastinya hanya mereka yg hebat dan cantik sahaja yg menjadi pilihan sasaran gossip.

Nak suruh 24 jam berzikir mungkin tak mampu... so, itu je lah cara Allah nak bagi pahala.

Kalau boleh... sediakan lah tabung di rumah dgn tajuk "tabung BAWANG".  Tiap kali berlaku sesuatu yg tidak disukai, masukkan lah duit ke dlm tabung tersebut.   Lihat apa yg bakal berlaku di hujung tahun. 

Untuk berjaya.. kita harus menyemaikan sikap DABLEQ... yg bermaksud "Buat Bodoh".   Kerana hanya Allah sahaja yg mampu memberi kita HUSNUL KHOTIMAH... bukan manusia atau rusa atau ular atau kelawar.

Tuesday, January 29, 2019

Bila tangan terkena minyak panas.

Assalamualaikum uollz..
Last 2 weeks tangan ai terkena minyak panas masa sibuk2 prepare breakfast guna pan baru  Mr Shashal..  (I told U kan pan tu abah dia hadiahkan special utk dia pakai sorang je).

I tod  ai dah jadi OKU masa tu.. hik2..
Pastu anak3 plak buat ekspresi terperanjat!.
Macam Mama dia dah kemalangan apa je.

"Scar selalunya mestilah permanent".  Kata dorang.   Sesaja la tu nak buat Mama gundah gulana.



Ni keadaan masa dah 3 hari.. mcm keluar melepuh2 ala2 meletup.  Serupa henna pun ada.

 In fact, masa terkena tu ai sempat juga jirus kicap (inshaallah kicap dikatakan contains soya yg mana menjadi agen mengurang pelepuhan).

Ai pun apa lagi... tanya lah Mbah2 Google..
Aikkk!!!  Pelbagai2 plak entry2 yg menakutkan.  Ada yg kata sampai setahun baru hilang.   Ada yg tak hilang langsung.
Ada yg tersalah beli ubat lantas makin teruk scar tu..

Tapi ai masih cool lagi..
Tak de la sedih sgt punnn...
Sebab.... sebab ai dah kawin kot.... kekeke..

Sampai la ai video call my MIL...
Beliau pun turut terkejut!!.
Lantas suruh bubuh OLIVE OIL...


"Tak pe... nanti cari kulit pisang..". Kata MIL..


Dan2 lah ai bubuh olive oil yg mmg sentiasa ada dlm bilik dan dapo.
Malas la plak nak makan pisang nak ambik kulit...
Tapi sekali dua je ai bubuh olive oil tu... pastu malas.



Teringat juga alove vera tepi rumah..
Tapi malas nak petik..
Cuaca panas berdentum..

Alhamdulillah... tak lama tu..
Yg meletup2 hitam tu terkupas2 sendiri..
Dan... akhirnya Allah ghaibkan semuanya.
Alhamdulillah... begitulah ceritanya.
Pic terbaru sebagai mensahihkan cerita tak de.. sebab malas nak snap.
(Boleh gitu?.  Kikiki... k.bai).



p/s  :  Btw... penyembuhan di atas adalah kehendak Allah ye.  Moga kita bukan dari kalangan membuat "SYIRIK ASBAB" iaitu menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana mkn dan bukan Allah SWT yang mengenyangnya.   Nauzubillahiminzalik. 



Saturday, May 24, 2014

7 Tip Penjagaan Tudung Berawning

Rasa-rasanya dlm 10, pasti ada 7 org yg pernah menjerit "aaaaaaaaaaaaaaaa..." angkara telah TERbasuh tudung berawning mereka ke dalam mesin basuh dan akibatnya awning yg mulanya cun melecun menjadi kemek dan kedut seribu?. Sgt merugikan.. apatah lagi jika anda membeli dgn harga ratusan ringgit.  Ok... hari ni kita bincang tentang cara-cara penjagaan tudung berawning... ye puan2.


*pesal aku rasa mcm skema je intro aku hari ni?.





Cara :



  1. Sebaik sahaja balik dari melaram dgn tudung berawning,  cepat-cepat asingkan tudung tersebut dari beg laundry.. jgn sekali2 masukkan ke dlm bakul laundry bersama2 pakaian anda yg lain... anda mmg sengaja mencari nahas tapi  GANTUNG!.
  2. Rendam dlm baldi berasingan atau kalau aku... guna je mesin basuh utk proses rendaman.. tp jgn ON.   Org kata bubuh je soflan ... tp tak pulak pada aku, aku tetap rendam dgn sabun terlebih dahulu.
  3. Sebelum merendam.. kalau rajin, salut brooch menggunakan plastik untuk memelihara ia dari rosak... kalau rajin la.
  4. Dah rendam guna sabun.... cucur menggunakan air biasa...then baru rendam semula guna soflan - itu kalau aku ler... tak tergamak lak aku kalau rendam2 gitu je pastu jemur..... heeeee.... entah, ustazah aku pun tak ajar aku cenggitu pulak.
  5. Jgn perah.... terus je jemur utk elakkan dari berkedut. Jemur di tempat redup.
  6. Sebenarnya tudung berawning yg berkualiti tak perlu iron pun... sbb fabrik yg mereka guna dari Chiffon gred AAA, jenis lembut dan tak senang kedut.  
  7. Kalau nak iron... gunakan suhu yg paling rendah.



Sekian.  Selamat berhujung minggu.


p/s :   Jgn risau.... keterlanjuran itu masih boleh dibetulkan sebenarnya, hantar je butik... diorang akan caj RM30 utk betulkan awning.  Tp "precaution is better than cure".





OLDER POST :  Ubat Syyyyyyyyyyyyyyyyyyy  (18sx)
                             Original Perfume From Australia MURAH2




Sunday, October 14, 2012

TERbeli baju gatal!

Lupa nak jenguk blog resepi sebelum keluar nyoping tadi, ironinya tak jadi nak buat durian crepe sebagaimana diangankan.. cuba la uollz buat, sedap tau - (tapi jgn la percaya sgt sbb I blom pernah makan waima hanya sekali pun, selalu hanya nampak member2 masak je..:D ).

*"ironi", "waima" - perkataan2 yg  my fren elergi mendengarnya...:D... dia kata ngada2... kan byk lg perkataan2 dlm kamus dewan  yg senang orang nak faham.

Ya lah, ya lahhh.... apa-apa je lah.   Kendatipun kau elergi, bahasa jiwa bangsa, tak akan Melayu hilang di dunia wahai Jebat!.  

Usai memenuhkan troli dengan  barang-barang dapur tadi, aku meninggalkan IRP yg sedang menunggu giliran di kaunter. 



Sedang ku  ralit membelek baju polos unggu di kedai baju berdekatan, tetiba telefon berbunyi..

"I dah kat tempat parking ni".   Suara IRP di hujung talian.

Enggan membiarkan suamiku menunggu lebih lama di parkir, maka aku pun membayar baju ini di kaunter dengan sepantas kilat.




                       
Usai memasak, aku mencuba baju yg baru kubeli ini... IRP memandang aku terkesima.. "cantik!" pujinya. (tapi bukan itu topik penting yg ingin aku war2kan pada dunia, sudah lumrahnya suami akan melihat isteri dlm keadaan cantik biar apa pun bentuk isteri itu).

"Alamak!.   Gatal la baju ni!!!".   Tergaru2 wanita ini di hadapan suaminya.  Itu la masalah yg ingin aku ceritakan pada anda semua. Moral of the story mencuba pakai sebelum membeli adalah amat penting.  

Bagaimanapun... semuanya akan dapat diatasi apabila :-

1).   Pakai inner (ya, sib baik ada byk inner lengan panjang kat rumah ni, ternyata dah tak gatal lagi, selesa).
2).   Memulangkan baju itu dan ganti lain.
3).   Jangan beli.

p/s :  Songket2 tiruan pun akan gatal dipakai bila dijahit tanpa lining.  Uollz pernah terbeli baju gatal?


Nota :.    Baju2 gatal ni semua hilang gatal dia bila dibawa ke negara beriklim sejuk.   Dasyat kan.. baju pun dah pandai nak "menggatal".  Nak kena merentas benua baru dia behave.




Monday, April 9, 2012

Cara Mendelete Akaun Facebook Orang Yg Telah Meninggal

Tak sia2 I mendoakan, menang jugak akhirnya si AARON AZIZ dlm ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) kali ni. Eh lupa...sebelum dikata yg blogger2 tergedix2 cerita pasal artis (sebagaimana yg I sebut dlm entry sebelum ini), maka .. I nak pegi terus kepada tajuk.... "cara-cara mendelete account Fb si mati". 





    

Ada tak sedara mara/sahabat handai anda yg telah meninggal dunia? Lalu mereka sering mendatangi anda di dalam mimpi dan berpesan..

"Sam... tolong la Sam... tolong la aku, aku nak kau mendelete FB aku, aku malu dgn gambar2 yg aku upload semasa aku hidup dahulu.. dah la banyak plak tu!! Aku dah nyesal ni..... Segan plak aku klu2 cucu cicit aku tau yg neneknya dulu tergedik2"  kata si mati beriya2 di dlm mimpi tersebut..

"Aku boleh tolong kau Arwah Jolie (nama rekaan semata) ... tapi masalahnya, kau bagi la aku password" Jawab Sam.

"Alamak!  Aku lupa la plak.... cemana ni???" Jerit si mati...


Tak susah pun sebenarnya... 
Mula-mula....pergi ke link ini untuk mengisi borang...



Apa yg diperlukan dalam borang tu ialah : Death Certificate, deceased's birth certificate, or proof of authority... 

p/s :  Jgn plak you all memandai2 nak delete fb orang yg masih hidup udah la ye... especially kaum isteri yg cemburukan somi tu... masalahnya kan kena isi sijil kematian tu?.   Mestilah FB tak akan bertindak semudah itu.


Anda mungkin juga meminati :  RESEPI-RESEPI PILIHAN



Saturday, January 28, 2012

5 Tip bagaimana hendak menjadi rajin.... (entry poyo)

Assalamualaikum and morning sahabat2 blogger semua...


Kita pagi ni nak membantu "PengGOOGLE" yg bertandang kat blog kita semalam... (padahal belum tentu dia akan datang lagi..... tapi takpe, arini terlebih rajin nak update sbb sarapan kami pun dah tinggal panaskan je... roti canai segera yg MIL bagi dan ayam kari semalam).


Bagaimana hendak menjadi rajin? I pun bukan la rajin sangat.... tapi setakat nak bagi tip, bukanlah satu masalah besar.... just pikir and taip je kan. (kepantasan menaip 60 wpm... :P).


1) Kalau pasal nak rajinkan diri masak.... selalu I bayangkan muka suami and anak-anak.. I bayangkan wajah suami I yang penat di tempat keja, maybe panjat bangunan, panjat kren.... " ah mcm2 la yg I kena bayangkan... wajah anak2 yg sekolah.. maybe kat sekolah kelaparan..

2). Kena mulakan.... selagi tak mula selagi tu la kita jadi tersangat malas. Contohnya nak mengemas dapur yg berselerak... once kita dah mula membuka tong sampah untuk membuang sisa-sisa makanan, otak kita dah rasa lapang bila nampak benda2 tu ghaib dari pandangan... seterusnya kita terus bersemangat utk melaksanakan yg lain2 contohnya mengemop and so on.

3) Setkan target - Katakan pukul 5 petang kita ada janji dgn kawan nak ngeteh, so.. sebelum pkl 5 kita kena la bertungkus lumus menyiapkan semua kerja2 yg diamanahkan (keja rumah/office) sambil di kepala terus biarkan membayangkan sedapnya teh tarik di tempat ngeteh. Kalau boss marah2 pun, buat2 tak pay attention je tapi fikiran masih lagi membayangkan yg indah2 pasal ngeteh... pasal roti canai yg sedap2 yg bakal dimakan, pasal kawan lama yg dah lama tak dijumpa pd pukul 5 itu nanti.


*apa kelazzz la teh tarik je yg Kak Mirror cerita kan?....... Ala ni sekadar contoh je, kalau aku bagi contoh 5 star otel, mkn lobster karang ko kata aku berlagak plak kan... (lamanya aku tak makan lobster).

4) Makan dan minum dulu - Minum air manis sikit utk bagi kita tenaga... tapi aku pun malas nak minum air manis2 ni... tak suka sgt. Tapi paksa gak minum.... then lepas tu aku jadi la badang utk beberapa jam.

5) Berkawan la dgn orang2 yg rajin, orang yg rumahnya memang kemas... tip top mcm jiran2 aku ni, hari2 basuh comforter... ampainya dah mcm kedai dobi. Mmg kelaz kau Ms C... InsyaAllah kerajinan mereka akan berjangkit pada kita. Tak caya cuba la kau berkawan ngan Chef Wan. Begitu juga di tempat kerja, berkawan la dgn orang2 yg taat pada tugasannya.


Ok la itu je la pendapat 2 sen Kak Mirror..... tip I memang selalunya tak boleh lebih dari 5... lebih dari 5, you all kena bayar... kekekkekeke (mari ketawa ala pontianak).









I pun arini sebenarnya terkurang rajin (bukan malas)... dan berangan macam nak gi Kota Tinggi je (gambar atas).... tapi rasa2nya IRP pun tak nak la bawak I jenjalan sampai sejauh itu. Bestnya ambik angin kat tepi pantai... Lido ke... Stulang Laut ke............. pun jadilah. Lepas mkn angin tu nanti... gerenti balik I jd rajin. ;)

Monday, October 25, 2010

Janganlah Kahwini Lelaki "Gila" Tapi Kahwinilah Lelaki Yang Tergila-gilakan Anda...

Status I di FB baru-baru ini :

"Buat adik2 manis semua, temanku berpesan : " Kahwini dan Cintailah kepada lelaki yang mencintaimu bukan lelaki yang kamu cintai " : maksud dia... kahwinilah lelaki yg tergila2kan anda bukan yg anda gilakan...pasti anda akan bahagia.. Tip yg bagus utk anda... hehe.." ~ Puan Sam.

Post ini mendapat feedback yang agak meriah di wall I tapi tak mampu nak copy paste di sini... Ada yg setuju dan ada yang tidak.... Bagaimanapun I tertarik dgn beberapa komen kawan I iaitu di antaranya : 
 Puan A : jodoh di tangan Allah tapi kita berhak memilih, pinjaman semata pasangan kita, yang kekal abadi hanya Allah.. kasih, cinta boleh berubah2 terhadap manusia.. so cinta la Allah dan kahwin biar la kerana Allah... amacam Sam? ada gaya ustazah norbaya? hahahaha 

 Puan B : wah sam..berkobar2 tui..he.e..tapi aku rasa tak adil gak klu kawin ngan orang lelaki yang betul2 gilerkan kiter....kot kiter tak der hati langsung..wuih makan hati tuuu....abih tu klu dah kawin..ader lagi lelaki yang tergiler2 kan kiter lagi camtu..eh.e. 

  Tuan C : Tapi andainya satu hari tu, dia sembuh dari kegila2an nya... camne lak? Puan Sam : hahaha... 

Tn C ~ masalah gak tu... itu dah mcm terkena mandrem je sampai boleh expired plak kegilaannya tu?



Apa2 pun jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tak sengaja mendekat. Yang seakan sudah pasti menjadi ragu. Yang awalnya diragukan menjadi pasti. Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan. Yang tak pernah difikirkan, bersanding pula di pelaminan.
Memilih pasangan untuk menumpang kekayaan, kelak kehinaan yg kau dapat.



Suddenly tadi terbaca kat paper tentang KENCING (sorry... memang itu pun tajuk dia) KAT MUKA ISTERI LAFAZ TALAK..... Aduhaiiii..... tak nak komen banyak sebab terlalu menyentap perasaan....... Ya Allah.... apalah nak jadi.... Entahlah.... apakah dulu masa bercinta, si suami ni kurang " tergila2" kat si calon isterinya? Ataupun seperti yang Tuan C risaukan tu ada kebenaranya ??? (sila rujuk dailog Tuan C di atas). Oh entahlah.... betul la spt kata Puan A : "pasangan kita pinjaman semata, yang kekal abadi hanya Allah.. kasih, cinta boleh berubah2 terhadap manusia."

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa. Berita selanjutnya klik sini... p/s : Don't Let Someone Become Your Everything Because When They're Gone You Have Nothing!!


Thursday, October 21, 2010

TIP MEMASAK KAMBING DAN RESEPI CHILI CRAB

Salam..... Apa khabar sayang-sayang semua??.
(amboiiii bersayang-sayang....... ) I nak tujukan pada teman-teman anakanda I la.... yg baru terjumpa blog auntie ni lalu tertanya2 di sekolah mereka :

"Eh itu blog mama awak ya?? Kita rasa itu blog Mama awak la... Kita nampak gambar dia".....

Hmmmm.... entah ya... blog sapa ni agaknya?. Auntie pun tak tau... Hahaha... gedix betul auntie ni... Apa-apa pun hari ini auntie nak ajar uoll cara-cara memasak KAMBING yang sangat marvelous!

Oh ya... kepada teman-teman I yang terlalulah mengidam dengan chili crab tu.... sila direct ke
CHILI CRAB RECIPE... pun sgt marvelous!!!


Kalau sayang-sayang nak bagi kambing tu supaya hilang bau kambingnya dan rasanya lebih UMPHH... jgn lupa didihkan kambing tersebut lepas tu buang airnya, then gantikan air baru lantas bubuhlah daun pandan... masak macam biasa mengikut resepi yg anda suka. Memang sangat marvelous!

Terima kasih kpd Datin Zete atas tip ini.... Zete adalah pemilik Restoran Baseer Puchong... (jgn lupa singgah ya!).



Tip kedua datangnya dari teman I... Kak Lin namanya, seorang pengusaha katering di KL... thanks K.Lin.... untuk membuang lemak pada kambing itu... caranya ialah ketika merebus jgn lupa masukkan air kelapa sikit...

Tip2 lain...

Kalau masak kari daging kambing elak guna bawang merah kisar. Banyakkan buah tomato. Sebelum tumis bawang putih dan halia, goreng biji sawi dulu. Lepas tu baru masuk rempah kari daging. Dah  naik bau, letak buah tomato yg dicincang. Masukan daging. Gaul hingga rata lepas tu masukkan air. Masak hingga daging empuk. Akhir sekali masukkan yogurt. Jgn guna santan.

Cara lain  utk hilangkan bau kambing, boleh pilih juga antara berikut : - 
- Buang buih rebusan. 
- Lumur dgn kunyit.
- Lumur dgn halia.



Ha.. ini la yg I sibuk kat dapur arini... masak kari kambing!!!


rebuskan dalam sejam then barulah angkat dan
buatlah masak kari..


kari yang telah sedia dihidang.....hasil kombinasi tip-tip dari
teman-teman tersayang....





Ok...jgn lupa tip2 yang auntie kongsikan ni ya adik-adik... belajar rajin2 tau!

Monday, July 5, 2010

7 CARA NAK HILANGKAN MONDAY BLUES....


Selalunya bagi anda yg bekerja sgt fobia pada Hari Isnin kan? Sebab kena naik keja semula setelah best2 bercuti bersama keluarga...... oh simpatinya I pada anda semua, sebab I pun pernah merasai saat2 menyeksakan itu....... apa kata kalau kita :


1) Cuba la cek akaun NUFFNANG anda.....sgt bijak la Nuffnang ni memotivasikan para blogger, update akaun di hari Isnin ya....MEMANG BIJAK!!! (mcm la income byk sgt... hehe) Pasti anda pun tak sabar menunggu hari Isnin kan sbb nak tau berapa income  yg ciput tapi boleh la pd minggu tersebut?.

2) Pakai la baju yg paling cantik dan terbaru pd hari Isnin~ ni dah pernah I sebut rasanya kan....Pemilihan warna sgt memainkan peranan.

3) Setkan satu acara pada sebelah ptg/mlm pd hari (Isnin) tersebut.... mungkin masa ni la baru keluar mkn2 dgn family ke... sapa2 je lah yg boleh menaikkan mood anda, jadi sepanjang hari bekerja (hari Isnin) tentu anda akan berada di dlm mood yg ceria sbb tertunggu2 akan acara tersebut. Ha begini contohnya, cuba kita tengok mood org yg tgh bercinta....dia happy je kan bila nak keluar date... ha mcm tu la yg kita nak... seolah2 mcm baru jatuh cinta je....... happy je.. nak buat kerja pun bersemangat berkobar2. Orang marah pun dia boleh tersenyum lagi sbb hati tgh berbunga2 la katakan.

4) Kalau boleh segala kelengkapan spt pakaian, kasut dsbnya yg nak dipakai ke tempat kerja pada hari Isnin seelok2nya dah disiapkan lebih awal pada hari Sabtu/pagi Ahad lagi... so, malam Isnin anda boleh tidur lebih awal dan bangun dengan segar.... tak la ngantuk...sebab ngantuk la anda jadi tak bersemangat nak buat kerja.

5) Sebelum pergi kerja jgn lupa membaca kata-kata motivasi, rancangan motivasi kat TV ke, artikel2 dari blog ke, membaca penderitaan orang ke.  Dulu my ex boss, (masa kat BP)... sgt rajin memberi motivasi percuma pada I di pagi Isnin. Terus segar dan bersemangat je I nak kerja masa tu......  Orang yg malas pun akan jadi rajin bila mendengar dia berceloteh. Sapa2 yg jadi boss tu kena la buat mcm tu pd staff anda. Create je la story2 dari Hikayat mana utk bagi diorg semangat, even gaji yg u bagi tak seberapa pasti mereka akan tetap sayang dan setia bekerja dgn taatnya.



My "staff" (gambar atas) pun sdg rajin dgn tugasan2 yg I berikan...you see, rajinkan dia?? Nak kena motivasikan jugak budak2 kecik ni.......cakap la...

"Sedap popia magee yg Qistina buat ni"

"Wah pandainya anak Mama buat popia.... dah boleh kahwin la".

Begitu juga dgn staff2 anda di tempat kerja, kalau pun anda tak sudi nak naikkan gaji, bagi la puji-pujian dan kata2 perangsang pun cukup la kan. Sekali-sekala belanja la diorg makan ke, jgn kedekut sgt........ala, takat jemput2 sebijik dua yg anda masak dari rumah tak berapa sen sgt pun. Once a while la kan....... kalau dah selalu sgt pun naik lemak la pulak diorg.



6) Bereskan kerja-kerja secepatnya di awal pagi dgn konsentrasi. Offkan segala benda yg patut dioffkan, YM off, FB off......... termasuk membaca blog. Tunggu je bila kerja dah beres barulah bersantai2.

7) Ingat muka anak2 atau orang tersayang, dgn mengingati mereka, anda pasti akan lebih bersemangat utk kerja kan? Ada org kata, dgn meletakkan frame keluarga di atas meja, menjadikan sesorg itu lebih bermotivasi. Anda pasti inginkan yg terbaik untuk masa depan mereka, melihat mereka membesar tanpa bebanan kewangan lagi. Mem Besar pun mcm tu, kalau rasa malas2 nak masak je, kena pandang wajah2 lapar anak2 anda, kalau bukan anda, dengan siapa lagi mereka nak minta suapkan atau buatkan susu dsbnya. Kasihan mereka itu kelaparan.

Ok la tuan2 dan puan2.... I pun nak menyambung kerja-kerja di dapur. Byee..














Tuesday, May 25, 2010

10 TIP UNTUK SUAMI ~ supaya dicintai selamanya


Gambar tiada kena mengena dgn artikel...
cuma I berkenan dgn hiasan dapur ni..
mcm sejuk dan mendamaikan jer....

Baiklah...Untuk Para Suami... sila baca artikel yg I copy
dari Pak Sheikh ni...


No one ever thinks about the characteristics of a Muslim husband. It is always what a wife should do for the husband...and the list never ends; home management, tutoring, ferrying the kids, caring, cooking, cleaning, washing, working, you name it, she is doing it..... so what about the brothers?

What a Muslim husband should be like...

1. Dress up for your wife, look clean and smell good. When was the last time you went shopping for designer pyjamas? Just like the husband wants his wife to look nice for him, she also wants her husband to dress up for her too. Remember that the Prophet would always start with Miswak when returning home and always loved the sweetest smells.

2. Use the best names for your wife. Call your wife by the most beloved names to her, and avoid using names that hurt their feelings.

ada tak yg mcm ni? : "maknyaaaa... ooo maknya..." "Hoiii...hoiii makcik"

3. Don't treat her like a fly. We never think about a fly in our daily lives until it 'bugs' us. Similarly, a wife will do well all day - which brings no attention from the husband - until she does something to 'bug' him. Don't treat her like this; recognize all the good that she does and focus on that.

4. If you see wrong from your wife, try being silent and do not comment! This is one of the ways the Prophet used when he would see something inappropriate from his wives (R.A). It's a technique that few Muslim men have mastered.

5. Smile at your wife whenever you see her and embrace her often. Imagine life with her constantly seeing you smiling. Remember also those hadith when the Prophet would kiss his wife before leaving for Salaah.

6. Thank her for all that she does for you. Then thank her again! Take for example a dinner at your house. She makes the food, cleans the home, and a dozen other tasks to prepare. And sometimes the only acknowledgment she receives is that there needed to be more salt in the soup. Don't let that be; thank her!

7. Ask her to write down the last ten things you did for her that made her happy. Then go and do them again. It may be hard to recognize what gives your wife pleasure. You don't have to play a guessing game, ask her and work on repeating those times in your life.

8. Don't belittle her desires. Comfort her. Sometimes the men may look down upon the requests of their wives. The Prophet set the example for us in an incident when Safiyyah (R.A) was crying because, as she said, he had put her on a slow camel. He wiped her tears, comforted her, and brought her the camel.

9. Be humorous and play games with your wife. Look at how the Prophet would race with his wife Aisha (R.A) in the desert. When was the last time we did something like that?

10. Always remember the words of Allah's Messenger : 'The best of you are those who treat their families the best. And I am the best amongst you to my family.' Try to be the best!


Friday, May 21, 2010

10 TIP ORANG SUSAH KETIKA SUSAH

Isu yang I nak tulis ni tiada kena mengena sangat dengan kedua2 masakan di bawah ni... cuma sipi2 je... sekadar gambar hiasan.... I sebenarnya ingin mengetengahkan isu budak2 sekolah tak cukup duit.

Mummy Gee mesti ketawakan I
menciplak resepi arwah bondanya ni...
sedap pulak tau.... ikan bilis plus bwng plus tepung..

dlm minggu ni dah berulang2 I makan
ulam daun selom ni.... hasil idea
Kak Asma.




Apa yang I nak cerita tadi??.. Oh ya... tentang resepi2 kat atas tu..... even simple tapi telah mampu membuatkan I menambah nasi 2, 3 pinggan.... t.kasih kpd pemberi idea2 di atas........ sgt bagus juga resepi ini jika I cadangkan utk cik adik2 manis kita yg sedang merantau.... yg tak kecukupan duit.

Teringat I tentang "JERITAN" kat wall kelab kami beberapa minggu lepas berkaitan dengan isu menangani masalah kewangan untuk menyambung pengajian....

Sangat bernas idea2 gadis2, mak2 orang dan teruna plus bapak teruna yg pernah berpengalaman menghadapi kepayahan ketika belajar. Sebab tu la I nak cadangkan resepi simple ni kat diorg yg merantau tu.... sedap dan berkhasiat..... kalau nak jimat lagi, sila tanam sendiri pokok ulam2an tu ya..... I beli itu ari seikat baru je RM1.... boleh simpan 2,3 hari.... tapi kalau ikan bilis tu korang nak goreng kat mana plak ya?. Goreng atas seterika?.  Mcm cerita kawan I tu.....goreng telur atas seterika.........LOL.... entah betul entah tidak...jgn percaya la dik.... kalau meletup baru tau.... akak tak campur ya!.

Kalau stay kat hostel mcm mana plak la nak berjimat kan?.  Mana boleh main masak2 kan? Oh takpe........... nasi you beli la kat kafe.... baru 40 sen agaknya. Kicap tu beli la buat stok..... pastu bawang pun ambik le dr rumah emak kt kg.

Siannn.........sian org merantau ni.... Ok la... apa kata dengar cadangan I ni (ni bagi mereka yang dah tak de duit sangat ya... bagi anak2 org berada yg selalu cucuk duit kat dinding tu abaikan tip ni.. sila baca entry lain di blog I yang berkaitan tentang lokasi tempat makan... scroll up and down atau klik pada archieve blog di sebelah kanan anda di bawah topik JALAN-JALAN CARI BOYFRIEND... ) :-

Ok... tanpa melengahkan masa, ini tip-tipnya......

1) Mula2.... mesti la kena berjimat, no smoking..... no wayang....no lipstik mewah... tolak tepi semua tu buat sementara waktu ni. Tapi dah jatuh cinta dgn awek ke? Tu yg masalah tu...... sapa suruh... menggada!!!(cewah! I pulak yg nak mengekang jiwa remaja....hahaha...suka hati korang la kan nak bercinta)..... kalau dpt awek yg jarak jauh lg la bagus..... susah nk jumpa jadi save sikit duit. :D

2) Pandai menaip kan? Cuba tawarkan perkhidmatan menaip utk org2 yg malas tu.... ambik la upah sikit.... Eh dulu I pun selalu ambik upah menaip.... buat assignment orang, paling tinggi sorang bagi I RM50.

3) Masa tu takde Google Translate, jadi hikmahnya kami dapat la buat kerja2 translation BI - BM....... buku rujukan yg tebal2 tu diorg photostate pastu suruh kitorang translate....dpt la RM10.  Jadi la..

4) Pegi la usha2 dgn makcik2 warung mana ke, makcik penjual keropok ke kalau2 diorg nak suruh sub-kan penjualan masakan mereka....... ambik la untung sikit dpd situ jual la kat kengkawan yg dah bosan dgn makanan kat kafe (bukan bosan....kdg kafe pun jual mahal sangat.. nasib baik sedap!)

5) Sebelum balik kg tu......... pegi buat survey tanya kat member2 :

"Wey aku nak balik kg ni... ko nak kirim kain batik tak..... kain batik kat tempat aku cantik tau! murah2" tapi kalau tergamak.......... suruh la diorg dulukan duit.....jgn songlap plak. Upkan sikit harga. Kain batik ke, sutera ke.... tudung2 terkini ke.

6) Beli barangan secara pukal.... kalau ada member2 yg rela sehidup semati... berbincang la untuk membeli brg2 stationery tu secara pukal je... share le pastu agih2kan... belian borong tentu lebih menjimatkan bukan?

7) Sentiasa lebih berdisiplin mengatasi orang lain ~ kalau org lain suka borak2 sampai pagi, kita tidur je cepat2.... makin lama borak makin lapar kan? Tak pepasal terpaksa rendam mee segera.... kalau buat assignment tu lain la cerita.. Tido je cepat2........ tau2 dah pagi, tinggal fikir budget untuk breakfast je kan.

8) Jika ada kemahiran2 lain... polish lagi dan jadikan sumber pendapatan sampingan.

9) Puasa ~ yg ni biasa la kan..... spt juga Rasullullah S.A.W bila bangun pagi tiada apa hidangan akan melakukan puasa sunat.

10) Buat lelongan barangan yg you all dah tak nak pakai lagi... pakaian, hp, buku2 rujukan.... kat Ebay pun boleh.... banyak saluran dah sekarang ni... bukan mcm dulu nak mengetuk pintu rumah orang.

Mesti ada orang tertanya2 kenapa I keluarkan tip-tip ni........ ada orang cakap itu ari..... "

"eh sekarang kan dah ada pendahuluan RM1k dari PTPTN untuk budak2 baru nak daftar bukan macam dulu2 tunggu berbulan2 baru dapat..."

Actually macam ni.... someone tanya I....macam mana ya nak sambung studies lagi tapi duit macam tak cukup.......... so ni la jawapan I...

Lagipun tak semua orang bernasib baik dapat masuk IPTA yg mungkin telah menjanjikan biasiswa........tapi mana tau ada yg masuk kolej berbayar ke..... gi sambung belajar menjahit ke, tak ke menangis kalau kat kotaraya sesorang kebuluran tak cukup duit... dah le sedara-mara jauh... itu pun kadang yang dekat buat2 dek je.......... biasa la manusia... kalau tak...tak kan la tercipta lirik ni.........

"Kasihnya ibu membawa ke syurga.... kasihnya saudara... masa berada... "

So, cepat2 la "berada" supaya semakin banyak kasih yg datang kepadamu (gurau je).... I tulis macam ni supaya menjadi satu inspirasi kepada anda. Rajin-rajin la belajar dan seterusnya berjaya!

Moga TIP-TIP ini dapat memuaskan hati individu terbabit.... banyakkan berdoa semoga dipermudahkan urusanmu dan pasrahlah menghadapi apa jua cabaran mendatang.


Wednesday, April 7, 2010

DEBARAN MALAM PERNIKAHAN

Debaran malam pernikahan? Risau nak kahwin? MM ada terbaca di beberapa buah blog anak dara semasa blog jogging hari tu, ada yang risau tak pandai masak... kekeke.. risau nak menghadapi bakal mertua, ipar duai... risau tak cukup duit.

Jangan risau-risau... sementara masih belum bergelar isteri ni, you penuhkan je ilmu di dada. Sekarang ni you all lagi la beruntung, ada internet yang lebih memudahkan you...
macam-macam benda you boleh belajar melalui internet ... setakat nak belajar masak pan cake yang menjadi makanan kegemaran kekasih hati you (yang bakal jadi suami you nanti).... sangat kacang.. semua boleh you pelajari di youtube.. tulis je perkataan... PANCAKE di youtube tu.. keluar la macam-macam version macam mana nak masak... belum lagi cara nak tumbuk sambal belacan, nak masak bariyani.... ah pendek kata semua ada.


Risaukan bakal mertua? Oh itu biasa... sebagai gadis yang normal, kerisauan tu sebenarnya sihat sebab kalau anda tak risau dah macam over confident plak kan nanti jadi lain. Dengan kerisauan itu juga menjadikan anda lebih bersiap sedia melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu... teringat MM semasa zaman-zaman bujang tu... kawan-kawan serumah bila dah dekat nak kawin je, masing-masing mula la menajamkan skill memasak, yang kenyang kami ni ler yg masih single mingle lg masa tu... hehehe...

Takpe... pelan-pelan belajar memahami hati budi keluarga kekasih hati anda itu... Sebelum kawin memang ler macam-macam kesuspenan yang membelenggu diri. Buatlah homework sikit apa yang dia suka, apa yang dia tak suka.. itu pandai-pandai la selidik dari orang-orang yang boleh anda upah jadi spy. Nak upah Makcik Mirror? Boleh2... hahaha... kalau orang tu I kenal boleh la...tapi yang pasti I akan cerita yang baik-baik sahaja.

Kita berkahwin bermakna kita mengkahwini seluruh ahli keluarga si dia... 
kita memang tidak dapat lari dari hakikat itu... Lain la kalau kita kawin dengan anak dagang yang hidupnya tiada keluarga bagaikan kajang pak malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu. So, hadapi apa saja kemungkinan yang mendatang dengan positif. Agak-agak tak sesuai, buat tindakan dari awal.. jangan dah kawin baru menyesal tak sudah dengan kerenah ipar duai yang pelbagai. (Alhamdulilah MM bersyukur kerana hingga setakat ini dikurniakan ipar duai yang baik-baik belaka). Sebab tu la di dalam adat melayu ada proses merisik dan bertunang dan proses itu sepatutnya digunakan untuk belajar memahami isi hati orang-orang yang bakal selalu berada di sekeliling anda nanti. Tapi kalau dah cinta setengah mati dengan si dia... tempohi sajalah apa saja, lautan api sanggup direnangi. Jangan lupa solat isytiharah.. itu sangat PENTING!!

Kalau memasak yang menjadi kerisauan you tu.. sebenarnya itu bergantung pada selera masing-masing... bila kawin proses belajar itu sentiasa berjalan.... so, jgn la nak berlagak kata terror sangat memasak sebabnya adakala masakan tu kadang ok dan sedap di tekak kita... di tempat lain, lain pula caranya.. so,  selagi bernama manusia.. selagi itu kita sentiasa perlu belajar... jangan malu untuk bertanya.

Jangan terkejut pula kalau pada pendapat you masakan you tu biasa-biasa je.. tapi rupa-rupanya sedap di tekak orang lain. So, yakinlah pada diri sendiri. Senyum-senyum selalu.. jangan risau-risau.

Rezeki? Duit tak cukup? Jangan cakap macam tu... siapa kita untuk meramal apa yang bakal kita hadapi selepas berkahwin nanti.. insyaAllah rezeki orang berkahwin itu ada... kadang dengan berkahwin makin bertambah pulak idea nak buat itu dan ini sebab ada sumber inspirasi.. maka datanglah rezeki yang tidak disangka-sangka, apatah lagi bila dah keluar baby yang Allah S.W.T telah pun janjikan rezeki tiap dari kelahiran anak itu. . Pihak majikan pun sepatutnya bila anggota pekerja dah membina hidup baru dengan mendirikan masjid tu faham-faham la... increase la gaji kat kawan tu sikit.. jangan la kedekut sangat.. kesian orang tu nak bagi makan anak bini..

Ok adik-adik...jangan risau-risau lagi ya.... Selamat berkahwin!

Thursday, December 3, 2009

KALAU ANDA TERKURANG KERJA

MM tak terkurang kerja tapi kerja tengah melambak-lambak ni..

Teringat satu perkara, dulu masa Ain tgh kecik-kecik umur 3,4 tahun selalu kami disapa dgn penjual buku kat shopping complex.... teringat MM kata-kata promoter yang berapi-api tu.. mmg hensem giler promoter tu ala-ala Shah Rukh Khan..

"Kanak-kanak sebenarnya Puan bukan mengeja tapi menghafal.. cuba you tengok perkataan ni.. CAT... (kucing) adakah Puan tengok anak Puan mengeja C.A.T ? Tentu tidak.. automatik bila dia terpandang word CAT tu bunyi dia "kat" "

Tapi bagaimana pulak dgn perkataan di bawah ni... bukan MM tersalah taip ya.. tapi..

"Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoetnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be at the rghit pclae. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe."

kita masih boleh membacanya even tulisan tak tersusun... mcm jugak kalau kita nampak sebuah rumah automatik kita labelkan itu adalah rumah even dengan tak payah nk kira berapa tiangnya... pintu dibuat dari besi atau kayu, tingkap pasang jerigi atau tak tapi kita tahu itu adalah rumah...

Eh sejak bila pulak aku berangan nak jadi CIKGU ni???

Takpe sekali-sekala.. sempena musim cuti sekolah ni bagi anda di luar sana yang ada anak kecik tu kenalkan la huruf-huruf melalui flash card... tulis perkataan-perkataan yg mudah-mudah mcm MAMA, AYAH... SUSU atau apa je yg ringkas-ringkas.. Kalau MM ni mmg ada MALAS sikit... Shasal pulak jenis kanak-kanak yg tak suka duduk diam, so payah sikit nak aplikasikan benda2 ni...

Ada kawan MM pulak susah ati sebab anaknya asyik suka makan tak sudah sejak cuti sekolah. Boleh obesiti tuh!! Suruh je dia main game sikit2 kt depan PC takpe... pantau le mana yg patut... mungkin mana tau pastu dia stop sikit dari terus makan dan makan tak kenyang2.

Ok babai... MM nk sambung kerja yg berlambak ni.





Sunday, November 22, 2009

2012


PERSONA

Apa itu 2012? Tajuk Filem barat? Atau dunia nak kiamat sebagaimana email2 yg kami terima tu? Oh 2012 bagi kami berlainan pula maksudnya.. Ambang usia 40an bermula dan kempen HCMB40 itu ditutup tirainya.

Untuk mencapai tujuan itu, Comei yang telah kami lantik sebagai chairperson ada menyarankan beberapa perkara di blog beliau.. tapi kali ni izinkan MM berkata-kata.

Pertama sekali yang paling utama ialah kita bertanya pada diri apakah matlamat kewangan kita? Adakah jawapannya.... "Aku ingin menjadi kaya?"

Pada hakikatnya, adakah itu matlamat kewangan sebenar ? Benarkah begitu?
Oleh yang demikian, sebelum melakukan sebarang perancangan kewangan, perkara penting dalam merancang kewangan adalah menetapkan dahulu matlamat kewangan kita sendiri. Selepas itu, barulah disusuli dengan merancang dan seterusnya diikuti dengan perlaksanaan. Sebagai satu contoh matlamat kewangan ialah mengawal perbelanjaan dan membuat simpanan supaya dapat melunaskan pinjaman pembelian perumahan, kereta dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda perlu mengenalpasti dan menentukan matlamat dengan jelas untuk merealisasikan matlamat kewangan yang ingin dicapai itu.

Matlamat kewangan yang dibuat juga mestilah bergantung kepada pelbagai faktor seperti keinginan, umur, kedudukan kewangan dan minat anda.

Contoh-contoh matlamat kewangan
*Mengawal wang anda supaya mempunyai lebihan setiap bulan (Positive Cashflow)
*Membayar hutang
*Mempunyai simpanan untuk digunakan sewaktu kecemasan seperti kereta rosak atau masalah kesihatan
*Membeli rumah
*Membeli kereta
*Simpanan untuk persaraan
*Membeli barang-barang berharga seperti peralatan elektrik yang mahal
*Pergi bercuti; dan sebagainya

Maka, seharusnya setiap matlamat kewangan yang kita tetapkan, pastikan ia akan merangkumi faktor-faktor…

KHUSUS : Nyatakan dgn khusus contohnya ...

"Aku ingin membeli Mercz. BMW..."
"Aku nak kawin dengan memberi hantaran kpd bakal bini aku sebanyak RM48,000.00"
"Aku nak kawin lagi satu dengan minah yang lagi cun macam Aisywarya Rai"

BOLEH DINILAI

Maksudnya sesuatu matlamat kewangan itu dapat ditetapkan dgn nilai wang.. contoh :

"Aku nak beli rumah banglo 5 tingkat dengan harga RM500k" bukan sekadar ..
"Aku nak beli rumah..." rumah apa? rumah kotak empat segi pun boleh dipanggil rumah.

so di sini kita boleh letakkan RM500k sbg ukuran untuk dicapai.

BOLEH DICAPAI :

Sesuatau matlamat yg ditetapkan itu mestilah boleh dicapai.. contoh..

"Mulai sekarang aku nak meningkatkan kerajinan aku untuk mengumpul duit sebanyak RM500k selama 4 tahun untuk beli rumah banglo 5 tingkat itu"

Maknanya di sini, letakkan komitment diri sendiri sebanyak :

usia sebelum 40 : 3 tahun lagi = 3 x 12 = 36 bulan
wang perlu dikumpul = RM500,000.00 = RM500k/36
sebulan perlu dikumpul = RM13,888.00 (misalnya la... )

Bukan sekadar “menunggu bulan jatuh ke riba” atau “yang kering terbang melayang-layang, yang bulat datang bergolek-golek” kepada kita….

Ingat!!! Tidak semua manusia di dunia ini yang berjaya dengan berpandukan kepada nasib semata-mata tanpa berusaha.

REALISTIK :

Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah realistic, berkait dengan diri sendiri. Sebagai contoh :

“Mulai sekarang aku akan meningkatkan tahap kewangan aku sebanyak RM3,200 sebulan selama 9 tahun untuk membeli & membuat bayaran bulanan kereta BMW berharga RM350,000”.

TEMPOH MASA TAMAT :

Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah mempunyai tempoh masa tertentu. Ok yg ni dah ok dah...( kempen HCMB40).. bermakna tempoh tamat sasaran ialah pada tahun 2012.

Bagaimanapun jangan lupa matlamat jangka masa pendek seperti Matlamat yg boleh dicapai dalam masa seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak lebih daripada setahun. Contohnya seperti ingin membeli pakaian baru, nak tukar langsir baru atau menyimpan wang untuk pergi bercuti.

Matlamat jangkamasa sederhana pula adalah matlamat yang boleh dicapai dalam masa setahun sehingga 5 tahun, seperti membayar hutang atau membeli kereta (kereta ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh bayaran ansuran bulanan. Tempoh bayaran ansuran bulanan maksimum adalah 9 tahun, maka jika panjang jangka masa sehingga 9 tahun. Maka, boleh letakkan ia sebagai matlamat jangka masa panjang)

Matlamat jangkamasa panjang boleh dicapai dalam masa 5 tahun atau lebih, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk hari persaraan dan mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk menghantar anak anda ke kolej atau universiti.

Kita mungkin mempunyai ketiga-tiga matlamat di atas, tetapi pastikan ianya mempunyai factor-faktor realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan kita mengabaikan terus matlamat itu. Hakikatnya bahawa sesuatu matlamat yang kabur pula tidak akan memotivasikan kita.

Matlamat yang tidak fleksibel pula sukar untuk dicapai terutamanya dalam keadaan terdesak. Biar apapun matlamat kewangan yang dibuat, pastikan kita mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu. Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan untuk diri sendiri dan keluarga... jangan pulak kerana nak capai sangat matlamat tu kita sampai jadi macam UNCLE SCROOGE, orang tua kedekut dlm movie yg aku tonton malam tadi.. A CHRISTMAS CAROL... huhu... kelakar la Uncle tu.. ngantuk2 pun aku tengok bahana nak melayan Ain dan IRP...

Friday, October 23, 2009

POSTING YANG TIADA TAJUK ~ PART 11

Sahabat yang baik adalah umpama mutiara di antara pasir-pasir...

Wasiat al-Qamah kepada anaknya. Katanya:

“Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu...."

“Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya."

“Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu."

“Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.”

Terima kasih sahabat-sahabatku... anda adalah anugerah dari-Nya yg tiada ternilai buatku. Semoga kalian berbahagia di dunia dan akhirat. Selamat berhujung minggu semua.

Monday, October 12, 2009

TIP UNTUK BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN

MM dimaklumkan ada segelintir kawan-kawan lama (entah ler ada la org berbisik padaku) enggan menghadiri reunion (tak kira la sekolah sama ada SMKSM, TIJB) atas alasan malu untuk bertemu kawan-kawan sebab kerja tak hebat mana, gaji tak besar, wajah dah berubah dan bla bla bla.

Tapi kalau memang yg suami/isteri dah tak izin tu tak pe la kan.. MM tak maksudkan sesiapa pun kat sini, cuma cakap secara umum dari desas desus yg didengar dan dari sumber-sumber tertentu... orang yg cakap tu pun tak sebut siapa pun. Mungkin bukanlah kenalan rapat MM yg dimaksudkan tu sebab my best friends semuanya memang sentiasa confident dgn diri mereka... takde la orang kata nak inferiority complex kan. Brutal jer... redah jer.. janji jumpa kawan lama.

Sebenarnya..( MM pun nak nasihatkan diri sendiri ni), apa kata kita ubah cara kita berfikir dalam mengukur apa yg dinamakan sebuah KEJAYAAN bagi seorang manusia...

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. (Nauzubillah)."

p/s : MM pun still counting the days for TIJB reunion pada hujung minggu ini. Kawan-kawan kata, mereka bukan datang untuk berjumpa "baju" MM, tapi datang untuk bertemu kawan lamanya.. so, tawakal jelah dgn baju lip lapku yg tak la hebat mana tu. Tailor tu memang tau.. aku suruh jahit labuci tu mengerlip, dia bubuh biasa-biasa jer.