MM dimaklumkan ada segelintir kawan-kawan lama (entah ler ada la org berbisik padaku) enggan menghadiri reunion (tak kira la sekolah sama ada SMKSM, TIJB) atas alasan malu untuk bertemu kawan-kawan sebab kerja tak hebat mana, gaji tak besar, wajah dah berubah dan bla bla bla.
Tapi kalau memang yg suami/isteri dah tak izin tu tak pe la kan.. MM tak maksudkan sesiapa pun kat sini, cuma cakap secara umum dari desas desus yg didengar dan dari sumber-sumber tertentu... orang yg cakap tu pun tak sebut siapa pun. Mungkin bukanlah kenalan rapat MM yg dimaksudkan tu sebab my best friends semuanya memang sentiasa confident dgn diri mereka... takde la orang kata nak inferiority complex kan. Brutal jer... redah jer.. janji jumpa kawan lama.
Sebenarnya..( MM pun nak nasihatkan diri sendiri ni), apa kata kita ubah cara kita berfikir dalam mengukur apa yg dinamakan sebuah KEJAYAAN bagi seorang manusia...
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. (Nauzubillah)."
p/s : MM pun still counting the days for TIJB reunion pada hujung minggu ini. Kawan-kawan kata, mereka bukan datang untuk berjumpa "baju" MM, tapi datang untuk bertemu kawan lamanya.. so, tawakal jelah dgn baju lip lapku yg tak la hebat mana tu. Tailor tu memang tau.. aku suruh jahit labuci tu mengerlip, dia bubuh biasa-biasa jer.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.