Showing posts with label DOA. Show all posts
Showing posts with label DOA. Show all posts

Wednesday, November 26, 2025

Kisah Brondong, “Baju Sihir” dan Jodoh.

Alhamdulillah… setelah pelbagai onak dan duri, akhirnya sampailah juga baju daripada Kakak Tailor yang tersihir itu.  Sehelai lagi masih dalam proses pembikinan, tapi tak apa… yang penting satu sudah berjaya mendarat.

Beliau hantar pada staff pagi ini sebab you know lah… ai masih berada di planet Marikh, belum turun-turun ke bumi lagi.

Dalam pada itu, ai nak selitkan satu doa. Moga staff kami, Pak Duda yang dah lama kehilangan isteri itu, dipertemukan jodoh dengan wanita solehah.   Walau pun cintanya pada arwah isteri masih membayangi, hari-hari tetap ku doakan agar hidupnya kembali bersinar sebagaimana Mama Zie, ibu Sheila Hamzah yg kembali ceria tahun ini.  Aamiin.



Kain Afrika yang kawan ai hadiahkan ni kan panjang berela2 dan lerang besar.  Badan ai pulak jauh lebih kecik dari mereka.   Sebab tu jangan pelik plak kalau ai ada 2 design berbeza dari kain yg sama sebelum ini.  

Sebenarnya teringin juga nak buat clutch atau beg dari leftover macam kelazimannya orang2 Afrika pakai tapi ai tak pandai plak nak buat sendiri.


Doa Memakai Pakaian Baru.. 

“Ya Allah, hanya milik-Mu segala pujian, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku memohon kepada-Mu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan yang ia diciptakan kerananya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang ia diciptakan kerananya.
Aamiin Ya Robbal Alamin.” 



Makan brondong jajanan Indonesia ni teringat plak kawan ai.   Beliau hari tu minta carikan jodoh setelah meninggalnya suami.  Bercerita lah pasal “brondong”.   Dia kata dah bosan menjadi ibu tunggal, yang ngorat plak cuma “brondong2”.  Lantas menjelaskan maksud brondong tu, mungkin macam set2 “ikan bilis” ler kot.   Eh!.  Ikan bilis pulak.  ANAK IKAN la. 

Ai pun dah lama tak jumpa beliau, harapnya dah jumpa la yang sesuai di hati.   Set-set Mak Datin ni ai takut nak tolong2 carikan (jodoh).  Kot la tak memenuhi piawaian dan audit.  Hihi.



Monday, February 12, 2024

Doa supaya terhapus takdir yg buruk

Kita tak pernah tahu seberapa kerasnya usaha org lain utk mencintai takdirnya maka jangan kita rosakkan dengan lisan kita yg tak bertanggungjawab.   Selalu kita dengar ayat ni kan?.  Well,  kalau boleh semua orang nak ditakdirkan lahir dalam perut isteri Sultan Brunei.. hihi. (Ini contoh je).   Tapi takdir yg tertulis untuknya lahir sbg anak org susah, misalnya.  Dah la susah,  sepanjang hidup penuh dengan tangisan dan hinaan.    

Tapi kan.... semalam scroll IG, muncul doa dari my favourite Ustaz, Ustaz Hannaki dari Indonesia.   Doa untuk mengubah takdir.  Entah la.  Wallahualam.  Tanya lah Ustaz.. tapi sempat lah ai salinkan kalau uollz nak.   Tak salah pun kita doa kan?.   Even kalau Allah kata, kat Syurga nanti binatang semua jadi pasir je.. ai tetap nak doa supaya Arwah Joko dimunculkan semula menjadi makhluk.. sbb time tu of coz apa2 yg kita nak je PLING!!!.  akan Allah munculkan.  

Doa Arab ai malas nak copy.. ai dictate yg BM je. (Rajin tewww Sam dictate guna shorthand.. fuyooo!!).  Sebab Ustaz baca laju sgt.  Tak terkejar kita.  By the way.. Thanks Ustaz Hanaki.  Qobiltu.

Doa.

"Ya Allah.   Seandainya Engkau mencatatkan aku termasuk orang yang celaka dan sengsara, maka hapuslah catatan itu Ya Allah.  Catatlah aku termasuk orang yang bahagia dan beruntung.   Sesungguhnya Engkau menghapus apa yang Engkau kehendaki dan menetapkan, dan di sisi-Mu lah ummul kitab.  Aamiin."


Apa2 U guys rujuk lagi Ustaz ye.  Biasa kalau kita nak dapatkan "ijazah" doa kena la sebut qobiltu pada yg mengijazahkannya, supaya lebih berkat. Tulis lah kat Youtube beliau.   ( Ai ni bukan Ustazah).    BTW, nak baca doa pun kena ada tata tertibnya supaya makbul.  Contohnya kena baca selawat dulu dan sbgnya.    Dan ingatlah.. DOA akan ampuh apabila seseorang itu berhusnuzon dgn Allah.


p/s :.   Sedangkan tu ari kawan ai doa supaya ai tak kerepot buat selama2nya pun Allah dah kabulkan.  Tengok ni.. cekang je muka ai hingga skg.   🤣🤣.   Intinya ialah.. jgn putus asa dgn rahmat Allah dan syukuri apa adanya.


Tuesday, July 19, 2022

Cara Memanggil Orang Hilang

Dengar berita malam tadi celebrity TV3 hilang. Mesti hiba seluruh ahli keluarganya. Ibarat batu menghempap kepala. Kesiann. Hilang sejak November 2021.  Difahamkan dompet dan semua barangan peribadi spt duit dan IC masih ada di rumah.   Moga Zalina Azman, 58 dapat ditemui semula.   Gambo sila google.

Itu kisah hilang di Malaysia.   Masa ai pegi haji dulu.. ada dengar2 juga  celebrity lain hilang kat Mekah. Tapi tak tahu la betul ke tak sebab tak dengar pun dalam mana2 berita. Mungkin dorang sesaja nak nakut2kan ai supaya jangan jalan sensorang kot.   (Psssttt.. tapi ai jalan juga, sebab ai bukan celebrity).





Cara Memanggil Orang Hilang Pulang Ke Rumah.

Alang2 dah tercerita kisah missing person, mari kita bincangkan topik ini.   Baca pada komen2 di sos med, nampaknya ramai yg melalui.. malah ada yg sampai belasan tahun anak tak pulang2.

Zaman ai kecik2 dulu kalau orang hilang selalunya orang2 kampung akan beramai2 cari malam2 buta.  Alhamdulillah ada yg muncul balik kat belakang rumah, kadang bawah pokok,  kenyang makan mee goreng.

Orang2 zaman dulu ada pelbagai tip untuk memanggil orang (especially anak) balik ke rumah.  Tapi entah la sama ada itu mitos atau bukan.  So, untuk jalan selamat tak perlu lah ai kongsikan.




Baik ai kongsikan cara yg lebih islamik ni. Untuk ibu2 yang hilang anak,  boleh baca Surah Ar Ra'd ayat 31 sebanyak 31 kali , sambil baca sambil membayangkan rupa anak tersebut. Sambil2 tu banyakkan solat hajat.. kalau boleh 20 rakaat.  InshaAllah jika yakin dan Allah izin, Allah akan permudahkan.   Base on testimoni seorang hamba Allah.



Boleh juga baca ayat ini.   Ini juga untuk barang hilang.  InshaAllah dgn izin-Nya.  Credit to :.   Ustazah SA.. kakak saya.   


Ada juga yg bersedekah makanan yg disukai anak tersebut kepada jiran tetangga.  Ada yg azan depan pintu diakhiri dgn doa2 tertentu.  Wallahualam.


Zikir Ya Mu'id.   Dibaca 124 kali setiap hari sesudah solat.



Jika doa pun sudah, solat pun sudah.. serahkan semuanya pada Allah, lapangkan hati.   Dia yang lebih tahu.  Ingatlah bahawa semua takdir-Nya baik untuk kita.  Sekian.


Monday, February 21, 2022

Kisah Misteri Di Malam Selasa Keliwon 🤪

"If you stare at the wall long enough.. your human will believe you can see a ghost..".  seloroh satu page kucing tanda "menganjing".


Sebagai pemilik 2 ekor anak bulus, terus terasa ai.  Sebab kadang2 ai pun sama...asal nampak Joko atau Chanel pelik sikit je mula la fikir yg bukan2.   Fikir 'mereka' nampak hantu.


Maka dapat lah ia dijadikan batu loncatan untuk mukadimah sebuah kisah misteri di bawah ini dgn  niat untuk dijadikan pengajaran  di malam Selasa Kliwon ini.  (Selasa Wage sebenarnya.. esok baru Rabu Kliwon).




Markonah bukan nama sebenar bercerita, kakaknya si wanita cantik dikatakan dah kena "sihir" terlalu lama.    Si kakak ni sering menyebut2 nama office mate dia yg buat.  Entah la  dapat ilham dari mana, mungkin bisikan syaitan kot.   


Tengok gaya  macam tak de rupa kaki sihir pun walaupun tak hensem... Haha. wallahualam.  Tapi namanya sering menjadi sebutan sebagai suspek utama dlm kronologi gangguan2 misteri yg dialaminya.   Sedih ler org tu, tapi beliau sabar  menelan segala tohmahan...mungkin memang tak buat.. alih2 satu opis memandang serong terhadapnya.   


Sekadar gambar hiasan.


Long story short.  Pandemic datang.  Suatu hari si opis mate meninggal akibat covid 19.  Innalillahiwainnailayhirojiuun.  Dah ajal.. 


Sangkakan bila opis mate tu dah meninggal, selesai lah masalah gangguan tu kan.. sebab 'si penyihir' dah meninggal.. tapi tidak... malah dugaan si kakak ini semakin berat pula. Badan panas dan sakit2 tiap kali pegi office.  Sekarang sapa pulak yg ingin "dikambing hitam"kan?.


Begitu la pengajaran dari kisah ini.   Gangguan tak semestinya disihir.. mungkin asbab lain contohnya saka atau penyakit ain (mata hasad).  Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui.   Kalau dah menuduh tanpa bukti begitu kan dah menyesal tak berlagu.. terpaksa menangis tepian kubur dalam penyesalan.   Nauzubillahiminzalik.



Doa penghapus dosa syirik besar dan kecil. Credit to Ustazah Bahyah.  Refer beliau utk keterangan lanjut ye.  Ai bukan Ustazah.

Nota :  Amalkan Surah Al Falaq utk lindungi dari org2 yg hasad (atas izin-Nya).    Wallahualam.. 



Thursday, July 29, 2021

Update Blog Guna Status Wassap Je

Syukurlah pandemic tak berlaku di tahun 90an...




Dah la bunyi kriut2 umpama alien tengah landing ke bumi... baru nak loading, berselang seli plak dgn boss tgh guna phone.. terganggu talian beliau, maka terkantoi lah ai guna internet.. ahakz.. sorry Dato'.. ampunnn..(flashback kisah opis zaman 90an).

BTW .. status di atas sekadar self reminder je.   Status memujuk hati sendiri.  🤭




Doa penghapus dosa syirik by Ustaz Wadi.  Untuk further info, dengar lah video beliau.  Ni ai sesaja save kat sini supaya tak hilang je.    As usual, segala yg berkaitan hukum hakam, sila gali lagi dengan yg lebih ariff.   Ai bukan Ustazah.   BTW, nauzubillahiminzalik,  moga kita semua tidak meninggal dalam keadaan belum bertaubat...   Jika ada berbuat salah dengan sesiapa mohon lah ampun, sebelum menyesal di kemudian hari.



Wednesday, September 30, 2020

Doa Masuk Syurga by Ustazah Nurhafizah Musa


Terima kasih Ustazah Nurhafizah Musa kerana berkongsikan satu doa dalam videonya di bawah tajuk..  "Ini Doa Masuk Syurga".      As usual, segala entry2 berkaitan keagamaan di blog ini haruslah dirujuk semula kepada yg lebih arif. Sila cari di YouTube  Ustazah untuk lebih lanjut atau di FB. 

Sejujurnya saya sendiri belum mampu mengamalkannya secara istiqamah.  Motif menuliskan di sini untuk memudahkan saya menghafal.. dan rujukan anak cucu.   Moga Ustazah diberikan kerahmatan dan keafiatan.. Aamiin.


Dibaca setelah solat fardhu.




 

Ya Allah aku memohon kepada-Mu segala kebaikan, yang cepat mahu pun lambat,

Yang ku tahu mahu pun yang tak tahu,

Demikianlah ku memohon jauhkan aku dari segala keburukan,

yang cepat mahupun lambat, yang ku tahu dan tidak tahu..


Aku memohon segala kebaikan yang dipohon oleh Nabi Muhammad S.A.W,


Dan aku berlindung dari segala kejahatan yang diminta oleh Nabi S.A.W agar dijauhkan dari kejahatan itu.

Aku memohon Syurga Ya Allah dan perkara yg mendekatkan aku dengan Syurga sama ada dari perkataan dan perbuatan,


Aku juga memohon agar dijauhkan dari Neraka dengan segala bentuk perkataan dan tindakan yang menjerumus ke Neraka,

Ya Allah jadikanlah segala ketentuan yang datang kepadaku semuanya kebaikan.

Aamiin Ya Robbal Alaminnn..


Atau sekiranya gambar pertama tadi kurang jelas, ia juga terdapat di muka Surat 15, buku karya Dr Zulkifli.  


Credit to Dr Zulkifli

 

Boleh baca juga tentang Masuk Syurga Tanpa Hisab.


Monday, February 10, 2020

Corona Virus

Assalamualaikum uollz..
Sebut pasal corona virus.. mostly semua penduduk dunia jadi resah. 

Kat flight aritu sampai tak oder makanan, tahan pee dan mask pakai hingga sampai pintu umah.  Haha..


Kawan2 ai pun begitu.   Kami tak lagi salam peluk cium macam dulu.




"Duduk kat toilet awam jangan duduk Sam... Duduk atas angin. " Pesan beliau..

Kami gelak2.

Tahap paranoidnya tu sampai bleh sakit kepala. 

Kadang mereka saja gurau2 tak sihat, kawan2 yg duduk sebelah menyebelah pun ketakutan lari.  Haha..


So far.. apa yg kami lakukan ialah kurangkan aktiviti di tempat awam, hanya oder makanan berbungkus atau cawan kertas, pakai mask dan beli hand sanitizer.


Kalau rajin.. bawak pinggan mangkuk sendiri dari rumah... Kalau lg rajin.. masak sendiri ye puan2.



credit to Tuan Haji 







Ok bai.

p/s. :.    By the way... Don't be so worry.   Serahkan pada Illahi.   Baca doa atas tu..







Tuesday, February 28, 2017

Doa Untuk Pasangan Yang Curang

Doa untuk pasangan yang curang. Hari ni kita tolong silent reader ni ye..
Masalah beliau... "isteri disuspek curang". Masih sayang, puas berubat.


Doa?.    Doa untuk isteri... saya tak pasti, tapi doa dari isteri untuk suami,  ada banyak juga dalam koleksi.   Antaranya seperti yg telah dikongsikan oleh sahabat saya Pn Hjh Ct.    Mungkin sama je fungsinya kot utk suami dan juga utk isteri.   Wallahualam.  Saya copy je k.. apa yang beliau kongsikan.   Sila tanya kepada yg lebih arif.



Baca bismillah 21 kali
Fatihah 7 kali
Hembus kat ubun2, berdoa minta pada Allah...supaya suami tidak berpaling pada org lain


Yg penting si isteri, jaga tingkah laku..
Hormat suami sebagai ketua keluarga..
Jaga akhlak kita...
Pelihara hubungan kita dgn Allah...
Insha Allah...suami tak pandang yg lain...

Tip yg boleh suami amalkan..

#jgn tidur asing2... jgn pukul2
# solat jemaah selalu
#jangankedekut2
#romantik2selalu  - pegang tgn bila berjalan
#second honeymoon
#birthday beliau jgn sekali2 dilupa (sesetengah isteri sensitif menda2 begini, walau mungkin nmpk simple).
#show your empathy..
#layan beliau sebagaimana anda impikan anak2 perempuan anda dilayan baik oleh suami mereka nanti.



Tunjukkan usaha keras untuk berjaya, istri akan terharu bila melihat suami berusaha untuk membahagiakan keluarga.


Menurut Ustazah Atikah, kita isteri kena selalu baca Ya Hafiz Ya Muhaimin...

Boleh juga disertai doa..
"Aku serahkan suamiku untuk diawasi oleh-Mu Ya Allah."

Inshallah suami akan resah gelisah dan bersalah bila tiap kali nak melakukan kecurangan..
Tapi niat baca tu kerana Allah lah ye ..
Tak payah nak cctv bagai.. cctv Allah lagi besar.

Antara doa lain, Surah Taha ayat 39.


Tip untuk isteri ..

Don't manipulate him, don't do drama, don't disrespect him, don't show your anger in the bed and don't show your attractive body parts in social media. Be someone he would come home to get relieved.  If you wanted to be treated like a queen, treat him like a king.”  


Simpati kepada suami atau isteri yang dicurangi pasangan.   Allah tidak akan tinggalkan anda walau sesaat.    Allah Maha Baik.


Tuesday, June 24, 2014

Salam Dhuha

Ya, Makcik setuju!.  Solat Dhuha ni jika diamalkan... 
hidup kita inshaallah akan jadi lebih teratur.
Tapi jgn terglincir dari niat asal.. iaitu untuk mendapat keredhaan-Nya.. bukan utk harta dunia semata2.

Kalau tak hafal2 doa solat dhuha...
hafalkan lyric kumpulan UNIC yg Makcik dah upload kat bawah tu.

Masa sujud akhir jgn lupa mintak Allah kabulkan  doa 
kalian untuk memiliki pinggan mangkuk ROYAL DOULTON
ala datin2.. dan CORELLE idaman kalbu..  sebut sekali nama Makcik kau ni.. :D


Sebelum doa... jgn lupa selawat ke atas nabi SAW dan doa ke atas sahabat2 baginda.. pastu doa.. pelan2 dlm hati..

"Ya Allah mampukanlah aku membeli Corelle, Royal Doulton
dan Perfume yg blogger Miss Mirror a.k.a Sam jual dlm blognya tu...
ko mampukanlah aku Ya Allah.. mampukanlah aku memborong sume
sekali.. Aamiin".

Ha macam tu!.  

Lepas tu... ambik hp... tros wassap aku..  0143832069, doa2 lagi 
biar aku lembut ati nak bagi rega lagi murah.  Kirim sikit alfatihah
utk aku... pastu baca sekali Ya Latif... ya latif..



 

Monday, January 20, 2014

Rahsia dari Ustaz

Rahsia la sangat.   Haha... takde la.. (sebenarnya tak tau nak bubuh tajuk apa).   Itu ari Ustaz si Ain ada bagi doa ni untuk Makcik amalkan.. tepek la kat sini utk kita sama2 amalkan.. (thanks Ustaz..).

Cara2nya...
*Si ibu kena baca doa ni  dan tiup kat ubun2 si anak masa diorang tido... supaya anak mengingat semula apa yg diorang dah belajar.. 





Jom amalkan... kot nasib kita jadi macam Syeikh Abdulaziz, yg telah melahirkan seorang anak yg soleh,  Imam Mekah lagi!!. (Al-fatihah Untuk Sheikh Abdul Aziz yg telah kembali ke rahmatullah rabu lalu... takziah kepada anakandanya Dr. Abdul Rahman Al-Sudais, grand Imam of the Mesjid Al Haram serta keluarga).    


Pening tak baca ayat Makcik ni?.  Masih boleh difahami la kan... berbanding  twitter2 yg tak sahih yg Makcik terima semalam yg mana diorang salah faham kata si anak pulak yg meninggal. Terkejut Makcik... Si Ain sampai berlinangan air mata mendengarnya (coz he is one of her idol).


Sedikit info tentang Imam Sudais..
* He was born in 1961 and is a doctor by profession. He is known worldwide primarily for his beautiful recitation of the Qur’an (which he memorized at the age of 12). 




Wednesday, October 31, 2012

Kawin pada usia muda... ok ke tak ok?

Gigih si makcik membuat soal selidik demi anak sedaranya yg disayangi yang tak sabar nak kawin..  :D



Jika menurut komen2 di atas, rata2 yang kawin muda ni pompuan, bagaimana pula kalau remaja lelaki, apatah lagi jika beliau masih belajar tapi mendambakan perhubungan yang halal ?.   Girlfren dah ada... tu yg dia tak sabar tu... hahaha.. (gelojoh tau!)


*sah! jap lagi ada orang yg akan ngamok dengan Makcik Mirrornya... baik I lari sebelum apa2 terjadi... lariiiii.... tapi sebelum tu, nak tepek dulu doa ni...






Semoga dapat diamalkan selepas solat untuk   KELUARGA BAHAGIA, PASANGAN BAHAGIA, JODOH YG BAIK, ANAK YG BAHAGIA, CUCU YG BAHAGIA,  Surah Al furqan ayat 74. - credit to Ustazah Bahyah.






Wednesday, August 15, 2012

Ada tak orang yang tak mampu kau maafkan dgn sepenuh jiwa? - TOPIK SYAWAL

Mungkin dia pernah buat kau merana setengah mati dari segi kata-kata nista dan perbuatannya. Jika hatimu sesuci embunan pagi mungkin jawapannya "takde". Tapi tu la... nak dapatkan hati sesuci embunan pagi tu pun tidak la semudah dgn ungkapan... sekadar yg termampu kau lakukan hanyalah memaafkan tapi untuk melupakannya (perbuatannya itu) tidak sekali-kali kan?. Kalau aku, bergantung pada percentage kebaikan orang tu yg pernah ditaburkan mengatasi kejahatan yg pernah dia lakukan. Jika itu situasinya, mungkin mampulah aku meng'backspace dan meng'erase serta mendelete kekejamannya hanya dgn sekali "click" dan "enter". Pastu "restart" seolah2 tak de apa.






Tu la....kalau tengok drama2 Melayu, kagum sgt la aku dgn suami2 yg rela je memaafkan bininya yg tgh nazak tercunggap2....walau pernah dinasikangkang hingga sominya kebodoh2an, dicurang2kan. Pelik aku... Kalau aku berada dalam kasutnya, aku pikir 10 kali la kot nak maafkan... maunya tak sakit jiwa... dah la kena sihir, dah nak meninggal baru nak mintak maaf. No way!. Ceh ceh ceh... (pantang betul aku ngan orang yg main sihir2 ni).








Nasi kangkang? Yulkkk....



Ala... aku saja je cakap gini padahal lembut jugak ati aku ni... apatah lagi kalau orang yg mintak maaf tu dah berwajah soleh/solehah dan rela mencemar diri memohon kemaafan dan mengakui kesilapannya. (tak caya ko tanya la exbopren aku, semua mereka aku dah maafkan, halalkan hutang dan doakan kebahagiaan mereka bersama pasangan memasing).


Kebetulan itu ari masa tenet aku buat hal, terjumpa plak buku panduan doa dari Dato Ismail Kamus kat rak somi aku, "DOA KEBERSIHAN HATI". Elok la aku share kat sini.. korang amalkan la kalau hati tu mcm ada dendam je dgn orang... (tak baik kan dendam2... ). Baca ayat ke - 10 surah Al-Hasyr. Mana la tau dgn kuasa Allah tetiba ko mampu memaafkan "madu2" kau dgn berlapang dada.. sebagaimana Abby Abadi dgn telekung sedodonnya itu. Ahaks!



Wednesday, August 1, 2012

Doa Supaya Ditemukan Dengan Orang Yang Baik2 Saja

MIL aku cakap... "selagi satu masalah tu bukan kerana suami main kayu tiga, itu bukan satu masalah".  :D

MIL kawan aku plak cakap "Masalah jgn dipikir nanti hilanglah masalah tu sbb "dia" segan, singgah2  kita tak layan ".

MIL bakal bini Shashal (sapa lagi..aku ler) plak cakap "Selagi kita tak bunuh orang, itu bukan satu masalah".... 

*Untuk info, topik arini bertajuk MASALAH..gambar Sheikh Muzzafar di bawah hanyalah hiasan semata2.

 ala korang kan sedia maklum  yg aku ni peminat setia diorang berdua ni.... tak sah tak tepek pix terbaru diorang kat sini..  (Semakin jelita la Dr Halina skrg, congrat la sbb Bella bakal dpt adik).


Ya la kan, buat apa la kita nak buang karen sedihkan benda yang merapik2 kan..  cuba la kita rajinkan diri  amalkan ayat2  ni..... dgn harapan  supaya kita selalu ditemukan dgn orang2 yg soleh, yg ikhlas... yg baik ati.  Yg tak baik ati, yg hatinya berkarat, yg suka sakitkan ati... biarlah mereka diturunkan hidayah.


Caranya ialah amalkan Asy-Syu’ara’: 83-85.... Lepas tu cuba tidur dan baca asma’ul husna hingga lena. InsyaAllah bila bangun nanti terasa ketenangan mulai menghiasi jiwa yang sepi.  (credit kpd blog ini).

Ok.. ini maksud ayat itu...
Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku kedalam golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian. Dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai Syurga yang penuh kenikmatan. [Asy-Syu’ara : 83-85]

p/s :  ni yg aku malas nak tepek gambar Datuk SMS ni... nanti korang tulis komen mesti lari tajuk ( nak puji dia hensem la tuh terus lupa entry aku).. tak caya kita tengok la nanti..

Friday, July 6, 2012

DOA MENGELAK KENA SIHIR

Assalamualaikum... haiii...
Ada kawan I ni bertanya tentang.. DOA PENDIDING untuk mengelakkan dari disihir, so arini I tuliskan semula di sini sebab entry yg lama tu dah terdelete plakssss.



Masa meneman orang berubat, pernah terdengar Ustaz tu berpesan, kita ni kena amalkan perkara berikut untuk menentang semua benda2 "kiriman" ni..... antaranya...


1) Tiap kali lepas solat maghrib... amalkan membaca ayat ketiga terakhir surah Al-Baqarah (maksudnya ketiga2 ayat yg terakhir Surah itu kena baca) + Ayatul Kursyi.



2) Apabila makan, selain membaca doa makan... amalkan membaca doa berikut :-



Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiunfillardi wala fis samai wahuwassami'ul 'alim


3) Jgn lupa solat hajat mohon kepada Allah moga sembuh dari sihir itu - sehari sekurang2nya 2 kali. Semakin tinggi iman seseorang semakin kuat keyakinannya terhadap doa dan semakin jitu yakinnya ia terhadap kemaqbulannya.


4) Kena rajin baca surah Al-Baqarah selalu..


"Kepada yg telah berubat dgn Pakar Perubatan Islam.. selalunya Ustaz2 ini ada menyertakan doa-doa tertentu untuk diamalkan sbg pendiding... so, kena amalkan doa2 yg diorang bagi tu... jgn sekali2 miss." - Kata seorang mangsa sihir, hasil nasihat dari Ustaz yg mengubati beliau.

 Alhamdulillah nampaknya beliau kini dah pun sihat dan menjalani hidup berumahtangga dengan aman dah bahagia tanpa gangguan mahkluk halus itu lagi.




Seorang Ustaz ada berpesan, jangan suka meludah merata2, dibimbangi jin akan bawa segerombolan kerabatnya ikut pulang ke rumah.




Ini pula DOA PENGHALAU GANGGUAN SYAITAN


 
5). Seorang Ustazah juga berpesan, amalkan solat sunat qobliah subuh utk elakkan kedengkian manusia. Iaitu solat sunat 2 rakaat yg dikerjakan sebelum kita melaksanakan solat subuh.


Bacaan yg elok dibaca selepas Al fatihah rokaat 1  الم نشره




Lepas A fatihah rokaat ke 2 pula الم تر كيف




6).   Banyakkan bersedekah. Orang yang banyak bersedekah, jiwa akan bahagia. Orang yg selalu bahagia dan optimis tidak dapat memberi ruang unsur2 negative mengganggu hidupnya.


7). Terdengar satu video ni, seorang bekas Dukun Santet membocorkan satu tip rahsia.. 

 "Apa yang ada.. dianggap tidak ada.". 

Kira macam kena anggap semua yg terlihat depan mata tu hanya "pareidolia" macam tu la kot.    Emmm.. ok juga kalau nak try.
 Wallahualam.   

Tanya la dengan yg lebih bijak pandai ye, saya yg serba kekurangan ini   sekadar berkongsi apa2 yg saya pernah dengar dan terbaca saja.


8).   Kreteria wanita2 yg mudah terkena sihir :-
  • Wanita2 yg stress akibat menghadapi masalah.   Maka kena pandai handle stress supaya jin sihir tidak mudah mengganggu anda.
  • Wanita2 yg mudah emosi dan marah.  Jika rasa nak marah cepat2 istigfar dan berwudhu. 
  • Wanita2 yg sering berkhayal.   
  • Penakut, mudah cemas.
  • Kurang ilmu agama.
  • Kesepian - org yg kesepian mudah disihir.  Untuk elakkan kesepian banyakkanlah berzikir dan mendekatkan diri pada Allah.


Sihir Dari Pelakor
  
Untuk sihir pemisah pula, penangkalnya isteri sah harus menjadi unsur air :- memaafkan, tidak dendam, tidak pahit hati, tidak marah berterusan, ketemu suami harus diperlakukan sebaik mungkin kerana ilmu hitam sebegitu bahan bakarnya adalah sakit hati dan dendam isteri.     Jika isteri sah dapat menjadi unsur air, suami anda akan cepat sedar dari taklukkan ilmu hitam si pelakor.



Lain2 kandungan blog ini ialah 
RESEPI

Mmmmm yummy!!!!



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku sadari. Dan, aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa-dosa yang tidak aku ketahui.   Aamiin YRA.



Wednesday, May 23, 2012

Harapan yg satu di Rejab ini...



Kata Ustazah, jika kita baik, akan selalu ditemukan dgn orang yg baik2... Ya Allah, kau perbaikilah segala sikapku.. supaya aku selalu ditemukan dgn org yg baik2 saja... yg membawa aku ke jalan kebaikan...

Jgn la dipertemukan lagi padaku insan2 yg melukakan hati dan perasaan spt yg pernah aku temui dulu.  Temukan la aku dgn mereka yg berhati mulia, soleh dan solehah, tidak melanggar perintah-Mu.   Aku ni dah la tak berapa sempurna, jgn la kau duga aku dengan dipertemukan dgn orang2 yg melalaikan, yg merobek tangkai hati dan sebagainya.  Nauzubilahiminzalik Ya Allah.  Aku tahu, kau Maha Mendengar... perkenankan la doa hamba-Mu ini di sempena Rejab yg mulia ini.   Semoga orang yg hadir dlm hidup aku adalah orang yg baik2 saja.. Ameen.

Mukadimah apakah ini?.   Biarlah rahsia.....  tolong la ameenkan saja untukku.. boleh?.  Kih kih kih... main paksa2 plak kan?.






"Berkawan dgn penjual minyak wangi, kita akan terpalit kewangian itu"...
(lama betul potpuriku ini tidak berganti, harumannya pun hampir hilang). 







Lace roses - antara trend hari raya 2012.


 

Kalau pandai menjahit telekung, amat cantik jika lace ini dipadankan dengan telekung  untuk dihadiahkan  kepada insan2 tersayang sempena raya ini... Budget tak mahal pun... semeter lace ini berharga RM7.00.


**  don't assume my entry  are about "YOU"... but if you're affected, then that must  mean u're guilty of something..

Saturday, January 21, 2012

Merepek di dalam hujan... dan doa halau syaitan dari Pak Mentuaku

Di luar hujan masih lebat...



Waktu aku kecil2 dulu..
menghayati titisan hujan yg turun ke bumi
dari celahan tingkap adalah hobi 
yg menghayalkan... 


(pix yg ni credit to Pak Google)


Bentuknya yg membulat spt ini 
bagaikan satu ilusi optik seolah2
air itu bergerak mundar-mandir..
sebab tu aku suka.. (waktu itu la..)
sampai lupa nak wat keja rumah.. sebab terlalu asyik berdiri di tingkap..
(sila bayangkan wajahku yg masih cute masa itu.. tapi sedikit hitam sbb selalu 
asyik main panas...hehe).





Menghirup sup panas-panas adalah satu nikmat ketika hujan.. thanks ibu mertuaku
atas sup yg sedap ini.. Macam ni takyah jenjalan kat Minyak Beku pun takpe..
sebab kat rumah pun dah byk makanan2 sedap yg emak masak...




Sedang kami asyik menghirup sup dilatari suara hujan lebat di luar rumah
... tetiba ayah mertuaku lalu (orang kata kalau makan makanan sedap
mertua lalu pun tak nampak.. tapi sib baik aku boleh nampak lagi.. ok lagi 
rupanya mata aku ni.. tak jadi lah beli cermin mata... :D)

..... dan  Pak Mertuaku
mem"pass"kan doa ni pada  cucundanya si Qistina untuk dihafal.. (sudah
lazimnya Qistina memang kena byk menghafal bermacam doa.. bukan takat
doa menghalau syaitan  ni je... jadi aku tak ler terkejut) 
maka aku pun postkan ler kat sini supaya tak hilang sambil2 tu utk tatapan anda jua 
(credit kepada Pak Mertuaku)

(scanner takde.. so snap guna camera je... berguna gak camera aku ni rupanya).





A'UUDZU BIKALIMAATILLAHIT TAAMMAH

 MIN KULLI SYAITHONIN WA HAAM MAH

WA MINGKULLI AIININ LAAMMAH



Sunday, October 31, 2010

DOA PENGASIH (PEMBETULAN)

Salam semua....

Untuk readers blog ini yang selalu singgah kerana ingin mencari Doa Ilmu Pengasih tu... I nak minta maaf sebab ada sedikit kesalahan ejaan.......... dan sekarang telah pun dibetulkan di entry berikut :


Terima kasih kepada Ustazah S.A.... (actually dah lama suruh beliau check tapi baru hari ni berkesempatan berjumpa beliau).... Tgh minum2 teh dgn beliau di rumahnya ni.... jemput semua.

Semoga dpt memberi manfaat kepada semua...

Untuk memudahkan anda, saya copy paste semula :

ALLAHUMMARZUKNI IZZAU
WA SUROFAU
WAJ ALNI MUKMINATAN
SHOLIHATAM... MAHBUBATAN
INDAKA WA INDANNAASI JAMI'A

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Saturday, October 30, 2010

Doa Orang-orang yang dizalimi


#Janganlah bersedih : sentiasa yakin dengan janji ALLAH bahawa tiap musibah atau kejahatan makhlukNYA terhadap kita pasti akan memberikan kebaikan buat kita di dunia dan di akhirat apabila kita sentiasa bersyukur dan redha atas kehendak dan ketentuanNYA. Berbaik sangka terhadap ALLAH, Pencipta kita.


#Allah menguji bukan bermakna Dia membenci, bahkan itu tandanya org itu sedang dirahmati kerana diberi perhatian. Sekurang-kurangnya orang itu ada peluang untuk bersabar. Sabar itu yg dikatakan ibadah.


 
"Dan jgnlah engkau (wahai muhammad) menyangka ALLAH akan lalai akan apa yg dlakukan oleh org zalim; Sesungguhnya DIA hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yg padanya terbeliak kaku pemandangan mereka ( kerana gerun gementar melihat apa yg berlaku ) "
-Surah Ibrahim: 424




Allah akan hadiahkan pelangi selepas turunnya hujan...



Tertarik dgn kata-kata satu forumer ini :

"Ini apa yang dikisahkan daripada lecturer saya. Bila kita selesai solat, dan kita berdoa, malaikat akan turut mengaminkan doa2 kita. Tapi, kadang2 oleh sebab dosa2 yang kita dah buat, doa kita telah terhijab untuk dimakbulkan, begitu juga malaikat tidak turut mengaminkan doa kita.
Namun, bila kita mendoakan diri kita dan kesejahteraan orang lain, yang mana mungkin hatinya lebih bersih daripada kita, yang amalannya lebih banyak dan yang sentiasa dirahmati Allah, malaikat akan mengaminkan doa2 kita tu.. Bila malaikat mengaminkan doa kita kepada orang lain tu, secara automatik doa kita untuk diri sendiri akan turut teramin oleh malaikat."

"Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W sebagai selawat yg mendatangkan keredhaan dan memenuhi semua hak keutamaan baginda". Nama yg Engkau sebutkan dlm kitab-Mu atau nama yg Engkau ajarkan kpd sesiapa shj dr kalangan makhluk-Mu atau yg Engkau rahsiakannya dlm ilmu ghaib di sisi-Mu (aku mohon) agar Engkau menjadikan Al-Quran yg maha agung sbg sumber ketenangan bg hatiku, cahaya penglihatan (mata hatiku), menghapuskan perasaan dukacita dan sbg penghalang kpd perasaan sedih dan gelisah".


Sedang menelaah entry2 di :-
2) Doa orang yang dizalimi - kesal mendoakan kematian (Seeloknya jgn la kita mendoakan sesuatu yg buruk sehingga melibatkan kematian.... ada sesiapa boleh ulas, saya ada diberitahu jika mendoakan kematian dosanya seumpama kita membunuh org itu?)

Friday, September 17, 2010

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN (UPSR/PMR/SPM) - Next week UPSR bermula!







1) Lakukan sholat hajat sepanjang minggu peperiksaan.

2) Sewaktu hendak keluar rumah menuju ke dewan peperiksaan, ambil wudhu dan berpakaian bersih.

3) Sewaktu hendak melangkah keluar dari rumah menuju ke dewan exam, takbir sebanyak 9 kali. Keluar rumah dgn kaki kanan.

4) Bila dah sampai di dewan peperiksaan, takbir lagi 9 kali. (Allahu Akbar - x 9).

5) Ketika anda sedang menunggu kertas jawapan atau sebelum menjawab soalan, hendaklah membaca surah berikut hingga akhir 9 kali... (budget2 la masa ya...al-maklum...9 kali you!!!... baca la masa cikgu tgh agih2kan kertas tu).



6) Sekiranya anda terlupa ketika sdg menjwb soalan peperiksaan, anda hendaklah membaca selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.


Ok.....lupakan tentang kisah exam......Utk kaum wanita yg dibelenggu kesedihan.... UBAT KEDUKAAN - Part II.....Bacalah Al-Quran... Surah Kahfi... insyaAllah walau apa pun kedukaan anda, hati anda akan berasa tenang. Kalau tgh tak boleh baca ( maybe dlm pantang seorang wanita.... dengarlah youtube ni).



I dari semalam asyik cerita pasal kedukaan2... Org raya2 dia cerita pasal kedukaan tak abis2!!!! Huhu....sekali-sekala kita perlu menyelami kesedihan orang lain pulak puan2.... Hidup ini ada pasang surut..... jgn sangka kita sentiasa berada di atas buat selama-lamanya hingga lupa rumput di bumi.