Saturday, October 30, 2010

Doa Orang-orang yang dizalimi


#Janganlah bersedih : sentiasa yakin dengan janji ALLAH bahawa tiap musibah atau kejahatan makhlukNYA terhadap kita pasti akan memberikan kebaikan buat kita di dunia dan di akhirat apabila kita sentiasa bersyukur dan redha atas kehendak dan ketentuanNYA. Berbaik sangka terhadap ALLAH, Pencipta kita.


#Allah menguji bukan bermakna Dia membenci, bahkan itu tandanya org itu sedang dirahmati kerana diberi perhatian. Sekurang-kurangnya orang itu ada peluang untuk bersabar. Sabar itu yg dikatakan ibadah.


 
"Dan jgnlah engkau (wahai muhammad) menyangka ALLAH akan lalai akan apa yg dlakukan oleh org zalim; Sesungguhnya DIA hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yg padanya terbeliak kaku pemandangan mereka ( kerana gerun gementar melihat apa yg berlaku ) "
-Surah Ibrahim: 424




Allah akan hadiahkan pelangi selepas turunnya hujan...



Tertarik dgn kata-kata satu forumer ini :

"Ini apa yang dikisahkan daripada lecturer saya. Bila kita selesai solat, dan kita berdoa, malaikat akan turut mengaminkan doa2 kita. Tapi, kadang2 oleh sebab dosa2 yang kita dah buat, doa kita telah terhijab untuk dimakbulkan, begitu juga malaikat tidak turut mengaminkan doa kita.
Namun, bila kita mendoakan diri kita dan kesejahteraan orang lain, yang mana mungkin hatinya lebih bersih daripada kita, yang amalannya lebih banyak dan yang sentiasa dirahmati Allah, malaikat akan mengaminkan doa2 kita tu.. Bila malaikat mengaminkan doa kita kepada orang lain tu, secara automatik doa kita untuk diri sendiri akan turut teramin oleh malaikat."

"Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W sebagai selawat yg mendatangkan keredhaan dan memenuhi semua hak keutamaan baginda". Nama yg Engkau sebutkan dlm kitab-Mu atau nama yg Engkau ajarkan kpd sesiapa shj dr kalangan makhluk-Mu atau yg Engkau rahsiakannya dlm ilmu ghaib di sisi-Mu (aku mohon) agar Engkau menjadikan Al-Quran yg maha agung sbg sumber ketenangan bg hatiku, cahaya penglihatan (mata hatiku), menghapuskan perasaan dukacita dan sbg penghalang kpd perasaan sedih dan gelisah".


Sedang menelaah entry2 di :-
2) Doa orang yang dizalimi - kesal mendoakan kematian (Seeloknya jgn la kita mendoakan sesuatu yg buruk sehingga melibatkan kematian.... ada sesiapa boleh ulas, saya ada diberitahu jika mendoakan kematian dosanya seumpama kita membunuh org itu?)

2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.