Showing posts with label TIP UNTUK ISTERI. Show all posts
Showing posts with label TIP UNTUK ISTERI. Show all posts

Wednesday, July 22, 2026

Tak nak lah jadi Ossekai Baba

Motif entry kali ni sebab nak menghafal satu ayat Jepun ni je.  Saya dan MIL kalau tak nak jadi OSSEKAI BABA kitorang akan “sembunyikan diri” dalam bilik masing2.   Keluar ke dapur hanya ketika memasak, itu pun saya guna sistem giliran, bila saya habis memasak menu kegemaran saya, beliau pula mengambil alih memasak menu kegemarannya. Alhamdulillah terkuranglah dari terngumpat orang.   Nampak macam kelakar, tapi sebenarnya ada hikmahnya.

Dua "queen" bukan tak boleh hidup aman dalam satu rumah. Yang penting bukan siapa lebih berkuasa, tetapi bagaimana kita saling menghormati.  Ia memerlukan strategi psikologi yang tinggi. 





Konsep "menyembunyikan diri" dan sistem giliran di dapur itu bukan tanda renggang, sebaliknya ia adalah mekanisme pertahanan diri yang sihat bagi mengelakkan geseran kecil daripada menjadi api dalam sekam. Pepatah Melayu ada mengatakan, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi dua wanita dewasa dengan latar belakang, citarasa, dan cara hidup yang berbeza dalam satu ruang terhad (dapur).



Keharmonian  bukan diukur dari betapa kerapnya bercerita atau berkongsi setiap detik bersama, tetapi dari kesedaran sivik untuk memberi ruang (space) dan ketenangan antara satu sama lain. Bila jarak dijaga pada waktu yang tepat, interaksi yang berlaku kemudiannya jadi lebih berkualiti dan bebas daripada rasa terbeban.




P/S :  Ossekai Baba in Japanese bermaksud Makcik Bawang.

Monday, February 3, 2025

Jika Pasangan Anda di Spektrum Autisme

Assalamualaikum Puan-puan.

Tertarik pulak dengan topik yang berlegar-legar di beranda lantas ingin membelogkannya untuk pengetahuan am.    Dalam masyarakat, autism sering dikaitkan dengan kanak-kanak, tetapi ramai rupa-rupanya individu dewasa hanya menerima diagnosis pada usia yang lebih matang. Fenomena late diagnosis ini semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam konteks perkahwinan, di mana pasangan mula menyedari perbezaan dalam interaksi sosial, komunikasi, dan gaya pemikiran suami mereka. 

Autism bukan satu penyakit tetapi lebih kepada perbezaan neurologi, so jangan salah faham ye.  Malah ada antara mereka IQ jauh lebih tinggi dari kita.

Lelaki dewasa yang menerima diagnosis lewat mungkin telah lama berdepan dengan cabaran dalam memahami emosi, mengurus hubungan sosial, dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.




Adakala ia tidak begitu ketara ketika bercinta atau dalam fasa awal perkenalan. Sebelum berkahwin, seseorang mungkin mampu ‘masking’, iaitu menyesuaikan diri dengan norma sosial dan menyembunyikan cabaran yang mereka hadapi. Ini menyebabkan pasangan tidak dapat mengenal pasti dari awal perkenalan

Autisme yang Ringan, Sukar Dikenali 

Sesetengah individu berada dalam spektrum autisme yang ringan (Autism Spectrum Disorder - ASD Level 1, dahulunya dikenali sebagai Asperger’s Syndrome). Mereka mungkin berfungsi seperti orang lain dalam banyak aspek, tetapi dalam perhubungan rapat, perbezaan mula kelihatan apabila :-

✔️ Kesukaran memahami isyarat sosial dan bahasa kiasan.
✔️ Lebih cenderung berfikir secara literal.
✔️ Tidak pandai menunjukkan emosi atau membaca perasaan pasangan.
✔️ Bergantung kepada rutin dan boleh menjadi resah jika ada perubahan mendadak.
✔️ Mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap sesuatu topik, sehingga kurang memberi perhatian kepada perkara lain. 


Perubahan Dinamik Selepas Perkahwinan 

Selepas berkahwin, kehidupan lebih kompleks. Interaksi menjadi lebih rapat dan melibatkan keperluan emosi yang lebih mendalam. Di sinilah pasangan mungkin mula menyedari bahawa suaminya sukar memahami perkara yang bagi dirinya adalah "biasa”, contohnya, memahami nada suara, membaca ekspresi muka, atau memberi respon yang diharapkan dalam situasi tertentu. 

Bukan kerana suami tidak peduli, tetapi otaknya memproses maklumat dengan cara yang berbeza. 


Sekadar gambar hiasan.



Apa yang Boleh Dilakukan jika suami anda begitu?. 

✔️ Komunikasi yang jelas – Elakkan sindiran atau bahasa kiasan. Terus terang, tetapi dengan nada yang lembut.
✔️ Menerima perbezaan – Jika suami kurang menunjukkan kasih sayang secara emosi, mungkin dia lebih selesa meluahkannya melalui tindakan.
✔️ Membantu suami memahami emosi – Dengan memberikan contoh atau menjelaskan apa yang dirasakan, tanpa menganggap dia ‘sepatutnya tahu’.
✔️ Menyesuaikan jangkaan – Setiap pasangan berbeza, dan hubungan yang bahagia bukan berdasarkan standard orang lain.
✔️ Mendapatkan sokongan – Jika perlu, mendapatkan bantuan daripada pakar terapi boleh membantu memperbaiki komunikasi dan kefahaman dalam rumah tangga. 

Dengan memahami cara pasangan berfikir dan berfungsi, banyak cabaran boleh diatasi dalam rumahtangga, kerana cinta bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang menerima satu sama lain seadaanya.

Disclaimer :   Saya bukan Pakar, hanya pengumpul maklumat.  Tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun meninggal dunia.


Sunday, October 20, 2024

Tip Menangani Pasangan Yang Suka Melepak

Asalkan ada isteri mengeluh tentang suami yang gemar melepak dengan kawan-kawan, terus kita nak kaitkan dengan skandal dan mencadangkan penceraian. Tak eloklah begitu. 😂😂   Entah-entah ada plot twist yang kita tak nampak.

Apa kata kita pandang dari sudut lain?

Ada juga lelaki yang suka melepak dengan kawan-kawan sebab ketagihan itu datang dari keinginan untuk rasa dihargai. Mungkin waktu melepak dengan kawan-kawan tu adalah masa dia fefilling jadi “hero” (walau pun hero kampung)— happy dipuji, dihormati, dan diberi perhatian. Suasana macam ni bagi sesetengah orang memang boleh menaikkan self esteem, walaupun ada kemungkinan kawan-kawan tu memuji sebab  suka dibelanja je. 






Jadi, apa yang isteri boleh buat?. Cuba wujudkan suasana yang serupa di rumah. Beri ruang untuk suami rasa dihormati, dan dengar pandangan mereka dengan lebih terbuka. Kalau perlu menegur, lakukan dengan berlapik, elakkan daripada mencabar egonya. Kadang-kadang, pujian kecil pun cukup untuk buat suami anda rasa dihargai. Mungkin itulah yang dia perlukan untuk lebih rapat dengan keluarga.

Perubahan kecil macam ni kadang boleh membawa kesan yang besar untuk keharmonian rumah tangga.

Memang tak dinafikan, isteri akan rasa terpinggir kalau suami selalu tak ada di rumah. Lagi-lagi yang jenis penakut dan ada anxiety.  Anak-anak masih kecil pula. Tapi apa kata cuba buat reverse psychology?.  Biarkan saja hobi mereka.  Jadikan masa tu “me time” untuk anda manjakan diri sendiri, buat hobi yang anda suka. Siapa tahu, dengan cara ni, anda boleh rasa lebih bahagia tanpa gangguan dan lebih tenang. Aura lebih memancar-mancar lantas suami anda pula yang cuak.. 

“Eh!.  Kenapa wife saya ni makin saya tinggal-tinggalkan makin happy lain macam pulak dia?”.    

Dan-dan beliau pun jelez tobat tak nak membuang-buang waktu lagi.  Kekeke.


Ingatlah kisah Siti Hajar, yang ditinggalkan di tengah gurun tapi tetap ikhlas dan tawakkal. Akhirnya, langkah beliau jadi ritual umat Islam seluruh dunia. Allah sentiasa bersama mereka yang ikhlas dan tawakkal, jadi tak perlu simpan dendam. Serahkan saja segala urusan kepada Allah.   Sekian.


Thursday, October 3, 2024

Suara Hati Seorang Suami



Tiada suami yang jujur!!

Dengarlah, wahai isteri..
Di balik senyuman suamimu yang manis 
Ada beban yang tak pernah terungkap
Ada derita yang tak pernah diadukan
Hinaan yang menusuk, caci yang menghujam. 
Mungkin di jalanan, mungkin dari orang-orang yang 
dia berurusan.

Setiap langkahnya adalah pengorbanan yang tersembunyi
Tangan yang kotor, peluh yang mengalir tanpa henti
Caci maki, marah yang diterima, beban yang digalas
Disimpan dalam diam, di sudut hati yang paling dalam
Kerana dia tahu, di rumah ada kasih yang harus dijaga,
ada hati yang harus dilindungi,
ada tangan2 kecil yang mengharapkan sesuap nasi. 





Tahukah kamu, wahai isteri-isteri,
Suamimu tidak pernah jujur!.
Di balik senyuman tenangnya saat melangkah pulang,
Ada peluh yang telah diseka,
ada tangisan yang telah kering.
Sebelum pintu rumah dibuka..dan semuanya kelihatan baik-baik saja.


Dia sembunyikan semua,
Agar kamu tak perlu risau,
Agar anak-anak tak perlu tahu,
Betapa berat dunianya yang harus dipikul. 

Sebenarnya.,
Langkahnya letih, jiwanya telah lelah,
Namun dia tetap berdiri, teguh walau rapuh,
di saat dunia tak bersahabat,
Dia memilih diam, menelan segala tangisan.

Wahai isteri-isteri..
Tahukah kamu kalau suamimu baru mempertaruhkan nyawanya demimu dan anak-anak?. Tahukah dirimu kalau mungkin suamimu menahan lapar asalkan pulang membawa wang?.   Sebelum kau marah padanya, lihatlah., renungkanlah.


Sekian.  Nukilan : Miss Mirror .



Tuesday, April 9, 2024

Beraya di mana tahun ini?.

Assalamualaikum guysss!.

Haii.. raya di mana tu?. Tak kira beraya di rumah anda atau rumah suami, tetaplah tersenyum ye Puan2.   Jangan sedih-sedih, nanti tak awet muda pula.  Tahun ni insha Allah kami beraya rumah sendiri (di Aussie).   Untuk rekod :.  Tahun lepas beraya rumah mertua (Malaysia).

Berbalik pada topik, ini ada beberapa tip untuk anda yang beraya di rumah mentua :-  

Elakkan berbincang hal-hal yg sensitif atau yang boleh menimbulkan konflik. Fokus pada aspek positif sahaja.  

Hormati tradisi keluarga: Pelajari adat dan tradisi keluarga mentua dan tunjukkan penghargaan terhadapnya.  Jangan masuk campur hal-hal yang bukan urusan kita.

Sediakan ruang untuk istirehat : Pastikan ada masa untuk berehat dan bersendirian agar tidak terlalu tertekan atau keletihan.   Jangan memaksa diri.  

Fokus pada kebaikan: Alihkan perhatian kepada aspek positif (pahala) dan berusaha untuk mengambil berkat dari pengalaman ini.

Tak kira beraya di mana :.  Pilihan Allah pasti yang TERBAIK.

Semoga raya kali ini penuh dengan kebahagiaan dan kenangan manis.





Angan-angan je lebih tapi baru siap 2 jenis.  Haha. Yang penting sedap ye (anak2 yang cakap 😁).   Insha Allah arini sambung buat kuih lagi sambil selang seli rebus ketupat segera dan sambal kacang.



Dokoh2 juga telah disediakan untuk dikenakan dengan kebaya.   Bunga gubah sendiri.



p/s :.  Sunnah raya untuk bergembira, jangan buat orang takut nak beraya dengan macam-macam persepsi di social media.



Monday, November 29, 2021

Mampu Makan Sorang Petanda Mampu Buat Semuanya?

Kata orang.. "If you have the power to eat alone at the restaurant or sit alone in a cinema hall then you can do anything in life.".  

Ya ke begitu jadinya?.   Aaamiin Ya Robbal Alaminnn.. 

Not to brag.. setakat ini ok je jika terpaksa makan sensorang di restoran.  Tidak la sampai penangisan atau ibarat kambing jatuh ke kandang kangaroo.    



Semalam tengah bericed latte sensorang tetiba .. OMG!!!!.   Boommmm!!.  


Dikejutkan dgn bunyi letupan.  Berasap2 di langit.  Rupa2nya ada kilang terbakar.    Innalillahiwainnailayhirojiuun.   Melalui bual bicara dari orang2 kat situ.. kebakaran itu bermula dari trak.   Cuaca dah bertukar panas berdentum pun sekarang, pelbagai risiko boleh terjadi.    Jika anda terlihat topi dlm gambar tu.. itu bukan sbb ai nak melawo.. tapi bagi melindungi dari sinaran mentari.   

BENGIS..

Berbalik pada kisah 'lone ranger' (makan sensorang).. ada pro and con.   Sebagai isteri orang jika nak makan sensorang, muka kena extra bengis. Itu adalah senjatanya.  Hahahahaha..    Tapi alhamdulillah so far tiada masalah.   Ai tak ragu2 untuk bergalih tempat duduk jika kerusi yg ai duduk itu tetiba ada orang (lelaki).    Ini untuk mengelakkan fitnah atau gossip2 liar.  Pandemic ni pun satu 'bonus' juga sebenarnya.. ada alasan untuk kita conquer meja tanpa ada pun orang yg marah.


Kesimpulan dari topik ini..  jika ditemani mahram  itu lebih baik tapi jika terpaksa makan di restoran  bersendirian, ia bukan perkara unik pun untuk dibanggakan.   Lagi pun.. makan je kot.. apa yg sedih sgt makan sensorang?.    Lain lah kalau duduk sensorang dalam hutan di malam hari..  aiikkk seram ai.  Harus ku kejung tak tido sampai pagi.


p/s :  Di kubur juga akan bersendirian.. maka amalkan lah membaca surah  Al Mulk sebelum tidur supaya nanti menjadi peneman ye.    Aamiin.





Saturday, September 4, 2021

Saat Suamimu Meninggal

Older post entri untuk suami2.. ni untuk isteri pulak.  Takziah kepada sesiapa saja yg kehilangan suami angkara Covid.   Nabi SAW mengajarkan doa kepada Ummu Salamah RA yang ditinggal wafat suaminya,

 "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada-Nya. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah dengan yang lebih baik." (HR Muslim).




Menurut Ustaz, diganti yang lebih baik.. tak semestinya dapat suami baru macam Ummu Salamah.  Mungkin diganti hal2 lain.  

Begitu juga jika kita hilang kawan2 baik kita disebabkan pandemic ni atau sebelum2nya.  Teruskan lah berdoa.   InshaAllah nanti kita digantikan dengan hal2 yang kita tidak jangka.     Macam ai pun.. alhamdulillah.. dapat 'ganti' sahabat2 yg baik sebenarnya.   Ai je yg kadang tak perasan nikmat yg satu ini.  Haha..  Kena bersyukur banyak ni.   Dok buat status tak de orang sayang sejak Mak ninggal sebab hanya kasih ibu kasih yg setulus hati, kecik ati sahabat2 yg sayangkan ai dgn ikhlas tu.  Kucing2 ai pun kecik ati kalau dengar.   Patut la sekarang dah tak mo tido dgn ai lagi..


p/s.    :.    Umat manusia tak dihidupkan lama sebab Allah tak nak umatnya berlama2 dalam 'ujian'.    Dunia adalah tempat ujian.



Thursday, June 10, 2021

Pura-Pura Bodoh

Pura2 bodoh?.

Bukan nak pro mana2 tapi ai faham apa yg beliau cuba sampaikan.   "Bodoh2" yg dimaksudkan mungkin sikap merendah diri kot?.

Entri ini bukan sebagai pembahasan ke atas sesiapa.. cuma  nasihat tersebut kebetulan membuat ai terkenangkan seseorang.. tapi bukan soal jodoh.. ( sebab ai dah puluhan tahun berjodoh pun ketika "rahsia keilmuan merantau" itu diperolehi).. tapi dlm konteks menuntut ilmu dan bersosial.    

"To get ahead, you need to smart enough to act dumb.".   Ha lebih kurang begitu la ayat nasihatnya ye.. puan2...




Bila kita "pura2 bodoh" dlm kelas, akan semakin banyak yg kita pelajari sebenarnya.  Rajinlah  bertanya walaupun kdg benda2 tu kita dah tau pun.. so dgn cara ini barisan ilmuan yang sedang kita harapkan keberkatan ilmunya akan rasa lebih dihargai, dari kita bodoh sombong seolah2 telah tahu segala hal, memotong percakapan misalnya.  Pasti sangat annoying kan?.


"Other benefit is..you'll no longer become a threat to your colleagues. ".  

Begitu juga dlm wassap group, kadangkala kita perlu "menjadi bodoh 5 minit" untuk bertanya hal2 yg kita  tak tahu.. supaya tak jadi bodoh terus 50 tahun sebab tak pernah bertanya.   Sebab.. kita ibu ni dah umpama madrasah pertama pada anak3 kita.. kena banyak menggali ilmu supaya menjadi madrasah yg terbaik.   Eh!.  Baru teringat anak ai kena hafal soal2 taharah.. dah hafal ke blom dia?.


"Buat2 diri macam orang tak berguna.. supaya tak mudah dipergunakan."


Hal Jodoh

Tapi dlm hal jodoh pula.. ai prefer jadi diri sendiri. Tak selesa pula nak fake.   BTW zaman ai tu dah berlalu ye, tak sesuai lagi kot untuk bercerita hal itu lagi. So next!!!!!!!. 

To the girls out there.. Kak Mirror rasa uollz tak perlu gusar sgt dan bersedih kalau berasa jodoh anda tersekat hanya sebab kaum lelaki insecure dgn kemandirian anda.   Islam telah menggariskan untuk mencari yg sekufu pun.





Apa?.   Tak jumpa yang sesuai?.

Make sure that the environment you’re fishing in is conducive to  anything you are after.  If you want a salmon, make sure that you’re in the ocean... why you're still waiting in a pond?.   

U need to stop fishing in an aquarium and then wondering why you never encounter a fellow salmon or brim or shark or whatever.   




Ibarat macam orang pilih buah kiwi.. ada yg suka manis, tapi as Asian ai suka yg masam2.. walaupun lebih murah tapi sedap mashallah nikmat Tuhan... bubuh cili kicap.     Itu lah analogy sebuah jodoh.. selera berbeza2.  As for my girls.. I never force them to be hustle.. kalau dah jodoh tak ke mana.. semuanya telah tertulis.


p/s.  :.   Kita juga perlu berpura2 bodoh dan tak tahu bila org bertanya lokasi tempat2 maksiat supaya kita tidak tergolong bersubahat.


Tuesday, September 8, 2020

Pujian Mampu Menyelamatkan Rumahtangga

Assalamualaikum and hai...

"Woww you're beautiful..".  
Terperanjat ai tetiba ada Makcik stranger menyapa di tengah2 jalan memandang penuh minat.  Kekeke..

Tapi tidak la sampai ai kembang hidung sangat sebab beranggapan mungkin Makcik tersebut sekadar ingin menebarkan aura2 positif di tengah2 hari buta.   Atau mungkin juga hari ni aura positif ai lebih terserlah dari hari sebelumnya.. sebab dah digembirakan oleh kucing2 di rumah, maka apa yg dilihat oleh Makcik tersebut adalah roh2 yg bahagia di hati dan terserlah di wajah.





Setelah mengucapkan terima kasih ai pun puji la hidung Makcik tu pulak.. cantik mancung!.  Beg coachnya yg kelihatan classy itu juga menarik perhatianku.. rupa2nya cuma $20 dibeli dari kedai  second hand. Tapi pujian ai ikhlas ler.. bukan sekadar balas membalas semata.   Makcik tu pun happy.. dan kami pun berkenalan.. rupa2nya kami berjiran.  Begitulah hikmah di sebalik cerita di atas yg bertajuk PUJIAN.



So guyss...  Ai ada terbaca beberapa siri nota pentingnya pujian untuk pasangan mahu pun anak dalam menjalani hidup kita seharian.


Makcik tu minat dgn cara penggayaan shawl  ai ni sebenarnya..



Isteri  mahu pun suami sekalipun mungkin "hodoh" di mata org lain, harus selalu dipuji. Itu adalah rahsia kebahagiaan rumahtangga yg orang terlepas pandang.

(Ohh.. patut la IRP selalu puji ai...
Hmmm.. ni mesti dah  membaca ilmu rahsia  psychology tersebut 3 thn lebih awal dari ai.
Pasni malas la nak happy kalau dipuji lagi... Kekeke.. kidding.)


Guys...  Ada pun dimaklumkan bahawa salah satu punca kecurangan adalah berakibat tidak pernah dipuji oleh pasangan.. maka bila mana ada pula orang lain yg  memuji (contohnya ketika reunion misalnya) lantas mereka pun berasa "dihargai" atau "diperhatikan".

Contohnya :

"Wah!.  Dasyatlah you sekarang, dulu kat kelas comot je.. sekarang dah semakin hensem bergaya.. nyesal la dulu tak ngurat".

"Fuyooo!!.   Hampir tak kenal saya, ingatkan bidadari turun dari langit."

(Walaupun semua itu sekadar jarum2 syaitan sahaja sebenarnya).


Cara?.
Sbg orang Islam.. Kita kena membuat puji2an pada Allah terlebih dahulu.. contohnya...  

"Masyallah!.  Segala puji bagi Allah... Hensemnyaaa hubby saya arini.. atau jelitanya isteri abang ni.."

Ha gitchew!.   Atau maksud lainnya..
They will make you fall in love with yourself too..


Begitu juga anak3.. usah dibiarkan tanpa pujian.. dibimbangi mereka berasa kurang berkeyakinan diri.. dan akhirnya mendambakan pujian orang lain dengan jalan yg negatif.

Bagaimana pun.. pujian untuk anak2 jgn hanya tertumpu kepada penampilan luaran semata2 kerana dibimbangi Si kecil menganggap hal2 lain seperti tingkah laku dan akhlak tidak menjadi perkara utama pula.   Pujilah juga ketika mereka berjaya membantu kita di dapur misalnya.


Cara diri kita beriaksi dgn puji2an pula, sebagaimana Rasullullah S.A.W ialah .. dgn istigfar.  Wallahualam.. ni ai terbaca quote Ustaz Indo.  Agm.



Ok lah.. itu saja untuk kali ini, moga ianya bermanfaat... niteee..




 

Saturday, June 27, 2020

Boleh Dicontohi

Assalamualaikum uollz... 

Menarik peringatan ini..  meresap pula ke dalam hati.. 

"Jika rumah kita kemas dan tersusun, kita akan sentiasa bersedia untuk meraikan tetamu. Begitu juga kehidupan kita..jika sentiasa melakukan amal soleh, kita pasti akan bersedia untuk bertemu Allah.. (meninggal)."

Ok perinciannya biar Ustazah yg bertauliah je sambung...  ai nak cerita tentang perenggan yg pertama je.. tentang rumah yg kemas dan tersusun tu sebab semalam ternampak beberapa photo ini.




Photo credits :. Siakap Keli and the House Owner (lupa nama FB.. sorry).

Walau pun kediamannya simple tanpa perabot mahal2 tapi kemas tersusun.. membuat netizen terpandang rasa damai.. hingga viral.
Rumah atas air kot.. Rasanya di Phnom Penh.



Periuk belangga pun memancar2 dan disusun kemas menandakan pemilik adalah seorang yg menitik beratkan kebersihan.



Jadi.. moral of the story ialah... ??.   Jap tengah mikir ayat.


Kita tengok pula photo bawah ni.. hasil tinjauan ai sendiri, "rumah" seorang gelandangan di daerah ini.   Walau serba kekurangan dan tinggal di kaki lima, beliau masih rajin jengkan "katil".   





Jadi.. moral of the story ialah.. kekurangan bukan penghalang untuk mengemas?.  Eh macam tak sedap je ayat ni. Ok tukar ayat lain... rumah harga berjuta pun kalau hoarding... pasti tak selesa didudukki. ( Ok ke ayat ni?).  Jadi mana yg tak perlu usah dibeli.. kang rumah jadi Gunung Everest plak.. haha.


P/s :.  Mungkin ini lebih sesuai.. "Benih
yg baik dicampak ke laut menjadi mutiara."





Sunday, July 30, 2017

Poligami

Untuk lelaki2 bujang di luar sana..
Kalau anda ada pasang niat nak berpoligami di hari muka..  Kak Mirror suggest  korang mulailah dgn  wanita2 somali (sbg first wife).
Ai tengok dorang ni ada potensi menjadi isteri yg solehah dan redho.
Melalui "muzakarah" masa ai bercampur mereka dulu2, begitulah pendirian mereka. Mereka kata tak kisah kalau ditakdir hubby berkawin lagi, ditinggal berbulan2 pun tak kisah.  Btw.. tak taulah kalau di balik selimut mereka  selalu menangis.  Harap2nya tidak.



Ok kita tinggalkan kisah tersebut.. meh baca ni pula.   Kisah di sebuah kota rekaan dan pelakon2nya pun rekaan.. tapi faktanya benar.



Suami : "Senah..  apa kata kalau abang kawin lagi...?"

Isteri : "Tapi kenapa bang?.  Sebab Senah dah tak cantik ke?.  Atau abang dah bosan dgn Senah?."

Suami :"Eh, tak.. tak.. takk..  Senah tetap isteri abg yang cun melecun, perfect!.  Abang cuma.. emm cuma ingin membantu sesama islam, ibadah, dan melaksanakan sunnah Rasul..."

Isteri : "Hemm... Jadi itu alasannya..?"

Suami : "Iya Yunk"

Isteri : "Baik bang, Senah setuju kalau alasannya untuk membantu, ibadah sunnah rasul.. nanti Senah carikan dua isteri terus utk bang..!"

Suami : "Senah... 😍😍😱😱??!. Senah  memang istri  yg solehah, terima kasih wahai isteriku..  Bila Senah nak kenalkan dorang pada abg?".

Isteri : "Esok pagi bang ye, Senah akan bawa abang ke rumah mereka..!".


Pagi harinya sang isteri menepati janjinya, dia membawa suaminya pergi ke sebuah rumah,  berbunga2 hati suami penuh keterujaan.
Setelah pintu diketuk, keluarlah seorang perempuan.

Isteri : "Kenalkan Bang, ini Kak Markonah, janda Usia 70 tahun.

Suami : (terkejut)... "Tapi..?!"

Isteri : "Kenapa bang,..kenapa terkejut.?! Abang kata mau menolong, ibadah sunnah Rasul...?.  Sudah berapa banyak kitab hadis yg abang baca.?. Takkan tak sampai pada kisah siapa yg dinikahi baginda Rasullah SAW...?"

"Calon yang kedua pula namanya Kak Rohaya abg, janda usia 80 tahun rumah tak jauh dari sini.  Lepas ni kita terus ke rumahnya untuk abg berkenalan dengannya.".

Suami : "Eee... Senahh. Kalau begitu, abang kansellah nak amal sunnah  yg satu ini, yang lain saja..!!"

Isteri : "Jadi bang, kalau nak nikah lagi kerana nafsu, jangan bawa-bawa sunnah Rasul segala..  ok!.

Antara nama-nama isteri Rasulullah ;

Nama : Saudah binti Zum’ah r.a.
Status : janda.
Usia dinikahi : 70 thn
Usia Rasulullah : 52 thn
Keadaan : Wanita kulit hitam, janda dari sahabat nabi yang menjadi perisai Nabi saat perang. Memiliki 12 anak dari pernikahan dengan suami pertama.
Alasan menikahi : Menjaga keimanan Saudah r.a. dari ancaman & gangguan kaum musyrikin.

Nama : Ummu Salamah r.a.
Status : Janda
Usia dinikahi : 62 thn
Usia Rasulullah : 56 thn
Keadaan : Anak pembantu Nabi, seorang janda yang pandai berpidato dan mengajar.
Alasan : Perintah Allah untuk membantu dakwah Rasulullah.

Nama : Ummu Habibah r.a.
Status : Janda.
Usia dinikahi : 47 thn
Usia Rasulullah : 57 tahun.
Keadaan : Bekas isteri Ubaidillah bin Jahsyi, cerai kerana suaminya tukar agama jadi nashrani.
Alasan : Untuk Menjaga Ummu Habibah daripada murtad.

Nama : Juwairiyyah bin Al-harits r.a.
Status : Janda
Usia dinikahi : 65 thn
Usia Rasulullah : 57 tahun
Keadaan : Tawanan perang yang dinikahi oleh Rasulullah, tidak memiliki sanak saudara, dan memiliki 17 anak dari pernikahan yang pertama.
Alasan : Petunjuk Allah, memerdekakan budak, pembebasan dari tawanan perang dan menjaga ketauhidan.

Nama : Shafiyah binti Hayyi r.a.
Status : 2 kali janda.
Usia dinikahi : 53 thn
Usia Rasulullah : 58 tahun
Keadaan : Wanita muslimah dari kalangan yahudi bani nadhir, memiliki 10 anak dari pernikahan sebelumnya.
Alasan : Rasulullah menjaga keimanan shafiyyah dari boikot & ancaman orang yahudi.

Nama : Maimunah Binti al-harits r.a
Status : Janda
Usia dinikahi : 63 thn
Usia Rasulullah : 58 tahun
Keadaan : Bekas isteri Abu Ruham bin Abdul Uzza.
Alasan : Untuk menjaga dan mengembangkan dakwah di kalangan bani nadhir.

Nama : Zainab binti Khuzaimah r.a.
Status : Janda.
Usia dinikahi : 50 thn
Usia Rasulullah : 58 tahun
Keadaan : Seorang janda yang banyak memelihara anak yatim dan orang yang lemah di rumahnya. Mendapat gelar ibu para masakin.
Alasan : Petunjuk Allah untuk bersama-sama melindungi anak yatim dan orang lemah..


So?.  Ada berani??.


Sunday, July 9, 2017

Tip Menghilangkan Baran Suami Anda

Jangan risau kalau suami panas baran.. sebab senang je penyelesaiannya.    Mari kita ikuti kisah Puan R (bukan nama sebenar pun) yg telah berjumpa Pakar Perunding Keluarga.


Puan R  :    Doktor, saya dah buntu dengan sikap baran suami saya, barannya menjadi2, kadang sampai memukul saya.  Habis pinggan mangkuk semua melayang bila dia tgh marah. Saya sgt stress tuan Doktor.


Doktor  :    Bertenang Puan.  Setiap kali suami puan mula marah2,  puan sediakan segelas air.  Puan teguk air tersebut, kemam dan kumur2 shj tapi jangan telan.   Selamat mencuba ya.



Selang beberapa hari tetiba suami Puan R kembali "dirasuk syaitan",  bagaikan saka bermaharajalela.  Suaranya bagaikan halilintar membelah bumi.  Tanpa berlengah Puan R pun mencuba tip yang diberi oleh Doktor.

Sekadar pix hiasan


Tak sampai 10 minit,  alhamdulillah.. suami beliau kembali tenang.

Jeng jeng jeng...

Esoknya Puan R pun menghubungi doktor untuk mengucapkan terima kasih.

"Apakah rahsia di sebalik segelas air tersebut Tuan Doktor?.  Ternyata ianya sgt berkesan,  serta merta suami saya hilang marah".

Di hujung talian... Doktor pun menjawab dgn tenang.

"Tiada rahsia apa2 Puan.  Hanya dengan cara Puan mengkemam air di mulut Puan, ia menghalang Puan untuk berkata2".

Sekian.  TAMAT.


DEPRESSION on a MAN looks like ANGER… but it’s really PAIN he can’t put into words.


P/S :.    Jadi jangan sedih kalau dah terkahwin dengan lelaki yang baran.  Ada sesetengah wanita mampu menjadi penyejuk sang suami.  Banyak dah ai terbaca, ada lelaki yang mulanya panas baran, hilang barannya bila dah berkahwin.  Mungkin si isteri bersikap lemah lembut kot, hingga si suami nak marah pun tak sampai hati.   




Wednesday, August 17, 2016

Mengembalikan Kasih Suami

Assalamualaikum...

Tak sempat nak taip... sebab busy dengan assignment sampai 3 pagi.

Bagaimana pun, ai bawakan 1 keratan kat bawah ni (dari Fb page Perkahwinan) utk para isteri mengembalikan kasih suami yg hilang.  Yg menci tak semena2.  Bagai ada antu setepek kat muka isteri gayanya!.(meminjam kata2 kawan ai) 😃😃

Dalam situasi itu... jgn sekali2 tersilap teman bicara... atau terluah pada orang yg salah.  Kelak mengeruhkan lagi keadaan.

Muhasabah diri adalah jalan terbaik.. bertaubat atas dosa2 lalu. Mudah2an Allah mengembalikan keindahan itu semula sebagaimana baru2 berkenalan.

Selamat mencuba!.


Relax... sdgkan selebat mana pun hujan.. ada masa akan berhenti.. 



Bertaubatlah..
Berbuat baiklah..
dan berlaku adillah..
Inshaallah.. kasih sayang pasangan
bertambah2..

Latest post -  Misteri nusantara - Duit bertukar daun.👹👹

Saturday, March 28, 2015

Mengapa Layan Setiap Anak Berbeza-beza?.

Orang tua zaman dulu...   tengok muka si anak je, dia dah tahu cemana dalaman anak tu.   Sebab tu dorang treat tiap sorang berbeza2.   Ada yg diberi kebebasan, ada yg dpt sedikit kebebasan... dan ada yg dihalang kebebasan.    Anda sebagai anak, dalam kategori mana?.

Kuss semangat... terkejut ai tetiba di malam nan buta Dik Non.. sangkakan ada perompak masuk rumah tadi... rupa2nya  washing machine berdentum.  Huahaha... ko Sam!!!.  Maunya tak terkejut... Bergegar2 bunyik dia.      Terbantut jap nak mengarang essei yg kuberi tajuk "Mengapa layan setiap anak berbeza-beza??".

Oleh kerana terkejut.. maka, topik ni terpaksa ditunda la nampaknya ye puan2...   haha.   Korang je la tolong sambung.   Niteeee...   nak berkelubung.


p/s  :    tapi... jgn plak bezakan kasih sayang... tak patut kan?.   Tak layak jd ibu kalau cenggitu.

Tuesday, February 17, 2015

Pemilihan Jiran Yang Baik Adalah Penting

  السلام عليكم  and morning!!

Buah kana ni antara buah tangan yang jiran2 bagi sempena CNY.   Thank you very much semuanya. 



Bersyukur pada-Mu Illahi sebab mengkurniakan ai  jiran2 yg baik2 semuanya... tak kacau orang, tak busy body tapi caring.... meski berlainan bangsa dan agama. 


Banyak benda yg perlu ai syukuri kalau nak dibanding dgn keluhan kengkawan FB yg hidup berjiran...... contohnya berbunyi begini :-

Ini adalah kisah benar...

  1. Puan A (bukan nama sebenar) rasa sgt tertekan berjiran dgn "burung hantu" (suka buat keja malam2 hingga menganggu ketenteraman awam).
  2. Puan B pula tensen dgn jirannya  yg  asyik menebeng siang malam tak reti nak balik.. sampai nak bermanja2 dgn somi pun terbantut.
  3. Puan C pula mengadu tertekan berjiran dgn "Makcik radio" (kaki fitnah dan mengumpat).
  4. Puan D pula rasa tak puas hati dpt jiran yg suka Copy paste -  apa yg dia beli, jiran dia mesti nak beli yg sama jugak.  (Lorr... yg ni ai tak kisah sgt Dik Non... as long bukan mintak duit dgn ai udah ler).
  5. Puan E pula hari2 mengadu kat FB yg baju dia asyik hilang kat ampaian 
  6. Puan F pula menangis2 sebab jirannya menggoda suami dia.   (ish ish ish... selisih la kann..)


So, itulah saja antara ciri2 jiran yg meng"annoying"kan orang lain ye puan2... sila jangan contohi.  Contohilah jiran2 ai yg baik2 semuanya ni.  Moga hidupmu aman damai.


p/s :     Untuk hidup yang tenang....  pemilihan jiran yg baik adalah penting dan ia perlu dirangka sedari awal kita nak beli rumah lagi ye puan2.    Tanya dgn pemaju perumahan.. siapa yg beli sebelah menyebelah rumah kita.

Monday, February 9, 2015

Barangan Murah VS Barangan Mahal

Assalamualaikum...  hai uolls.... ai muncul lagi pagi ni sebab mcm berminat  nak menasihatkan diri sendiri dgn ucapan... "Rajin2lah menyimpan duit Sam.. sekurang2nya utk bekalan hari tua...".


Ketahuilah olehmu beberapa perkara...


  • Memakai jam tangan berharga RM30 atau RM3juta, ia tetap menunjukkan masa yang sama.
  • Rupa2nya menggalas sebuah beg tangan berharga RM30 atau pun RM3000, jumlah duit di dalamnya tetap sama, tidak la pula tetiba tinggggg!!!!   Bertukar duitmu jadi berganda.
  • Tinggal di kediaman yang keluasannya 30 atau 300 sqm, kesunyiannya tetap sama jika berseorangan.
  • Menghisap rokok berjenama mahal atau murah....  kemudaratannya tetap sama - anda tetap berisiko utk mendapat penyakit jantung mahupun kanser.
       ** Oh sorry... ai tak merokok ok!.
  • Menaiki pesawat  ekonomi kelas mahupun business class - jika terjunam... anda tetap juga menerima nasib yg sama. 
  • memakai tudung fake atau original... muka kita tetap sama, tak pulak bertukar jadi Ema Maembong.  Auww.. gebus dan ayu gitu!.



Thursday, December 11, 2014

Tip Bahagia Isteri Kedua

Haiiii Assalamualaikum puan2.  Mari Menggedix Sebentar!!. Ada yang akan marah ai tak buat entry ni??.    Gulp gulp... sorry.  Jangan ler maree... blog ai ni kan berniche'kan kewanitaan dan tak dapat lari dari dibaca jugak oleh insan2 yg nasibnya mungkin tak la sebaik kita.. (sebab terpaksa berkongsi kasih). Tak tergamak ingin meng"pembacatirikan" mereka.  Haha...  So, hari ni Ahkak Mirror nak kongsikan beberapa tip dari kawan ai yg sekapal dengan kalian.    Nama.. biarlah rahsia..  biar kupanggil sebagai Puan Loyah bukan nama sebenar.



Kata Puan Loyah...

"Tu la..org kata kawin pertama kali tu jodoh dah sampai kena layari sebaiknye.. Isteri kedua ni jodoh jgk..tp dgn ade sbb.. kenapa suami nk beristeri lg..jd sbgai isteri kedua kena beringat..kalau kita layan dia ala kadar je..dia akan ckp mcm ni serupa aku tak payah kawen lg..wat semak kepala je. Maka sbb itu sebenarnya lebih berhati2 and bg yg terrrrrbaik utk suami.

Ustaz Kazim Elias ckp kalau hidup bermadu jgn tanya suami, pihak sana layan abg mcmne.. dia gitu tak..dia gini tak.....don't ask so many question..tanamkan sikap bila suami balik rumah awak... awak layan dia cukup2..makan dia..kat tempat tidur..layan first class..".


Puan Loyah ni memang pandai menjaga hati  honey dia ya puan2...  merendah diri dan rajin hantar ole2.  Sila contohi.





Nasihat Kak Mirror pulak...  

"Bagus la kalau ko cenggitu Loyah.   Moga aman bahagia. Jgn jadi macam sesetengah orang,  berkecai hati first wife sebab kemain gedik show off.. bergambo honeymoon ke sana ke mari di media, shopping sakan... berpeluk2, baik2 mulanya pihak sana restu... syaitan dlm hati berbisik2..  baik2 bahagia, terus tersantet".  

Ok lah.. babai.  Nak layan budak sunat.  Arini ai masakkan sup ikan bawal.



Older post :   Menjaga budak sunat



Wednesday, September 24, 2014

Adakah Anda Isteri Yang Bijak Atau High Maintenance?

Kemas2 cari casing compact powder, terjumpa lipstik2 lama yg dah tinggal tunggul.  Dapat plak 6 bijik. Apa lagi... nak redeem dgn lipstik baru la nanti!.   (Salesgirl kata syarat dia kena kumpul 6 casing baru bleh reedem).  Yey!!.    Nak redeem kaler apa ye?.  Idea pleaseeeee...









Jadilah isteri dan pengguna yg bijak ye puan2!. Kasihanilah suami anda. Ecewah!. Teringat kisah jejaka yg termenyesal mengkawini si jelita angkara high maintenance dan sikap "suka berselfie yg sukar dikawal" yg tgh menjadi viral kat FB skg ni. Ada terbaca tak?. Korang ke tu?. Kekeke.. Bukan aku... sbb aku tak jelita mana dan tak suka berselfie...   Huhuhu...  


Nak bijak lagi... korang tanam la Bunga Kantan keliling rumah.  Sebatang bunga kantan yg cekudud pun dah RM3.50 kat JB ni... alahai... tak berbaloi langsung.  Kat BP 50 sen je.


   



Wednesday, August 13, 2014

TERmalu... dan Kisah Air Tangan Isteri

Psst2...teman2 blogger yg dikasihi sekalian.. nak tau tak...  
Hari ni kan... Ahkak Mirror TERmalu sekejap... hik hik.. 
(rasa2nya ni bukan la entry pertama yg Kak Mirror  ada  menyebut 
tentang TERmalu... hampir tiap kali ada kawan2 declare 
pernah tersesat kat belog ni..  dan dorang rupa2nya
baca senyap2...Kak Mirror TERmalu sendiri..
entah pape je la kan.. cemana nak jd blogger TERKENAL kalo 
gini gaya?.  Hua ha ... poyo!).


Bukan la apa ye sahabat2 semua...
Bukan sesaja TERmalu... tergedix tak tentu pasal..
semua berakibat dari penulisan2 masa lalu
yg ada antaranya ditulis dlm keadaan yg belum 
cukup matang ketika itu..
entah apa2 tah yg ditulis... ikut gelora muda..
Hanya beberapa tahun kebelakangan ini je 
agak matang sikit kot... sbb umur pun dah bersiri2..
Begitulah kisahnyaa...



Itu masih kira ok lagi.. sebab kawan..
of coz ler kita tak ada ngumpat dia kat belog kita..
(kalau ada pun... silalah maafkan ye... kekeke)
bagaimana pulak kalo boss yg terjumpa?
Boss UOLL ler... my boss tak kisah..
Cuba UOLL bayangkan akan natijah2nya...
kwang kwang kwang.... 

So... moral of the storynya... 
tulis saja la  yg baik2..
Begitulah ceritanyaa...
TAMAT!.




*Bagaimanapun utk kawan2 ai tu....  terima kasih la ye..  sudi singgah ke belog merapu ai ni.. dan  atas permintaan Cikgu Azie, maka Kak Mirror ketengahkan isu AIR TANGAN ISTERI PENAMBAT HATI SUAMI yg telah kami perdebatkan dlm wassap group untuk tatapan anda semua.   Sama2 kita renungkan (click to enlarge).





p/s :    Kalau isteri tak sempat masak...  gosokkan baju suami, itu pun dah diistilahkan sbg air tangan ye puan2...   diulangi... AIR TANGAN... bukan AIR BASUHAN TANGAN..... khe3..   Itulah  TIP MENAMBAT HATI SUAMI.... tapi BUKAN SUAMI ORANG ye...    SUAMI  ANDA..

Thursday, July 3, 2014

isteri kawan somi - kawan kita. Kawan kita - kawan somi

Bila seseorang itu berkahwin... bermakna isteri kawan suami automatik menjadi kawan kita.   Pening tak ayat aku ni?.   Jika kau genius pasti kau akan faham apa yg aku maksudkan.  Kalau kurang genius sila makan pistachio.  Keh3.



Sejak kahwin  17thn yg lampau... beratus2 isteri kawan IRP telah "mendaftar diri" menjadi sahabat aku secara automatik. Meski aku bukan jenis yg suka bertandang2 (mutakhir ini) dan selalunya hanya dpt ditemukan di majlis2 hari raya atau reunion.. tapi doaku tetap mengiringi mereka saban waktu.



*Anda pula,  ce cerita... mesti ada yg dah jadi best fren pun kan.. malah kalau suami anda jenis ramai kawan.... bermakna kawan anda juga berlipat kali ganda jadi berpuluh2 ribu..  Wah!.  meriah dunia anda!.



Begitulah indahnya perkahwinan... mengembang luaskan lagi persahabatan dan hikmah di balik ramainya sahabat, mungkin one of them adalah insan yg dapat memberikan kita syafaat ketika di akhirat nanti..   Aamiin..



Tapi... syahdunya.... semalam di suatu pagi yg hening, one of them telah menjadi balu (bermakna kawan IRP telah meninggal dunia pagi semalam).  Terkejut aku mendengarnya.  Innalilahiwainnailaihirojiuun.   Ianya begitu memberi kesan dlm jiwa aku....  mana taknya, kami sama2 saling kunjung mengunjung masa kecik2nya si Ain.    Sama2 baru belajar hidup ketika itu di kota nan mencabar ini.. (cewah!).  Sama2 berkongsi cerita tentang brand diapers apa yg best, tentang kek apa yg nak dimasak, tentang sakitnya bersalin.  Alih2... tetiba dgr sebulan lalu, kesihatan sominya merosot dan semalam menghembuskan nafas terakhirnya.   


Betapa dunia ini terlalu singkat.    Betapa kita tak payah nak bersedu sedan merajuk dgn pasangan kita  puan2 kerana semua itu singkat.   Sama ada kita atau dia yg akan pergi dahulu.   Maka, insafilah......  jgn gaduh2 lagi tau dgn pasangan anda... senyum2 je selalu... mcm ni :)  (sambil buat mulut menyeringai).



p/s :   isteri kawan somi - kawan kita.   Kawan kita (yg lelaki ler) - kawan somi ~ bidalan baru.