Sunday, July 9, 2017

Tip Menghilangkan Baran Suami Anda

Jangan risau kalau suami panas baran.. sebab senang je penyelesaiannya.    Mari kita ikuti kisah Puan R (bukan nama sebenar pun) yg telah berjumpa Pakar Perunding Keluarga.


Puan R  :    Doktor saya dah buntu dengan sikap baran suami saya, barannya menjadi2, kadang sampai memukul saya.  Habis pinggan mangkuk semua melayang bila dia tgh marah. Saya sgt stress tuan Doktor.


Doktor  :    Bertenang Puan.  Setiap kali suami puan mula marah2,  puan sediakan segelas air.  Puan teguk air tersebut, kemam dan kumur2 shj tapi jangan telan.   Selamat mencuba ya.



Selang beberapa hari tetiba suami Puan R kembali "dirasuk syaitan",  bagaikan saka bermaharajalela.  Suaranya bagaikan halilintar membelah bumi.  Tanpa berlengah Puan R pun mencuba tip yang diberi oleh Doktor.

Sekadar pix hiasan


Tak sampai 10 minit,  alhamdulillah.. suami beliau kembali tenang.

Jeng jeng jeng...

Esoknya Puan R pun menghubungi doktor untuk mengucapkan terima kasih.

"Apakah rahsia di sebalik segelas air tersebut Tuan Doktor?.  Ternyata ianya sgt berkesan,  serta merta suami saya hilang marah".

Di hujung talian... Doktor pun menjawab dgn tenang.

"Tiada rahsia apa2 Puan.  Hanya dengan cara Puan mengkemam air di mulut Puan, ia menghalang Puan untuk berkata2".

Sekian.  TAMAT.




5 comments:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...