Thursday, January 17, 2013

Warkah Untuk Playboy

Adik-adik boboy....Tanda-tanda  orang munafik itu ada tiga iaitu, apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila diamanahkan ia khianat (HR. Syaikhan dari Abu Hurairah r.a).   



Sudah amat jelas, pastinya seseorang yg dikatakan "PLAYBOY" itu tidak lari dari  melakukan pembohongan demi pembohongan demi mendapatkan apa yg mereka hajati. Ini termasuklah penyamaran identiti dan pelbagai lagi lakonan demi lakonan, berkemahiran  membuat janji2 palsu untuk menjayakan misi, berkepakaran pula mencari alasan–alasan untuk lari dari menunaikan janji.  Nauzubilahiminzalik...

Keplayboyan adalah gabungan dari 35% pendustaan, 30% pemungkiran janji, 33% pengkhianatan dan hanya 2% ketampanan diri.



MasyaAllah Dik....Kemunafikan termasuk kebatilan tingkat tertinggi dan amat berbahaya dlm kehidupan manusia. Ia lebih berbahaya dari kekafiran kerana kekafiran akan nampak nyata tapi kemunafikan terselindung oleh "kebaikan". Maka sebab itulah  Allah SWT memberi hukuman yang sangat dahsyat untuk para munafikin ini.

Bacalah tentang dosa-dosa orang munafik..

"Sungguh, orang–orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka" (QS. An Nissa 4 : 145).




Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman :

"Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu".

(Kepada mereka) dikatakan :

"Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)". Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan di luarnya ada azab" (QS. Al-Hadid 57 : 13).


Orang-orang munafik itu memanggil orang-orang mukmin,

"Bukankah kami dahulu bersama kamu?"

Mereka menjawab,

"Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datang ketetapan Allah; dan penipu (syaitan) datang memperdaya kamu tentang Allah SWT" (QS. Al-Hadid 57 : 14).


"Maka pada hari ini tidak akan diterima tebusan dari kamu mahupun dari orang-orang kafir. Tempat kamu di neraka. Itulah tempat berlindungmu, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" (QS. Al-Hadid 57 : 15).

NAUZUBILLAHIMINZALIK...


So, adik2 boboy semua.... yg masih berniat atau yang sedang jadi playboy marilah fikirkan kembali sebelum menyesal di hari pembalasan. Waallahualam.

p/s :    Takut Dik... ahkak!.   Gulp!.  Rasa2 pernah ke aku jadi playboy masa muda2 dulu.... eh salah.. playgirl?.   Emmm... takde kot, playgirl takde... perkataan yg lebih tepat.. ramai peminat kot ...kekeke...jgn muntah.    Apa2 pun... mohon maaf semua yg telah tak dpt kawin ngan aku... wakakaka.. (kurang2 aku dah mintak maaf sebelum menyesal kat akhirat... korang ada?).


9 comments:

  1. Yg ex-ex boyfriend tu ada baca tak N3 ini? Apa-apa pun insaf bila baca N3 Sam yg ini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde agaknya Kak...hehe.. Memasing dah busy dgn dunia mereka yg tersendiri.

      Delete
  2. kalau playboy kat luar sana baca tak insaf2 lagi taktau la nk kata apa dah..kehkehkehkeh..juga peringatan utk diri sendiri jangan jadi munafik..
    semoga kita semua diberkatiNYA ..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.... moga kita semua terhindar dari perbuatan2 munafik kan Linda. Balasannya amat dasyat.

      Delete
  3. akak .. entry ni best .. kalau update status dekat fb TAG kat sy please , nak kasi Ex sy terasa juga .. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih... hehe..

      Ha bagi sini ID FB.... nanti add Kak Mirror.

      Delete
  4. Assalamualaikum . saya minta izin nak share boleh . . ? sbb entry nie terlalu best . nak bagi kwn2 baca . .

    ReplyDelete
  5. berminat untuk menziarahi/mengunjungi Perth? klik di sini : http://ziarahperth.blogspot.com.au/

    informasi di hujung jari. pasti terjawab segala persoalan anda.

    "jauh perjalanan luas pemandangan"

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.