Thursday, January 17, 2013

Paceri Rambutan

Menu kami malam ni Paceri Rambutan (yg tak berapa mendapat sambutan.... di rumah ini..)... mungkin sebab ada kari ikan, satay goreng dan sayur sawi kot.



RESEPI PACERI RAMBUTAN
Bahan2

*  rambutan yg telah dikupas - suka ati la byk mana.
*  bwng putih, bwng merah, halia
*  bunga lawang, kayu manis (apa2 je yg diklasifikasikan sbg rempah tumis, masukkn je).
*  udang kering
(semua bhn2 di atas ditumbuk kecuali rambutan dan rempah tumis)
*  Serbuk kari
*  Daun kari

*Garam, sedikit gula, perasa, lada hitam jika suka

Cara :

1). Masukkan minyak, masukkn daun kari, rempah tumis..
2) Tumis bwng2 yg telah ditumbuk hingga garing.
3). Masukkan bancuhan serbuk kari.
4). Biar dia naik minyak... masukkan rambutan, garam, gula, perasa
5). Tunggu hingga sebati dan masak.  Angkat.

Sorry tiada sukatan... kita main campak2 je.

Optional -->  bubuh  rempah 4 (tak bubuh pun).
*Mungkin  lebih sesuai dinamakan sbg "paceri" jika  kita bubuh sedikit kerisik kot?.  Eh.. mandai je aku, apa2pun resepi ni memang sedap dan boleh diketengahkan sebagai hidangan meja pengantin.  Terima kasih kepada yg berkongsi (tak pasti siapa sebab dapat dari tangan ke tangan).


OLDER POST :   Warkah Untuk Playboy :'(

20 comments:

  1. assalam..singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
  2. Ni resepi yg sesuai di musim byk rambutan ni... Boleh cuba lain kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy - kalau tak musim, laici pun boleh kot... kekeke.

      Delete
  3. Replies
    1. Mimi - t.kasih...bagi penggemar rambutan mcm saya, mmg akan kata ianya sedap.

      Delete
  4. Wah Sam,

    mengugat ketabahan hati nie
    tapi yong kat sini kalau ada rambutan confirmed tak sempat buat pajeri
    awal-awal lagi dah langsai dengan adik
    rambutan kat sini 10 biji RM29.80..adohaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Yong - Mak aiii... mahalnyaa.. beli rambutan dlm tin je Cik yong.

      Delete
  5. pertama kali dengar pajeri rambutan..selalunya belah2 perlis, kalo musim rambutan ni banyak sangat, dibuatnya jem..tingat dolu2...member hostel bawak jem rambutan pastu makan dengan biskut 4 segi lemak hupseng tuh..sedapnyaa..sungguh nostalgia..
    kat hostel tu rasanya perut asik lapar jerr..hahaha
    MM, nk cuba lah nnti resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya jem yg Linda ckp tu.. terbayang2.

      Ya, dipersilakan mencuba..

      Delete
  6. Rajin u mempacerikan rambutan tu, kalau i ada rambutan lebih buat jem je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de la rajin sgt pun sebenarnya I ni Dr.... cuma skrg ni tgh trend di kalangan gang masak2 FB buat paceri rambutan..

      Delete
  7. pestime dengar paceri rambutan...sedap yea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk dibanding dgn paceri nenas.. tetap sedap paceri nenas sebenarnya.

      Delete
  8. Paceri RAMBUTAN...pertama kali dengar ni....wahh lepas ni ada yang try paceri stoberi ke...longan ke....hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Mama, klu strawberry yg masam2 mungkin sesuai kot..

      Delete
  9. oo ada ye pajeri rambutan. resepi pun senang je. boleh le try. suka makan pajeri tapi tak pernah amik tau resepinya :p

    ReplyDelete
  10. Kreatifnya...tak pernah terfikir sebelum ni nak buat...lepas ni leh la try...tq
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Ummi Aiman..

      Saya pun dpt resepi ni dari kawan FB. Selamat mencuba.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...