Sunday, January 20, 2013

Restoran Wadi Elarab (10 gambar)

Listen! Listen! Listen!. I dah jumpa dah Restoran Arab yang best kat JB ni. Tu la...teman blogger I, Cik Yong  selalu rindukan menu2 Tanah Malaya, yg kita kat sini plak rindu beriya dgn menu2 Pak Arab.  Siang tadi JB hujan, tu yg perut rasa nak makan yg sedap2 je (walhal dah masak ayam masak lemak, sawi sos tiram, sambal belacan, ayam goreng dan baki mee hoon goreng breakfast).

Rindu nasi arab Cyberjaya sebenarnya.. tp apakan daya.. nak kucapai tangan tak sampai.. jauh sgt la pulak.. maka cari je la area2 JB ni. So, lepas maghrib kitorang bergegas ke sana.   My cousin ada cadangkan satu restoran .. Al Hanin, dekat dgn Stadium Larkin tapi disebabkan cadangannya terlewat I terima.. ( I dah on day way kot masa tu).. so yg tu kita pegi lain kali.  Tq atas cadangan tu.  Harus kena masuk dlm list.

 Ok.. kita layan gambar2 plak...............  RESTORAN WADI ELARAB


Dekorasi dalaman yg mendamaikan..



boleh memilih untuk bersila atau makan di meja makan


 sebutharga untuk rujukan anda..
eh... utk nasi arab dan maghlubah.. lupa 
nak upload plak... lain kali la I update ye..



pilihan Qistina - Qistina kata sedap..
kenyang sgt sampai tertido2 dia kat timbunan bantal
yg tersusun rapi di ruang makan ni..


teh arab utk my hubby..



kami berdua memilih nasi arab..
boleh memilih utk makan di dulang jika anda suka..
(kami dah ckp mcm tu.. tp mereka hantar set lain pulak).




 pizza ni.. crust dia sedap... dari tepung bermutu tinggi mungkin..
ada rasa mcm biskut crackers sikit..


Total Harga untuk 2 nasi arab, 1 pizza, 1 speghetti...
2 fresh orange, 1 skyjus, 1 teh arab hanyalah RM75.50 shj...


tengok ni.. licin kami makan... sila fokus pada meja yg ada botol mineral ni, abaikan sekumpulan insan yg di depan tu ye..  itu adalah pelanggan2 lain, bukan kami..









**IRP teringat bondanya bila makan nasi arab  yg sedap ni, ok ok... next time
tapau utk Mak plak.......pls take note Sam, kang terkejar2 balik kg  lupa semuanya..

OLDER POST :  RESEPI PACERI RAMBUTAN

10 comments:

  1. gambar pertama tu tengok macam ala2 kedai kain jaa...menarik dia nyer deko dalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik dan selesa Linda.. rasa mcm nak baring2 je sesampainya kat situ. :D

      Delete
  2. Mujur baru kemarin makan nasi arab saba...tak la terliur sangat tgk entry ni... Sedap kan?

    ReplyDelete
  3. bila tengok sisha tu teringat masa ke egypt dulu. teringin nak beli tapi sebab naik kapal laut dan barang pun dah banyak, takut terpecah dalam perjalanan pulak.
    saya baru 2 kali kot makan kat kedai arab. nasi sedap tapi macam kering tekak sikit le sebab takde kuah dan air pun hidang cawan kecik je. hausss. huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaa dpt pegi Egypt.
      Ha'ah.. kering tekak sikit mkn nasi arab sbb takde kuah, tapi kalau restoran kat Cyberjaya.. diorang ada sediakan kuah... sedap, ada rasa2 kambing sikit.

      Delete
  4. Hahaaa..
    Nasi arab kat pdg pasir ni murah n sedap
    Udah tempat dia kan Sam..
    La ni dah bnyk kedai arab yea.

    Ps:pernah try mkn nasi arab letak smbl tumis? Cecuber best tau ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I rindukan nasi arab kat Mekah... :'(

      Nasi arab letak sambal tumis?. Harus sedap... sbb sos nasi arab kat sini ni pun ada yg ala2 sambal tumis (cili + tomato).... pun dh cukup mengancam.

      Delete
  5. bukak lg x kdi ni? rs nk g singgah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya dah pindah tempat lain Sis. Cuba dapatkan no. telefon diorang and try call.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.