Showing posts with label Untuk Adik-adik Cumil. Show all posts
Showing posts with label Untuk Adik-adik Cumil. Show all posts

Thursday, July 18, 2024

Sebelum terima pinangan.

Assalamualaikum gurlz!.

Since we're already discussing the topic of marriage, I'd like to share my opinion to all girls out there.

Marry a man who will be the best father for your children. Because, when you step into motherhood, you will understand that what you truly value in a partner isn’t financial prosperity or ideal physique. Good looks and money are desirable, but they aren't everything you should be looking for. 


Just imagine at 2 a.m., when the baby is crying, and your eyes are heavy and your body weak after childbirth. What's important isn't how he looks or what he has. It's his support and love for you that will push him out of bed to take care of the baby right away and tell you:

"Have a rest, honey. I've got this."

If I could tell young people what to consider in a partner, I would say: marry a man who will be the best father for your children. A man who will put you and your family above everything else. A man who is as responsible as you are in raising the family because both of you are in this together. Because in all of it, every time you see your partner with your children, you will fall in love again. Choose wisely, not just for yourself but for your children.


Wednesday, March 6, 2019

Kalau Muka Tak Cantik Macam Mana Nak Cari Jodoh?.

Bukan pengikut  Lady Gaga,  malah  tak pernah ambik pot pun pasal beliau... tapi disebabkan video ucapan dan tangisannya masa menang OSCAR kemarin asik lalu lalang dan ayat-ayatnya agak menginspirasikan.. maka gigih ai paterikan kat sini..

                                  Pic tiada kena mengena.. sekadar hiasan



"......all I have to say is that this is hard work. I've worked hard for a long time, and it's not about, you know...it's not about winning. But what it's about is not giving up.  If you have a dream, fight for it. There's a discipline for passion.  And it's not about how many times you get rejected or you fall down or you're beaten up. It's about how many times you stand up and are brave and you keep on going. Thank you!"






Ya la kannn....  If you have a dream.... fight for it... gurlz.    There's a disipline for passion.  Soal   jodoh  pula usah dipikir sgt..  serahkan kepada Yang Maha Esa je.   So selagi uollz muda belia ni... kejar je lah cita2 dlm pelajaran sehingga mampu membahagiakan orang tua.


Pebenda tetiba cerita pasal jodoh plak ni?.   Oh sebab aritu ada kawan ai minta bincangkan topik ni...  tapi berhubungkait dgn anak beliau. Sorry lah ai blogkan kat sini plak..  sesaja k!.  Kot ada yg ingin memberi buah fikir... kita raikan perbezaan.  Lagi pun bukan anak you je yg pernah suarakan dilema ni...  kawan ai pun ada sorang yg inferiority complex sgt macam ni..  sokmo ngadu.


Topik dia.... "kalau muka tak cantik, macam mana nak cari jodoh..?".

Kami belek2 pic.   Hidung mancung.  Cantik!.  Kulit hitam manis.   Remaja sunti lagi.  Emmm... btw,  elok juga kalau tak perasan cantik,  di situ dah timbulnya satu kecantikan.

"Kenapa boleh terasa macam tu?".  Soal kami sebagai panel "hakim".

"Mungkin sebab kawan2 lain dah ada boy friend kot?".

Ohh  I  see.    Kasihan ye.    Lagi pun muda sgt.

Well.   Ada boy friend bukan penanda aras KECANTIKAN..  tak ada boy friend bukan petanda tak cantik.    


Lagi pun cantik itu kan subjektif.  Boleh jadi kecantikan mu tidak "diiktiraf" oleh masyarakat sekolah mu atau kampung mu...  tapi.. mungkin di negara lain kau umpama ratu.  Ha gitchew..

Yang pentingnya... asli.  Tak pakai susuk atau seumpamanya.   Jika redho atas apa yg Allah kurniakan apa adanya... inshaallah ada la tu jodoh yg baik menanti.  Optimism is a happiness magnet, if we stay positive.. good things and good people will be drawn to us. 

I have seen beauty in people who were call UGLY and I have seen the devil in the most angelic faces.




P/s  :

Jodoh kdg2 muncul dlm situasi yg tak disangka2...   tak semestinya cuma dlm ruang lingkup kita sahaja..  dunia ini luas.   Dan bila ia muncul... kadang2 tak sampai seminggu berkenalan pun tetiba meminang... begitulah keajaiban Allah.



Wednesday, September 26, 2018

Bukan Menantu Pilihan

Saya sedang cuti ni.. anak2 pun tengah cuti sekolah jugak, tu yang mampu buat  "2 hours 4 hours blogging rule".  Haha..



Allah adalah sebaik2 perancang,  last week saya memang all out menyiapkan tugasan sampai 3 pagi, IRP pun terpaksa berkorban.. bukan berkorban apa, tido dengan lampu terang benderang.  Pagi2 saya bangun tros migraine akibat memerah otak kuat sgt terkejarkan deadline. 😅.

Rupa2nya minggu ni Allah nak suruh saya berehat.. tu pun alhamdulillah diselangseli melayan pertanyaan homestay,  sambil masak untuk family, basuh baju, mengemas rumah dsbnya.  Ahh itu memang rutin pun sekali pun tak cuti.   Kalau tak tentulah memalukan dan otak pun serabut tengok rumah tongkang karam.

Well... hidup tak semestinya kena terlalu sempurna..  apatah lg hingga menyusahkan orang lain, especiallynya pasangan hidup kita.  Saya berkata begini kerana teringat kata2 Mak Datin yg saya temui tempohari.

"Nowadays very hard to get a good wife.  Lagi2 kalau saya cari menantu dari kampung saya.  Mereka pasti telah membayangkan kalau hidup di Astroli (Aussie) ini harusnya gah2.  Lantas bila jadi isteri.. lantas komplen.  Yes it happened  to my friend.. menantunya komplen oh i am not your maid, why u ask me to do this and that?".   Ujarnya tentang bakal2 menantu bukan pilihan.

P/S : Itu beliau?.  Kalau bakal menantu Mama pulak??.   No comment.   Takut mama nak komen..  Chal.    Haha..

Monday, August 6, 2018

It all starts with you

Innalillahiwainnaliayhirojiuun.   Sorry guys if you can't reached me at the moment.  My phone is "not feeling well" now after accidentally washed and soaked in the washing machine.   Tak Tun Tuang!! Tak Tun Tuang!.  Dia belum mandi!.   "She" wanted to take a shower in there.  Let it be!. Yes I know, some of my friends suggested me to stuff it in a dry rice bag to absorb moisture or water in it.. but seem like it still not working till now.   


"Ahhhhh it just a phone Mom!!. " said my son.

Yess..  it just a phone Son.  I agree.  Thanksss!.

So, let's be a blogger council again to motivate people out there especially for a broken hearted lady who wanted to be named as T.   She told me verbally, it is very hard to find a right man nowadays.   Really??.  Ish ish ishhhhhhhhhhh.  


Wait.. wait.   I know breakups are the worst especially if that person leaves you for someone else.   But don't call yourself a failure just because you 've been through a lot of failed relationships.

Not all men/women are the same.  There are many couples out there who celebrated their 20, 30 and even 90 anniversary besides with a happy life.

Maybe you haven't met the right person yet.....but don't worry because even how many times you failed the most important is how many times you stand after the storm.

Yes, you can't simply calm the storm,  what you can do is calm yourself, then the storm will pass.  Now what you can do is loving yourself which means being confident in your own face, your hair, your  skin, being a person full of gratitude..and that will attract the right kind of people to you.  Inshaallah.  When you start taking care of yourself, you start feeling better, you start looking better and you even start to attract better.



p/s    ;    Why wait for a man to give you a flower when you can give yourself a dozen??.   I have a lot of flowers in my backyard.   Haha..

Friday, December 4, 2015

Sunday, May 31, 2015

Perlu Ke Pulangkan Barang Pemberian Setelah Putus?

Maaf Dik..
Kak Mirror demam.. hmmm..huhu..
Sebab tu la Kak Mirror tak reply lagi kebuntuan jiwa yg adik2 alami.  Pelan2
Kak Mirror reply ye..

Ni permasalahan pertama :-



Persoalan beliau ialah..

"Perlu ke pulangkan balik barang yg diberi.. lepas putus".

*maksud beliau ni.. putus cinta.. bukan putus tunang ye, kalau tunang, pulangkan dgn cara beradat.

Assalamualaikum Dik..

Kalau nak hati jadi lebih tenang.. pulangkan.   Apatah lagi kalau dia yg reject kita.  Makin disimpan.. makin sukar pulak membunuh kenangan nanti..



Berbeza pulak klu kita yg reject mereka.  Nak reject org pun kena ada skill Dik.. "reject with the good manner"..  Haha...  Kalau boleh jgn sampai perbuatan kita menggores.  Pulangkan brg2 tu dgn cara elok.  Kalau dia kata.. "dihalalkan"..  pertimbangkan ler..  dah rezeki awak ler tu namanya.  Tapi tengok la benda apa yg dihalalkannya tu?.   Takat pensil sebatang OK ler tapi kalau kereta ke, TV ke, duit riban2 ke. paham2 ler..   Mungkin di mulut kata halal.. dlm hati menyumpah2.. sapa tau.

"Oo barang dia nak... orgnya Tak nak.. aku sumpah kau jadi kerepott".

Heee Scarry kannnnnnn??.







OK la Dik.. Kak Mirror nak tido...
demam... hmmm huhu.. (ni bunyi Kak Mirror nangis)




Dah 2 hari dimanjakan oleh anak2 dara Kak Mirror.  Thanks Ain masakkan pavlova yg sedap ni.

p/s :.   Kalau ex hadiahkan kucing atau binatang bernyawa macam mana nak lupakan ex tu, sbb tiap kali nampak binatang tu teringat ex?.   Alah.. swap je kucing tu dgn kucing kawan.   Settle!.  Don't worry kay... adik2.




Thursday, March 5, 2015

Result SPM Si Polan Ni OK... Tapi Takde Duit

Tak semua orang lahir dari dulang emas kan?.    Ada yg lahir dari dulang tembaga, ada yg dari aluminum....   dan ada yg tak ada dulang langsung.    Begitulah kisahnya pada sorang adik boboi ni...  result SPM dia baru2 ni agak memberangsangkan.... tapi MAFI FULUS pulak family dia.   Mak ayah org susah.   Jadi... tak tegamak ler dia nak menyusahkan orang tua.

Eh!.    Assalamualaikum semua!!.






Ok... Dik, pekata dengar kisah kawan2 Kak Mirror plak ni.    Mana tau dpt idea. Kak Mirror banyak koleksi sahabat2 yg dahulunya juga adalah anak orang susah spt anda.   Tapi skg telah menjadi manusia hebat!.   Syukur alhmadulillah.  Sapa yg ai nak jadikan contoh utk  kisah ni ye?.    Kang ai tulis2 kisah dorang... tetiba dorang terjelepuk plak kat sini...  haha....naya ai!!.


Ok la.... ai contohkan Mr.  X (bukan nama sebenar) sebab telenovelanya sgt menarik.    Lepas SPM beliau kerja utk dapatkan modal belajar.  Ada la dlm setahun dua mcm tu.   Kesian kan?.   Di saat2 kawan2 sebaya sibuk bercerita pasal assignment...  beliau hanya mampu terkecur liur je.

Sepanjang pengajian...  hari2 makan biskut utk menampung hidup.   Makwenya yg cun melecun pun terpaksa dilupakan..  Ya Allah sedihnya..    nak nangis ai mendengar kisahnya itew!.   


Ok... lupakan kisah Mr.  X.    Pegi pulak pada kisah Mdm Y (juga bukan nama sebenar),   Beliau tawakal je dgn gaji sebanyak RM200 ketika itu.... tapi masih mampu sambung belajar.  entah ler, Kak Mirror pun tak tau la mcm mana nak sinopiskan cerita beliau ni...  tapi memang ajaib.   Mungkin disebabkan sikap tawakal dan penyerahan diri selain rajin berdoa kot. 


Ok Dik....   nasihat Kak Mirror satu je....... solat jgn tinggal.  Makwe terpaksa diliupakan buat sementara waktu, demi masa depan.   Moga Allah tolong.


Jika anda ada cadangan2 bernas??.







Sunday, December 21, 2014

Putus Cinta Di Saat Nak Bertunang

Assalamualaikum w.b.t and afternoon adik2 cumil Kak Mirror semua..
hari ni Kak Mirror nak bantu adik boboi yg sorang ni..




Busy la sangat kononnya  Kak Mirror ni... padahal cuma buat marble kek.

Dik, Kak Mirror nak tanya... adik mengongkong si dia itew dlm keadaan panas baran ke?.  Ada bertepuk bertampar?.  Alkisah sesiapa pun akan tercedera hatinya bila ada pasangan yang baran, selalu ngamuk, kuat cemburu.  Heeee pleaseee.   Memang la boleh bertahan dek kerana cinta, bertahun2 boleh tahan... tapi bila ada insan lain yg lebih cool, tenang....  of coz jiwa yg mulanya sabar akan beralih arah.   Apatah lagi kalau orang tu lebih  hensem.  Kekeke.   Mengapa bln 10 putus sedangkan bulan 12 nak tunang?.  Mungkin dia ada buat solat isytiharah kot once you ada ura2 nak meminang tu.


Ok...  berbalik pada impian utk kembali pada si dia.   Itu payah sikit Kak Mirror nak jawab... sebab jodoh adalah rahsia Allah.  Ketentuan sejak di loh mahfoz dan tertulis sejak kita berusia 4 bulan dlm kandungan lagi.   Kita hanya mampu berdoa.  Andai telah tertulis jodoh adik dengan si dia, pasti suatu masa dia akan kembali.   Andai berlaku sebaliknya, sentiasa berbaik sangka dengan Allah..  Allah ingin menghadiahkan yang lebih baik, mungkin dpt yg lebih cun, lebih kental jiwanya,  lebih ramai zuriat, lebih disayangi your parent, your sibling.   Anggap je camtu ...  sentiasa redho .. nanti Allah sayang.   


Jom Dik... perbanyakkan isytigfar...  Dgn berisytigfar, Allah memberi kita jalan keluar.




Coolkan diri... dgn ABC..   hihi..


Saturday, March 22, 2014

Tip Supaya Bakal Suami Suspen Di Malam Pertama

Buah apakah ini?
Bijik getah?

SALAH!!




You all pun dah kubagitau itu ari kan... yg aku skrg ni  suka nau makan buah berangan.   Tapi buah berangan kali ni IRP belikan yg dah siap berkupas.   (paket dia dah kubuang).


"Sedap tak?".   Tanya IRP.

"Rasa dia ok.. suka!!. Cuma lain sikit la Bang bila takde kulit, rupa2nya kulit tu yg buat kita rasa thrill nak makan...haha".


Ibarat gadis berhijab (berhijab sejak azali maksud aku...bukan mcm Makcik kau ni... dah dkt nak kawin baru muncul kesedaran diri... Ya Allah moga kau ampuni dosa2 Sam ni Ya Allah),  pasti bakal suamimu nanti Dik Non berdebar2 menghitung malam kemantin utk melihat bagaimana rupa bentuk rambutmu di balik kerudung.


Itu jelah tipnya ye adik2 supaya berdebar di malam pertama.  Takde unsur2 lucah punnnnnnn!!.   Ni kan belog peribadi...


Lain-lain post :  

10 TIP MENJAGA DARA HINGGA KE MALAM PERNIKAHAN
4 TIP MENGEMBALIKAN KEPERAWANAN 
Malam Pertama Yang Mengaibkan


Wednesday, December 18, 2013

Nasihatku Sebelum Kau Ditimpa Penyesalan

Assalamualaikum... and tengahari!!!


After December, comes January 2014..............and that means  I'm getting older  you allsss!!.  Wow!.   Clap clap clap!.    100 marks for Makcik Mirror!!!!. 


Di sepanjang menjalani proses2 penuaanku yg lalu.......... pelbagai pengalaman telah dilalui, kukongsikan di sini untuk renungan insan2 cumil yg baru mengenal hidup.  

                   
Kesimpulan yg ku dapat dari proses2 pembelajaran itu  ialah :-


1).    Pakai bedak mahal atau murah - muka kita tetap sama je.  

Sejak Allah menjadikan aku sbg wanita, aku pernah pakai compact powder RM200++, RM150, RM45.... (sbb ku sangka muka aku akan bertukar jadi Jeniper Lopis... tapi tak).  Beberapa hari lepas,  keinsafan menjelma, aku mencuba pakai pulak compact powder yg rega dia cuma RM16 je...... bila aku pandang ke cermin, muka aku..... alhamdulillah.... tetap jadi Sam dan bukan Kak Limah.


2).    Baju Raya   

Kalau kita ada anak dara yg badan dia lebih kurang kita, jgn beli baju sama corak dan patern dgn kita (kaler sama takpe), kalau tak, ianya merugikan sbb bila dia dah tak suka baju tu dan nak recycle pada kita... gerobok kita akan mengalami pemandangan yg senada dan membosankan... dah macam menyimpan satu koleksi uniform pulak jadinya.


 
3).    Untuk Adik2 Cumil Yg Mengkomen Dlm Entry "Kekecewaan"

Tumpang sedih Makcik Mirror ni Dik, dgn luahan anda dlm entry ini
La Tahzan, InnAllaha Ma'ana ...
Don't feel bad if someone rejects you..  people usually reject EXPENSIVE things because they can't afford them.  Hua hua ha... setuju kan?. 



Ok lah...  itu je nak tulis.   Eh!.  Pesal entry ni tak bergambar ye??.  Karang aku cari gambar yg bersesuaian.





Tuesday, April 16, 2013

Cara Memikat Lelaki Yang Tak Begitu Berkesan

Sedang menghirup cikong sejuk ketika dating ngan  hubby pagi tadi  tetiba mataku dikejutkan oleh seorang gadis muda melintasi meja kami.     Rambutnya lurus tanpa rebonding bak mayang mengurai, badan langsing berkurung cotton biru menyerlahkan lagi keayuannya yg berkulit putih melepak.   Muka?.   Boleh tahan gak la kalau nak dibanding ngan aku.  (tapi masa aku 22, menang aku lagi kot...kekeke.).



Ai lebih tertarik dgn kurung cotton yg dipakainya.. lebih kurang
camni bunga2 dia..


Di depan tempat kami duduk, sebarisan pemuda2 kacak bertali leher..  mungkin tgh rehat pukul 10 kot.  Gadis yg mulanya "normal" tadi tetiba menguraikan rambutnya ke sebelah tepi...
             

"Nampak sangat ek..." kata IRP..

"Nampak sangat?.   Apa yg nampak sgt?".    

"Nampak sangat nak goda lelaki... bila nampak laki2 je....terus rambutnya diketepi2kan... hahaha".      .. Mandai je laki aku ni, berburuk sangka.. tak baik tau darling!  ( entry ni tiada unsur2 mengumpat laki aku ye, sebab ditulis atas izin beliau.. kalau sesenang nanti tau la dia baca sendiri).


Susah jugak nak cakap  darling, kadang didesak oleh rasa malu pun menyebabkan pompuan (especially yg masih anak dara) susah nak mengkontrol pergerakkannya bila berjalan di celahan orang ramai.   Ada sesetengah tertunduk malu.. ada sesetengah jalan terkempar2, tersepak batu  pun ada...kekeke.. pendek kata disebabkan oleh termalu yg amat.  

"Tu la pompuan... silap diorang ni,  tak semua lelaki tertarik pun kalau style GEDIK2... patut diorang ni berguru dgn I dulu cara2 me'nackle lelaki... ".   What?  "Gedik?".   Sebut perkataan "gedix" tu slow2 sikit eh....  Harus diketahui akan kronolgy kenapa tagline "Mari Menggedix Sebentar!" itu  dipilih utk belog ini... hanya mereka dan keluarga mereka je yg tau. ;)

Cara-cara me'nackle lelaki?.      Tak payah tackle la Dik Non.....   kalau diorang berkenan kat kita, pandai2 la diorang ngorat.    Satu cara je nak me'nackle rasa2nya...   tunjukkan nilai2 murni, pasti yg ngorat pun lelaki2 suci.   In shaa Allah bahagia ko dunia akhirat.  Aamiin.


Saturday, February 23, 2013

Cinta Terhalang Oleh Orang Tua - wajarkah diteruskan?


*Pix atas - sewaktu lunch di Restoran Madinat, selepas selesai melawat sebuah kematian melibatkan seorang bayi... kesian, tersentuh naluri kewanitaanku melihat ibu muda  itu  menangis teresak2 walau aku tak begitu mengenalinya,    moga Allah memberikan ketabahan buatnya.   Sesungguhnya dunia ini adalah tempat yg susah, sedih dan hina, sesiapa yang mendapat sesuatu kegembiraan itu adalah merupakan keuntungan yang diberikan oleh Allah s.w.t. - Pinjam jap ayat2 Dr Zulkifli bin Mohamad Al bakri.  (Credit to KN juga sbb smlm terbaca ayat ni kat FB dia ).


Enggan mendetailkan situasi di atas....  sebab kita nak  beralih pada satu topik hangat.....  



"Bakal Mertua tak berapa berkenan dgn si X.... haruskah si X meneruskan  perhubungan itu?".



Kalau tanya Kak Mirror ..... "Hmmmmm tak payah la... cari je orang lain.......  ko nak ke nanti hidup asyik nak jaga ati orangggg je?".    Amboiiii ganasnya jawapan... astagfirllahalazimm....   Sam, mcm la kau plak yg nak kawin .... LOL...


Jika TAKDIR ALLAH menentukan yang kau bukan
dengan dirinya, kau TIDAK AKAN bersama dengannya..
tetapi jika ALLAH telah menulis jodoh kau dengannya,
kau TETAP akan bersama dengannya walaupun
JAUH TERPISAH..

Solat isytiharah ye.. itu lebih afdhal.


p/s : some people are going to like u no matter what u do and some people will never like u no matter what u do..

Thursday, February 14, 2013

Secret Admirer?. Korang ada?


Can you have a crush on someone without talking to them?



Aku macam pernah dengar Ustazah cakap dgn aku.. beliau kata kalau sesorang itu memendam perasaan cintanya pada seseorang yg lain hingga dia mati tak bagitau pun kat orang itu, dia akan dapat pahala yg besar... tapi wallahualam la, kot la aku salah dengar...  harap la maafkan.  Rujuk la korang dgn Ustaz2 fofular.

Tapi.. status anak sedaraku Yuna Rosly semalam mengingatkan aku tentang persoalan itu :-



"Cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali k.w, yang akhirnya Allah pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad. Berjihad menentang kehendak diri. Menundukkan nafsu hati." -


sekadar gambar hiasan -  tiada kaitan dgn entry...   Ni waktu beli hadiah utk bini Ubai kat Sen Heng, dah janji dgn adik penjual ni nak upload pix dkt blog, asyik terlupa..   You all kalau nak cari present, beli la kat Sen Heng, bagus layanan dia,.. senyum 24 jam adik penjual ni melayan customer.. .hehehe.... tak macam kedai penjual  minuman ber air batu kat BP tu.. nyampah ahkak dgn cashier dia..  berlagak nak mam**s.





Patut la kawan aku si hero malaya yg muka ala2 Ustaz tu memendam cinta setengah mati kat kawan kitorang berpuluh2 taun..  Even skrg dia  dah kawin, asyik lagi dok menanya2 gadis yg pernah dipujanya masa kat sekolah.   Dasyatt..   Sib baik la aku tak habaq kat bini dia.  :D


Ha!!!.  Nak tanya korang ni... ada tak S.A kat orang?.
Dah kawin ni Dik Non.. kena "musnahkan" segala memory dan perasaan yg terpendam kat orang..

Ada org tua berpesan (sesaja beliau ni sampaikan apa yg dia dgr dari ceramah)... kalau rumahtangga mcm takde keamanan je, asyik gelisah, gaduh....mungkin ada yg tak kena dlm jiwa salah  seorang... (masih syok kat orang lain kot), pendek kata "kecurangan" walaupun dilakukan secara diam2, efeknya pada diri pelaku itu sendiri..  Hee seram.


OLDER POST :    Tangani Masalah Sebagai Wanita Yang MATANG


Thursday, January 17, 2013

Warkah Untuk Playboy

Adik-adik boboy....Tanda-tanda  orang munafik itu ada tiga iaitu, apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila diamanahkan ia khianat (HR. Syaikhan dari Abu Hurairah r.a).   



Sudah amat jelas, pastinya seseorang yg dikatakan "PLAYBOY" itu tidak lari dari  melakukan pembohongan demi pembohongan demi mendapatkan apa yg mereka hajati. Ini termasuklah penyamaran identiti dan pelbagai lagi lakonan demi lakonan, berkemahiran  membuat janji2 palsu untuk menjayakan misi, berkepakaran pula mencari alasan–alasan untuk lari dari menunaikan janji.  Nauzubilahiminzalik...

Keplayboyan adalah gabungan dari 35% pendustaan, 30% pemungkiran janji, 33% pengkhianatan dan hanya 2% ketampanan diri.



MasyaAllah Dik....Kemunafikan termasuk kebatilan tingkat tertinggi dan amat berbahaya dlm kehidupan manusia. Ia lebih berbahaya dari kekafiran kerana kekafiran akan nampak nyata tapi kemunafikan terselindung oleh "kebaikan". Maka sebab itulah  Allah SWT memberi hukuman yang sangat dahsyat untuk para munafikin ini.

Bacalah tentang dosa-dosa orang munafik..

"Sungguh, orang–orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka" (QS. An Nissa 4 : 145).




Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman :

"Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu".

(Kepada mereka) dikatakan :

"Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)". Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan di luarnya ada azab" (QS. Al-Hadid 57 : 13).


Orang-orang munafik itu memanggil orang-orang mukmin,

"Bukankah kami dahulu bersama kamu?"

Mereka menjawab,

"Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datang ketetapan Allah; dan penipu (syaitan) datang memperdaya kamu tentang Allah SWT" (QS. Al-Hadid 57 : 14).


"Maka pada hari ini tidak akan diterima tebusan dari kamu mahupun dari orang-orang kafir. Tempat kamu di neraka. Itulah tempat berlindungmu, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" (QS. Al-Hadid 57 : 15).

NAUZUBILLAHIMINZALIK...


So, adik2 boboy semua.... yg masih berniat atau yang sedang jadi playboy marilah fikirkan kembali sebelum menyesal di hari pembalasan. Waallahualam.

p/s :    Takut Dik... ahkak!.   Gulp!.  Rasa2 pernah ke aku jadi playboy masa muda2 dulu.... eh salah.. playgirl?.   Emmm... takde kot, playgirl takde... perkataan yg lebih tepat.. ramai peminat kot ...kekeke...jgn muntah.    Apa2 pun... mohon maaf semua yg tak dpt kawin ngan aku... wakakaka.. (kurang2 aku dah mintak maaf sebelum menyesal kat akhirat... korang ado?).

Ya Allah, if I was ever the reason of someone's pain, please heal them and forgive me. Aamiin.


Thursday, December 6, 2012

Fesyen raya 2013

Fesyen Raya 2013.. atau untuk kenduri-kendara.  Berminat sila email Kak Mirror ye :  missmiror@ymail.com.   Kurung-kurung cotton bermanik.  Untuk lain2 warna dan pilihan.. Kak Mirror dah update di S.Q.A Toi Galery fanpage.  Cantik jahitan maniknya.   Bila teringat manik-manik labuci ni teringat kisah kawan I yang kecundang dlm percintaan.  Nak share kat sini utk renungan anda, especially adik2 cumil yg terhalang cintanya.  Oh nama biarlah dirahsiakan... beliau adalah seorang usahawan butik yg berjaya.   Lawa-lawa hasil jahitannya, tak sepadan dgn orangnya yg low profile..

"EMAK MERTUA TAK JADIK" AKHIRNYA MENYESAL...

"Kejayaan saya hari ini adalah atas kegagalan semalam, cintaku terkubur di tengah jalan Kak Sam".  Luahnya suatu hari  bila I mengucapkan tahniah atas kejayaanya (tapi bukan supplier pada baju2 kat bawah ni ye... langsung takde kena-mengena).

"Puas sudah saya dihina, ibu teman lelaki tak menyukai saya, maklum la saya ni belajar tak pandai.. kami tinggal sekampung".   sambung wanita yg sudah pun berkawin dan punya anak itu.

"Sejak itu, saya nekad mengubah nasib.   Walau saya tak berpelajaran tinggi, saya berazam untuk pergi lebih jauh.... saya percaya segala apa yg saya terima (penghinaan bakal mertua itu) pasti Allah turunkan bersebab".  Lebih kurang mcm tu la ayat2nya.       Kak Mirror  pun dah ingat2 lupa..




Ternyata  beliau mengotakan segala azamnya.   Bermula dari sekadar suka-suka menjahit labuci di rumah, akhirnya telah mendapat tempahan demi tempahan.  Satu tempahan labuci je dah mencecah beratus2 ringgit beliau kata.  Tahun demi tahun akhirnya membuka butik pulak.   Wah!.  Dah macam novel yg I baca aritu (lupa plak tajuk), kisah gadis yg terhina sbb bertanda lahir akhirnya berjaya kerana labuci.

"Sekarang kalau saya rasa saya nak berjalan, saya berjalan Kak Sam... saya pegi melancong bawak anak2, macam2 negara dah saya pegi.   Alhamdulillah semuanya atas usaha2 saya sendiri... dan ibu ex-boyfren saya tu akhirnya saya dgr mcm menyesal pulak tak pilih saya...hehe".   Sambungnya lagi disulami dgn gelak kecil.   Alhamdulillah ternyata beliau  cukup bahagia dgn perkahwinannya walau bukan dengan kekasih yg dipujanya sejak zmn persekolahan.   

"Kak Sam kalau nak belajar jahit labuci, datang la sini... saya ajar free je..".   Offernya lagi... tapi apakan daya,  mana la I sempat nak singgah butiknya yg nun jauh kat sana tu.


Jadi adik2,  UNTUK SI DIA YANG SUDAH PERGI... USAH DITANGISI LAGI, BIAR DIA PEGI
JADIKAN DIRI LEBIH BAIK, BIAR DIA BERASA RUGI.... hehe..




Kain-kain ela, quality = cotton, harga RM80.00 masuk postage... sapa berminat sila email ye..















All SOLD OUT! Sorry.

Wednesday, October 31, 2012

Kawin pada usia muda... ok ke tak ok?

Gigih si makcik membuat soal selidik demi anak sedaranya yg disayangi yang tak sabar nak kawin..  :D



Jika menurut komen2 di atas, rata2 yang kawin muda ni pompuan, bagaimana pula kalau remaja lelaki, apatah lagi jika beliau masih belajar tapi mendambakan perhubungan yang halal ?.   Girlfren dah ada... tu yg dia tak sabar tu... hahaha.. (gelojoh tau!)


*sah! jap lagi ada orang yg akan ngamok dengan Makcik Mirrornya... baik I lari sebelum apa2 terjadi... lariiiii.... tapi sebelum tu, nak tepek dulu doa ni...






Semoga dapat diamalkan selepas solat untuk   KELUARGA BAHAGIA, PASANGAN BAHAGIA, JODOH YG BAIK, ANAK YG BAHAGIA, CUCU YG BAHAGIA,  Surah Al furqan ayat 74. - credit to Ustazah Bahyah.






Monday, September 24, 2012

Ciri-Ciri Lelaki Yang Bakal Curang?? :D

"Betul ke hubby kau curang lagi???".   Tanyaku separuh terkejut dgn statement kawan aku dlm tepon. (tapi tak terkejut besar sgt la,  terkejut kecik je...sebab pernah dikejutkan dgn berita yg sama tahun lepas).

"Ya betul...".   Jawabnya ringkas, tapi tenang.  (Kalau aku, dah nangis agaknya..... kekeke).

"Kau ni, entah2 kau buruk sangka tak?".   Sekadar ingin memberikan sedikit ruang untuk dia bernafas, ku cuba memujuknya.

"Takde, dia sendiri mengaku...".   Jawabnya tegas...

Huh!!!!... dgn awek mana plak la si X curang  kali ni?.  Fikirku sendirian... serta-merta aku insaf puan2.    Segala beban duka yg kutanggung semalam bagaikan sirna dibawa pergi oleh permasalahan sahabatku yg lebih  menggunung ini.    Tak rela aku kalau berada dalam kasutnya, meski Hush Puppies sekalipun... biarlah aku duduk dlm kasut Bata aku ni je..


"Dari bujang lagi memang dia dah playboy ke?".   Tanyaku mewakili wanita2 yg ingin tahu di luar sana.

"Tak tau....  Masa tu aku tengok dia ok je".  Jawabnya dalam sendu..

Ok puan2... bagaimana agaknya ingin mengenalpasti wajah2 bakal pencurang sebelum anda membuat keputusan menerima pinangannya??.     Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri, kelak hidupmu berbantalkan air mata.. mari kita buat kajian....


Adakah beliau ???

1).  Pencinta wanita sejak azali atau bahasa kasarnya Playboy?
2).  Romantik... manja?
3).  Handsome sangat  (bukan nak tuduh lelaki yg terlampau hensem semuanya curang tapi kebarangkalian untuk mereka digoda  amat tinggi).
4).  Pernah putus cinta sebelum ini tanpa kerelaannya? (putus terpaksa).
5).  Kahwin paksa?.

Lately ni pulak orang kata lelaki tak hensem ramai yang curang berbanding yang hensem, lebih suka setia.  Ya ke?.   Sebenarnya yang hensem tu lebih pandai simpan. (Bukan aku yang kata lah tapi).  Yang tak hensem tu eksen je lebih, suka show off konon digilai ramai.  Padahal non ado,  flirt sana flirt sini kerana insecure dengan pasangannya.  Pun ada ye?.  Hailah doniaaa!


AWAS!.  Jgn percaya sgt dgn kajian mengarut aku ni.    Sebarang bantahan amat dialu2kan...

Bagaimanapun, ini ada tip untuk mengenal pasti sama ada kekasihmu seorang yg setia atau pun tidak... jika dia setia dia mungkin akan :-

1. Banyak menasihatimu kerana dia amat menyayangimu.
2. Berusaha mengongkong kebebasanmu kerana perasaan cemburunya yang meluap².
3. Sentiasa takut kehilanganmu.
4. Sentiasa mengawasi pergerakanmu kerana dia sentiasa berasa curiga.
5. Tidak suka ada lelaki lain yg rapat denganmu.
6. Dia mudah berasa cemburu.


Seorang lelaki tidak curang kerana dia mahu kehilangan kamu. Dia curang kerana dia ingin lari daripada kamu. Maka, jadilah sumber ketenangannya, bukan bebannya.

"Orang perempuan adalah kaum yg sgt istimewa. Allah kurniakan gerak hati, boleh merasa di dalam hati pada sesuatu perkara baik/buruk yg telah/akan terjadi, apatah lagi kalau menjaga solatnya, bukan stakat menunaikan semua waktu tetapi MENEPATI masa solat, kita akan mudah mendapat firasat."  Maka tunaikanlah solat tepat pada masanya. Subhanallah -  sumber : program tanyalah ustaz  tv9"


Friday, September 21, 2012

THE LAW OF ATTRACTION

Every time we think a thought, every time we speak a word, the universe is listening and responding to us.  That is what we call LAW OF ATTRACTION...... hukum tarikan..   Apa yang kita fikir,  itulah yg terjadi kerana bila kita menyatakannya,  semesta alam akan mendengar dan bertindakbalas terhadap kita.

So puan2..  from now on we have to start saying things that we feel really good about ourself.

I love who I am. 
I love life. 
Life loves me.  
My husband loves me.
My family loves me.
Puan Mirror is so beautiful..." opps...

It's going to be smooth and easy. And we just start doing that—it's planting seeds. We're not going to get it the first day, but we plant a seed and we water it and we continue the affirmations, and things start to shift and change in our life.

Ya begitulah...Tidak disangkal,  memang menakjubkan hukum tarikan ini puan2.     Nanti kita kongsikan pengalaman peribadi yg pernah dilalui.   Pasti ada kan?.



Eh  tak de gambo la aku nak bubuh pada entry ni,  korang hayati je la pesanan  Madicinasnaturitas   ni.... gambo jugak ni kan...


Nak tanya,  pernah tak korang  target nak ngorat orang yg sekian2 bentuknya,  pastu tak semena-mena rupa2nya orang tu suka pulak kat korang?.  Dan rasa2nya usaha kau tu takde la besar mana pun.... sekadar hari2  membayangkan orang tu je kan?.   Itulah namanya  kuasa  undang2 tarikan.


Itulah yg terjadi pada kwn lama aku, aku tengok dia kemain fanatik sgt  dgn sorang artis ni (haha... mamp*s kalo dia terbaca entry aku ni...... ampunnn!!) .  Sebesar2 dia tampal gambo  retis tu kat  dinding (tak baik dik, malaikat tak masuk rumah.... tp bukan itu topik  yg Kak Mirror sentuh arini)...  pastu kan,   tak lama tetiba ada sorang jejaka macho baru muncul kat kampus, ropa dia iras2 retis tu.....mmg hensem la kan....  dia pun sukalah.     Jadi dia pun ari2 sebut.. dah mcm berzikir dah aku tengok... tak lama pastu aku peratikan diorang dah jadi couple beb!.  Eh mak! Bertuah kau... dlm ati aku.   (entah sapa yg ngorat sapa... tu aku tak tanya la pulak,  tapi yg pasti khayalannya telah menjadi kenyataan..... walau bukan dgn artis pujaannya,  dpt yg seiras pun berbaloi la jugak kan). 


Nak interframe gak cerita aku plak.....zmn dara dulu aku selalu cakap ngan KN osmet aku rumah lama, dgn Nafisah osmet aku rumah baru pun aku selalu berzikir benda yg sama... :D.. biasa la topik remaja bila memalam takde apa nak buat kan..... "aku nak cari somi yg badan dia tinggi,   yg pandai cakap omputeh (wakaka..... kelakar kan taste aku,  atas alasan apa,  tak tau lah), pastu orang Bee Pee " (bukan apa, masa tu aku ni agak paranoid sikit la ngan org,  kalau dpt org dekat, kurang2 aku kenal sapa org tu, pastu  kan dekat la ngan family aku kan) .    Miraclenya.... kuasa Allah, sering saja aku ditemukan dgn org2 yg sedemikian rupa.....  dan akhirnya yg dah termaktub di loh mahfoz si IRP tu la.. atas hasil Law Of Attraction tadi tu ler kot..  alhamdulillah.

Adik2 di luar sana.... yg blom kawin,  sila la mencuba method ini ye...:D.

Kalau melayan aku ckp mmg sampai esok pagi pun tak abis, lain2 tentang kisah benar dari hukum Law Attraction ni aku rasa aku dah pernah tulis kat entry2 yg lepas, ala ingat tak dulu aku kata aku nak sgt anak lelaki pastu aku....  ah malas la nk cerita semula, penat... byeeee.



p/s :  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA

Friday, July 27, 2012

Moga Abg & SIL saya sihaf walafiat di Tanah Suci.... dan tip pilih calon suami

Didoakan moga Abang saya, Ustaz Baha dan My SIL, Ustazah Fatimah dipermudahkan oleh-Nya dalam menjalani ibadah umrah ketika ini.   Suhu 50 Degree ketika ini membuat anakandanya di tanahair  risau ... tapi don't worry Dear..  kiranya skrg Ayah sedang  berada di Madinah,  aircond Masjid Nabawi sgt kuat.. no worries..     Begitu juga aircond Majidil Haram di Mekah.  Segar, selesa, harum...  Ceh tetiba cerita pasal aircond dah mengalah Shashal, budak laki-laki peminat aircond itu.  


Cuma jika sedang melakukan tawaf, hok tu yg perlukan kesabaran yg tinggi, especially di bulan2 puasa begini... kalau tak, tak kan ler pahala umrah ketika ramadhan menyamai haji kan?.    Tapi kalau bawak spek itam (difahamkan speknya tertinggal kat rumah) ... time tawaf bukan bleh pakai pun.  Kang kena dam plak.  Takpe nanti kalau nak ziarah, beli je spek kat Bin Dawood ada byk... 30 riyal dah bleh dapat yg berkualiti dan cantik.

Ok.. itu kisah abang kandung I dan umrahnya.... Kengkawan tlg doakan kesejahteraan mereka ye.  Thanks..  

Entry Kak Mirror kali ni sebenarnya nak ala2 Mak Joyah kepoh untuk adik2 cumil di sana.. "Psst... Dik Non, dah ada bopren blom?".

Kalau belum, time ramadhan ni la paling sesuai untuk membuat pilihan calon suami.  Memula, cuba tengok bibir lelaki tu... kering ke tak?.  Kalau kering dan ada simptom2 sedang puasa... ha elok la tu, bleh carry on.  Kalau segar semacam je... better say good bye..(Wahaha.. kejam!).   Ok itu je tip dari Kak Mirror untuk adik2 cumil buat kali ni, jumpa lagi!!!

Wednesday, April 11, 2012

Cara Meneka Umur Orang

Haihh...."adik2 boboi" sekalian ni.... ada jugak antara anda ni yg bagaikan gila talak rupanya ye.. (Kak Mirror dapat detect melalui "cctv")... tak abis2 nak mintak tip "cara mengembalikan bekas kekasih"... sudah2 la tu Dik... biarkan je la dia pegi. Lagipun... takat mana je la dia nak eksen dgn kecantikan yg dimilikinya skrg ni... pompuan ni kecantikannya tak lama mana pun..


Tadi kan... Kak Mirror terbaca di Utusan.com... cara sorang doktor ni mengenal pasti usia seseorang hanya dari raut wajah... Terus Kak Mirror terinsaf... Ha'a la kann... tak lama mana pun Allah pinjamkan kecantikan itu buat wanita... sampai masanya ia akan dibawa pergi.. terus Kak Mirror copy pastekan di sini supaya Kak Mirror insaf yg maha berpanjangan.. wahaha..




1) Usia 30an - pada usia ini, kulit akan jadi tampak matang dan kasar dan jadi sangat berbeza dengan wanita berusia 20an dan belasan tahun.


2) Apabila usia meningkat ke 35 tahun - kedutan kecil mula kelihatan di tepi mata. Sesetengah pula mengalami kedutan halus pada dahi.


3) Apabila mencecah 40-an garis di bawah mata mula kelihatan. Kehadiran garis ini semakin banyak apabila otot muka mula mengendur.

4) Selepas usia 45 kesan kedut semakin ketara terutamanya pada dahi. Lemak pula mula berkumpul di bawah mata. Ini menimbulkan kesan mata yang bengkak dipanggil eye bag.


5) Apabila usia mencapai 50-an segala yang dialami semakin meruncing. Perubahan wajah menjadi ketara. Ketidakcukupan hormon semakin membelenggu. Tulang mengecil terutamanya tulang mata dan soket pada gigi. Gigi menjadi longgar dan panjang akibat tulang yang mengecil. Ini membuatkan wajah tampak mengecut dan garisan mula kelihatan di sekitar mulut. Garis sekitar mulut biasanya mengunjur dari tepi bibir ke bawah.


p/s : Ala...bukan hanya wanita sahaja ye, lelaki pun mcm tu... so, adik2 cumil yg frust ditinggalkan jejaka hensem.. sila2lah bayangkan wajah mereka ketika mereka dah berusia kelak.. agak2 masih hensem lg tak?