Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts

Wednesday, July 1, 2026

Pernikahan Cucu Sedara

Alhamdulillah.   Tahniah Anis dan Roslee dah bergelar  mentua kepada Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Moga rumahtangga yang dibina cucunda Fiqa dan suaminya bahagia berkekalan till Jannah.  Aamiin Ya Robbal alamin.





Terima kasih  atas door gift yang diberi.


Berita penuh di Berita Harian.


Wednesday, December 31, 2025

Majlis Walimatulurus Anak Saudara

Excited anak-anak dapat meraikan majlis resepsi sepupunya di Malaysia.   Rasanya dah 5 tahun kot mereka tak dengar bunyi kompang.   Teruja Cik Q sebab ini lah kali pertama melihat “upacara tol” yang hanya berlaku di Johor.   Mr BBjr pula dah menghitung hari dari awal tahun lagi untuk berjumpa sepupu-sepupu dan makcik pakciknya yang terpisah benua.  






Selamat pengantin baru my nephew, Han yang ganteng dan isteri, Cikgu Shida yang cantik rupawan.   Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Syurga Firdaus.  Aamiin.


Dihidangkan nasi bukhari yang sedap meletop.  Masya Allah.   Moga kedua mempelai dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda kerana  menjamu kami dengan hidangan  yang hebat-hebat  dan lazat ini.  Aamiin.   

Wednesday, November 12, 2025

Ku Di Sini, Kau Di Sana

 Assalamualaikum 

Fanny.. teman maya Miss Mirror!!.  Ku di sini kau di sana.  Selamat datang ke Malaysia, Sister!.      Harapnya dah jumpa tempat-tempat makan yang telah dilistkannya dari blog ini.

Sebagai pengenalan. Ibuk Fanny adalah seorang penulis blog dari Indonesia yang sejak dulu antara insan baik hati yang sering menceriakan ruangan komen di blog ini dan rakan-rakan Blogger yang lain. Tulisan di komennya selalu punya cara tersendiri untuk menenangkan hati kita yang rawan terasa lebih ringan kerana ada saja perkongsian lucu yg disampaikannya. Masya Allah.

Lucunya, ketika beliau kini berada di Malaysia, saya pula berada di negaranya. Seakan gurauan kecil daripada takdir dua jiwa yang bersilang arah pada masa yang sama.  Lagi pun Allah mesti tahu, saya ni orangnya kan pemalu. Kekeke.   Memang  jarang berjumpa teman Blogger di alam reality.. tapi di alam fantasi, yes!. 😄.  

   


Depan kedai di Jodja ni ada satu restoran (lupa nak snap).  Sedap betul dia masak Gudek.



Pertama kali makan gudek dan ternyata ianya sangat sedap.

 Ok itu je nak tulis.   Mood menulis tengah ke laut sejak travel ni.  Mungkin badan tengah penat kot.


Sunday, February 2, 2025

Sambut Birthday Tepi Sungai.

 Happy birthday Cik Q!.    Birthday kali ni Cik Q memilih tema biru berlokasikan Swan River, South Perth.






"Allahumma inni as aluka bi anni asyhadu annaka antallah, Lailaha illa anta al ahadus somad, alladzi lam yalid walam yulad, walam yakullahu kufuwan ahad"

Mama doakan semoga Cik Q sentiasa dalam ketenangan dan kebahagiaan, menjadi Business Women yang solehah dan HEBAT, terkenal seantero dunia, dihormati dan disegani oleh penduduk langit dan bumi. Dikurniakan suami yang beriman, handsome, berkarisma dan menyintai Allah dan Cik Q selama-lamanya. Masya Allah!.  Aamiin.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Cik Q! 💖


Thursday, December 19, 2024

Al Fatihah

Pagi tadi kami mengambil teman dari Australia di airport. Dalam bahagia ada pilu yang tak dapat disembunyikan. Malam tadi sedang kami berbual rancak dan teruja di wassap tentang itinerary percutiannya ke Eropah tetiba kami dikejutkan dengan berita yang meluluh tangkai hati. Seorang sahabat kami yg lain (Arwah Y), yang telah lama berada dalam lipatan kenangan, telah pergi buat selama-lamanya di kota kelahirannya, Indonesia.

Bagaikan batu yang menghempap kepala. Jiwa seakan cuba menafikan sebuah hakikat. Berulang kali fikiran ini terbang jauh, merentas waktu, membayangkan segala impian yang belum sempat digapai—sudah seringkali berazam untuk menziarahinya jika kami ke Jakarta lagi. Namun, takdir lebih pantas menentukan segala-galanya.






Tiba-tiba, memori-memori indah berputar kembali di minda. Moment2 sederhana  yang penuh makna—saling bertukar juadah (kerana arwah adalah jiran kami di Aussie). Setiap detik manis itu kini terasa begitu berharga, seperti mutiara yang terperosok di dasar hati, terawang2 dalam kenangan.

Lebih menyentuh lagi, arwah yang sentiasa ceria, tidak pernah mengungkapkan kesakitan yang ditanggungnya. Dia memilih untuk menyimpan semuanya mungkin tidak mahu memberatkan fikiran siapa-siapa. Sikapnya yang penuh keceriaan dan tenang ini adalah cerminan keperibadian yang mulia, sesuai dengan kedudukannya sebagai isteri kepada seorang tokoh terhormat.

Al-Fatihah untuk arwah, semoga tenang di sana. Kehilangan ini membuka mata ini tentang betapa singkatnya waktu yang kita miliki. Hidup ini bagaikan debu yang terbang dihembus angin—tak tahu bila ia akan hilang. Maka, hargailah setiap detik bersama orang yang kita sayangi, kerana mungkin itu adalah detik terakhir kita bersama mereka.

Nota :  gambar adalah ole2 dari kawan ai.  Alahai buat report2 saja kamu ni Mbak.  




Friday, May 17, 2024

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar Pendidik terutamanya Guru-guru yang telah mengajar diri ini.   Moga segala jasa dan bakti dibalas oleh-Nya.  

Sebagaimana tiap tahun, menarik tema-tema pakaian yang diperagakan oleh kawan-kawan saya yang bergelar Guru (mereka share di wassap dan FB).   Ternanti2  juga kalau-kalau ada yang buat tema "eco costume".   Tapi tak ada nampaknya.    Kalau tak, ai nak let go shopping2 bag dan plastik2 yang banyak kat rumah ni untuk you guys buat baju. 😁.  

Bukan apa, aritu nampak Pertandingan Ratu dorang buat gaun dari kanvas biru tu lawo pulak. (Orang lawo, pakai apa pun lawo, kita pakai mungkin macam kemah bergerak. 😅😅).  Terus ai imagine kalau kita buat baju kurung pun mesti gempak.  Walaupun mungkin Tailor akan sedikit menangis kerana jarum mungkin akan patah berkali2... at least lepas majlis boleh recycle pulak jadi baju hujan.



Selesai mengemas shopping2 bag yg Cik Q tinggalkan, maka kita makan laici dan ubi rebus.


Moga menjalankan tugas dengan berdedikasi dan ikhlas.  Lagi satu nak pesan, jika menasihati (anak murid) jangan sampai menghina kerana ia tak elok untuk jangka masa panjang.   Bagi anak murid pula.. hormatilah ibu bapa dan Guru.  Sekian.   



Friday, March 8, 2024

Selamat Hari Wanita

"When women support each other, incredible things happen."

Selamat Hari Wanita!.






Assalamualaikum.


Bersempena Hari Wanita ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Blogger yang secara tak langsung telah menceriakan hari-hari saya sebagai wanita selama ini.   Bukan mudah menjadi wanita ya puan-puan.  Cabaran silih berganti. Segala komen-komen yang anda tinggalkan umpama melodi  yang membangkitkan perbincangan yang menggerakkan hati dan minda. Ia bukan sekadar catatan dan pandangan ringan, tetapi bagi saya  satu persembahan yang memperkukuhkan komuniti, memberi inspirasi, perspektif baru yang memberi warna kepada topik yang dibincangkan. Seperti melodi dalam lagu, komen-komen anda memberikan irama kepada blog ini.

Tapi, kita ni manusia biasa, tidak la semuanya tersusun baik-baik saja.  Di balik semuanya ada juga SCHADENFREUDE!.   

"Sam, apa itu schadenfreude?.".   tanya seorang sahabat.




Thanks to my bestie for all yr crazzy ideas.
Love U so much!!!!.  Muah.




Schadenfreude, sebuah konsep yang mungkin tidak kita sedari, adalah suatu bentuk kepuasan yang muncul saat melihat kesengsaraan atau kegagalan orang lain.  Atau mungkin kejatuhan orang lain.   Makanya puan2, berhati-hatilah dalam berkongsi cerita anda.   Schandenfreude adalah hobi buruk di mana seseorang menyenangi saat urusan orang lain tidak berjalan dengan lancar atau dirundung malang.

Mungkin itu adalah refleksi dari ketidaksempurnaan seorang manusia, rasa terhibur melihat kesengsaraan orang lain. Namun, seiring dengan meningkatnya kesedaran diri, kita mampu bertanya pada diri sendiri, apakah kita benar-benar ingin menyimpan atau membuang perasaan schadenfreude ini, ataukah kita ingin berubah menjadi manusia yang lebih baik dengan memberi lebih banyak empati dan kebaikan?.
Tepuk dada tanya selera.  Kerana segala perlakuan sama ada baik atau buruk, akhirnya akan berbalik kepada pelakunya.   Tak percaya?.  Cuba lihat memory FB anda, atau jika tiada fb mungkin diary.. apa yang pernah anda lakukan 10 tahun, 15 tahun yg lampau?.  Kesannya terdampak pada hari ini.   Dampak?.   Bukan typo ye.  Dampak ni macam 'akibat', impak.

Sekian.  Terima kasih.





Monday, November 27, 2023

Al Fatihah Dan Takziah

Pagi tadi saya ke Pasar Ahad di Aussie ni.  Cuaca Perth tengah panas berdentum hingga malas nak buka phone sebab tangan ralit memegang tudung supaya muka terlindung dari matahari.


Berdebar2 jantung bila terpandang noti dan terbaca..

"Tolong sampaikan pada Sam... kawan dia yang bernama Zarina telah.........".   Tak sanggup untuk menghabiskan ayat itu.

Rupa-rupanya Abang saya, Ustaz Baha minta sampaikan berita tu pada saya melalui Kakak, (Ustazah S.A).   Nak text saya sendiri, beliau tak jumpa nombor.   (Biasa la orang tua).

😭😭.  Innalilahiwainnailayhirojiuun..


Lemah longlai bumi dipijak.  Segera mengatur langkah untuk balik ke rumah.   At least kalau nak menangis pun biar di rumah.





Baru minggu lepas kami bergurau senda di wassap group.    Kami kata muka Ina (Arwah) nampak muda dan malu lah saya nak jumpa Ina kalau macam ni.  Kata saya dalam text tu.

Damailah kau di sana Ina.   Sesungguhnya kau adalah sahabat yg sangat baik.  Selalu buat ku gembira di kala duka.   Sekarang tak ada lagi orang yang nak pantau dan "marah" ku lagi bila aku asik minum iced latte (caffien).  (Arwah adalah seorang Nurse). Ya Allah!. Sedihnyaaa.  Miss all those moments.  

Terima kasih Ina.  I love you.   Bersemadilah dengan aman wahai Isteri Mithali.   Kami akan selalu merinduimu.   

Terima kasih untuk yang sudi sedekahkan Al Fatihah pada sahabat saya ini, Allahyarhamah Zarinasariha Ijom.   Takziah untuk ahli keluarganya.


Monday, December 5, 2022

Kerana terbayangkan text2 yang dikirimkan..

Cuma dapat hantar wakil je ke majlis persandingan anak arwah kawan sebab masih di overseas.  Arwah adalah kawan sekolah masa kat TIJB.

Kepergian arwah memberi kesan yang mendalam. Masih terbayang2 text2 yg dikirimkan.  Masa tu ai baru sampai kat Perth ni.   

"Nanti majlis anak I you datang tau Dear.  U jadi wakil...".    Ujarnya bersungguh.

Anak2  belum ada yg bertunang lagi ketika itu, masih muda remaja tapi doa ibu ternyata tiada hijab. Lepas sorang, sorang lagi berkahwin.

Sebenarnya masa tu ai pun tak faham maksud "wakil" adakah jadi wakil meminang atau apa?.      So ai pun.. ok InshaAllah..  tapi sudahnya majlis terdahulu pun ai tak dapat pegi.    Jadi, untuk kali ni ai try tunaikan.. walaupun sekadar hantar wakil.   Harapnya Arwah dah tersenyum untuk ai di sana.   Di Taman2 Syurga. Aamiin.




Majlis telah berlangsung di Dewan Muafakat, Bukit Dahlia.   Pasir Gudang.

Miss U Za,    anak Za cantik macam Za. Moga kedua mempelai berbahagia hingga ke Syurga.   Aamiin YRA.


p/s. :.    Ya Allah aku telah redho atas kepergian sahabatku ini.   Maka Kau gantilah dgn yang lebih baik.   Aamiin.


Sunday, November 20, 2022

Majlis Siraman Pengantin

Majlis siraman adalah ADAT para bangsawan Jawa di mana seorang bakal pengantin akan dimandikan oleh 7 orang Tukang Siram bergilir2.    

Rasa berbesar hati bila dijemput  my bestie untuk menyiram puterinya yg manis rupawan. Majlis telah berlangsung di Kingspark sehari sebelum akad nikah.

Rupa2nya  ada kreteria2 tertentu yang telah ditetapkan untuk menjadi Tukang Siram. Selama ni ai sangkakan semua orang boleh siram macam kita buat renjis2 dipilis si air mawar ala2 pengantin2 di Malaysia tu.

Jommm kita tuliskan di sini sebagai pengetahuan am.

Kreteria Tukang Siram..

  1. Seorang yang telah berkahwin, tidak bercerai.
  2. Telah memiliki keturunan.
  3. Memiliki anak yang telah bernikah.


Priority kepada yang berakhlak baik dan solehah supaya lebih berkah la kot (atas izin-Nya).  Aamiin. 


Sebelum pegi, ai buat juga homework, supaya tak la nampak kekok sangat walaupun tak de pengalaman sebenarnya.   Pernah nampak pun sekadar tengok kat IG artis2 Indonesia dan last sekali Mas Idayu nikah aritu.


Siraman  dimulakan di kepala, then kedua2 bahu kiri dan kanan, last kaki.  Di akhir acara, pengantin akan diminta mengambil wudhu dibantu oleh ayahnya then didukung.


Oh ye.. semasa siraman dilakukan, tetamu2 lelaki dibawa ke bahagian lain supaya tak nampak.  



Antara yg terhidang ialah nasi tumpeng.



Air untuk siraman pula adalah campuran air dari 7 mesjid  serta air zam2.   Teringin juga ai nak ikut mandi biar bertambah solehah dan kinclong (hihi.. kidding).   Sib baik la cuaca agak sejuk waktu itu pukul 9.00 pagi.


Sebelum tu upacara dimulai dengan bacaan doa dan ceramah agama.    Betul bagai dikata Pengacara, siraman ni sebenarnya bukan saja untuk bakal pengantin tapi untuk hadirin yg hadir..  sebab majlis bertukar sebak dan ramai yg turut mengalirkan air mata bila acara sungkem bermula kerana ucapan Pengantin dan bondanya amatlah menyentuh hati.  (Maksudnya Penyampaian mereka "sampai" kepada yg mendengar). Secara bahasa ringkasnya sungkem ni  adalah upacara mohon restu ibu bapa demi melepaskan anakanda tercinta untuk hidupnya yg baru (bersuami).   



Pengacara menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Jawa Halus.   Untuk info.. bahasa  Jawa halus ini sangat berlainan dgn bahasa Jawa kasar dan selalu digunakan oleh para keraton Jawa (Bahasa Istana).    Alhamdulillah so far ai masih boleh faham.


Balik tu pun ai masih "insaf" dan sebak.  Terus lebih banyak tumpukan waktu untuk anak2 yang masih dalam jagaan sebab takut nanti kalau mereka kawin ai nangis2 plak.  Haha.





Sebagaimana kelaziman pengantin2 Jawa, harus ada bento yg dibawa pulang oleh tetamu.   

Didoakan moga kedua mempelai terus berbahagia till Jannah.   Aamiin YRA.   Alhamdulillah untuk semua pengalaman ini.


Wednesday, September 7, 2022

Nephew's Wedding di JB

Akibat busy dengan majlis walimatul urus anak sendiri sampai terlambat nak wish wedding anak sedara ai yg sorang ni.  So, kita kena blogkan juga la walaupun terlambat dan tak dapat datang.  Selamat Pengantin Baru Mursyid.  Tidak termaktub dalam philosophy hidup ai membeza2 anak3 sedara.  Sikap membeza2 is not classy, very de low class.  Kekeke.   Kita sayang sama rata, mereka je yang tak tahu.  

Oh ya, Mursyid atau Ucid adalah anak kakak ai, Ustazah SA dan Abg Lee. 



Dikhabarkan majlis berlangsung gilang gemilang di Bizmilla, JB.   Entah la ai pun tak tau kat mana specific location sebab rajin naw balik Msia, yang pasti ai akan suka sangat kalau lah ada orang sambutkan birthday ai kat situ.  Hik2.   (Tak pernah dibuat orang sambut birthday atas pelamin.. melainkan sekadar gurauanku semata).

Kat Perth  pun tengah musim jemputan  sekarang ni.  Aritu telah diserahkan sehelai tudung dari bakal Mak Pengantin kepada kami, sebagai petanda tanggungjawab menjadi "KENDARAT" telah diterima (disanggupi).  InshaAllah. Now I am so excited to join their event, nak tengok anak manis kepada teman seperantau bakal bersuamikan Korean.


Saturday, February 5, 2022

Selamat Pengantin Baru

Anak sedara kat Rengit melangsungkan pernikahannya hari ni.



Selamat pengantin baru Fizah Baha dan pasangannya.




Maaf tak dapat join..  hanya hantar wakil untuk menyampaikan hadiah yg tak seberapa ini sebagai pengganti diri Cik.   Siap tulis berhajah bagai.. bukan salah Cik...tapi my PA.  Huhu...



Such a good idea during this pandemic  dgn makanan terbungkus begini. Makan sensorang.   All photos credit to PA.


Wednesday, September 16, 2020

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Selamat Hari Malaysia dari bumi kangaroo.
Sempena hari yang bersejarah ini mari kita gunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya ya. 

Teringat saya satu teguran oleh seorang warganet (gigih saya tanya Proffesor Google apakah maksud netizen dalam Bahasa Melayu.. oo warganet).. sebab selalu saya istilahkan sebagai Makcik Bawang sahaja.. 😅

Kita kitar semula gambar2 yang pernah digunakan semasa Hari Kemerdekaan yang lalu.





"Kak.. tahu tak jawi dah nak hilang dah sekarang. Kenapa Pempengaruh (B.Inggerisnya Influencer) kat Malaysia ni susah sangat nak berbahasa Melayu?.".  Ujarnya lebih kurang begitu.


Kwang kwang kwang..

Agak2nya kenapa beliau berkata begitu pada saya?.  Cuba teka.

Adakah?
1). Beliau pembaca blog saya.
2). Saya menulis komen menggunakan B.I.
3). Beliau mengenali saya.
4). Saya Pempengaruh yang dimaksudkan.

Jawapan.

Tiada satu pun di atas.
Nombor 4 tu sama sekali tidak.. saya bukan Pempengaruh, saya hanya blogger sesuka.



Bagaimana pun Dik.. Jawi Akak alhamdulillah masih ok tau.. sama ada bacaan mahu pun penulisan (tapi tidaklah sampai secantik tulisan khat.. 😁).. begitu juga untuk ketiga2 anak.   Shashal walaupun diterbangkan ke Australia ni pada usia yg paling muda.. alhamdulillah mampu menguasai jawi dengan baik.




Cuma si kecik bulus sekor kurniaan Illahi ni je.. entah bila nak belajar jawi ni?.  Manjang je ngadap komputer.   Kalau rabun Mama tak tau ye.




Baiklah itu sahaja untuk kali ini.  Hingga berjumpa lagi.



 

Saturday, December 28, 2019

Ampun Maaf Dipinta..... Sabtu terakhir 2019

Assalamualaikum w.b.t


2019 tinggal beberapa hari je lagi melabuhkan tirainya.   Maka dengan ini saya, Sam selaku admin blog ini memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada semua followers, silent readers, teman2 dan sahabat handai, haters, artis2 yang mungkin pernah TERgossip dalam  belog ini (haha... rasa2nya tak de kot, saya cerita yg baik2 je so far), scammer2 dan pengiklan2 yg kadangkala tidak dapat saya siarkan iklan mereka...  atau ada entry2 pelik,  tutur kata yang tidak sependapat, tertulis yang bukan2, terguris rasa, photo2 yang meloyakan dan sebagainya.

Begitu juga teman2 blogger yang singgah, yang mungkin tidak dapat dilayan dengan sempurna (Meski sebenarnya saya melawat semula bila free even adakala tidak meninggalkan jejak di ruang komen disebabkan oleh beberapa halangan).


Busselton malam 22nd Anniversary 

  • Ya Allah aku memohon pada Mu pengakhiran yang baik iaitu dalam Husnul Khotimah.
  • Ya Allah kurniakan kepadaku taubat nasuha sebelum mati.
  • Wahai Allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu.
  • Ya Allah Ya Tuhanku... masukkan lah kami ke syurga-Mu tanpa hisab.
  • Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami Ya Allah..  Ampuni segala dosa arwah ayah kami, moga segala kesabarannya selama di dunia.. KAU gantikan dgn Syurga yg indah.
  • Ya Allah... mamburkan lah haji kami yang kemarin.

Aamin....  Ya Robbal Alamin...

"Bila mana sampai kepada kamu gossip2 tentang seseorang, maka biarkanlah gossip2 itu terhenti setakat kamu sahaja... kerana jika ia terhenti setakat kamu, bermakna kamu telah berjaya menutup aib orang.   Barangsiapa yang menutup aib mana2 muslim maka inshaallah Allah akan menutup aib kita."




Wednesday, September 26, 2018

Life...

Oh I forgot to include this yesterday.  She was so busy last night and even this morning, doing her first day of placement.




Ain.  Nothing much to say in your special day.. Just some advices, like every year.   It about life...  life is like a roller coaster.
If  you inquire  for directions along the road of life.... always be careful.   Be careful with some people u spend an evening, with others u invest with.. because why?.

A mirror reflects a man's face... but what he is really like is shown by the kind of friends he chooses.  The simple but true fact of life is that... U become like those with whom u closely associate.. for the good and the bad.

Wise is the person who fortifies his life with  the right friendship.  If u run with wolves.. u will learn how to howl.  But if u associate will eagles, u will learn how to soar to a great height.



Bear in mind, in prosperity... our friends know us,  in adversity.. we know our friends.  That's life..



Happy 20th birthday..

Regards..
Mom..

Tuesday, April 21, 2015

Sedih

Kan suatu waktu dulu pernah ku tulis
aku sering terasa muda
sebab masih dikeliling orang2 tua..


Aku ada emak
ada emak mertua

dan...
waktu itu aku ada nenek..
(actually nenek mertua)


Walau kesihatan nenek makin merosot
sejak beberapa tahun kebelakangan ini..
dan ingatannya mula pudar..
dia masih mengenali aku..
itulah yg buat aku rasa terharu..



Tapi kiriman wassap dari tanahair
tengahari ini...  membawa
perkhabaran sedih..

Innalilahiwainnailayhirojiuunn....




gonna miss u Nek..




Hanya kiriman  Alfatihah mampu ku
persembahkan buatmu Nek... dari kejauhan ini...
Moga rohmu tergolong dalam golongan roh2 orang yang beriman..
Moga kau tenang di "sana".


Sunday, December 14, 2014

17 Tahun Sudah Berlalu

Ada pun yang dinamakan sambutan ulangtahun perkahwinan
antara Kak Mirror dan suaminya itu tiadalah hebatnya ia
tiada paluan kompang mahupun ketukan rebana
tiada potongan kek mahupun kerlipan busana


Namun hadirnya ibu mertua.. mengaminkan doa..
satu penghormatan yg tak tersebut nilainya..
dan budak berkhatan yang masih dalam pantang itu pun turut serta...







 


Ptg semalam, astro ada satu program ala2 jalan2 cari makan, mak mentua ai terliurkan bariyani rusa yg host tu makan.  So, bergegas ptg tu  kami mencari restoran yg diwar2kan kat tv tu.   Tapi sayangnya bariyani Rusa dah sold out, so kami makan kambing dan puyuh.










Ai pakaikan Shashal Jubah bagi menggantikan "uniform berkhatannya".   Tak rock ler berpelekat ke sana ke mari kan?.



Ok ni nama restoran tu ye tuan2 dan puan2..





Friday, May 30, 2014

Takziah Untuk Blogger Mak Dara

Innalilahiwainnailaihirojiuun.    Takziah buat teman blogger, MAK DARA  atas kepergian suami tercinta, penulis skrip Martias Mohd Ali, 46.    Terbaca itu ari beliau buat entry WW - rindukan saat itu (utk suami tercinta)... tak sangka, rupa2nya dah kritikal penyakit yg dihidapi arwah suami.

Tumpang sedih Kak Mirror  mendengar berita ini.... sebab kita pun ada somi. Moga Mak tabah menghadapi ujian ini.   


p/s :  patut le Mak dah lama tak blogwalking ke sini...  







                        

Tuesday, March 25, 2014

MH370 - Our warmest condolences





My deepest condolences to all families of passengers and crew MH 370.  All of you are in our hearts and prayers.  T __ T


The Youngest passenger - Wang Mohen, 2yrs.




p/s  :  hoping for miracles...  :'(

Saturday, September 7, 2013

Dah Meninggal Dah Dramatis Yang Aku Minati Ni... :'( Alfatihah

Innalillahiwainnailahirojiuun.  
Al Fatihah untuk  Allahyarhamah  Maimon MutalibTerkejut dan sedih aku mendengar berita ni.   Memang ada terbaca beliau kena kanser payudara (kalau tak silap aku lah).   Walaupun aku jarang tengok drama tapi sedari dulu kalau dia berlakon  memang aku suka,  especially bila bawak watak2 antagonis jadi Mak Mentua yg zalim.   Mcm kena sgt.   Jadi Mak2 Datin pun kena, jadi org kg pun kena.. pendek kata, mmg berbakatlah.





Semoga kau tenang di sana Mak Mon..  Aamiin.  
*takziah untuk seluruh ahli keluarganya.   


Mengambil kesempatan ini juga ingin mengucapkan takziah kpd sahabat2 aku yg baru kehilangan org2 tersayang pada tahun ini, antaranya :

1).   Datin Y -  Kehilangan ayahanda tercinta
2).   Jamnah Mohamad - kehilangan ayahanda tercinta
3).   Kak Aidah Ahmad  - I'm not so sure, ayah jugak la kot?
3).   Tok SMKSM - kehilangan ayahanda tercinta
4).   Senduduk Putih - kehilangan ibunda tercinta

Sapa lg yg belum disebut?.  Nanti aku update lagi.
Moga kalian juga tabah menghadapi.   Jgn bersedih.... inshaa Allah kita pasti akan "reunion" semula di "alam sana" nanti.