Showing posts with label GOSSIP-GOSSIP ARTIS. Show all posts
Showing posts with label GOSSIP-GOSSIP ARTIS. Show all posts

Saturday, November 18, 2023

Tetiba nak tulis tentang Arwah Sohaimi Saad

Innalillahiwainnailayhirojiuun.....

Sebagaimana yg telah sedia maklum bekas penyanyi nasyid, Sohaimi Saad telah kembali ke rahmatullah.  (Nak post tulisan ni dari aritu tapi asik busy). 

Last mengikuti kisah Ina dan suaminya ini masa zaman PKP di FB, lepas tu terus tak dengar cerita mereka lagi bila arwah berpindah ke tik tok sebab ai tak ada akaun tik tok.    

Kalau orang lain teringat pesanannya tentang solat berjemaah, ai pula teringat2 tulisannya di FB tentang solat sunat sebelum subuh.    Walau mengantuk2 macam mana pun beliau akan usahakan untuk solat sunat subuh sebab dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya. Lebih kurang begitu la tulisannya tapi dlm bentuk santai dan membahasakan dirinya SS. Bila baca ketika tu ai rasa "jelez" pulak.. sebab diri sendiri belum tentu terbuat.  Sempat juga ai tumpang happy + envy waktu tu tengok family ini happy2 jalan2 zoo sama2, mampu 24 hours bersama family.   Ya la.. time tu kan ai merantau sensorang kat Aussie, mesti la cara pandang kita terhadap situasi orang berbeza2.    




Tamat sudah tugasannya di dunia ini. Moga Allah mengampunkan segala dosa2nya, merahmatinya, sejahtera pembaringannya, luas dan terang kuburnya. Ditempatkan rohnya bersama para solihin dan  anbiya'.  

Kita juga akan menyusul entah bila dan bagaimana, di mana caranya. Moga pengakhiran kita dalam kebaikan. 

Ya Allah rezekikanlah kami mati dalam kebaikan dan permudahkanlah di saat kematian.   Aamiin Ya Robbal Alamin.

p/s. :.    Hensem anak arwah yang sulong tu.  Auntie Sam doakan moga terus sukses.   Jaga ibu baik2 ye.

Monday, March 30, 2020

Bila "Peminat" Di IG Dah Tawar Hati

Nama "diva" biar lah rahsia.... Hihi..
Kang tak masal pahalaku diambik dia..
Cuma pelik... Tetiba je arini beliau muncul balik di newsfeed.   Aikkk??.  Dah 4 tahun dah kau block Ahkak.. Dik Non.. Ni unblock balik dah??.



Eh lupa... agaknya beliau terbaca entry ai bertarikh 29 Nov 2016  bertajuk  "DIVA TAK SELAMANYA DI ATAS" tu kot.... lantas teringsap.  🌚


Hmmmm.... Tak pe lah.   Minta maaf lah Dik Non.. Akak takut lah nak follow lagi.  Jadi biar Ahkak je yg block kamu.. senang.

Klik!. Klik!.  Terus ku tekan BLOCK.

Tamat....


p/s.  :.   Ya.. dulu emang gue ngefan sama kamu.... tapiii itu duluuu...  sekarang nggak lagi.. permisi aja ya.  Maaf.  Lu udah nggak releven lagi.. babai.

Saturday, September 7, 2013

Dah Meninggal Dah Dramatis Yang Aku Minati Ni... :'( Alfatihah

Innalillahiwainnailahirojiuun.  
Al Fatihah untuk  Allahyarhamah  Maimon MutalibTerkejut dan sedih aku mendengar berita ni.   Memang ada terbaca beliau kena kanser payudara (kalau tak silap aku lah).   Walaupun aku jarang tengok drama tapi sedari dulu kalau dia berlakon  memang aku suka,  especially bila bawak watak2 antagonis jadi Mak Mentua yg zalim.   Mcm kena sgt.   Jadi Mak2 Datin pun kena, jadi org kg pun kena.. pendek kata, mmg berbakatlah.





Semoga kau tenang di sana Mak Mon..  Aamiin.  
*takziah untuk seluruh ahli keluarganya.   


Mengambil kesempatan ini juga ingin mengucapkan takziah kpd sahabat2 aku yg baru kehilangan org2 tersayang pada tahun ini, antaranya :

1).   Datin Y -  Kehilangan ayahanda tercinta
2).   Jamnah Mohamad - kehilangan ayahanda tercinta
3).   Kak Aidah Ahmad  - I'm not so sure, ayah jugak la kot?
3).   Tok SMKSM - kehilangan ayahanda tercinta
4).   Senduduk Putih - kehilangan ibunda tercinta

Sapa lg yg belum disebut?.  Nanti aku update lagi.
Moga kalian juga tabah menghadapi.   Jgn bersedih.... inshaa Allah kita pasti akan "reunion" semula di "alam sana" nanti.

Sunday, September 1, 2013

Pantai Impian Dan Gambo Abby Abadi Bersanding

Saat Allah belum menjawab doamu, Allah menambah kesabaranmu.  Saat Allah menjawab doamu namun tak seperti yang kau harapkan, yakinlah Allah akan memberi yang terbaik buatmu satu hari nanti. Janji Allah itu pasti!.






Sbg muslim/muslimah sejati, kita jgn memandang enteng akan kehebatan doa. Semakin tinggi iman seseorang semakin kuat keyakinannya terhadap doa. Semakin jitu jualah yakinnya ia terhadap kemaqbulannya. Curik jap la kata2 UZAR nih. Menarik plak utk renungan diri sendiri sebelum melelapkan mata. Esok pepagi bangun mesti tersenyum2 sensorang depan cermin. 


Mana la tau kan, mungkin impian kita  cuma nak bercanda di tepian Pantai Minyak Beku je dgn somi tercinta cuti2 mcm ni..(eh cuti semalam) tapi tak tercapai pulak, somiku busy, jadi malas la aku nak bersuara.... rupa2nya one fine day, siapa tahu, tetiba Allah ganti pulak dgn Hawaii. Wah!. Kannn?. Positif Sammm... positif.


(gambar atas tu kat Denmark, lawo kan?)


Ok la... itu je nak tulis.  Sebelum mengundur diri nak mengambil kesempatan ini utk  mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Abby Abadi dan suaminya Farhan!.  Moga jodoh kalian berpanjangan hingga ke Jannah. Aamiin.



sekadar info :   majlis persandingan tersebut dilakukan secara tertutup, hanya utk keluarga shj.




popular post :

*Dihina Di Majlis Reunion Hanya Kerana Bergelar Surirumah.
                   
*Hikmah Di Sebalik Keperitan

Sunday, June 17, 2012

Masterchef Celebrity Malaysia 2012

Demam Euro membuat  ramai kaum isteri merungut sebab tak dapat tengok channel lain.  Takpe la... mengalah saja la ye puan2, asalkan "our room mate" happy. Kita tengok je youtube Masterchef Celebrity Malaysia ni lagi best.. kat rumah ada byk computer kan?


Siapa pilihan anda?






I tak pasti skrg ni episod yg ke berapa ha you all?
Dlm video ulangan tu paling last episod  ke 12 ?.  Atau sebenarnya dah abis then I tak tau...hehehe..(tak mungkin la kan).
 Cuma apa yg I tau,   yg dah terkeluar  skrg ni ialah..
Louisa Chong, Salamiah Hassan, Dr. Faiz, Siti Sarah and Sherina..


Semuanya hebat2 belaka, dah la berkarisma, stylo
pandai masak pula... ish ish ishhh.. 
Datuk Fadzley tu cool je kan?.  I paling suka part yg beliau mengalah tak   berebutkan  bendera Italy semata2 kesiankan peserta yg lain (ya la masakan Italy kan agak famous amos kat M'sia ni, kalau kena masak menu negara lain, mau termangu2 plak nak memikirkannya) , last2 kumpulan beliau jugak yg akhirnya menang utk ujian itu walau terpaksa masak masakan Ireland yg mungkin jarang beliau makan.. (ada sesuatu yg I pelajari di situ, terus sejak tu... I tak kisah sgt kalau kena mengalah dgn sesiapa pun- contohnya tak dpt tengok channel tv pun I still happy je... kwang kwang kwang..).

Daripada komen2 peminat2 dlm fanpage masterchef memperlihatkan kebanyakkan dari peminat2 ni suka "judge a book by its  cover".. contohnya ayat2 begini "eh dia ni boleh ke?".  Tapi ternyata telahan mereka salah, ada yg nampak mcm muka tak pernah ke dapur pun rupa2nya lagi hebat, malah masih bertahan dlm rancangan itu hingga kini. Wah! Memang salute lah!


Tapi dlm reramai tu yg paling I tak sangka ialah Jehan Miskin dan Angah! Terror rupanya mereka ni memasak you!

Tengok gambar kat bawah  ni plak...
DAH LA CANTIK! PANDAI MASAK PULAK!!! Wah!

Peserta2 yg lelain tu pun cantik, tapi sebab mereka dah kawin, maka yg byk dihighlightkan untuk definisi
di atas ialah kedua mereka ini ler... si Thanuja  dan Soo Winci




Dah la anggun, tinggi lampai, muda... pandai masak pulak tu..



Dah la kulit mulus, jelita.... tak kekok pulak ke dapur...


So, Ain dan Qistina, tengok la kakak2  jelitawan ni..
walaupun cantik tapi tak kekok pun ke dapur... pasni
rajin2lah tolong Mama ye..


Monday, April 16, 2012

Sekadar sebuah update...

Assalamualaikum w.b.t.   
Selamat ber"monday2" dgn gumbira.  

Apa di wall FB saya baru2 ni?. (Even dah pencen FB, tapi masih lg skodeng2 sekali sekala) :-

Gembira dgn status Abby Abadi terkini - dpt tawaran menjadi duta tudung.  Oh tak sabarnya nak tengok, tudung apakah itu?.  Kak Mirorr nak beli!!! 

 
Agak tertinggal keretapi pulak saya ni.... berita ini dah lama, tapi baru ni I teperasan.   "Hujan Ikan di OZZY (Aussie)".  Sungguh menakjubkan!.  Kalaulah berlaku di M'sia... tak payah la IRP susah2 nak gi memancing... lol.


Thursday, March 29, 2012

Nukilanku buat artis atau anda yg baru bertudung...

Gambar-gambar artis bertudung...


 Sedih hati bila membaca status Abby semalam.   Sob sob sob... T __ T.

"Sy teruji bila dpt offer berlakon kononnya watak wanita paling cantik di Kg, tp bila Sy cakap Sy dah pakai tudung, terus respon dr meka mdukacitakan,... Nape cmtu? Huhu... Org bertudung tak shantek ke? Takpelah... Rezeki kita rahsia ALLAH.... Redha :)"

 
Memula bertudung memang penuh dugaan. Itu memang I tak nafikan (berdasarkan pengalaman sendiri) .. ini kan pula bagi artis2 terkenal, sebab tu pemantapan jiwa memang perlu untuk memastikan momentum keimanan itu terus berada di tahap yg sepatutnya.   So, puan2....mari kita fikirkan masalah2 artis2 ini...

(Gambar-gambar di bawah sekadar hiasan - mereka adalah antara artis2 kita yg telah mula BERHIJRAH).. Tahniah ye adik2..
 


Subhanallah! Semakin jelita pulak si Fazurina ni sejak bertudung!


semakin sweet..




semakin berseri si Enot..





So, I rasa artis-artis bertudung perlu membuat alternatif lain untuk menambahkan income mereka (supaya tak diperkotakkatikkan).. Utk Abby, apa kata you fokus jadi blogger tegar. (Ceh mcm la Abby baca blog I.. siap pesan2 plak kat sini....:D)..  Artis2 lebih mudah mendapat tempat di hati pembaca berbanding kita2 ni.  Mereka boleh demand harga yg tinggi untuk menyewakan "tapak tanah"/tapak iklan kepada pengiklan2 di luar sana  di blog mereka sebab traffic mereka tentulah  tinggi.   Kalau satu tapak RM100, 10 tapak dah kira ok kan?  Offerkan juga kpd blogger yg nak join bloglist kena bayar la RM100.00 sebulan... bukan la demand, tapi dah nama pun retis popular apa salahnya kan..





sejuk mata memandang..



Berbalik kpd pemantapan jiwa yg I sebutkan tadi... sememangnya syaitan2 itu suka berbisik2 kpd kita bila awal2nya ingin berhijrah Dik... mcm yg pernah I ckp dulu, ada ke kwn I ni boleh pulak kata muka I huduh pakai tudung... wahaha.. bukan la nak mintak puji, tapi jgn ler kutuk mcm tu beb, gugur iman kita tau... (ya la masa tu, tudung2 pun terhad, tudung jenis mcm makcik2... kilat2, bukan mcm skrg pelbagai pilihan di pasaran.... dah la gitu, badan I plak tgh kurus kering masa tu, baru dpt anak satu la katakan...tersalah mkn jamu..:D... tu yg buat I malas nak beranak lg tu (alasan :P).

Tapi I anggap semuanya itu hanyalah "syaitan menangis" yg diutus untuk menyakiti hati I..  sebab tak lama lepas tu, kawan I tu plak yg bertudung litup. Alhamdulillah..



terserlah jiwa yg murni..



So, cara berhadapan dgn kata2 sinis sebegitu.... ucapkan je la alhamdulillah. Kurang2 ada gak org nak bagi pahala percuma kpd kita.   Then cuba mendekati kawan2 lain yg warak sikit supaya proses peralihan itu dpt dijalani dgn lebih lancar.  Kalau adik adalah retis2.. cuba la berkawan baik dgn Sheila Rusly ke.. Wardina Safiyyah ke..  Kak Pah kita ke, Aishah ke... (sekadar menyebut nama2 artis yg lebih senior supaya dpt berkongsi pengalaman mereka).

Menutup bicara, I buat kesimpulan...  I tengok mana2 artis yg berhijrah ni... sudahnya Allah jodohkan mereka dgn lelaki2 yg baik akhirnya.    Alhamdulillah... mudah2an begitulah pengakhiran kpd mereka semua ini.  Ameen.



p/s :  Semoga kita semua dapat memberikan cetusan untuk lebih ramai insan-insan berubah ke arah kebaikan, walau kebaikan itu hanya sebezar zarah, Allah Swt tetap ambil kira. So, mengapa harus ada yg memberikan komen2 yg sinis terhadap perubahan mereka? Jangan nanti sampai Allah Swt bertanya kpd kita, mengapa kita melemahkan semangat untuk orang lain berhijrah ke arah kebaikan.

Wednesday, March 28, 2012

Abby Abadi Kini Bertudung....

Gambar terkini Abby Abadi (bertudung)... cantik kan?.  Berseri-seri.





   


"Assalamualaikum, Yer Sy sudah bertudung, Doakan kekal selamanya.. Amin! Yeayyy! Ready to Go.O @ Mahligai Abadi."   Begitu menurut statusnya di FB.

Lama dah rindukan Abby... rupa2nya dia gi umrah... patut la senyap sunyi je wall dan blog dia kebelakangan ni. Jadi tetamu Allah rupanya.  Tahniah Abby.  Kami di sini selalu doakan kebahagiaan Abby. Aamiinnn..


Tuesday, February 28, 2012

Kisah Ekin Mawi melahirkan anak dan sesuatu yg boleh kita pelajari darinya

Dah lama I tertanya-tanya apa khabarnya kandungan si Ekin isteri Mawi.   Alhamdulillah dah terjawab hari ni bila Ekin melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kg (secara normal.... huuu sakitnyaa... haha terbayang2)  di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi setelah Ekin dimasukkan hospital pada pukul 7.30 malam semalam.

Mari pelajari sesuatu dari Ekin...

Tapi ada sedikit ilmu yg boleh kita dapat di sini iaitu bila mana I baca itu ari bagaimana Ekin menjaga kandungannya setelah 2 kali keguguran.   (tak ingat la terbaca kat mana).   Ekin kata, keluarganya menjaga dia bagaikan anak raja di mana sepanjang kehamilan, beliau tak dibenarkan buat apa-apa. Malah ibunya sanggup tinggal bersamanya di KL semata2 untuk menjaga dia.  Maybe Ekin just makan tido, mandi solat je kot?  Wah seronoknya.....Hehe..  Sementara untuk penjagaan janin pula, beliau membuat suntikan menguatkan rahim

So, buat anda yg sering keguguran, kali ni kalau mengandung lagi... silalah buat cara macam Ekin ni kay!   Pengorbanan orang2 sekeliling memang diperlukan.




Gambo bayi? Buat masa ni takde.... korang tengok je la gambo2 rumah aku yg tengah kacau bilau hasil kerja2 diorang mengecat ni.


sian aku sensorang me"release" segala benda ni...
hubby I outstation... T __ T










menu desperate  pagi td sebab penat semalaman 
wat keja sensorang - lempeng kelapa



SAYANG NAK DIBUANG!!!

Dalam sibuk-sibuk memunggah gerobok lama, 
terjumpa buku-buku yg penuh sentimental value...


Subjek math terawal si Ain - Mental arithmetic


Subjek arab terawal si Ain ketika tadika

Antara majalah2 kesayangan masa baru2 kawin



Monday, February 20, 2012

Aku nak tulis pasal lempeng pisang... tertulis gossip artis..

Alfatihah dan takziah buat keluarga Latif Ibrahim yg meninggal dunia pukul 6 petang tadi. ( Tapi  dari pagi semalam lagi aku dah tercakap ngan MIL aku Uncle Latif dah meninggal.... gulp!!   sorry, salah dpt info.... mujur aku takde buat entry ttg kematiannya semalam, kalau tak mesti org kata mulut keyboard aku takde insurans menyebar berita palsu  ).    Punca kematian sakit jantung.

Aku tak berapa ingat sangat antara lakonan  Uncle Latif ni, tapi lagu NORA nyanyiannya tu memang sedap... 

Spt yg pernah aku cakap..... melihat wajah2 artis lama ni buat aku insaf (insaf bahawa zaman kanak2 itu sudah terlalu lama berlalu.... takyah nak ditoleh2 lagi).





    

Cari2 gambar Latiff Ibrahim terjumpa gambar lama Kak Liza Abdullah pulak. Gambar ni pun buat aku insaf.... dulu time menonton filem lakonannya aku hanya seorang remaja sunti ketika itu... dan nak bagi korang muntah keluar katak.... Cikgu aku (kini arwah.... alfatihah) pernah kata.. muka dia ni...macamm......emmmm..... macam..... emmm...... rahsia.
Syukur... tak jadi nak bagi korang muntah sbb dah tulis "rahsia" di situ.  





Takde sapa ke nak interiview Kak Liza tanyakan apakah rahsia beliau awet muda?  Maybe sebab anak-anak dah besar kot.    Ibu akan kembali muda bila anak2 dah besar. (Itu mengikut kajian I ler).   Lagi2 kalau yg beranak ramai. 





Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman... amin.
 pix credit to :  Berita Harian On line... 







Aku tak tau apa tah motif aku upload pix ni, takde kelazz langsung.  Aku cuma nak cakap.... "Aku ada lempeng pisang yg terhangus... ko ada? ".     




Saturday, January 21, 2012

Ramainya orang tulis pasal Azean Irdawaty dan Arwah Izwan Pilus arini..

Nak cerita pasal Izwan Pilus meninggal ... 
korang pun dah baca kan? Alfatihah... dan takziah buat keluarganya..
Nak tulis tentang kisah Azean Irdawaty dikatakan meninggal 
tapi rupanya tak meninggal..pun ramai blogger2 lain dah tulis...
( sampai penuh dashboard I ni dgn muka Kak Yan kita.... 
you all niiiii...sian Kak Yan alih2 je namanya naik semula gara2 terfitnah)

Emm kisah "Dengkuran Suara Dari Langit Kat Sarawak" yg aku kata tadi tu..
korang dah baca?

Ooo dah baca...


Since semua benda berita terkini korang dah baca..
maka aku takyah bacakan lagi.. 
Aku cuma nak inform....
Pagi tadi Pasar Besar Batu Pahat penuh sesak!!!
Sib baik la aku tak ikut.. 


Arini aku  tak keluar pun gi memana...
Duduk je lepak2 kat rumah... (sebab tu la 
jangan la heran kalau blog ni terupdate 4 jam sekali)

TAPI... 
Alangkah bestnya kan.. kalau ptg2 camni ada goreng pisang ke... pau ke..
harap2 ada la jiran2 MIL yg menghantarkan 
sepinggan dua jap lagi ni.. hehe.. Nak keluar, kami malas
.. jln mesti jam.


Ok... tunggu 4 jam akan datang utk update seterusnya... khe3...
dah mcm twitter plak blog aku..


Wednesday, December 21, 2011

Benarkah Jon Bon Jovi Meninggal?

Alhamdulillah... tak jadik aku nak nangis... wat suspen je diorang ni tau... kata Jon Bon Jovi meninggal ... rupanya tak. Masih sihat walafiat lagi uncle tu. Adik2 cumil entah kenal entah tak Bon Jovi ni? Tak kenal pun takpe.. tu retis2 zaman Makcik Mirror sekolah dulu....

Pastu smlm.. best pren aku kata Waheeda cerai talak tiga... aku pun suspen gak la kan.. dah la perut I tgh meragam... tetiba suspen plak..

" Tak percayalah I... tak kan takde blogger yg kecoh pun " Getusku, sambil mataku terus membayangkan icon Pak Google yg pasti akan aku klik...







Klik... klik..... tetiba.. rupanya retis indonesia yg nama dia Waheeda.. tapi tak la bermakna aku tak sedih bagi pihak dia.. mentang2 dia bukan Waheeda kita, terus kita kata...... "Ooo lega.." tak patut la pulak kan. Sedih la jugak bagi pihak sesama wanita...

Dah la.. itu je la aku nak tulis pasal retis, takut aku nak tulis pasal retis2 ni... sebab retis pun tak pernah tulis pasal aku.. Aku nak cerita pasal diri aku plak la... dengarlah..... (cehhh mcm nak paksa org plak kan). Tapi takde cerita menarik pun nak dikongsi sebenarnya...

Nak cerita pasal masak-masak pun, semua menu aku dua tiga hari ni hanya menu berprofil rendah je, tak kan nak share resepi plak kan... sarapan... aku buat cengkodoq pisang Del Monte, jagung rebus tabur kelapa, soto daging (tapi ini bukan menu utk sehari.. maksud aku 2,3 hari kebelakangan ini)... even menu berprofile rendah, tapi aku suka sebab menggamit memory silam. Aku masih lagi dalam tempoh MC.... aku rasa aku bukan kena food poisioning la itu ari.... setelah aku buat kaji selidik dgn orang2 tertentu... aku rasa aku gastrik.

Sapa2 pernah ada pengalaman gestrik... jgn lupa share ya... ok see you. Good night.

Nota : Antara penyebab terkena gastrik ialah apabila seseorang itu kerap memakan painkiller.

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday - Anak Sheikh Muzzafar dah besar dah...








gambar-gambar credit kepada Mbah Google


Maafkan saya Datin Dr. Halina sebab selalu sangat
meng'upload gambar hubby

you kat blog ini... ;D... Yang pasti, anak you
memang cute.. macam I
macam papa and mamanya...

Wednesday, October 26, 2011

Wordless wednesday - Akhirnya berbahagia...

Gambar credit to : Beautifulnara

Sejuk hati melihat kebahagiaan si Arni Nazira & suami barunya ni...
Dlm masa yg sama ingin mendoakan jodoh
baru yg berkekalan
buat :


Abby Abadi

Mudah-mudahan dikurniakan lelaki yg soleh &
membimbing ke jalan yg diredhai oleh-Nya.. Amin.


motif entry : Mari kita berbaik sangka dengan Allah
atas apa jua ujian
yg menimpa diri kita
(sdg menasihati diri sendiri)








Monday, October 10, 2011

KOMEN SAYA TENTANG DATUK SITI NURHALIZA BERBAHASA INGGERIS


Gambar-gambar gedixs I sekitar 2 hari 2 malam di Pt Sulong sila klik sini... sebab malam ni I nak ulas pulak tentang Datuk Siti Nurhaliza.

Sebenarnya I sedang menonton video sisipan temuramah beliau di sebuah stesen TV berbahasa Inggeris baru2 ni. Apa yang membuat I kesal sangat-sangat bila ada pengkomen2 kat situ yang seolah-olah mencari salah je tak habis-habis (pada I dah ok la apa yg Tok T dah cuba tu, dia pun bukan dilahirkan di Amerika untuk bercakap sefasih Celine Deon) lain la kalau you nak cari salah I sebab I lahir kat England .....ngeh ngeh ngeh.... (dlm mimpi).... hmmmm... come on la dear, I pun bukan la peminat Tok T yg tegar tapi bila orang dah membuat anjakan paradigma tu, kita bagi la sokongan. Bukan melemah2kan semangat macam tu!!! Nyampah tau, tak pepasal membuat I teringat kat sorang kawan I yg suka cari pasal dgn I time I muda2 dulu..

"Kalau dah jawa tu jawa je la... tok sah kau nak ckp Kelantan" Kakak tu kata... Hee... suka ati aku la kan... napa la fikiran kau ni sempit sangatttt ha. Tak paham I dgn orang yg macam ni. (Miss Mirror.. td kata nak ulas pasal Tok T, ni kau nak interframe crita ttg kisah silam kau plak.... karangan lari tajuk nih)... ok ok.... sorry.

Sebab tu la kan... ada sesetgh orang fasih berbahasa Inggeris bila berdepan dengan Mat Saleh tapi jadi terkedu bila bercakap dengan orang2 sendiri... puncanya sebab masalah yg satu ni la... (masalah orang suka cari salah). Dah dah... pasni, kena kikis dan nyahkan sikap tak elok macam ni.

Lagipun as long orang boleh faham apa yg kita nak deliver udah ler kan (bukan kita tengah jawab soalan grammar SPM pun)... kita cakap melayu pun kadang bukannya ikut sgt tatabahasa (takde pulak orang nak sibuk betulkan.. padahal itu bahasa ibunda kita, patutnya itu la yg paling penting untuk kita cari kesalahan dan bantu untuk betulkan).

So, moral of the story... kita kena ubah sikap kita kalau kita ingin melihat bangsa kita cemerlang.


Baiklah anak-anak... vocab baru (idiom) untuk pelajaran B. Inggeris kita hari ini ialah (haha... sejak bila blog aku ni bertukar konsep plak ni?) :

* CHICKEN OUT maksudnya.... gagal untuk berbuat sesuatu disebabkan takut .

Ok.... mari kita buat ayat dari perkataan "Chicken out" adik-adik... come on let's... sila postkan di ruangan komen... come on don't chicken out!!! Hehe..

Wednesday, September 21, 2011

Spontantenous thursday ~ Blogger terdedah dgn dosa berantai jika...

Betul jugak bagai dikata satu individu tu : "kita pun sebenarnya sama2 dosa jika menyebarkan (gambar,fitnah dll), malah berantai2 dosa itu bila ada yg share dan share".

Sedari semalam lagi I pun dah memikir-mikir benda yg sama bila ternampak gambar artis bertudung (yg telah diaibkan secara tak sengaja oleh boyfriendnya sebab mengupload gambarnya yg tidak bertudung di laman sesawang popular) menghiasi dada2 blog dan ramai menghentamnya.

p/s : Biar kita pakai rantai berjuntai... jangan kita dapat dosa berantai.




Sunday, July 24, 2011

Gambar Anak Sheikh Muzaffar



Oleh kerana melalui "cctv" ini ada seseorang tercari-cari gambar anak Angkasawan kita, Dr. Sheikh Muzzafar dan Dr. Halina... maka di sini I tolong carikan...

waaa cutenya ... Sophea Isabella, lahir 21hb Julai 2011..



Bertuahnya awak ada papa and mama yg sama handsome
and jelita dikk......

Tahniah untuk kedua-dua pasangan ini.




p/s : Gambar baby bogel atas tu bukan dia tau!! Saja buat hiasan... hehehe..

Wednesday, July 13, 2011

PESANANKU UNTUK DATUK SITI DAN EKIN MAWI


Macam dah lama I tak jadi "wartawan hiburan" kat blog ni.. :D tapi pagi ni tetiba je rasa nak busy body pulak kat diorang ni.

?

?

?

?

?

?

Apa yang I nak berbusy body ni??

suspen... suspen..

First sekali nak ucapkan syabas pada Datuk Siti Nurhaliza yang kata nak further studies kat UITM. Miss Mirror sangat-sangat encourage dan nak bagi sokongan moral la ni (nak bagi sokongan duit tak mampu lak).. tak kisah la walau artis mana pun, I tetap akan berasa sangat gembira bila dengar mereka ingin menuntut ilmu. Ok la tu kan, anak pun belum ada lagi, inilah masanya yg paling sesuai. Sedangkan Pengasas Mustika Ratu, Ibu Mooryati pun masih belajar lagi dalam usianya masa tu dah pun mencecah 70an kalau tak silap (dalam bidang kesusateraan inggeris). Waaa salute la dengan beliau.

Oh ya, dari aritu I terbaca kat blog2 tentang Ekin yang kata tgh pregnant sekarang ni, 6 minggu. Alhamdulillah tanhiah-tahniah...... Memang kita kena sabar dalam bab-bab zuriat ni, tak semua orang bernasib baik dapat zuriat dengan kadar cepat. Jangan putus asa berdoa, insyaallah ada keajaiban. Tapi kan... sebenarnya kalau boleh, bila dah selalu sangat gugur, elok la dirahsiakan je kandungan tu dari pengetahuan umum... tapi dah tercakap nak wat macam mana kan, mungkin Mawi exited sangat kot setelah sekian lama menunggu.

Teringat sapa tu, si S (ala lupa plak la full name aktor kacak tu), dia pun main rehsia2 je bila bininya ngandung2 asik gugur. Alhamdulillah sekarang ni nampaknya sedang bergembira dengan bayi comelnya (agaknya la... sebab I pun blom tengok lagi gambo baby tu).

Wahai Ekin.... ni I nak pesan kat you.. jangan lasak-lasak lagi, takyah drive2, rehat je kat rumah bermanja2, dengar nasihat doktor. Jangan makan nenas, jangan kalerkan rambut, jangan urut2 dan jangan makan jamu. Cewah! Pandai aku menasihatkan orang. Teringat dulu time pregnantkan si Ain, puteri sulung I tu, rasa naik angin je bila orang sesuka je main nasihat-nasihat, dah la kita tengah mabuk teruk... diorang bising2 kata kita tak makan vitamin plak........ heeeeeee... ada cctv ke boleh nampak I tak makan plak? Ha? Berbotol tau I makan... (berbotol, tapi tiap kali makan termuntah).. sama la macam tak makan kan.

Ok la.. nak wat keja... daaaaaaaaa!!!!!



Sunday, June 12, 2011

Keputusan Konsert Akademi Fantasia 9


Saat-saat mendebarkan kedua pelajar AF menanti keputusan Konsert Akademi Fantasia9 (AF9)


?


?


?




Tahniah Hazama! You deserve it!



I plak yg seronok tak pepasal... hehehe... termakbul jugak doa I untuk melihat you menjadi juara Hazama oiii.... tahniah la ya. Lena pun I minat... tapi ok la kan... jadi gak naib johan...

Juara : Hazama
Naib Juara : Lena
Ketiga : Fina
Keempat : Azri


I mulanya pun macam tak layan sangat AF (macam si Freaky cakap tadi), tapi AMY Search punya pasal, I pun menontonnya dan menontonnya hingga la ke final... begitu la cerita sebenarnya Freaky.

Tuesday, March 29, 2011

Jackie Chan Meninggal Dunia & Tok T Pregnant - adalah berita palsu??


Jackie Chan meninggal dunia?!!! --->terkejut memandang dashboard I yg dilatari oleh berita mengejutkan ini dari beberapa orang blogger.... namun....
baru je nak menitis air mata I ni (bagi pihak my hubby n kids) sbb diorg suka sgt tengok aksi legendary Hong Kong ini beraksi di kaca tv... tetiba terbaca tadi sorang blogger tu mengatakan.. ada kemungkinan berita ini berita palsu semata sempena april fool. Iyer ke??? Hal2 kematian pun boleh dibuat gurauan ke?






Apa-apa pun kita tunggu dan lihat. Berita Datuk Siti Nurhaliza yg dikatakan pregnant juga adalah palsu sebab telah dinafikan oleh beliau di dalam twitternya.---> terbaca tadi dlm blog 2day blogger.