Thursday, March 29, 2012

Nukilanku buat artis atau anda yg baru bertudung...

Gambar-gambar artis bertudung...


 Sedih hati bila membaca status Abby semalam.   Sob sob sob... T __ T.

"Sy teruji bila dpt offer berlakon kononnya watak wanita paling cantik di Kg, tp bila Sy cakap Sy dah pakai tudung, terus respon dr meka mdukacitakan,... Nape cmtu? Huhu... Org bertudung tak shantek ke? Takpelah... Rezeki kita rahsia ALLAH.... Redha :)"

 
Memula bertudung memang penuh dugaan. Itu memang I tak nafikan (berdasarkan pengalaman sendiri) .. ini kan pula bagi artis2 terkenal, sebab tu pemantapan jiwa memang perlu untuk memastikan momentum keimanan itu terus berada di tahap yg sepatutnya.   So, puan2....mari kita fikirkan masalah2 artis2 ini...

(Gambar-gambar di bawah sekadar hiasan - mereka adalah antara artis2 kita yg telah mula BERHIJRAH).. Tahniah ye adik2..
 


Subhanallah! Semakin jelita pulak si Fazurina ni sejak bertudung!


semakin sweet..




semakin berseri si Enot..





So, I rasa artis-artis bertudung perlu membuat alternatif lain untuk menambahkan income mereka (supaya tak diperkotakkatikkan).. Utk Abby, apa kata you fokus jadi blogger tegar. (Ceh mcm la Abby baca blog I.. siap pesan2 plak kat sini....:D)..  Artis2 lebih mudah mendapat tempat di hati pembaca berbanding kita2 ni.  Mereka boleh demand harga yg tinggi untuk menyewakan "tapak tanah"/tapak iklan kepada pengiklan2 di luar sana  di blog mereka sebab traffic mereka tentulah  tinggi.   Kalau satu tapak RM100, 10 tapak dah kira ok kan?  Offerkan juga kpd blogger yg nak join bloglist kena bayar la RM100.00 sebulan... bukan la demand, tapi dah nama pun retis popular apa salahnya kan..





sejuk mata memandang..



Berbalik kpd pemantapan jiwa yg I sebutkan tadi... sememangnya syaitan2 itu suka berbisik2 kpd kita bila awal2nya ingin berhijrah Dik... mcm yg pernah I ckp dulu, ada ke kwn I ni boleh pulak kata muka I huduh pakai tudung... wahaha.. bukan la nak mintak puji, tapi jgn ler kutuk mcm tu beb, gugur iman kita tau... (ya la masa tu, tudung2 pun terhad, tudung jenis mcm makcik2... kilat2, bukan mcm skrg pelbagai pilihan di pasaran.... dah la gitu, badan I plak tgh kurus kering masa tu, baru dpt anak satu la katakan...tersalah mkn jamu..:D... tu yg buat I malas nak beranak lg tu (alasan :P).

Tapi I anggap semuanya itu hanyalah "syaitan menangis" yg diutus untuk menyakiti hati I..  sebab tak lama lepas tu, kawan I tu plak yg bertudung litup. Alhamdulillah..



terserlah jiwa yg murni..



So, cara berhadapan dgn kata2 sinis sebegitu.... ucapkan je la alhamdulillah. Kurang2 ada gak org nak bagi pahala percuma kpd kita.   Then cuba mendekati kawan2 lain yg warak sikit supaya proses peralihan itu dpt dijalani dgn lebih lancar.  Kalau adik adalah retis2.. cuba la berkawan baik dgn Sheila Rusly ke.. Wardina Safiyyah ke..  Kak Pah kita ke, Aishah ke... (sekadar menyebut nama2 artis yg lebih senior supaya dpt berkongsi pengalaman mereka).

Menutup bicara, I buat kesimpulan...  I tengok mana2 artis yg berhijrah ni... sudahnya Allah jodohkan mereka dgn lelaki2 yg baik akhirnya.    Alhamdulillah... mudah2an begitulah pengakhiran kpd mereka semua ini.  Ameen.



p/s :  Semoga kita semua dapat memberikan cetusan untuk lebih ramai insan-insan berubah ke arah kebaikan, walau kebaikan itu hanya sebezar zarah, Allah Swt tetap ambil kira. So, mengapa harus ada yg memberikan komen2 yg sinis terhadap perubahan mereka? Jangan nanti sampai Allah Swt bertanya kpd kita, mengapa kita melemahkan semangat untuk orang lain berhijrah ke arah kebaikan.

9 comments:

  1. MM... Setuju sangat! Tgk Irma ada jer rezeki dia... Allah maha kaya.

    p/s : Semalam blog kena serangkah? nak masuk tokleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke tok leh masuk smlm? You punya PC yg problem kot?

      Delete
  2. Abby dan artis seangkatan yg baru berhijrah tak perlu risau. Rezeki kita bukan mereka yg tentukan. Tengok Wardina tu, tudung dia labuh pun org panggil sana sini...ini semua dugaan Allah agar kita lebih dekat padaNYA. Solat sunat dhuha pun bagus setiap hari jika ada masa, insyaAllah kita tidak kesempitan (amboi, akak berceramah plak dtg rmh Miss Mirror, mcm la dia org baca)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Zana atas ceramah yg bernas. Mungkin Abby tak baca, tapi andai adik2 di luar sana yg baru bertudung menghadapi kemelut yg sama, boleh la dengar2kan nasihat berguna ini. Ikhlas dari hati kami..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha???. Ya ke?. Jgn2 gambar lama kot?. Takpe jap lagi I cuba tweet diorang untuk kepastian... kih kih kih..

      Delete
  4. Knpe sush sgt nk btudung kak.. Emm mgkn sebab xpernh brtudung dr kecik,sbb sy skolah swasta xpakai tudung. Da umur mcm ni,sushnye nk btudung :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rina - susah tu bermaksud tekanan dari org2 sekeliling ke Dik?. Atau "godaan" dgn fesyen2 rambut terkini?. Hehe..

      Kak Mirror rasa kita mmg wajib untuk "paksakan diri" melawan semua bisikan syaitan tu Dik. Syaitan mmg suka kita bersama2nya masuk ke dlm neraka. Cara terbaik ialah banyakkan bergaul dgn mereka yg soleh/solehah dan selalu memberikan kita semangat dan galakan ke arah itu. Selalu ingat mati. Selalu ingat bhw dosa kita dedah aurat juga akan ditanggung oleh ibu bapa kita (jika blom berkahwin) dan suami (jika telah berkawin)..kasihani mereka, kerana kita, mereka terheret sama ke dlm neraka. Nauzubillah kan?.

      Sorry... Kak Mirror ni bukan la penasihat yg terbaik sebenarnya, tapi itu la yg Kak Mirror lakukan masa di awal2 bertudung.




      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.