Thursday, July 25, 2013

Semua Kerana Allah Sayangkan Kita

Assalamualaikum..... selamat tengahari!!.


Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.




Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.


*nukilan atas tu Kak Mirror copy paste je sebenarnya...(tapi bukan plagiat dari belog org ye).  hehe.. Credit kpd Huda.

So, buat adik2 yg merengek2 tak dpt kawin dgn si polan dan si polan tu.... hentikanlah tangisanmu... mungkin ada jodoh lain yg lebih baik.... atau mungkin jodohmu dgn dia bakal "di atas sana".... bak lagu Alyah... "Kisah Hati". Hehe..... sedih la lagu tu.....
T __ T



Buat kita2 yg entah dapat bonus raya entah tak ni, kalau tak dpt pun jgn la nangis.... pasti ada hikmah di baliknya... ibarat si adik yg tak dpt pisau tadi tu ler...... mari kita programkan minda kpd yg positif2 saja

Begitu juga bagi anda2 yg belum dikurniakan zuriat... usahlah bersedih hati.... dpd kau jadi Pakcik dlm video ni.... (credit kpd dramatic picture)... menyayat hati la drama ni..  K.Mirror tengok sampai peluk2 anak K.Mirror..




Meski begitu, jgn pernah letih untuk berdoa..... kerana...
*ada harapan bagi yg selalu berdoa
*ada kejayaan bagi yg selalu berusaha









  


6 comments:

  1. Salam Ramadhan Kak Mirror cayang..maaf ya baru datang terkedek kedek kat sini..intan dah jarang on9 blog…huhu
    kak mirror sihat? camner puasa kak mirror..ok?
    betul tu kak mirror..apa yg berlaku semuanya ada hikmah..jadi kita kena redha ..pasti ada kebaikan yg menanti di hadapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Intan Cayang... darling..
      K. Mirror sihat..
      Puasa baru dpt 7 atau 8 hari kot... hehe..

      Delete
  2. betul tu... jangan pernah jemu utk berdoa insyaa allah akan dimakbulkan

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.