Friday, July 26, 2013

Perut makin tua, makin gedix

Terliurkan mee goreng Aisy Nasiha, menu berbuka semalam aku buat speghetti goreng. Ada certain orang tak suka speghetti kan?.   Tak pasti kenapa..

Aku pulak lebih rela merebus speghetti berbanding mee, selain disebabkan malas nak keluar beli, satu sbb lain ialah  perut aku ni alah sikit kalau mkn mee kuning (mungkin sbb kandungan kapur pd mee tu kot?.  Atau mungkin perut aku ni dah di"matsaleh"kan oleh-Nya... :P).   Kalau nak masak pun  aku terpaksa celur mee tu sampai lembik gedix dan ironinya mee kuning aku tak sejelita mee2 goreng di pasaran yg cantik terletak, padu lg berkilau2.


Jadi klu korang dtg rumah aku dan nampak mee aku lembik2  tak jelita, itulah punca2nya..


Soalan busy body aku : "Perut korang pulak cemana?.   Tahan lasak atau kategori manja?.   Emmmmm atau makin gedix?".







Byk2 resepi yg aku cuba, aku rasa resepi kali ni lebih sedap dan anak2 memang suka, jadi aku kongsikan kat sini utk peminat2 speghetti di luar sana.


3/4 bungkus speghetti  (rebus)  - ketepikan, takyah tos pun takpe..
1 labu bwng besar
5 ulas bwng putih
5 tangkai cili kering yg dah dibuang kulit dan rendam air panas
segenggam udang kering
2,3 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
(tak perlu bubuh garam).
Udang dibuang kulit
Telur didadar dan dihiris nipis.
Kalau ada tauhu lagi bagus... tapi aku takde
Daun sup dihiris halus utk hiasan


CARA

1).  Blenderkan segala cili dan bwng2.
2).  Tuang sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan semua bhn2.
3).  Biarkan sampai garing, then bubuhlah sos2 di atas.
4).  Masukkan udang yg dah dibuang kulit td
5).  Ambik seperiuk speghetti tadi dan dekatkan pada kuali, guna la garfu atau seumpamanya utk menyauk speghetti tersebut masuk ke dlm kuali.
6).  Sebatikan dan teruskan membolakbalikkan... kang ireng hangus plak.
7).  Tambahkan lagi secawan air utk buat dia basah2 dan cantik. Klu kurang cantik, tambahkan lg sos tomato.  Tabur sedikit gula (jgn byk sgt, nanti manis sgt dah macam jawa sgt plak).
8).  Tabur dgn daun sup, hirisan telur dan bolak balikkan lagi hingga sebati.
9).  Sedia utk dihidang.






**Malam ni IRP suruh cuti masak, yey!!.  Kembali halus jemariku utk sehari. :)

6 comments:

  1. Amboi...nampak sedap tu. Boleh bertambah makan.. Makan mee sekali sekala sedap, kalau selalu mmg Rasa tak boleh telan mee kuning tu. Tapi mujur juga tahan perut hari kejadian yg termiss sahur tu. Buka makan mee dan tak makan apa2 sebab letih sangat... Huhu.

    Nak makan kat mana ptg nanti? Syok tu memanjakan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mkn di suatu tempat yg romantik..... candle light dinner.... hahahaha...takdelah... gurau je, blom decide lg nk gi mana.

      Delete
  2. Salam Kak Mirror…wah sedap tu..intan pon tgk ain (aisy nasiha) up entry mee goreng ..memang mabeles…hehe…intan dulu ja x leh lgsung makan mee..lepas tu kakak intan buat sedap sgt..pastu terus suka..tp memilih juga la.kalau org buat mee goreng tu rasa kuat asid tu , intan memang x makan…..huhu..peot intan n semua makan…semua jenis ulam bedal..x manje la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dpt dibayang mesti sedap sgt resepi mee Kakak Intan tu sampai Intan kembali suka. Nt Intan belajar pulak la dgn dia ye.. boleh kitorang cuba plak resepi tu.

      Delete
  3. kurang suka mee jugak sebab kalau makan rasa macam sabun..hehe selagi boleh makan semua nak makan :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.