Showing posts with label DECO-DECO. Show all posts
Showing posts with label DECO-DECO. Show all posts

Monday, December 8, 2025

Mesjid yang kemas dan bersih di Bangi.

Assalamualaikum guyss!!.

Siapa pernah singgah di mesjid ini?.  Usai lunch di Bawal Power Sempoi di Bangi, singgah di mesjid yang tersangatlah kemas dan cantik ini, sampai rasa sayang kalau tak ditulis dalam blog. Memang patut dipuji usaha dan dedikasi seluruh AJK masjid. Difahamkan, komuniti di kawasan ini ramai dalam kalangan insan terpelajar dan suasananya memang menggambarkan hal itu. Masya Allah tabarakallah.





Bahagian yang paling buat ai terkesan ialah tandasnya. Toilet masjid ini sangat bersih, wangi dan diselenggara rapi, sesuatu yang selalu menjadi kayu ukur bagi keselesaan jemaah. Kalau tandas pun sudah diberi perhatian begitu teliti, boleh bayangkan sendiri bagaimana indah dan tenangnya ruang solat mereka.

Maka ai memang sengaja tak ambil gambar di ruang solat. Biar anda bayangkan sendiri suasana damai itu melalui imaginasi anda sendiri.



Ini toilet.


Tempat wudhu (tak snap), juga mesra pengguna.  Tidak la buat badan kita basah kuyup macam dekat….. hmm malas la nak tulis.  Kekeke, kang org kata kita cerewet plak.  Ia juga mesra warga emas, tak perlu turun tangga, naik lif dsbnya.   Dah memang mesjidnya tak bertingkek2 pun kan?.   Tapi kadang pelik kalau ada mesjid yg ruang wudhu kena naik2 lif bagai.    Harap-harap kita semua kekal sihat hingga ke tua supaya tak berhadapan dengan masalah tersebut.   Aamiin Ya Robbal alamin.


Depan toilet.  Tempat nak bersiap2 pakai stokin,


Ruang Bersiap Yang Praktikal dan Sopan

Di hadapan kawasan wudhu wanita, ada satu ruang khas untuk jemaah wanita bagi :-

  • pakai stokin.

  • betulkan tudung,

  • persiapan memakai telekung.

Ruang ini ditanda jelas dengan papan kenyataan:
“Ruang ini tidak digazetkan untuk solat.”

Walaupun ayatnya lembut dan profesional, mesejnya tetap sampai.  Terus takut nak solat kat ruangan ini. 😆


Di dalam bilik khas ini terletaknya deretan telekung sedondon warna.  Melambangkan ketelitian AJK mesjid dalam menata rias.


Telekung pun cantik warna2 beige dan nude.  Bersih dan wangi.




Di luar mesjid ada deretan pepohon ala2 kurma, boleh la fefilling Madinah.

Deko dan interior yang teliti bukan untuk menunjuk mewah, tetapi untuk menghadirkan rasa tenang, kemas dan mengundang jemaah ingin singgah lagi. Itu jugalah yang ai rasai ketika menjejakkan kaki ke masjid cantik di Bangi ini.


Sekian. 


Tuesday, March 11, 2025

Beli Bukhor



Assalamualaikum uollz! 

Busy beli perabot baru untuk raya ke tu? Hehe. Ai dah “remaja2” ni, memang tak ada lah mood nak mendeko sangat. Kalau anak-anak ada, barulah terasa semangat sikit. Kalau tak, cukup sekadar susun apa yang ada, janji kemas dan selesa. 

Cuma sebelum puasa hari tu, pernah “terserempak” dengan gubahan bunga yang lawa. Dalam hati dah berangan nak beli, tapi sampai sekarang tak pegi2. Mungkin… omit saja lah. Haha. 

Tapi satu benda yang ai sempat beli - bukhor!. Harum dia menggamit memory silam, rasa macam kat Mekah. Ni kali kedua kami beli & dua haruman berbeza. Bila bakar, satu rumah terus wangi, rasa tenang, nyaman dan cozy.






Ni yang mula2 dibeli. Kalau jenis kayu dan arang macam ni tak boleh bawa balik ke Aussie. Tak lepas kat kastam. Tapi kedai2 Arab ada je jual, macam pernah ternampak.  Kalau ada saiz yang sebesar tong sampah kan best!.  Jadi heater terus di kala winter.😁




Yang ni beli di Mydin. Insha Allah yang ni boleh bawa balik sana dan mungkin akan “bergaduhan” dengan aroma diffuser Cik Q di living room. 😂😂.   Cik Q ni ada 1 perangai suka nyalakan lilin aromatheraphy.



Tazkirah :

Straightening the rows during prayer is not just a physical act, but a part of completing our worship. As narrated by Anas bin Malik, the Prophet Muhammad (ﷺ) said: 

'Make your rows straight, for straightening the rows is part of completing the prayer.' 

Let’s align our hearts and actions in harmony with the Sunnah. 💫

Sumber :  Mesjid Al Latif, Perth




Tuesday, May 18, 2021

Sessi Buang Barang (Skip Bin)

Sebelum raya dah oder "skip bin" dengan pihak majlis .. tapi sebab kami request pun dah last minute, so sampai pun  semalam.  Eksited clearkan rumah.. moga jiwa semakin lapang dari menghadap pelbagai khazanah yang menyerabutkan jiwa. 

"Biar hall kita minimalist.. yang penting, kabinet dapur penuh  rempah ratus."   Ujar Sam dengan motto barunya yg entah apa2.  Macam pantun tapi tak menjadi.



Tapi tak la semuanya  dimasukkan ke dalam skip bin.. ada yg perlu dihantar ke pihak yg memerlukan.   Beberapa items  berikut dilarang sama sekali untuk dibuang ke dalamnya sebagaimana tertera di dinding bin ini.





Jangan tunggu sehingga anak telah berkahwin..


Berikut ada beberapa nasihat dari seorang Sam jika ianya mahu anda dengar... (Oh ye.. ai dah makan garam dlm kiraan 2 sudu sehari.. selama hampir setengah abad.. sila buat kiraan sendiri.).

"Jangan tunggu hingga anak3 telah berkahwin untuk sorting outkan pakaian lama mereka.  Jika tidak anda akan mengemaskan store dalam lelehan air mata.   Lakukanlah sekarang ketika mereka masih single dan berada di sisi anda.    Because why?.   Baju2  ketika mereka kecil yg anda temui semula dlm kotak2 lama akan membuatkan anda terimbau kenangan lalu... Lantas ianya tidak terhenti di situ... jiwa anda akan terawang2 saat baju2 itu dipakai ketika mereka pulang dari tadika, mungkin sehelai gaun ketika mereka masih dlm troli Jusco misalnya atau sehelai pijama ketika mereka merengek minta perhatian.. tapi anda tak endah sebab sibuk main pesbuk.... then  dunia perkahwinan mereka tika itu pula mungkin membataskan pertemuan anda dengan mereka setelahnya, kecuali la berbesan dgn jiran sebelah rumah atau anak anda duduk serumah.






Then hal ini akan membuat sessi mengemas berjalan  dengan tidak lancar malah penuh  episod sedu sedan.. ditambah pula oleh gangguan jin2 store. (Akibat store dah lama tidak dijenguk).   Ini akan mengeruhkan lagi keadaan.   

So... moral of the story.. elok la clearkan  semuanya sekarang untuk mengelakkan hal2 tersebut..".

Tetapi.. untuk baju2 sendiri, tinggalkan la dlm sehelai dua di tempat2 tertentu.  Kurang2 jika anda telah tiada nanti dan mereka pula mengemas.. atau suami anda mengemas...mereka akan ingat anda lantas tersedu sedan  mengirimkan al fatihah.🤪.

BTW... sedekahkan lah baju2 yang kita sayang tapi tak pakai ketika kita masih hidup, moga kelak markahnya lebih tinggi berbanding ketika kita telah pergi.. (atau dibimbangi tak dpt markah langsung sebab org lain yg sedekahkan bukan kita.. Wallahualam.. tanya Ustaz).  After all, apa yg kita ada ini pun soalannya akan terlalu baaaaaaanyak ibarat kisah si mati dgn hanya satu tongkat (sila google).  Nauzubillahiminzalik.

Sekian.


Thursday, July 23, 2020

Mama Percaya Artis Tok Ki

"Mama percaya Tok Ki cakap... duduk dalam hutan sebenarnya lagi best dan tenang. ".  

"Really Ma?.   Ok rumah tu bagi kat Ain.. nanti biar Mama duduk hutan.".  Hamboii begitu pulak jawapannya.   What I mean is kalau ada "rumah hinggap".

Tak sangka pulak anak3 "kenal" Tok Ki.. tanpa ai memperjelaskan siapa beliau.  Bukan artis zaman mereka padahal.

"Ha'ah.. People always judge others based on their home.. padahal org mcm tu lg happy  ".  balas Qistina pula.







Cantik tak langsir baru ai?. Macrame.  Tak tau mana nak cari tali macam tu sbb nak sambung sendiri jadi lebar.  Almaklum kan ai dah pandai mengait kononnya.  Beli yg ready made cenonet ni pun dah mahal giler!.  Terjumpa juga tali kapal.. tapi pendek2 plak mereka jual.. 




Joko pun admire sgt tengok bilik Mama dah bertukar jadi rustic concept.  Asik dok mengendap je tepi tingkap. Haha..



Kebahagiaan itu sebenarnya bila anak2 rajin belajar masak.. tak kira di mana2 pun kita tinggal.  Ni Ain buat pavlova malam tadi.  Kita kerudung lah supaya tak mengecur liurkan sesiapa.



Kat sini tak jual tudung saji viral macam kat Msia.. jadi ni je yg kami beli.   Ada satu kedai tu jual teko cawan comel2..  meh nanti kita beli.



Rules for dating my daughter?. Wahaha..
Rule no 2 tu.. nauzubillahiminzalik.  Biar lah kalau boleh.. Kita suka dgn mereka.  Kalau awal2 dah tak suka tu payah ler.  Moga anak3 Mama berjodoh dgn insan2 yg beriman dan beramal soleh.  Aamiin Ya Robbal Alaminnn..




Wednesday, May 6, 2020

Langsir Ramadhan 2020

Assalamualaikum uollz..

Tanda2 raya tahun ni bakal disambut meriah di Mesjid macam belum ada lagi nampaknya.  Wait2... I mean in Western Aussie.. bukan Malaysia.

Sebabnya..  bandar pun masih lengang.  Tapi harapan tetap menggunung moga ada "miracle" di penghujung Ramadhan nanti.. at least dapat berjumpa jiran tetangga.

So why not  kita meriahkan je rumah sendiri demi Ramadhan yg mulia.  Prepare for de worst!! Ya lah.. at least bila kita dah happy di bulan puasa..  kegembiraan tu mungkin berkesinambungan sampai raya walau sekadar kat rumah.




Sejak "perasan tua" ni, bab deko rumah.. ai ingat nak surrender je.  Ai tod ai boleh serahkan tugasan tu pada anak3.

Tapi tengok tu... langsir apa yg mereka pilih?.  Haha..   Tapi boleh la kan.   By the way.. ai suka konsep minimalis dan dalam rumah penuh pokok hijau.. tak kira palsu atau pokok hidup.



Tapi.. bila ke kedai dekorasi dgn membawa 3 org "ID" (interior designer)... dlm list nak beli 7 item.. boleh susut jadi 4.   Ada je yg sudahnya tak kena dan sependapat.





Nota :.   Sikap minimalist itu apabila seseorang itu tahu fungsi setiap benda yg dimiliki.    




Monday, October 1, 2018

Gantung Frame Guna Gam 1 dollar Sepapan

Gantung gambar guna gam murah?. Haha.. Terjumpa sekumpulan peniaga di pasar,  berjualan pelbagai gam super glue cuma 1 dollar setiap 1 papan.   Selalu nampak seketul pun dah berdollar2.

 Saya tanya dia.. ok tak untuk menggantung frame.   Tergelak2 mereka.  Mungkin menyangka frame saya besar gedabak kot.



Ada 2, 3 jenis mereka jual. Tapi saya beli yg ni.


Sampai rumah terus guna.  Dah lama dah frame2 ni dibeli dan didapat.  Yg atas sekali, Qistina lukis kat sekolah.  Sian pulak kalau terbiar tak dihargai.



Alamak!.  Rupa2nya cair.  Tapi ok ler jugak..  1 dollar sepapan, what do u aspect?.  Dlm pic memang nampak sememeh... tapi in reality, tak la seteruk mana.  Tak ketara sgt. Kira masih hensem. Yg penting frame2 tu dah berjaya digantung.   Malas nak beli drill.  As what I told u earlier... hidup ni tak perlu nak sempurna sgt.


Buat keja sambil ditemani "si bujang" ni..
Eh ni pic lama.



Ni pic masa Joco diiklankan di internet setahun lalu, sebelum kami beli.  Sayu pulak bila tengok pic ni.




Ni pix terkini.. setelah jadi "mualaf".   Kata hubby.. lepas mualaf patut tukar nama.. bukan Joco lagi... ganti dengan Salahuddin.  Whatt??.  Salahoddin tu kawan sekolah I la abg.  😅😄😄.  Tak mo lah.  Jangan maree!.

Friday, May 26, 2017

Bagi semangat untuk ai MENDEKO... pleaseee...

Hari ni tempat kami pun blom posa.
So.. sempat la ai nak "memantel" dgn post makanan.  Actually nak memperagakan pyrex yg ai ckp smlm.  Walau mulanya tak suka.. ai rasa I did a right choice lah.   Tak mengapalah klu correlle dah tak jual lg. Ai redho je dgn mendalah ni skg.  After all.. most of my guest adalah org2 yg zuhud. Hihi..



Well.  Pagi ni.. alhamdulillah dpt pun menyahkan roh2 jahat...
dgn menyediakan lempeng ni di saat "M" melanda.  Ok le tu dari makan mee segera. Muehehe..

Ni sume pasal "bilikku kembali berpuaka"!.
Heater plak cuma install kat hall.  Tu yg rasa berpuaka semacam. Ohh I don't loikeeeee!!.

Sebut pasal hall,  pls bagi ai semangat untuk mendeko.  Kawan2 nak dtg beraya tau!.  Sejak tua2 ni ai jadi semakin simple dlm penataan.  (Ianya 1 berita baik utk IRP. :P) but I need 1 coffee table at least... utk dipadankan dgn sofa hitam yg sedia ada. Sian smlm mereka terpaksa bersimpuh.



Angkara terlalu simple sampai langsir pun malas nak ganti.  Hall ai sebenarnya merupakan 1 ruang study untuk anak2... dah mcm library gayanya dgn meja belajar ada di 1 sudut dan rak buku sekali. Haha.   Well.... pendidikan anak2 is our priority!. So.. yg tu memang ai tak complen apa, just follow my hubby's decision.

p/s : Mungkin sekadar beli bunga atau rebin2 besar untuk membina kelainan... atau bantal2 sofa sbgmana cadangan Qistina.

Thursday, December 8, 2016

Apakah Hadiah Untuk Kawan Yg Pindah Rumah Baru?

Semalam mendapat jemputan dari seorang "sahabat seperantau" untuk melihat rumah barunya.. (house warming).

"Wah!.  Ternyata keren banget deh rumah kamu!.  Saya berbangga punya temen yg sukses seperti kalian.   Muga terus hepi ya!."

(Macam la beliau baca belog aku kan?).


Ngobrol2



Sebelum pegi, IRP bagi duit dan tinggalkan aku di shopping complex untuk beli hadiah yg sesuai dlm tempoh setengah jam, sbb kejap lg nak pegi rumah my Indo fren tu...

Tetiba aku blurr. .

Sempat tanya idea dgn rakan2 fb... tapi lambat reply.    Bagaimanapun aku kongsikan kat sini idea mereka utk rujukan anda di masa depan.

1).  Carpet patchwork 3D
2).  frame home sweet home
3).  Bunga hiasan
4).  Kek




Cantik la kotak2 biru ni..
Tapi kalau beli pun untuk letak apa?.
Buku?.  (nampak naw aku dah tak kreatif skg).


Last2 terhenti kat sini... and spot something!😍😎


Sebab pasu2 yg lain fragile..
So aku rasa baik belikan yg rotan ni je..
Sebab tak pernah nampak lg tema rumah my fren tu (ijau ke.. biru ke.. merah ke?)...  so pilih kaler putih adalah lebih selamat untuk match semua kaler.


So... cashier bungkuskan yg ni dan kami pun bergegas ke rumah beliau.





Idea2 lain..  jam dinding, frame kuffi, cadar dsbnya.   Sekian.






Office Cleaning Service and Solar Panel Installation & maintenance - Click HERE to contact.

Cleaning Services

To provide cleaning services teams in ensuring optimum hygiene and comfort to our clients. This cleaning team currently operates in Johor Bahru which gained more demand.

Tuesday, June 9, 2015

Persiapan Raya 2015

Assalamualaikum.... and morning!!!


ni gambo google ye.. rumah ai xde tucin...



Hamboi... hamboiiiiiiiiiiiiiiiiii korang!.   Memasing dah buat persiapan raya, nampak!!.   Kitorang taun ni.. inshaallah sambut ala kadar je.   Budget adalah seminima mungkin.   


Flyer2 "bazaar ramadhan" memang dah banyak orang layangkan dlm mailbox, tapi alangkah bertuahnya IRP sebab semuanya jauh2 belaka,  jadi tiadalah berkemungkinan untuk isterinya ni menjejakkan kaki ke sana hanya semata2 nak beli keperluan raya.   Lagipun not my taste la...  macam tak lawo je baju2 yg dorang jual tu.....  gegege (statament paling kejam).





Inilah "penyopingan sulung" untuk proses dekorasi raya taun ni -  setepek langsir sekadar buat ada2.



Ok la... babai.






Monday, July 7, 2014

Ketuk-ketuk Ramadhan (bukan entry makanan)

 Assalamualaikum....... and haiiii!!!!.


"Mari Menggedix Sebentar!"  - Eh!.  Lama betul rasanya aku tak melafazkan tagline blog aku ni... sampai aku sendiri dah terlupa akan wujudnya tagline itu!.   


Ahhh itu semua tak penting,  topik yg terpenting ialah aku nak minta maaf pada   darling2 customer yg terkecewa sbb terkempunan tak dpt beli jubah yasmeen yg mereka idamkan utk dipakai di pagi raya.... (hot item darling!. lawa kan... sedondon ibu dan anak... dan kainnya pun lycra berkualiti tinggi... murah plak... of coz le  sapa lambat akan terkeciwa). TAPI... jgn risau,  aku tgh deal dengan satu butik ni, nanti kalau ada stok lagi, aku bagitau melalui no2 yg you all dah wassap aku tu.    Inshaallah.   Tapi kalau aku senyapp je tu... bermakna sdg terkecewa.


Hari ni aku nak "menggedix sebentar" dgn mengSHOW OFF keja2 rutin tahunan aku.     



Apakah ini?.  Cuba teka....


Apa?.   
Kuih drum??.
Acuan kuih goyang??.




Earing?.



SALAH!!!.






Dulu aku ada beli banyak tau!.
Bila time nak pakai hilang... ngengada betul!.
terpaksa la beli lagi...  RM25 satu set kat Jakel.




Gigih aku memanjat sensorang sambil
bertemankan semangat anak2 yg nak tengok 
langsir bilik mereka berganti baru.
Lama betul aku tak mengusung "tangga aluminium" turun naik tangga.. ko paham tak ayat aku ni?.  Bawak tangga turun naik tangga??.   Kalau ko faham.. bermakna ko memang  genius dan banyak makan pistachio.  Yg tak berapa faham.. sila tambahkan lagi amount dlm 2 sudu + kismis 7 bijik..  + suruh emak selawat kat ubun2.. kekeke..


* Perkataan Bahasa M'sia yg sebenar ialah :  

Puan Sam membawa "tangga lipat aluminium" (yg tinggi dan berat itu) naik tangga dan turun tangga rumahnya yg bertingkat dua semata-mata untuk memasang langsir.  (24 patah perkataan).





Kawan aku pesan.. "bilik jgn dikalerkan hijau Sam, kaler brown2 baru lawo"... tapi aku tetap nak buktikan, hijau juga menawan utk sebuah bilik kanak2 lelaki... (sebetulnya aku dah malas nak ganti2 cat lain sbb cat ni masih baru lagi.. haha). 




Tuesday, November 19, 2013

Menghias rumah

Terkejut Makcik tgh2 hari nan buta tetiba ada parcel besar muncul depan rumah!
Terpikir2 dlm hati.... "Skirt yg ai order tu ari kot?.   Tapi besar pulak parcel dia ni".
Oh... mana la tau kot2 seller tu baik ati bagi  ai  free gift 10 helai... mana la tau kann..




Cantik pulak guni dia ni...... sapa2 rajin boleh recycle jadi kelopak bunga.  
Ce teka.... ce teka.......... apa dlm dia?


.

.


.


Dah pegang2 bentuk dia tu, baru  teringat dan sekilas terbayang wajah anak sedara ai yg sorang tu... ni mesti  Frame Kufi!.   Thanks Nurul!!.   Makcik M suka!!. Tak sangka besar rupa2nya, sangkakan cenonet.   Jam tu jugak la Makcik kau ni berketang ketung tepi dinding tanpa menghiraukan jiran tetangga....  keluar segala lesung bagai (malas nak geledah store cari tukul).... dan akhirnya siap la ia tergantung kat situ..





Belum finalize lagi ni... karang rajin2 ai deco lagi sudut ni... itu pun kalau rajinlah.

Kalau sapa2 nak sedondon hiasan dinding dia ngan rumah ai ni,  boleh kot tanya2 dgn Pakcik sorang ni... KLIK SINI ye..  




Interframe pulak  "kad" hasil karya best fren si Shashal ni... sian, penat2 dia lukis khas utk Shashal (birthday Shashal bukan bulan ni, saja2 diorang belajar2 buat kad masa subjek lukisan kat sekolah aritu).  So, Mama abadikan kat sini buat kenangan di hari tua.

Monday, May 13, 2013

Dekorasi Dapur

Sekonyong-konyong terimbau masa lalu....
memikirkan kenapa masa tu, kegilaan pada  majalah deko menjadi2..
Kenapa masa tu, apa pun tentang deko kulihat semuanya cantik .. walau hanya sepohon pisang plastik  yg sepatutnya tak perlu aku beli pun.... tapi terbeli.... (balik rumah nyesal sbb bukan lawo pun sbb kami duduk rumah kecik je masa tu.... baru kawin katakan).
Tapi kenapa skrg tidak?.     Dah jadi zuhud kot aku?.  Alhamdulillah... Allah makbulkan jua doa suamiku...hehehe..

Tapi....  jgn la tak minat mendeko langsung... kita gak yg bosan dgn rumah kita plak nanti.

So, darling, fokus I skrg utk bahagian dapur.... maka IRP, please temani isterimu ini mencari beberapa benda nanti..  wait ha... nanti I uploadkan beberapa keping gmbr contoh..




Tak pasti la ni pokok apa.. tapi niat hati nak cari yg comel2 camni menjadi peneman ketika menyiang ikan di dapur..
Jgn pula  mati bila kami balik kg sudah.... klu tak rajin siram, mesti 4,5 hari dah arwah).




Niat hati nak keluarkan 5 bijik cawan je skrg ni  (nak beli mug yg camni)... yg lain sembunyikan di balik almari  kecuali time ada tetamu... sebab kalau semuanya Mama jelmakan dlm rak terbuka tu, alamat la  bila Mama turun ke dapur.... TERKEJUT Mama,  PLING!!!  MAGIC.. alih2 10 cawan menunggu dlm sinki.   Itu belum termasuk yg diorang sorokkan dlm bilik lupa nak bawak turun dah berkeladak dgn milo basi.   Kalau terhad cuma 5, mau tak mau mesti bebudak tu basuh sendiri kan bila dah desperate nak guna?.   Good idea tak?.   

Terimbau kenangan masa kami kecik2 dulu, setiap dari  kami ada mug2 sendiri.  Begitulah cara emak mendidik kami utk bertanggungjawab dgn barangan sendiri.


bukan rumah  aku... pix credit to google..

Wednesday, September 5, 2012

Wednesday, July 4, 2012

Dekorasi Meja Hidangan Hari Raya 2012 (Wordless Wednesday)

Add caption








older post : Suspen Dengan Masterchef Celebrity