Tuesday, May 18, 2021

Sessi Buang Barang (Skip Bin)

Sebelum raya dah oder "skip bin" dengan pihak majlis .. tapi sebab kami request pun dah last minute, so sampai pun  semalam.  Eksited clearkan rumah.. moga jiwa semakin lapang dari menghadap pelbagai khazanah yang menyerabutkan jiwa. 

"Biar hall kita minimalist.. yang penting, kabinet dapur penuh  rempah ratus."   Ujar Sam dengan motto barunya yg entah apa2.  Macam pantun tapi tak menjadi.



Tapi tak la semuanya  dimasukkan ke dalam skip bin.. ada yg perlu dihantar ke pihak yg memerlukan.   Beberapa items  berikut dilarang sama sekali untuk dibuang ke dalamnya sebagaimana tertera di dinding bin ini.





Jangan tunggu sehingga anak telah berkahwin..


Berikut ada beberapa nasihat dari seorang Sam jika ianya mahu anda dengar... (Oh ye.. ai dah makan garam dlm kiraan 2 sudu sehari.. selama hampir setengah abad.. sila buat kiraan sendiri.).

"Jangan tunggu hingga anak3 telah berkahwin untuk sorting outkan pakaian lama mereka.  Jika tidak anda akan mengemaskan store dalam lelehan air mata.   Lakukanlah sekarang ketika mereka masih single dan berada di sisi anda.    Because why?.   Baju2  ketika mereka kecil yg anda temui semula dlm kotak2 lama akan membuatkan anda terimbau kenangan lalu... Lantas ianya tidak terhenti di situ... jiwa anda akan terawang2 saat baju2 itu dipakai ketika mereka pulang dari tadika, mungkin sehelai gaun ketika mereka masih dlm troli Jusco misalnya atau sehelai pijama ketika mereka merengek minta perhatian.. tapi anda tak endah sebab sibuk main pesbuk.... then  dunia perkahwinan mereka tika itu pula mungkin membataskan pertemuan anda dengan mereka setelahnya, kecuali la berbesan dgn jiran sebelah rumah atau anak anda duduk serumah.






Then hal ini akan membuat sessi mengemas berjalan  dengan tidak lancar malah penuh  episod sedu sedan.. ditambah pula oleh gangguan jin2 store. (Akibat store dah lama tidak dijenguk).   Ini akan mengeruhkan lagi keadaan.   

So... moral of the story.. elok la clearkan  semuanya sekarang untuk mengelakkan hal2 tersebut..".

Tetapi.. untuk baju2 sendiri, tinggalkan la dlm sehelai dua di tempat2 tertentu.  Kurang2 jika anda telah tiada nanti dan mereka pula mengemas.. atau suami anda mengemas...mereka akan ingat anda lantas tersedu sedan  mengirimkan al fatihah.🤪.

BTW... sedekahkan lah baju2 yang kita sayang tapi tak pakai ketika kita masih hidup, moga kelak markahnya lebih tinggi berbanding ketika kita telah pergi.. (atau dibimbangi tak dpt markah langsung sebab org lain yg sedekahkan bukan kita.. Wallahualam.. tanya Ustaz).  After all, apa yg kita ada ini pun soalannya akan terlalu baaaaaaanyak ibarat kisah si mati dgn hanya satu tongkat (sila google).  Nauzubillahiminzalik.

Sekian.


8 comments:

  1. Bagus juga pihak majlis bagi skip bin.
    Saya pun ada baju-baju boleh bagi tapi tidak tahu hendak beri pada siapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - I tak tau U tinggal area mana, tapi kalau area JB dan Selangor.. aritu I ada ternampak org iklankan pungutan baju2 terpakai.

      Delete
  2. takde kot baju yang elok lagi...semua pakaiam pakai sampai buruk...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.shirt yg buruk2 lagi sedap dipakai Yan. Lagi2 ketika summer.

      Delete
  3. nk order skip bin kena bayar berapa? skip bin nanti dorang collect semula lepas beberapa hari atau lps kita call? kami selalu buang angkut dgn kereta je selama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Han Hanni - Saya duduk Australia.. skip bin percuma. Kalau Malaysia, saya tak pasti plak caranya.

      Delete
  4. Terbaik kak. sorting dan kumpulkan barang yang dah tak pakai. baju baju biasa saya bagi anak buah yang muat pakai. pakaian tu kira turun temurun lah. Mana yang dorang taknak kalaau kat kampung mak bagi kan pada anak anak orang asli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah - Alhamdulillah congrats!. Anak2 sedara kami jauh.. tak dpt nak "faraid" pd mereka.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.